Sunday, 20 August 2023

Malaccensis/Depu/Karas/Garu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, ketemu Kembali kita diblog gaharu kali ini. Semuga semua dibawah lindungi Allah, alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini, semuga Allah sentiasa melipat gandakan rezeki yang halal untuk kita, dengan kesihatan tubuh badan, diperkuatkan semangat, menjauhkan dari benda-benda yang melalaikan serta ditambahkan keimanan kita pada Nya.



Disaat Allah berikan masa luang ini, saya ambil kesempatan menaipkan serba sikit catatan blog ini sebagai pengkongsian ilmu atau sedikit maklumat yang dianggap tidak sempurna. Sekurang-kurangnya ada info yang baik, boleh kita sama-sama pengunakan sebagai satu ilmu, jika ianya tidak diperlukan boleh diabaikan dan boleh dianggap ianya sebagai satu imbasan atau satu andaian yang tidak berapa tepat.

Setelah masuk 23 tahun bergiat bersendirian sebagai pengiat gaharu teknologi terlalu banyak perkara baru yang diperolehi setiap masa. Saya seorang yang gemar mengkaji sesuatu yang berhubung kait penghasilan pembentukan gaharu melalui campur tangan manusia. Bagi saya, ilmu adalah satu benda yang amat penting bagi mengukuhkan lagi sesorang yang mahu mantapkan penghasilan gaharu secara teknologi.



Sebagai seorang pengkaji, ilmu sentiasa tidak mengcukupi, setiap kali ada perubahan pembentukan gaharu terhasil, bukan satu kepuasan, ianya merupakan satu cabaran baru. Maka akal mula berfikir, merencana teknik-teknik baru, mencari keadah-keadah paling mudah, kalau boleh, sesesuatu teknik terbaru dicipta serta penilaian keserasian keberkesanan cecair pengalak yang dicipta lebih mantap lagi.

Tiada guna kita hanya memeluk tubuh, sekadar menerima keputusan sekadar-kadarnya, padahal ianya boleh diupgradekan lagi, supaya keputusan lebih mantap dan supaya penghasilan tuaian berlipat kali ganda. Ilmu kita perluaskan melalui kajian tersendiri, tiada alasan rumit sekiranya kita telah mempunyai kepakaran, kemahiran serta peralatan, bahan-bahan kajian yang telah tersedia ada, hanya tepuk dada tanya selera.



Untuk memperolehi ilmu dibidang ini, bukan boleh dianggap mudah, anda harus bermula dari kosong, wajip berusaha sendiri. Tiada kolej atau IPT yang menawarkan kursus, diploma, PHD dan Master untuk mendapatkan tauliah pengajian tentang gaharu teknologi. Itulah sebabnya ramai yang awal-awal tewas tanpa mendapat pulangan pelaburan daripada usaha mereka.

Betullah apa yang pernah disuarakan oleh orang-orang tua kita, “ bila kamu jumpa atau temui teras gaharu, kamu akan jadi kayaraya”. Bagi saya pula, kalau terjumpa, nak buat camno?. Dan ini pun mahukan ilmu mesti ada didalam kepala kita, jika terjumpa tanpa diolah, dibersih serta untuk dijual pada siapa, pun kita tidak tahu. Maka lupakan lah mimpi untuk menjadi kayaraya dari hasil jual teras gaharu. Jika melalui orang tengah, yang tentu kayaraya mereka dan kita hanya tersohor sebagai seorang yang menjumpai gaharu.



Bila ada masa terluang, saya suka jelajah Kawasan pinggiran bukit berdekatan menjejak pokok gaharu liar, di bukit dearah saya hanya satu sepsis pokok gaharu yang tumbuh. Spesis ini amat dikenali oleh orang-orang kampung, dia orang memanggilnya dengan nama pokok depu serta kegunaan utamanya dijadikan papan lot untuk lubang lahad kematian. Ianya ringan, mudah dijadikan papan serta pokoknya agak besar.

Orang dulu-dulu menjadikan pucuk pokok ini sebagai ubat cirit birit serta penahan mabuk serta kulitnya dijadikan tali pengikat. Dikalangan ahli pengkaji botani menanggilnya Malaccesis Lamk dan dikenali juga dengan nama Karas serta ada yang menanggil Garu. Pokok ini tumbuh dikawasan lembab, banyak ditemui berhampiran perkampungan, kebun-kebun serta diladang-ladang sawit. Pokok ini biasanya tidak dipedulikan dibiar membesar tanpa diusik serta anak-anak cambahnya membiak subur.



