Tuesday, 26 May 2020

Gaharu COVID 19.. !!!


Salam Eid Al”Mubarak, kita telah memasuki bulan Syawal, kita telah merayakan hari kemenangan kita dengan bertasbih puji-pujian tulus ikhlas Kebesaran Allah. Alhamdulillah, sama-sama kita raikan kemenangan sekadarnya ketika dalam perintah kawalan pengerakan bersyarat (PKPB).


Alhamdulillah, jika di panjangkan umur ada kesempatan Allah lanjutkan akan ketemui bulan ramadhan di tahun hadapan dan kemungkinan rantaian Covid 19 telah dapat di putuskan. Walaupun tahun ini merupakan satu tahun amat memcabar di segi kerohanian, fizikal, menguji kesabaran dan kita sama mengalami tahaf ekonomi yang amat mencabar.


Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB) masuk minggu ketiga dan sama-sama kita patuhinya. Walau bagaimanapun kita masih belum bebas untuk memulakan pergerakan ke negeri ke negeri lain dan sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aktiviti kerja boleh di lakukan sekadar di negeri sendiri. Telah ada kelonggaran melepasi daerah untuk lakukan kerja-kerja berkaitan, walaupun di tetapkan berada jarak 1 meter antara satu dengan lain.

Pendapat saya secara peribadi, tentang PKPB ini, saya tidak setuju dan merasakan ianya terlalu awal di longgarkan pengerakan dan Virus COVID 19 berada di mana-mana serta tidak dilihat dengan mata kasar dan tidak boleh di pandang remeh, tidak mampu untuk di ramalkan adakah ianya akan semakin merebak dan mampukah kita melawan atau adakah diri kita terlalu kebal melawan virus pembunuh ini.


Walau bagaimanapun, kita jaga kita, jaga keluarga kita, memantau aktiviti ahli keluarga, hargailah kesihatan diri sendiri dan jauhi mengelah daripada berkumpul secara beramai-ramai. Manakala di hari-hari perayaan hanya di benarkan berkumpul seramai 20 orang dan warong-warong makanan juga di jual secara bungkusan tuhuan untuk memutuskan rantaian wabak ini.

Dalam berkeadaan begini, sentiasa tertungu-tunggu siaran berita terkini setiap hari tentang perkembangan terkini COVID 19 daripada pengarah Kesihatan Malaysia (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah), sidang media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan sidang media bersama Pendana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyuddin Yassin. Saya tidak gemar melayan berita-berita daripada media lain yang belum pasti kesahihannya dan begitu juga berita daripada blogger serta blog yang di share di media social.


Kesungguhan frontliner berkorban masa, tekun serta begitu amanah menjalankan tugasan demi memutuskan rantaian virus pembunuh ini, mereka adalah hero pada rakyat Malaysia serta amat-amat di kagumi oleh seluruh rakyat Malaysia. Cuma ada sungutan di kalangan yang ada kepertingan peribadi mempolitikan isu kertidak kepuasan hati kerana cita-cita mereka terkandas.

Peranan RBA telah menimbulkan pelbagai-bagai masalah, setiap masa mencari kesilapan, mencari isu-isu terbaru dan membesar-besarkan isu lama tujuan mengalih isu serta gemar memperkecilkan prihatin kebajikan Kerajaan salurkan kepada rakyat. Kita memang sokong perkara yang baik dan tidak sesekali ikut serta menidakkan perkara yang betul.


Perintah kawalan pengerakan bersyarat walaupun tidak boleh melakukan pengerakan ke Negeri lain, kita telah boleh bersyukur kerana pengerakan tidak di hadkan dan begitu juga waktu pengerakan telah di lanjutkan sehingga 9hb Jun 2020. Langkah sudah boleh di panjangkan untuk melawati ladang-ladang gaharu yang berada di luar daerah dan sudah boleh siapkan jadual untuk lawati kesatu lokasi ke satu lokasi. Tetapi, di sebab kita berada di bulan puasa, hanya mampu lawati 1 lokasi setiap pagi jumaat dan sabtu dan hari ahad hingga khamis telah di jadual kerja-kerja berkaitan di offis.



