Sunday, 20 August 2023

Malaccensis/Depu/Karas/Garu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, ketemu Kembali kita diblog gaharu kali ini. Semuga semua dibawah lindungi Allah, alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini, semuga Allah sentiasa melipat gandakan rezeki yang halal untuk kita, dengan kesihatan tubuh badan, diperkuatkan semangat, menjauhkan dari benda-benda yang melalaikan serta ditambahkan keimanan kita pada Nya.



Disaat Allah berikan masa luang ini, saya ambil kesempatan menaipkan serba sikit catatan blog ini sebagai pengkongsian ilmu atau sedikit maklumat yang dianggap tidak sempurna. Sekurang-kurangnya ada info yang baik, boleh kita sama-sama pengunakan sebagai satu ilmu, jika ianya tidak diperlukan boleh diabaikan dan boleh dianggap ianya sebagai satu imbasan atau satu andaian yang tidak berapa tepat.

Setelah masuk 23 tahun bergiat bersendirian sebagai pengiat gaharu teknologi terlalu banyak perkara baru yang diperolehi setiap masa. Saya seorang yang gemar mengkaji sesuatu yang berhubung kait penghasilan pembentukan gaharu melalui campur tangan manusia. Bagi saya, ilmu adalah satu benda yang amat penting bagi mengukuhkan lagi sesorang yang mahu mantapkan penghasilan gaharu secara teknologi.



Sebagai seorang pengkaji, ilmu sentiasa tidak mengcukupi, setiap kali ada perubahan pembentukan gaharu terhasil, bukan satu kepuasan, ianya merupakan satu cabaran baru. Maka akal mula berfikir, merencana teknik-teknik baru, mencari keadah-keadah paling mudah, kalau boleh, sesesuatu teknik terbaru dicipta serta penilaian keserasian keberkesanan cecair pengalak yang dicipta lebih mantap lagi.

Tiada guna kita hanya memeluk tubuh, sekadar menerima keputusan sekadar-kadarnya, padahal ianya boleh diupgradekan lagi, supaya keputusan lebih mantap dan supaya penghasilan tuaian berlipat kali ganda. Ilmu kita perluaskan melalui kajian tersendiri, tiada alasan rumit sekiranya kita telah mempunyai kepakaran, kemahiran serta peralatan, bahan-bahan kajian yang telah tersedia ada, hanya tepuk dada tanya selera.



Untuk memperolehi ilmu dibidang ini, bukan boleh dianggap mudah, anda harus bermula dari kosong, wajip berusaha sendiri. Tiada kolej atau IPT yang menawarkan kursus, diploma, PHD dan Master untuk mendapatkan tauliah pengajian tentang gaharu teknologi. Itulah sebabnya ramai yang awal-awal tewas tanpa mendapat pulangan pelaburan daripada usaha mereka.

Betullah apa yang pernah disuarakan oleh orang-orang tua kita, “ bila kamu jumpa atau temui teras gaharu, kamu akan jadi kayaraya”. Bagi saya pula, kalau terjumpa, nak buat camno?. Dan ini pun mahukan ilmu mesti ada didalam kepala kita, jika terjumpa tanpa diolah, dibersih serta untuk dijual pada siapa, pun kita tidak tahu. Maka lupakan lah mimpi untuk menjadi kayaraya dari hasil jual teras gaharu. Jika melalui orang tengah, yang tentu kayaraya mereka dan kita hanya tersohor sebagai seorang yang menjumpai gaharu.



Bila ada masa terluang, saya suka jelajah Kawasan pinggiran bukit berdekatan menjejak pokok gaharu liar, di bukit dearah saya hanya satu sepsis pokok gaharu yang tumbuh. Spesis ini amat dikenali oleh orang-orang kampung, dia orang memanggilnya dengan nama pokok depu serta kegunaan utamanya dijadikan papan lot untuk lubang lahad kematian. Ianya ringan, mudah dijadikan papan serta pokoknya agak besar.

Orang dulu-dulu menjadikan pucuk pokok ini sebagai ubat cirit birit serta penahan mabuk serta kulitnya dijadikan tali pengikat. Dikalangan ahli pengkaji botani menanggilnya Malaccesis Lamk dan dikenali juga dengan nama Karas serta ada yang menanggil Garu. Pokok ini tumbuh dikawasan lembab, banyak ditemui berhampiran perkampungan, kebun-kebun serta diladang-ladang sawit. Pokok ini biasanya tidak dipedulikan dibiar membesar tanpa diusik serta anak-anak cambahnya membiak subur.



