Salam
Eid Al”Mubarak, kita telah memasuki bulan Syawal, kita telah merayakan hari
kemenangan kita dengan bertasbih puji-pujian tulus ikhlas Kebesaran Allah. Alhamdulillah,
sama-sama kita raikan kemenangan sekadarnya ketika dalam perintah kawalan
pengerakan bersyarat (PKPB).
Alhamdulillah, jika di panjangkan
umur ada kesempatan Allah lanjutkan akan ketemui bulan ramadhan di tahun
hadapan dan kemungkinan rantaian Covid 19 telah dapat di putuskan. Walaupun
tahun ini merupakan satu tahun amat memcabar di segi kerohanian, fizikal, menguji
kesabaran dan kita sama mengalami tahaf ekonomi yang amat mencabar.
Perintah Kawalan Pengerakan
Bersyarat (PKPB) masuk minggu ketiga dan sama-sama kita patuhinya. Walau
bagaimanapun kita masih belum bebas untuk memulakan pergerakan ke negeri ke
negeri lain dan sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aktiviti kerja boleh di lakukan
sekadar di negeri sendiri. Telah ada kelonggaran melepasi daerah untuk lakukan kerja-kerja
berkaitan, walaupun di tetapkan berada jarak 1 meter antara satu dengan lain.
Pendapat saya secara
peribadi, tentang PKPB ini, saya tidak setuju dan merasakan ianya terlalu awal
di longgarkan pengerakan dan Virus COVID 19 berada di mana-mana serta tidak
dilihat dengan mata kasar dan tidak boleh di pandang remeh, tidak mampu untuk
di ramalkan adakah ianya akan semakin merebak dan mampukah kita melawan atau
adakah diri kita terlalu kebal melawan virus pembunuh ini.
Walau bagaimanapun, kita
jaga kita, jaga keluarga kita, memantau aktiviti ahli keluarga, hargailah
kesihatan diri sendiri dan jauhi mengelah daripada berkumpul secara
beramai-ramai. Manakala di hari-hari perayaan hanya di benarkan berkumpul
seramai 20 orang dan warong-warong makanan juga di jual secara bungkusan tuhuan
untuk memutuskan rantaian wabak ini.
Dalam berkeadaan begini, sentiasa
tertungu-tunggu siaran berita terkini setiap hari tentang perkembangan terkini
COVID 19 daripada pengarah Kesihatan Malaysia (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah), sidang
media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakub dan sidang media bersama Pendana Menteri Malaysia Tan
Sri Muhyuddin Yassin. Saya tidak gemar melayan berita-berita daripada media
lain yang belum pasti kesahihannya dan begitu juga berita daripada blogger
serta blog yang di share di media social.
Kesungguhan frontliner berkorban
masa, tekun serta begitu amanah menjalankan tugasan demi memutuskan rantaian virus
pembunuh ini, mereka adalah hero pada rakyat Malaysia serta amat-amat di kagumi
oleh seluruh rakyat Malaysia. Cuma ada sungutan di kalangan yang ada
kepertingan peribadi mempolitikan isu kertidak kepuasan hati kerana cita-cita
mereka terkandas.
Peranan RBA telah menimbulkan
pelbagai-bagai masalah, setiap masa mencari kesilapan, mencari isu-isu terbaru
dan membesar-besarkan isu lama tujuan mengalih isu serta gemar memperkecilkan
prihatin kebajikan Kerajaan salurkan kepada rakyat. Kita memang sokong perkara
yang baik dan tidak sesekali ikut serta menidakkan perkara yang betul.
Perintah kawalan pengerakan
bersyarat walaupun tidak boleh melakukan pengerakan ke Negeri lain, kita telah
boleh bersyukur kerana pengerakan tidak di hadkan dan begitu juga waktu
pengerakan telah di lanjutkan sehingga 9hb Jun 2020. Langkah sudah boleh di panjangkan
untuk melawati ladang-ladang gaharu yang berada di luar daerah dan sudah boleh
siapkan jadual untuk lawati kesatu lokasi ke satu lokasi. Tetapi, di sebab kita
berada di bulan puasa, hanya mampu lawati 1 lokasi setiap pagi jumaat dan sabtu
dan hari ahad hingga khamis telah di jadual kerja-kerja berkaitan di offis.