Alhamdulillah. dalam keadaan PKPB serta bulan puasa sempat juga sepintas lalu membelek catatan nota-nota kajian terdahulu dan sebagai ulangkaji untuk memantapkan serba sedikit kerjaya secara peribadi. Sebagai pengiat secara kampong, kajian hanya sekadar yang terdaya dan cuma kelebihannya mendapat kepercayaan daripada pemilik pokok gaharu liar iaitu depu, karas, atau gaharu nama sainstifnya malaccensis lamk dan pokok gaharu perladangan, telah memberikan kebenaran lakukan apa sahaja pada pokok mereka, asalkan pokok ini menghasilkan pembentukan gaharu.


Bermula dari bulan Mar 2020 sehingga bulan Julai, kumpul pokok di setiap daerah tanpa mengira jumlah dan selagi banyak tawaran di perolehi, lagi terbaik. Setelah PKPB di tamatkan proses inokulasi akan di lakukan, sambil memantapkan lagi teknik-teknik terbaru inokulasi. Pokok gaharu liar yang tumbuh di kebun getah, terpaksa di pastikan terlebih daharu, walaupun mendapat tawaran daripada pemilik, penilaian usia pokok getah juga kena ambil kira. Manatahu, sebelum gaharu matang, pemilik pula mahu kebun di bersihkan tujuan tanam semula pokok getah dan perkara ini akan menimbulkan permasalahan.


Jika pokok ladang, kebiasaan tidak timbul permasalahannya, kerana pemilik telah berusaha tanam pokok gaharu untuk mendapatkan hasilnya dan sememangnya pemilik mengharapkan pulangan modal buka ladang daripada keuntungan penjualan gaharu. Pokok gaharu liar yang berukuran besar kebiasaan di tebang untuk di jadikan papan keranda serta papan-papan lok kematian kerana kayunya lampong dan ianya tidak di anggap begitu berharga oleh segolongan orang kampong serta tidak pernah mengharap pokok ini terhasilkan pembentukan gaharu secara semulajadi.


Di dalam keadaan bertapa di rumah peluang siapkan bahan-bahan asas serta proses cecair pengalak 100 liter serta upgrade cecair pengalak resin V2.0 ke V2.1 dan khaskan cecair pengalak ubtuk rendaman bamboo stick. Saya amat mengemarkan lakukan 2 teknik inokulasi iaitu infuse di lakukan pada batang dan manakala bamboo stick di pasak pada bahagian tertentu serta ingin penghasilan pengeluaran kian bertambah berganda daripada 1 pokok.


Ketahanan pokok juga harus di ambil kira, di segi mengurangkan mengalami kereputan, tidak terlampau stress, tidak terlalu allergic dan daun-daun tidak mengalami kekuningan terlampau cepat. Saya sentiasa catat apa-apa perkembangan yang berlaku mengikut tempoh masa setelah inokulasi di lakukan, sekiranya berlaku apa-apa yang kita tidak berpuashati sekurang-kurangnya kita ada rujukan berbentuk nota. Cecair pengalak resin untuk mengunapakai teknik infuse, dose bahan-bahan asas tidak terlalu pekat dan mengunapakai teknik infuse ini memerlukan mengerudi banyak lubang mengikut peniaian ukuran pokok.


Masa tidak pernah dikejar, cuma memenuhi aktiviti di waktu pagi bulan puasa menjelajahi hutan belukar 10km dari rumah serta lakukan penilaian pada pokok yang telah di inokulasi dan inokulasi pokok yang telah mengcukupi ukuran. Planning inokulasi 10 pokok setiap pagi dan selama 3 pagi inokulasi, selesai inokulasi pokok ukuran hampir 1 pemeluk sejumlah 34 pokok spesis Malaccensis dan sekiranya PKP di lanjutkan, inokulasi akan di lakukan di daerah-daerah berhampiran.