Jika mahukan jalankan inokulasian, perkara utama mesti kita pastikan, pokok ini tumbuh berada ditanah mempunyai pemilik atau bukan tumbuh diatas tanah Kawasan hutan simpanan atau tanah yang bukan dimiliki sesiapa. Kerana bermula tempuh inokulasian dilakukan, kita mempunyai tempuh bertenang hampir 4 tahun lebih, jika pokok ini tumbuh diatas tanah dimiliki, kita agak selamat daripada gangguan pencuri dan pasti pemilik tanah menjagainya.

Saya memanggil dengan nama depu gajah, kerana pokoknya besar, tinggi, tetap utuh walaupun ditiup angin kencang, jika dibandingkan dengan pokok-pokok perladangan, 90% saya memihak pada pokok ini. Contohnya, jika pokok ini sebesar 3 pemeluk ketinggian mencecah 100 kaki melangit serta akar-akarnya timbul dipermukaan bumi. Kadang terjumpa panjangnya hamper 20 kaki dan besar hampir 1 pemeluk. Ini satu keistimewaan pokok ini, teguh berdiri walaupun tumbuh di pinggiran bukit.



Sebelum pengiatan saya, pokok depu/karas serta Garu ini sepsis pertama saya kenali, selalu menyepat kulitnya untuk dijadikan pengikat kayu dan sebagai pengikat tangkai buah durian. Saya selalu menakil, cuba-cuba mana tahu terhasil gaharu, dalam tempuh 3 bulan saya jengok lagi, perhatikan Kawasan di dilukai sebelum ini terhasilkan atau tidak gaharu. Sayangnya, luka yang dilakukan sebelum ini sembuh tanpa ada urat-urat kehitaman atau coklat yang menandakan terhasilnya gaharu.

Saya meneliti setiap cawangan pokok ini, terjumpa lubang-lubang sarang serangga, saya korek, apa yang terjumpa didalam lubang itu, saya masukkan dalam bag plastic serta teliti betul-betul adakah bahagian disekeliling lubang itu berwarna gelap dan berapa ketebalannya. Kemungkinan anda terasa hairan, dengan perbuatan saya, tetapi, saya lakukan untuk kajian tindakbalas bagaimana microogonisme semulajadi mampu menghasilkan pembentukan gaharu.



Ketika saya lakukan inokulasian, mula-mula saya lakukan penilaian awal, iaitu size pokok, size mata drill, kedalaman lubang akan ditebuk serta antara jarak tebukan. Tujuannyya untuk membiarkan pokok hidup dalam kesakitan atau sentiasa stress atau pokok mampu bertahan sehingga 6 hingga 10 tahun akan datang. Ini adalah satu factor utama dalam penghasilan pembentukan gaharu melalui campur tangan manusia.

Setiap kali inokulasian pokok depu ini, targed utama saya, adalah akarnya, saya akan mengali separuh dari pemukaan tanah dan inokulasian mengikut jarak yang saya tetapkan. Sekiranya sebatang akar sepanjang hampir 20 kaki menghasilkan gaharu, kebiasaannya yang pernah saya perolehi sebelum, gaharu terhasil sejumlah 14 sehingga 18kg, boleh dianggap berbaloi hanya sebatang akar, jika 3 akar sekelilingnya bertambah berbaloi-baloi habuannya.



Jika ada soalan “ bagaimana boleh lakukannya”, pertama, sebesar mana pokok anda, bagaimana keserasian cecair pengalak resin anda dan factor cuaca juga kena diambil kira ketika melakukan inokulasian. Saya terangkan melalui pengelaman saya, saya tidak mampu menghuraikan, apapun pengiat lain lakukan, semuanya banyak pembezaan, walaupun apa asasnya bertujuan mahukan gaharu, tetapi, kita kena akur, semua pengiat mengunapakai cecair pengalak resin berlainan.

Jika kita bandingkan, adakala akan terasa satu pertandingan, penghasilan pembentukan gaharu bukan satu pertandingan, ianya salah satu usaha mengikut factor yang betul, tersilap teknik, tersilap cecair pengalak resin, anda akan terima kegagalan. Bila anda sudah terasa yakin, mulaikanlah, tidak berani mencuba, anda bukan seorang pengiat gaharu, kerana sifat seorang pengiat gaharu, wajip ada sifat keberanian serta yakin pada Pencipta.