Jika mahukan jalankan inokulasian, perkara utama mesti kita pastikan, pokok ini tumbuh berada ditanah mempunyai pemilik atau bukan tumbuh diatas tanah Kawasan hutan simpanan atau tanah yang bukan dimiliki sesiapa. Kerana bermula tempuh inokulasian dilakukan, kita mempunyai tempuh bertenang hampir 4 tahun lebih, jika pokok ini tumbuh diatas tanah dimiliki, kita agak selamat daripada gangguan pencuri dan pasti pemilik tanah menjagainya.

Saya memanggil dengan nama depu gajah, kerana pokoknya besar, tinggi, tetap utuh walaupun ditiup angin kencang, jika dibandingkan dengan pokok-pokok perladangan, 90% saya memihak pada pokok ini. Contohnya, jika pokok ini sebesar 3 pemeluk ketinggian mencecah 100 kaki melangit serta akar-akarnya timbul dipermukaan bumi. Kadang terjumpa panjangnya hamper 20 kaki dan besar hampir 1 pemeluk. Ini satu keistimewaan pokok ini, teguh berdiri walaupun tumbuh di pinggiran bukit.



Sebelum pengiatan saya, pokok depu/karas serta Garu ini sepsis pertama saya kenali, selalu menyepat kulitnya untuk dijadikan pengikat kayu dan sebagai pengikat tangkai buah durian. Saya selalu menakil, cuba-cuba mana tahu terhasil gaharu, dalam tempuh 3 bulan saya jengok lagi, perhatikan Kawasan di dilukai sebelum ini terhasilkan atau tidak gaharu. Sayangnya, luka yang dilakukan sebelum ini sembuh tanpa ada urat-urat kehitaman atau coklat yang menandakan terhasilnya gaharu.

Saya meneliti setiap cawangan pokok ini, terjumpa lubang-lubang sarang serangga, saya korek, apa yang terjumpa didalam lubang itu, saya masukkan dalam bag plastic serta teliti betul-betul adakah bahagian disekeliling lubang itu berwarna gelap dan berapa ketebalannya. Kemungkinan anda terasa hairan, dengan perbuatan saya, tetapi, saya lakukan untuk kajian tindakbalas bagaimana microogonisme semulajadi mampu menghasilkan pembentukan gaharu.



Ketika saya lakukan inokulasian, mula-mula saya lakukan penilaian awal, iaitu size pokok, size mata drill, kedalaman lubang akan ditebuk serta antara jarak tebukan. Tujuannyya untuk membiarkan pokok hidup dalam kesakitan atau sentiasa stress atau pokok mampu bertahan sehingga 6 hingga 10 tahun akan datang. Ini adalah satu factor utama dalam penghasilan pembentukan gaharu melalui campur tangan manusia.

Setiap kali inokulasian pokok depu ini, targed utama saya, adalah akarnya, saya akan mengali separuh dari pemukaan tanah dan inokulasian mengikut jarak yang saya tetapkan. Sekiranya sebatang akar sepanjang hampir 20 kaki menghasilkan gaharu, kebiasaannya yang pernah saya perolehi sebelum, gaharu terhasil sejumlah 14 sehingga 18kg, boleh dianggap berbaloi hanya sebatang akar, jika 3 akar sekelilingnya bertambah berbaloi-baloi habuannya.



Jika ada soalan “ bagaimana boleh lakukannya”, pertama, sebesar mana pokok anda, bagaimana keserasian cecair pengalak resin anda dan factor cuaca juga kena diambil kira ketika melakukan inokulasian. Saya terangkan melalui pengelaman saya, saya tidak mampu menghuraikan, apapun pengiat lain lakukan, semuanya banyak pembezaan, walaupun apa asasnya bertujuan mahukan gaharu, tetapi, kita kena akur, semua pengiat mengunapakai cecair pengalak resin berlainan.

Jika kita bandingkan, adakala akan terasa satu pertandingan, penghasilan pembentukan gaharu bukan satu pertandingan, ianya salah satu usaha mengikut factor yang betul, tersilap teknik, tersilap cecair pengalak resin, anda akan terima kegagalan. Bila anda sudah terasa yakin, mulaikanlah, tidak berani mencuba, anda bukan seorang pengiat gaharu, kerana sifat seorang pengiat gaharu, wajip ada sifat keberanian serta yakin pada Pencipta.