Masih ada kesempatan 2 hari sebelum hari terakhir berpuasa, sambung aktiviti di bulan puasa, lawati ladang gaharu yang telah di inokulasi 200 pokok dan mengira pokok cukup ukuran untuk di inokulasi selepas hari raya. Usia pokok telah masuk 4 tahun lebih, tumbesarannya 5,000 pokok ini tidak serata walaupun di tanam serentak dan kemungkinan factor bumi mengakibatkan terbantut tumbesarannya. 50% antara pokok di ladang telah boleh di inokulasi dan di sengajakan inokulasi sejumlah itu, di bajai agar pokok-pokok ini bertambah subur dan terus membesar sehingga usia 8 tahun untuk di inokulasi.


Sebagai pengusaha kita perlu buang sifat mudah putus asa, kegagalan merupakan satu perkara tidak boleh di elakan kerana ianya melibatkan bidang pengusahaan dan dalam apa-apa bidang sekalipun akan berlaku kegagalan. Bila telah berjaya, upgrade apa-apa yang diri kita merasakan ada kelemahan untuk kita melangkah tanpa ada rintangan dan bila melalui setiap kali usaha kita menemui kegagalan.

Sedikit serta jumlah besar yang kita akan perolehi nanti, tidak boleh dipertikaikan, rezeki, Allah jua yang menentukannya, tetapi, jangan kita mudah mengalah. Usah pedulikan cakap-cakap mulut saingan kita, kita kena ingat, orang sentiasa mengintai-intai usaha kita, kita sentiasa di cemburui, pantang kita tersilap dan jika kita berusaha separuh jalan dan mereka akan bertepuk tangan.


Sifat cabar mencabar pengiat lain bukan cara saya dan sememangnya tidak mengemar memberikan komen apa-apa tentang hasil usaha pengiat lain. Semua pengiat telah mampu menghasilkan pelbagai produk sendiri dan daripada kreatifviti yang mereka olahkan amat terbaik hasilnya. Tiada perkara yang tidak elok untuk kita berikan komen daripada usaha mereka dan berlambak-lanbak hasil gaharu inokulasi telah di keluarkan dengan begitu jayanya. Tidak ada kemungkinan tahun-tahun mendatang, pengeluaran gaharu inokulasi memenuhi permintaan pasaran gaharu global.


Tetapi, masih ada kedengaran di kalangan pengiat gaharu bagaikan tidak menghormati pengiat lain, gemar memandang rendah usaha orang lain dan hasil pembentukan cecair pengalak pengiat lain tidak sehebat hasil cecair pengalak ciptaannya. Tahun 2020 hampir pertengahan tahun, zaman telah berubah, buanglah sifat begitu, tidak ada ertinya kta menyalak-nyalak seperti anjing dan bukit yang kita salakan tidak akan runtuh. Yang paling terbaik, gandakan usaha diri sendiri daripada kita menambah dosa menyakiti hati insan lain dan biarlah mereka dengan cara mereka.


Buanglah sifat dengki, irihati serta sifat egoan dengan menunjuk-nunjuk, suka memperkecilkan usaha pengiat lain, lain padang lain pula belalangnya dan biarkan tumbuh dan jangan di biarkan melata. Tidak kemana pun usaha kita sekiranya kita masih amal sifat buruk kita, kita hanya mengada-ada serta berpura-pura bersyukur apa yang kita perolehi, tetapi, hati kita masih kekal di kotori oleh sifat irihati kita. Dengan sifat begini kawan rapat akan menjauhkan diri, akan terbongkar juga akhir-akhirnya segala perangai buruk kita, walaupun mulut kita selalu menyebut perkataan syukur.


Sempurna ketibaan bulan syawal, pihak kami mengucapkan selamat menyambut Eid Al’mubarak serta kami susunkan jari sepuluh memohon kemaafan, maaf zahir dan batin. Tentunya ada kesilapan daripada perbuatan, percakapan serta kandungan catatan di blog gaharu kami yang ayat-ayat tersinggung perasaan anda. Dan sebagai seorang blogger gaharu semua ini tidak dapat di elakkan akan berlaku kesilapan daripada sedar atau tidak sedar. Selamat berusaha semua.. TQ.