Memanjat po


kok besar begini, merupakan satu cabaran, yalah, memanjat sambil mendrill, bukan kerja yang mudah, bukan 10 kaki memanjat, tetapi puluhan kaki sehingga mampu memanjat. Adalah bertujuan memanjat hanya mahukan hasil gaharu dari sebatang sebesar ini bertujuan penghasilan gaharu 20kg?. Kalau hanya mahukan 20kg, baik tak payah bersusah payah memanjat, hasil daripada akar sahaja melebihi 20kg kan?. Kerana tidak mahu pembaziran berlaku, maka, kita inokulasian sampai ke penghujung sebesar sa paha serta kesemua pangkal dahan.

Untuk memperolehi pokok sebesar 2 hingga 3 pemeluk, bukan satu alasan dikawasan saya, pokok depu masih lagi banyak yang tidak usik oleh pengiat terdahulu. Cuma, kena rajin jelajah keseluruhan daerah berdekatan, kena caranya kita tidak perlu mengeluarkan modal untuk memperolehi pokok ini, kebiasaannya pokok-pokok ini terbiar, hanya dijadikan sempadan atau sebagai pagar serta telah dianggap tiada bernilai oleh pemilik pokok.



Modal yang harus kita keluarkan, upah pekerja inokulasian serta kos cecair pengalak resin. Disini saya mula berfikir, tiada guna melaburkan wang pada peladangan gaharu, membuka ladang dengan menanam ribuan pokok dan terpaksa menjaga, membaja serta menanti sehingga 10 tahun akan datang. Satu pelaburan amat merugikan masa serta wang mencurah setiap bulan, padahal pokok-pokok liar yang besar-besar telah tersedia ada dimerata lokasi.

Pokok perladangan dahan-dahannya mudah patah serta tumbang pantang ditiup angin kencang. Pokok depu atau karas pula tiada perlu penjagaan, terbiar dikawasan naung, tanpa alahan, tetapi, untuk mengharapkan pembentukan gaharu semulajadi boleh dikatakan mustahil, sama seperti pokok perladangan iaitu crassna dan sub intergra. Bila dikatakan sama factor penghasilan gaharu, saya tetap memilih sepsis gaharu liar ini, walaupun dikatakan hanya sepsis local tiada kelas.



Tetapi, malaccensis/depu/karas/Garu mempunyai kelasnya tersendiri, ianya amat popular dikalangan pencari. Saya tidak pasti dimana kebenarannya, cuma saya amat gemar melakukan inokulasian pada pokok liar ini, lagi besar pokoknya serta mempunyai akar timbul dipermukaan bumi, lagi kuat keazaman saya mahukan inokulasian dan boleh dianggarkan berapa kg gaharu akan terhasil. Kita hanya berusaha serta yakin segala rezeki datang dari Nya jua.

Saya mengenal pokok ini semenjak zaman remaja, boleh dikatakan terlalu dekat mengenalnya. Alhamdulillah, serta terima tawaran daripada pemilik-pemilik pokok gaharu liar ini untuk saya lakukan inokulasian tanpa ada syarat. Inshaallah, akan terus lakukan inokulasian pokok depu ini, walaupun pada kiraan peratusan kesemua pokok yang telah saya inokulasian, antara pokok perladangan cuma 20% dan 80% lagi adalah pokok gaharu liar ini.



Sebagai seorang pengiat penginokulasian, tidak perlu memilih sepsis mana yang terbaik, mana-mana sepsis adalah sama, yang terhasil pembentukan daripada pokok ini, hanya satu nama yang dipanggil am dimalaysia, dengan nama gaharu, sudah tiada nama selain ini, begitu teras daripada pokok candan, tetap dipanggil gaharu. Cuma, daripada kajian pakar-pakar botani memberikan nama saintifik serta sepsis Aquilaria ini mempunyai keluarga yang agak besar hanya tumbuh di asia tenggara.

Catatan kegemaran saya, prihal antara pokok-pokok yang saya gemari lakukan inokulasi, lain orang lain pula minat mereka, kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut car akita. Walaupun tetap sama menjadikan beras sebagai makanan, tetapi, memasaknya periuk berasingan, selera kita berbeza-beza, begitu juga citarasa kita. Yang amat penting, kita bersaing secara jujur tanpa ada rasa kecil hati, itu yang terbaik.

Yang buruk, yang tidak baik dari saya, yang baik, sempurna hanya lah milik ALLAH, Assalamulaikum, Inshallah jumpa lagi sekira ALLAH berikan kelapangan.