Memanjat po


kok besar begini, merupakan satu cabaran, yalah, memanjat sambil mendrill, bukan kerja yang mudah, bukan 10 kaki memanjat, tetapi puluhan kaki sehingga mampu memanjat. Adalah bertujuan memanjat hanya mahukan hasil gaharu dari sebatang sebesar ini bertujuan penghasilan gaharu 20kg?. Kalau hanya mahukan 20kg, baik tak payah bersusah payah memanjat, hasil daripada akar sahaja melebihi 20kg kan?. Kerana tidak mahu pembaziran berlaku, maka, kita inokulasian sampai ke penghujung sebesar sa paha serta kesemua pangkal dahan.

Untuk memperolehi pokok sebesar 2 hingga 3 pemeluk, bukan satu alasan dikawasan saya, pokok depu masih lagi banyak yang tidak usik oleh pengiat terdahulu. Cuma, kena rajin jelajah keseluruhan daerah berdekatan, kena caranya kita tidak perlu mengeluarkan modal untuk memperolehi pokok ini, kebiasaannya pokok-pokok ini terbiar, hanya dijadikan sempadan atau sebagai pagar serta telah dianggap tiada bernilai oleh pemilik pokok.



Modal yang harus kita keluarkan, upah pekerja inokulasian serta kos cecair pengalak resin. Disini saya mula berfikir, tiada guna melaburkan wang pada peladangan gaharu, membuka ladang dengan menanam ribuan pokok dan terpaksa menjaga, membaja serta menanti sehingga 10 tahun akan datang. Satu pelaburan amat merugikan masa serta wang mencurah setiap bulan, padahal pokok-pokok liar yang besar-besar telah tersedia ada dimerata lokasi.

Pokok perladangan dahan-dahannya mudah patah serta tumbang pantang ditiup angin kencang. Pokok depu atau karas pula tiada perlu penjagaan, terbiar dikawasan naung, tanpa alahan, tetapi, untuk mengharapkan pembentukan gaharu semulajadi boleh dikatakan mustahil, sama seperti pokok perladangan iaitu crassna dan sub intergra. Bila dikatakan sama factor penghasilan gaharu, saya tetap memilih sepsis gaharu liar ini, walaupun dikatakan hanya sepsis local tiada kelas.



Tetapi, malaccensis/depu/karas/Garu mempunyai kelasnya tersendiri, ianya amat popular dikalangan pencari. Saya tidak pasti dimana kebenarannya, cuma saya amat gemar melakukan inokulasian pada pokok liar ini, lagi besar pokoknya serta mempunyai akar timbul dipermukaan bumi, lagi kuat keazaman saya mahukan inokulasian dan boleh dianggarkan berapa kg gaharu akan terhasil. Kita hanya berusaha serta yakin segala rezeki datang dari Nya jua.

Saya mengenal pokok ini semenjak zaman remaja, boleh dikatakan terlalu dekat mengenalnya. Alhamdulillah, serta terima tawaran daripada pemilik-pemilik pokok gaharu liar ini untuk saya lakukan inokulasian tanpa ada syarat. Inshaallah, akan terus lakukan inokulasian pokok depu ini, walaupun pada kiraan peratusan kesemua pokok yang telah saya inokulasian, antara pokok perladangan cuma 20% dan 80% lagi adalah pokok gaharu liar ini.



Sebagai seorang pengiat penginokulasian, tidak perlu memilih sepsis mana yang terbaik, mana-mana sepsis adalah sama, yang terhasil pembentukan daripada pokok ini, hanya satu nama yang dipanggil am dimalaysia, dengan nama gaharu, sudah tiada nama selain ini, begitu teras daripada pokok candan, tetap dipanggil gaharu. Cuma, daripada kajian pakar-pakar botani memberikan nama saintifik serta sepsis Aquilaria ini mempunyai keluarga yang agak besar hanya tumbuh di asia tenggara.

Catatan kegemaran saya, prihal antara pokok-pokok yang saya gemari lakukan inokulasi, lain orang lain pula minat mereka, kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut car akita. Walaupun tetap sama menjadikan beras sebagai makanan, tetapi, memasaknya periuk berasingan, selera kita berbeza-beza, begitu juga citarasa kita. Yang amat penting, kita bersaing secara jujur tanpa ada rasa kecil hati, itu yang terbaik.