Saturday, 2 May 2020

Hanya Jauhari Mengenal Manikam..!!!!


Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al’mubarak diantara satu bulan yang dinanti-nantikan oleh keseluruhan ummat islam, semuga Allah sentiasa memberkati kita, ditambah tahaf kesabaran dan kita semua menerima keadaan berpuasa didalam suasana Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) yang telah dilanjutkan lagi 2 minggu dan entah bila ianya akan berakhir.


Sempurna menyambut bulan Ramadhan al-mubarak, saya mencuba menghentikan buat sementara waktu daripada melayan semua halaman social, antaranya laman facebook, whatSapp, twitter, Youtube dan sekiranya ada moody sekali sekala hanya terbikan blog gaharu.

Hanya 1 bulan kita temui bulan ramadhan diantara 11 bulan, perkara-perkara begitu bukan terpenting untuk menlayan sepenuh masa ketika ini dan jika ada per-per hal penting sekalipun, kita tidak boleh berurusan apa-apa kerana masih didalam PKP, lingkungan pengerakan terhadkan hanya 10km dan jalan terbaiknya kita sama-sama isikan masa melakukan perkara yang paling bermanfaat bersama keluarga.


Untuk mengelak kata-kata anggapan orang terhadap kita, kita berdiam diri pun salah dan tidak disenangi oleh mereka. Sememangnya diri kita tidak termampu menghalangi rasa prasangkal begitu, itu hak mereka, yang paling utama disaat-saat bulan Ramadhan al’mubarak ini kita pembanyakan amalan serta kita sama-sama bersyukur diwaktu Negara dilanda virus COVID 19 ini dan sama-sama kita mengeratkan lagi hubungan keluargaan sendiri.

Bila kita berusaha cuba mengabaikan benda yang telah melalaikan kita, peringkat permulaan sememangnya terasa amat gian, tetapi bila kita berusaha juga membiarkan daripada mengingatinya dan jika tidak memiliki pun, kita tidak akan berlapar kerananya dan ianya bukan umpama nyawa. Ialah, kebiasaannya daripada bangun tidur sehingga mahu tidur, hphone sentiasa ditangan dan sudah menjadi satu amalan sambil makan pun sempat lagi menatapinya.


Kadang-kadang terfikir betapa bodohnya diri telah dilekakan, hanya menatapi benda yang telah melalaikan setelah kian lama dilalaikan kita dan dengan keputusan setelah tibanya bulan ramadhan nanti, akan cuba sedaya upaya membaiki diri daripada kerap menatapi benda yang telah melalaikan diri.


Diwaktu bulan ramadhan al’mubarak dan ketika perintah kawalan pengerakan ini, ambil kesempatan melayan kerenah keluarga dan memantau mereka daripada melayan internet sesuka hati. Bulan ramadhan hanya sebulan dan manakala PKP pula entah bila akan berakhir, jika COVID 19 dapat diputuskan rantaian tempuh masa begitu cepat.

Allhamdulillah, tetapi mengikut jangkaan pakar-pakar perubatan sekiranya rantaian tidak dapat diputuskan, terpaksa kita melalui masa agak panjang, iaitu selama 3 bulan, kemungkinan mengikut ramalan akan berterusan selama 6 bulan kita didalam keadaan PKP.


Soal kerja terpaksa diketepikan dahulu, dilupakan sementara waktu dan biar perintah kawalan pengerakan berakhir untuk kita lakukan apa-apa tindakan sepatutnya. Atur jadual harian kerja-kerja yang tidak melibatkan pengerakan keluar daerah dan sentiasa bersama keluarga.

