Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kita ketemu kembali setelah begitu lama saya menyepi, tanpa menyiarkan apa-apa coretan terbaru. Masa amat cemburu lebih-lebih lagi menumpukan masa untuk berblogger, bermula covid melanda sehingga kehari ini masih berada didalam kesibukkan. Hati tergerak untuk merwarnakan kemeriahan gaharu dan menghidupkan kembali blog gaharu ini, walaupun badan selalu berada didalam kepenatan.
Masa
banyak tertumpu pada kebun serta ladang gaharu, melawati pokok yang telah
diinokulasi dan melakukan inokulasi selingan pada pokok yang dinilai
bermasalah. Saya bukan pengiat mahir, masih belajar secara tersendiri, membaiki
apa yang tersilap, kadang-kadang
pernilaian yang dianggap secara rambang, bukan boleh dikira sebagai satu keputusan
yang tepat.
Kemungkinan disebabkan selalu upgrade cecair pengalak resin, keputusan keberkesanan berbeza-beza, tujuan utama upgrade cecair dilakukan untuk mengurangkan kereputan, inginkan pembentukkan resin bertambah padat, tebal, cepat matang, keserasian semua sepsis Aquilaria dan supaya pokok dapat bertahan meneruskan hidup dengan serangan bakteria fungal yang disuntikan. Semuanya untuk kepuasan hati sendiri. Kita wajid berusaha untuk merubahkan keputusan, terbaik untuk diri sendiri dan mahukan hasil lebih terbaik dari sebelum ini.
Saya
menglangkah agak pelahan, tidak ada erti kejar mengejar, biarlah dianggap
berada dibelakang, janji, apa yang dilakukan akhirnya sampai juga ke garisan
penamat. Saya tetap mengikut jadual asal, tetap pegang pada prinsip, atas
kemampuan diri sendiri dan tidak berganjak walaupun setapak. Saya juga tidak
pandai merubah kerjaya, melepas sesuatu perkara yang saya ceburi, saya bukan
mempunyai jatidiri yang hebat tetapi, bukan mudah pula untuk menerima cadangan
serta sesuatu perkara yang luar dari bidang kita ceburi.
Walaupun pembinaan bangunan penyunlingan belum siap 100%, semua operasi pengurusan telah berpindah ketapak baru, mengikut seperti dirancangkan, disini lah officer, bengkel pembersihan kayu gaharu, geleri ,stor,penghasilan segala produk berasaskan gaharu, terletak dilokasi amat kesesuaian berada diladang gaharu. Walaupun begitu, banyak lagi akan dimajukan sebelum ianya menjadi tempat terbuka untuk pelawat datang serta bermalam disini.
Tiada berfeadah kita mencabar sesiapa, kita ikut kemampuan kita sendiri, setiap usaha, kita tarwakal, yakin pada ALLAH. ALLAH tetap akan berikan rezeki cepat atau lambat. Perubahan kita bukan ditangan seseorang manusia, ALLAH yang tentukan, keikhlasan dihati kita yang utama, apa yang kita lakukan berdasar niat atas nama ALLAH. Sehebat mana cecair pengalak kita cipta serta teknik yang canggih, yang sedang kita usahakan, tanpa restu dari NYA ianya tidak akan berjaya.Saya
bermula dari angka kosong, kosong segala galanya, berkat usaha, dari tarwakal
serta berniat dengan nama ALLAH, tanpa saya sendiri sedar, ALLAH beri peluang
dengan rezeki dari NYA, walaupun ianya merupakan rezeki sementara didunia ini,
masih ada ruang untuk meneruskan peringkat terakhir sebagai pengiat gaharu
teknologi. Walaupun nama tidak sehebat, jika dibandingkan antara pengiat
tersohor dan tiada dikenali secara umum, bukan nama yang dikejari, yang kita
mahukan hanya lah kejayaan.
Antara
sepsis Aquilaria yang biak tumbuh di pinggiran kampung, diladang serta kebun
getah, salah satu sepsis ini, iaitu malaccensis #Depu #Karas #Garu (saya bagi
nama depu gajah) diantara satu sepsis yang sukar untuk ditemui terhasil gaharu.