Yang buruk, yang tidak baik dari saya, yang baik, sempurna hanya lah milik ALLAH, Assalamulaikum, Inshallah jumpa lagi sekira ALLAH berikan kelapangan.

Saturday, 29 July 2023

Kayu Si Helang. #Eaglewood

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kita ketemu kembali setelah begitu lama saya menyepi, tanpa menyiarkan apa-apa coretan terbaru. Masa amat cemburu lebih-lebih lagi menumpukan masa untuk berblogger, bermula covid melanda sehingga kehari ini masih berada didalam kesibukkan. Hati tergerak untuk merwarnakan kemeriahan gaharu dan menghidupkan kembali blog gaharu ini, walaupun badan selalu berada didalam kepenatan.

Masa banyak tertumpu pada kebun serta ladang gaharu, melawati pokok yang telah diinokulasi dan melakukan inokulasi selingan pada pokok yang dinilai bermasalah. Saya bukan pengiat mahir, masih belajar secara tersendiri, membaiki apa  yang tersilap, kadang-kadang pernilaian yang dianggap secara rambang, bukan boleh dikira sebagai satu keputusan yang tepat.


Kemungkinan disebabkan selalu upgrade cecair pengalak resin, keputusan keberkesanan berbeza-beza, tujuan utama upgrade cecair dilakukan untuk mengurangkan kereputan, inginkan pembentukkan resin bertambah padat, tebal, cepat matang, keserasian semua sepsis Aquilaria dan supaya pokok dapat bertahan meneruskan hidup dengan serangan bakteria fungal yang disuntikan. Semuanya untuk kepuasan hati sendiri. Kita wajid berusaha untuk merubahkan keputusan, terbaik untuk diri sendiri dan mahukan hasil lebih terbaik dari sebelum ini.

Saya menglangkah agak pelahan, tidak ada erti kejar mengejar, biarlah dianggap berada dibelakang, janji, apa yang dilakukan akhirnya sampai juga ke garisan penamat. Saya tetap mengikut jadual asal, tetap pegang pada prinsip, atas kemampuan diri sendiri dan tidak berganjak walaupun setapak. Saya juga tidak pandai merubah kerjaya, melepas sesuatu perkara yang saya ceburi, saya bukan mempunyai jatidiri yang hebat tetapi, bukan mudah pula untuk menerima cadangan serta sesuatu perkara yang luar dari bidang kita ceburi.

Begitu lama saya berdiam, bukan bererti blog ini telah berkubur. Bermula bulan 7/2022 adalah tahun pelaksanaan segala jadual asal. Sehingga kini pembinaan bangunan penyunlingan 99% telah siap, pembinaan jalan diladang 100% telah siap dan bermula penebangan pokok yang telah matang, didahului penebangan sepsis malaccensis untuk memenuhi permintaan 100kg setiap 2 bulan serta mengumpul kayu gred minyak untuk bekalan sendiri.

Walaupun pembinaan bangunan penyunlingan belum siap 100%, semua operasi pengurusan telah berpindah ketapak baru, mengikut seperti dirancangkan, disini lah officer, bengkel pembersihan kayu gaharu, geleri ,stor,penghasilan segala produk berasaskan gaharu, terletak dilokasi amat kesesuaian berada diladang gaharu. Walaupun begitu, banyak lagi akan dimajukan sebelum ianya menjadi tempat terbuka untuk pelawat datang serta bermalam disini.

Tiada berfeadah kita mencabar sesiapa, kita ikut kemampuan kita sendiri, setiap usaha, kita tarwakal, yakin pada ALLAH. ALLAH tetap akan berikan rezeki cepat atau lambat. Perubahan kita bukan ditangan seseorang manusia, ALLAH yang tentukan, keikhlasan dihati kita yang utama, apa yang kita lakukan berdasar niat atas nama ALLAH. Sehebat mana cecair pengalak kita cipta serta teknik yang canggih, yang sedang kita usahakan, tanpa restu dari NYA ianya tidak akan berjaya.

Saya bermula dari angka kosong, kosong segala galanya, berkat usaha, dari tarwakal serta berniat dengan nama ALLAH, tanpa saya sendiri sedar, ALLAH beri peluang dengan rezeki dari NYA, walaupun ianya merupakan rezeki sementara didunia ini, masih ada ruang untuk meneruskan peringkat terakhir sebagai pengiat gaharu teknologi. Walaupun nama tidak sehebat, jika dibandingkan antara pengiat tersohor dan tiada dikenali secara umum, bukan nama yang dikejari, yang kita mahukan hanya lah kejayaan.