On hotspot berada dioffis sebelahan rumah, on hanya untuk anak-anak belajar melalui internet, hphone sendiri tetap berada dioffis, kikikikii, telah masuk hampir 1 minggu ini kadang-kadang bagaikan terlupa hphone berada dimana, lupa ada bateri atau tiada ke dan laman Facebook ke, twistter ke, whatSapp ke dan apa-apa halaman social, sudah tidak dipedulikan, kerana masa banyak dihabiskan berada didalam rumah daripada bertapa dioffis.


Pukul 3.00 petang keluar kejap dan balik terus masuk dapur, saya memang gemar memasak untuk siapkan juadah berbuka. Jika anda gelak kemungkinan anda seperti saya, mengambil tugas memasak, itu perkara aktivti kebiasaan bagi saya setiap tahun munculnya bulan ramadhan al’mubarak dan kemungkinan selera sendiri sentiasa berubah serta gemarkan masakan baru dimasak.

Sesekali sekala 1 minggu sekali sebagai aktiviti mengeluarkan peluh serta untuk dapatkan ideal dan snap gambar terbaru untuk catatan terbaru blog. Akan kebelukar hampiran rumah selama 1 jam. Terpaksa redahi hutan, mendaki bukit, kadang-kadang mengikut denai laluan warga hutan, menlintasi anak sungai dan meniti lereng mendaki permatang.


Kesemuanya pokok gaharu yang telah diinokulasi tumbuh atas tanah hak milik orang kampong, tetapi tanah terbiar ditumbuhi pokok-pokok hutan, bersemak samun dan terpaksa setiap kali kesini menebas lorong kesatu kesatu pokok gaharu. Keluasan tanah lebih kurang 1.2 hektar, jumlah pokok gaharu tumbuh liar lebih kurang 100 pokok, saiznya dari sebesar paha sehingga 3 pemeluk.

Antaranya pokok gaharu ini telah diinokulasi oleh pengiat inokulasi terdahulu dan saya mengambil alih pokok ini lebih kurang 30 bulan, tetapi diinokulasi semula tempuh 16 bulan dan 28 bulan. Pokok-pokok tumbuh liar dipersekitaran kawasan ini tumbuh berselerakan, setiap kebun getah akan ditemui pokok tumbuh liar berukuran 1 pemeluk sehingga 4 pemeluk.


Untuk memdapatkan pokok ini, tidak menjadi satu permasalahan, awal-awal mendapat tawaran, kebenaran daripada pemiliknya dan bermasalahannya, cuma kos upah inokulasinya agak kurang, kikikikiki, buat apa nak malukan, perkara betul kan? dan inokulasi tetap akan mengeluarkan kos upah serta kos cecair pengalak.

Lokasi berdekatan lebih kurang 500meter keluasan tanah 2 hektar, jumlah pokok 250, sebilangan besarnya tanah ini ditumbuh pokok gaharu liar dan sebilangan kecil pokok getah tua yang hidup hanya boleh dikira dengan jari. Antara ukuran pokok dari sebesar paha sehingga 2 pemeluk telah saya inokulasi tempuh 14 bulan. Atas budi bicara ikhsan dari pemilik kebun getah memberi kebenaran, melalui atas tanah mereka dicelah-celah lorong getah menuju kedua lokasi ini.


Sepanjang jalan melalui kebun getah menuju ke 2 lokasi lagi ladang inokulasi, akan temui pokok gaharu liar ini, ada yang telah saya inokulasi dan ada yang belum diinokulasi. Kedua lokasi ini hak kepunyaan pemilik yang sama, kedua-duanya tanah terbiar puluhan tahun ditumbuhi pokok hutan dan pokok gaharu liar iaitu Depu atau Gaharu, nama sainstifiknya Malaccensis Lamk, ukuran pelbagai-bagai ukuran daripada ssebesar jari sehingga ada yang sebesar 4 pemeluk.