Antara satu sepsis Aquilaria yang mempunyai gred gaharu tersendiri yang terawal
dipedagangkan, ketika empayar kesultanan kerajaan melayu Melaka, oleh orang ulu
menjual kepada saudagar-saudagar dari asia barat. Ini dicatat dalam sejarah
yang ditulis, betul atau tidak, sejarah tidak boleh diubah, tetapi, boleh digubah-gubah
serta ditambah-tambah.
Saya
gemar lakukan inokulasi pokok sendiri daripada beri khidmat pada pekebun lain,
Kerana, diantara pekebun gaharu kebanyakan tidak ada sifat kesabaran, buat-buat
lupa apa yang telah mereka janjikan semasa inokulasi. Dalam tempuh bertenang
selama 4 tahun, apa-apa perkara diluar jangkaan boleh berlaku dan kadang-kadang
ada terus mendesak supaya pokok mereka ditebang serta mahu dijual segera kerana
mereka alami kesempitan wang dan masalah lain yang mereka hadapi.
Saya
hanya pasarkan gaharu gred A dan gred B, manakala gred C saya simpan untuk
kegunaan sunling minyak serta menghasilkan produk lain. Jangan biarkan
pembaziran walaupun keadaan gaharu sebesar kerepok, ianya tetap ada nilainya,
debu gaharu juga mempunyai nilai tersendiri. Walaupun sekecil-kecil,
senipis-nipis bentuknya, 4 tahun lebih kita menunggu penghasilan pembentukan gaharu,
bukan tempuh masa yang singkat.
Buanglah
sifat serta sikap begini, tiada seorang manusia pun mahu kegagalan, yang
berusaha tentu diri nya yakin akan berjaya, kegagalan serta kejayaan semuanya
adalah satu ujian. Jangan pula jadikan diri kita umpama helang, menyerang
hendap serta menangkap mangsa semasa terbang, dapat habuan terus menghilangkan
diri.
Kualiti
gaharu teknologi tidak sama dengan kualiti gaharu alami, sebaik manapun cecair
pengalak resin dicipta, antara kedua ini tidak akan sama. Gaharu teknologi
terhasil daripada pelbagai teknik inokulasi atau melalui campur tangan manusia
mengunakan cecair bakteria #fungal ciptaan dan manakala gaharu alami terhasil melalui
kecederaan daripada kejadian alam semulajadi serta pembiakan bakteria #fungal
microoganisma.
Tujuan
mengenal bagaimana bentuk serta bauan gaharu alami, saya pernah sertai group
pemburu gaharu alami. Setiap kali kami terjumpa pokok gaharu, mereka akan
berbincang serta bagi andaian, pokok dalam keadaan begini pasti ada gaharu,
manakala pokok berkeadaan begini tidak ada gaharu. Apabila penebangan
dilakukan, hanya sedikit sahaja gaharu berbentuk kerepok ditemui dan selebihnya
ditinggalkan untuk makanan anai-anai.
Bila
berbual atau ada rakan baru kenal bertanya apa kerjaya saya, saya hanya
bagitahu, saya hanya seorang pekebun. Terasa malas mahu sembang-sembang tentang
gaharu, kemungkinan Ketika ini saya dalam proses perlaksanaan terakhir. Menunpukan
masa pada pembangunan bangunan penyunlingan, membaikpulih jalan, penebangan
pokok yang telah inokulasi ada yang melebih 5 tahun. Masa terlalu cemburu untuk
sembang-sembang kosong, untuk lepak-lepak diwarong kopi, saya hadkan masa.
Buangkan
sifat keegoan, jalinkan silaturrahim, ianya adalah salah satu pintu
rezeki, semuga rezeki kita ALLAH bukakan
seluas-luasnya. Terima kasih, INSHAALLAH, jumpa lagi dilain catatan.
Assalamualaikum semua wahai sahabat.