Alhamdulillah. dalam
keadaan PKPB serta bulan puasa sempat juga sepintas lalu membelek catatan nota-nota
kajian terdahulu dan sebagai ulangkaji untuk memantapkan serba sedikit kerjaya
secara peribadi. Sebagai pengiat secara kampong, kajian hanya sekadar yang
terdaya dan cuma kelebihannya mendapat kepercayaan daripada pemilik pokok
gaharu liar iaitu depu, karas, atau gaharu nama sainstifnya malaccensis lamk
dan pokok gaharu perladangan, telah memberikan kebenaran lakukan apa sahaja
pada pokok mereka, asalkan pokok ini menghasilkan pembentukan gaharu.
Bermula dari bulan Mar 2020
sehingga bulan Julai, kumpul pokok di setiap daerah tanpa mengira jumlah dan
selagi banyak tawaran di perolehi, lagi terbaik. Setelah PKPB di tamatkan
proses inokulasi akan di lakukan, sambil memantapkan lagi teknik-teknik terbaru
inokulasi. Pokok gaharu liar yang tumbuh di kebun getah, terpaksa di pastikan
terlebih daharu, walaupun mendapat tawaran daripada pemilik, penilaian usia
pokok getah juga kena ambil kira. Manatahu, sebelum gaharu matang, pemilik pula
mahu kebun di bersihkan tujuan tanam semula pokok getah dan perkara ini akan
menimbulkan permasalahan.
Jika pokok ladang,
kebiasaan tidak timbul permasalahannya, kerana pemilik telah berusaha tanam
pokok gaharu untuk mendapatkan hasilnya dan sememangnya pemilik mengharapkan
pulangan modal buka ladang daripada keuntungan penjualan gaharu. Pokok gaharu
liar yang berukuran besar kebiasaan di tebang untuk di jadikan papan keranda
serta papan-papan lok kematian kerana kayunya lampong dan ianya tidak di anggap
begitu berharga oleh segolongan orang kampong serta tidak pernah mengharap
pokok ini terhasilkan pembentukan gaharu secara semulajadi.
Di dalam keadaan bertapa di
rumah peluang siapkan bahan-bahan asas serta proses cecair pengalak 100 liter
serta upgrade cecair pengalak resin V2.0 ke V2.1 dan khaskan cecair pengalak
ubtuk rendaman bamboo stick. Saya amat mengemarkan lakukan 2 teknik inokulasi
iaitu infuse di lakukan pada batang dan manakala bamboo stick di pasak pada
bahagian tertentu serta ingin penghasilan pengeluaran kian bertambah berganda
daripada 1 pokok.
Ketahanan pokok juga harus
di ambil kira, di segi mengurangkan mengalami kereputan, tidak terlampau
stress, tidak terlalu allergic dan daun-daun tidak mengalami kekuningan
terlampau cepat. Saya sentiasa catat apa-apa perkembangan yang berlaku mengikut
tempoh masa setelah inokulasi di lakukan, sekiranya berlaku apa-apa yang kita
tidak berpuashati sekurang-kurangnya kita ada rujukan berbentuk nota. Cecair
pengalak resin untuk mengunapakai teknik infuse, dose bahan-bahan asas tidak
terlalu pekat dan mengunapakai teknik infuse ini memerlukan mengerudi banyak
lubang mengikut peniaian ukuran pokok.
Masa tidak pernah dikejar,
cuma memenuhi aktiviti di waktu pagi bulan puasa menjelajahi hutan belukar 10km
dari rumah serta lakukan penilaian pada pokok yang telah di inokulasi dan inokulasi
pokok yang telah mengcukupi ukuran. Planning inokulasi 10 pokok setiap pagi dan
selama 3 pagi inokulasi, selesai inokulasi pokok ukuran hampir 1 pemeluk
sejumlah 34 pokok spesis Malaccensis dan sekiranya PKP di lanjutkan, inokulasi
akan di lakukan di daerah-daerah berhampiran.