Boleh dikatakan ladang inokulasi bertaburan disetiap dearah, kerana saya berterusan lakukan inokulasi setiap bulan sepanjang tahun dan selalu ditawarkan pokok oleh pemilik serta daripada pengiat gaharu terdahulu. Bantu saling membantu, manatahu esok-esok ada rezeki Allah limpahkan, sama-sama boleh merasai dan perkara paling utama wajip kekal dihati, adalah kesabaran dan tidak ada jaminan untuk mendapatkan hasilnya secepat mungkin dan 3 tahun belum tentu dapat mengeluarkan hasilnya.


20% antara pokok liar yang telah diinokulasi, kongsi kos inokulasi bersama kawan-kawan dan jumlah 80% lagi adalah hakmilik saya sendiri. Buat ketika ini dan hari-hari mendatang sudah tidak ada niat untuk berkongsi kos inokulasi dengan sesiapa.

Bukannya terasa diri telah ada segala kemampuan, tetapi malas untuk melayan pelbagai-bagai kerenah sifat setengahnya kurang sabar dikalangan kawan-kawan ini. Daripada kita sentiasa memendam rasa tidak berpuashati, yang terbaiknya, keluarkan kos inokulasi daripada poket sendiri dan lagipun kita seorang diri yang usahakan serta cecair pengalak resin hakmilik sendiri dan untuk menghasilkannya bagai mahu pecah kepala otak.


Tahun 2020 adalah tahun teliti segala pengurusan berkaitan, berniaga tetap berniaga, niaga tidak ada kawan baik, yang ada cuma para pelanggan, Perniagaan ianya tidak mengenal sesesiapa dan berniaga adalah perkara berkecuali. Setiap perkara berkaitan semua kena dikira dan lagikan masa ada harga, beli bahan-bahan untuk proses cecair pengalak pakai duit tunai, proses bahan-bahan kena ada gaji dan pemantauan proses hingga matang cecair ini bukan 2 atau 3 hari dan bila telah matang dibancuh pula dan semua kos jelajah inokulasi dikeluarkan secara tunai.


Rancangan awal saya bergiat dibidang ini, bukan mengharapkan ianya dijuall sebagai gaharu, tetapi mendapatkan gaharu untuk pemprosesan penyulingan minyak pati gaharu. Ini pendapat dan perancangan awal, paling terbaik menyimpan minyak pati daripada menyimpan kayu berkeping-keping, bertongkol-tongkol lama-kelamaan kayu semakin lama disimpan akan semakin kering.

Pendapat diantara pengiat ada pelbezaannya, ada yang gemar jual gaharu, ada yang gemar mengukir pelbagai bentuk, ada gemar hasilkan ansories, bakhoor, gelang dan pelbagai-bagai lagi.


Kerana mempunyai dana agak terhad, saya terpaksa melakukan secara ansur-ansur satu persatu dan untuk menyiapkan sejumlah yang besar memang tidak terdaya. Kita hanya berperahu kecil memandailah setiap bulan dapat melihat sedikit demi sedikit perkembangan halatuju kita.

Jika mahu bercakap besar, memang ramai yang mampu, ikut lidah tentu boleh, tetapi hakikatnya poket sentiasa kering, kais pun umpama ayam, kais pagi makan pagi, waktu petang entah dapat atau tidak. Kikikiki.. bangunan kilang dah tengedala pembinaan telah masuk 6 bulan, inshaallah, semuga selepas PKM ini dapat disambungkan pembinaannya.


Dari perancangan tahun 2021 nanti, minta Allah murahkan rezeki dipanjangkan umur, penebangan pokok fasa 1 akan bermula untuk pemprosesan penyulingan dan antara pokok yang ditebang tempuh inokulasi 3 tahun hingga 5 tahun.

Diantaranya jumlah besar pokok-pokok spesis tumbuh liar dan sejumlah kecil pokok perladangan. Ketika ini telah ada tersedia bekalan lebih kurang 300kg gaharu daripada pokok inokulasi sendiri dan sememangnya tidak ada niat untuk dijual dan Ianya tersimpan sebagai simpanan untuk diproses penyulingan suatu hari nanti.