Sehebat manakah si eaglewood (agarwaood/gaharu) atau si helang kayu ini..? sehebat-hebat terbangnya si helang akhir beradu didahan kayu mati. Si helang Kayu atau gaharu tiada berkaitan dengan helang, tetapi, ianya hanya diumpamakan sebagai kayu helang, kemungkinan ianya amat sukar untuk dijumpai serta ramai yang berangan-angan untuk memilikinya dan ianya tumbuh dihutan belantara. Sekiranya anda selalu menjelajahi hutan belantara, jika anda mengenal Aquilaria ini jarang-jarang ianya ditemui, jika ada pun, anda bernasib baik, kebiasaannya antara sepsis pokok yang hampir pupus.

Antara sepsis Aquilaria yang biak tumbuh di pinggiran kampung, diladang serta kebun getah, salah satu sepsis ini, iaitu malaccensis #Depu #Karas #Garu (saya bagi nama depu gajah) diantara satu sepsis yang sukar untuk ditemui terhasil gaharu. Antara satu sepsis Aquilaria yang mempunyai gred gaharu tersendiri yang terawal dipedagangkan, ketika empayar kesultanan kerajaan melayu Melaka, oleh orang ulu menjual kepada saudagar-saudagar dari asia barat. Ini dicatat dalam sejarah yang ditulis, betul atau tidak, sejarah tidak boleh diubah, tetapi, boleh digubah-gubah serta ditambah-tambah.

Jangan menjadi salah satu angan-angan seperti mat jenin, tanam pokok Aquilaria berharap menjadi jutaan, ianya bukan satu usaha yang mudah dan ramai yang telah tewas kerananya. Yang pasti, anda akan berada dalam keadaan sesakwang tempuh masa yang agak panjang. Kemungkinan ini lah yang dikaitkan dengan sihelang kayu, mata melihat helang terbang, tetapi untuk dicapai oleh tangan ianya tidak kecapaian. Tetapi, bukan satu usaha yang mustahil, sekiranya usaha ini dilakukan mengikut keadah yang betul.

Saya gemar lakukan inokulasi pokok sendiri daripada beri khidmat pada pekebun lain, Kerana, diantara pekebun gaharu kebanyakan tidak ada sifat kesabaran, buat-buat lupa apa yang telah mereka janjikan semasa inokulasi. Dalam tempuh bertenang selama 4 tahun, apa-apa perkara diluar jangkaan boleh berlaku dan kadang-kadang ada terus mendesak supaya pokok mereka ditebang serta mahu dijual segera kerana mereka alami kesempitan wang dan masalah lain yang mereka hadapi.

Gaharu yang saya jual, gaharu yang telah diinokulasi tempuh masa 4 tahun lebih, ianya mudah dijual dan dikira sudah matang oleh pembeli. Gaharu berada didalam bentuk keras,padat serta berkeadaan kering, apa yang perlu kita tahu, sebatang pokok menghasilkan gaharu pelbagai-bagai gred serta tidak mungkin gaharu terhasil dalam satu gred, daripada gred A, gred B dan gred C.

Saya hanya pasarkan gaharu gred A dan gred B, manakala gred C saya simpan untuk kegunaan sunling minyak serta menghasilkan produk lain. Jangan biarkan pembaziran walaupun keadaan gaharu sebesar kerepok, ianya tetap ada nilainya, debu gaharu juga mempunyai nilai tersendiri. Walaupun sekecil-kecil, senipis-nipis bentuknya, 4 tahun lebih kita menunggu penghasilan pembentukan gaharu, bukan tempuh masa yang singkat.

Jangan kita buat andaian serta anggaran, setiap inokulasi dijalankan, 4 tahun nanti tentu mendapat hasil gaharu dan boleh dijual. Daripada pengelaman serta penilaian saya, daripada 10 orang pengiat inokulasi menjalankan inokulasi ini, kebanyakannya ramai yang mengalami kegagalan, Daripada promosi awal mereka, mereka lah yang terbaik, hanya mereka sahaja yang berjaya serta hanya cecair pengalak resin ciptaan mereka yang boleh menghasilkan pembentukan gaharu.