Masih ada kesempatan 2 hari
sebelum hari terakhir berpuasa, sambung aktiviti di bulan puasa, lawati ladang
gaharu yang telah di inokulasi 200 pokok dan mengira pokok cukup ukuran untuk
di inokulasi selepas hari raya. Usia pokok telah masuk 4 tahun lebih,
tumbesarannya 5,000 pokok ini tidak serata walaupun di tanam serentak dan
kemungkinan factor bumi mengakibatkan terbantut tumbesarannya. 50% antara pokok
di ladang telah boleh di inokulasi dan di sengajakan inokulasi sejumlah itu, di
bajai agar pokok-pokok ini bertambah subur dan terus membesar sehingga usia 8
tahun untuk di inokulasi.
Sebagai pengusaha kita
perlu buang sifat mudah putus asa, kegagalan merupakan satu perkara tidak boleh
di elakan kerana ianya melibatkan bidang pengusahaan dan dalam apa-apa bidang
sekalipun akan berlaku kegagalan. Bila telah berjaya, upgrade apa-apa yang diri
kita merasakan ada kelemahan untuk kita melangkah tanpa ada rintangan dan bila
melalui setiap kali usaha kita menemui kegagalan.
Sedikit serta jumlah besar
yang kita akan perolehi nanti, tidak boleh dipertikaikan, rezeki, Allah jua
yang menentukannya, tetapi, jangan kita mudah mengalah. Usah pedulikan
cakap-cakap mulut saingan kita, kita kena ingat, orang sentiasa mengintai-intai
usaha kita, kita sentiasa di cemburui, pantang kita tersilap dan jika kita
berusaha separuh jalan dan mereka akan bertepuk tangan.
Sifat cabar mencabar
pengiat lain bukan cara saya dan sememangnya tidak mengemar memberikan komen
apa-apa tentang hasil usaha pengiat lain. Semua pengiat telah mampu
menghasilkan pelbagai produk sendiri dan daripada kreatifviti yang mereka
olahkan amat terbaik hasilnya. Tiada perkara yang tidak elok untuk kita berikan
komen daripada usaha mereka dan berlambak-lanbak hasil gaharu inokulasi telah
di keluarkan dengan begitu jayanya. Tidak ada kemungkinan tahun-tahun
mendatang, pengeluaran gaharu inokulasi memenuhi permintaan pasaran gaharu
global.
Tetapi, masih ada kedengaran
di kalangan pengiat gaharu bagaikan tidak menghormati pengiat lain, gemar
memandang rendah usaha orang lain dan hasil pembentukan cecair pengalak pengiat
lain tidak sehebat hasil cecair pengalak ciptaannya. Tahun 2020 hampir
pertengahan tahun, zaman telah berubah, buanglah sifat begitu, tidak ada
ertinya kta menyalak-nyalak seperti anjing dan bukit yang kita salakan tidak
akan runtuh. Yang paling terbaik, gandakan usaha diri sendiri daripada kita
menambah dosa menyakiti hati insan lain dan biarlah mereka dengan cara mereka.
Buanglah sifat dengki,
irihati serta sifat egoan dengan menunjuk-nunjuk, suka memperkecilkan usaha
pengiat lain, lain padang lain pula belalangnya dan biarkan tumbuh dan jangan
di biarkan melata. Tidak kemana pun usaha kita sekiranya kita masih amal sifat
buruk kita, kita hanya mengada-ada serta berpura-pura bersyukur apa yang kita
perolehi, tetapi, hati kita masih kekal di kotori oleh sifat irihati kita.
Dengan sifat begini kawan rapat akan menjauhkan diri, akan terbongkar juga
akhir-akhirnya segala perangai buruk kita, walaupun mulut kita selalu menyebut
perkataan syukur.
Sempurna ketibaan bulan
syawal, pihak kami mengucapkan selamat menyambut Eid Al’mubarak serta kami
susunkan jari sepuluh memohon kemaafan, maaf zahir dan batin. Tentunya ada
kesilapan daripada perbuatan, percakapan serta kandungan catatan di blog gaharu
kami yang ayat-ayat tersinggung perasaan anda. Dan sebagai seorang blogger
gaharu semua ini tidak dapat di elakkan akan berlaku kesilapan daripada sedar
atau tidak sedar. Selamat berusaha semua.. TQ.
No comments:
Post a Comment