Mengikut percaturan awal saya, tahun 2020 telah bermula proses penyulingan, sayangnya tersilap percaturan kerana tapak kilang penyulingan yang dibaikpulih terletak ditanah hakmilik orang lain. Apabila proses pembinaan baik pulih telah selesai, pemilik berubah fikiran mahu mengunakan bangunan tersebut untuk kegunaan lain.

Saya hanya mengikut perjanjian mulut tanpa ada perjanjian bersurat hitam putih terpaksa mengalah, kerana sifat saya sentiasa berfikiran terbuka dan tidak ingin yang kusut beetambah kusut. Keputusan yang terbaik, lebih terbaik dibina atas tanah hakmilik sendiri, tiada sungutan, tiada halangan seluas mana yang kita inginkan, walaupun pembinaan agak perlahan pun tidak kisah dan ianya kekal menjadi hakmilik sendiri walaupun apa-apa terjadi.


Daripada pengelaman-pengelaman begini, ianya mengajar kita mesrti berhati-hati dalam segala hal, tidak boleh dipercayai melalui percakapan, baik orang sebelum dapat sesuatu. Tetapi bukan semuanya perangai sedemikian, adakalanya diri kita sendiri yang tersilap percaturan dan tidak boleh 100% menyalahkan kepada orang lain.

Otak sedang berfikir-fikir serta cuba mengingati, mana-mana lokasi pokok yang telah diinokulasi yang berdekatan kawasan rumah, tempuh masa 2 tahun lebih-lebih untuk dijadiikan korban 1 pokok. Agar dapat hiburkan hati dan sebagai penilaian terhasil gaharu atau tidak dan adakah matang untuk ditebang?. Untuk menanti tempuh masa selama 5 tahun, sesiapa pun tidak kenal erti bersabar, tetapi untuk mendapat hasil betul-betul hati puas, terbaiknya, bersabar selama 5 tahun dan yang pastinya gaharu yang dituai mengekalkan warna tidak berubah menjadi pudar.


Jika tidak menghasilkan gred tinggi pun tidak kisah kan?, tujuan asal kita untuk penyulingan minyak pati, mahu dijualkan gaharu, pembeli pun beri janji pelbagai alasan, lepas bulan depan ke bulan depan dan apabila bersiap mahu datang bagi alasan lagi, virus COVID 19 melanda dunia pula. Pening mahu memikirkan serta melayan kerenah mereka ini.

Daripada mendengar kata janji begini, tebangan lebih baik diproses sebagai debu kayu untuk penyulingan minyak pati lagi baik dan jika mereka betul-betul datang, kebiasaan bukannya dibeli ratusan kilogram dan kebiasaannya 10kg pun dah mengigil-gigil untuk mengeluarkan duit pembayaran.


Yang kita mahu dapatkan gaharu bukannya menanti tempuh masa yang singkat, tebang hanya 1 pokok pula satu hal, kerja-kerja mengangkut keluar hutan dan jika berhampiran jalan mudah diangkut keluar, jika 1000 km jaraknya dari jalan?, rebah terbalik dan terkentut berkali-kali mahu memikul bebanan walaupun sebesar 1 pemeluk hanya sekerat 1 kaki.


Bergitu juga kerja-kerja mengasingkan gaharu, orang terpelajar kata “Carving” ukir, racit pun ada orang panggil, untuk menyiapkannya bukan ambil masa tempuh 1 hari walaupun hanya 1 pokok. Saya pernah tebang pokok sebesar 3 pemeluk untuk menyiapkannya memakan masa berbulan-bulan dan jika kita tidak pernah melalui semua ini, baik kita diam dari mengajar orang lain, kerana orang lain lebih memahami apa yang mereka akan lakukan.


Untuk menyenangkan kerja, mengapak lagi senang, kapakan keping-keping, masukan dalam mesin pengisar, hancurkan menjadi debu dan masukkan dalam tong, rendam untuk proses seterusnya. Tidak kira ianya berged tinggi ke atau gred rendah ke, yang paling penting dapat minyak pati gaharu.. senang cerita.. TQ.