Buanglah sifat serta sikap begini, tiada seorang manusia pun mahu kegagalan, yang berusaha tentu diri nya yakin akan berjaya, kegagalan serta kejayaan semuanya adalah satu ujian. Jangan pula jadikan diri kita umpama helang, menyerang hendap serta menangkap mangsa semasa terbang, dapat habuan terus menghilangkan diri.

Untuk melakukan penebangan pokok serta mengangkut, ianya satu perkara amat mudah, ada tetapinya, untuk mengasingkan gaharu adalah satu kerja yang amat rumit, andainya pokok yang ditebang sebesar 2 pemeluk yang ditelah dikerat sepanjang 3 hingga 4 kaki. Mengapak, menarah satu perkara wajid sebelum proses carving  dilakukan memerlukan ketelitian, masa dihadkan 1 hari tentu boleh dapat disiapkan.

Kualiti gaharu teknologi tidak sama dengan kualiti gaharu alami, sebaik manapun cecair pengalak resin dicipta, antara kedua ini tidak akan sama. Gaharu teknologi terhasil daripada pelbagai teknik inokulasi atau melalui campur tangan manusia mengunakan cecair bakteria #fungal ciptaan dan manakala gaharu alami terhasil melalui kecederaan daripada kejadian alam semulajadi serta pembiakan bakteria #fungal microoganisma.

Sebagai penilaian yang agak ketara, bila kita membakarnya antara kedua ini, ianya mengeluarkan bauan agak berlain. Tiada perlu kita pertikaikan diantara keduanya tetap gaharu, cuma, nilainya jualannya agak rendah, tetap berkualiti, tetap ada harga dipasaran. Sebagai pembandingan, gaharu teknologi dituai tempuh masa 4 tahun lebih, manakala gaharu alami yang dituai setelah ditemui kemungkinan begitu lama telah terbentuk tempuh masa 10 tahun keatas.

Tujuan mengenal bagaimana bentuk serta bauan gaharu alami, saya pernah sertai group pemburu gaharu alami. Setiap kali kami terjumpa pokok gaharu, mereka akan berbincang serta bagi andaian, pokok dalam keadaan begini pasti ada gaharu, manakala pokok berkeadaan begini tidak ada gaharu. Apabila penebangan dilakukan, hanya sedikit sahaja gaharu berbentuk kerepok ditemui dan selebihnya ditinggalkan untuk makanan anai-anai.

Jika dibandingkan antara gaharu teknologi walaupun tempoh 4 tahun lebih, ianya menghasilkan pembentukkan berganda-ganda mengikut teknik inokulasi serta keserasian cecair pengalak. Walaupun gaharu teknologi dianggap kurang berkualiti, ianya mampu mengeluarkan jumlah hasil yang banyak setiap sebatang pokok. Saya memang berminat tentang gaharu, suka mengkaji sepsis Aquilaria ini, memang gemar bauan nya, bauan kehutanan adalah bau semulajadi gaharu.

Bila berbual atau ada rakan baru kenal bertanya apa kerjaya saya, saya hanya bagitahu, saya hanya seorang pekebun. Terasa malas mahu sembang-sembang tentang gaharu, kemungkinan Ketika ini saya dalam proses perlaksanaan terakhir. Menunpukan masa pada pembangunan bangunan penyunlingan, membaikpulih jalan, penebangan pokok yang telah inokulasi ada yang melebih 5 tahun. Masa terlalu cemburu untuk sembang-sembang kosong, untuk lepak-lepak diwarong kopi, saya hadkan masa.

Untuk menglekapkan semuanya, tentu memakan masa, doa-doakan tahun 2024 nanti semuanya boleh berjalan seperti dirancangkan seawal bermula bergiat sebagai pengiat gaharu teknologi, INSHAALLAH.. dengan tiada keluhan, tiada pernah kesal, tetap sabar, tawarkal, dengan niat lakukan semua kerana ALLAH. Siapalah kita kan, IA yang mengerakan kita, IA yang cetuskan ideal kita, IA jugalah yang membuka langkah kita, IA yang membentikan nafas kita. Renungkan lah, dimanakah keegoan kita..?

Buangkan sifat keegoan, jalinkan silaturrahim, ianya adalah salah satu pintu rezeki,  semuga rezeki kita ALLAH bukakan seluas-luasnya. Terima kasih, INSHAALLAH, jumpa lagi dilain catatan. Assalamualaikum semua wahai sahabat.