Saturday, 29 June 2024

Aquilaria Farm & Oil

 

Research paper Memory.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Hati bergerak menaip catatan blog selebih kurang ketika ada masa luang. Tercari-cari topik apa yang mahu diluahkan kali ini, tetap ada hubung kait tentang gaharu teknologi. Walaupun diri sedar, cuma memiliki ilmu tidak seberapa serta pengelaman tidak sehebat untuk menandingi yang dimiliki oleh kalangan pengiat-pengiat ternama.



Bila keinginan lebih besar daripada kemampuan, untuk menglaksanakannya menjadi semakin parah dan pasti perkara diluar jangkaan akan terjadi. Tepuk dada tanya selera, bila seluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Mampu diseluk tetapi pekasam tidak ada, apa akan terjadi?. Bukan semua tercapai dengan kemampuan kita dan bila ada kemampuan bukan semua yang termampu kita lakukan, lebih lagi hanya mengharapkan usaha tulang empat kerat.

Seawal pengiatan saya dibidang ini, fikiran akal saya 50% kurang yakin gaharu terhasil melalui campur tangan manusia dan manakala 50% lagi difikiran pula mengatakan, sekiranya sesuatu benda diusahakan secara tekun, ianya pasti membuahkan hasil. Hati mula tergerak untuk menuruskan kajian, bila mulakan penyelidikan awal serta perolehi maklumat daripada pemburu gaharu amali, mereka mengatakan gaharu dijumpai daripada pokok sakit atau daripada pokok pokok bernasalah.



Bagaimana teknik pembentukan gaharu terhasil daripada campur tangan manusia?. Tanpa ilmu serta pengelaman, tentu sukar untuk menghuraikan dan memahami teknik bagaimana dikatakan campur tangan manusia. Adakah dengan cara menakel batang, menyiat kulit, mengerat dahan-dahan serta menebuk batang dibiarkan terhasil pembentukan?. Bermain difikiran ketika itu, setelah ikut serta sambil-sambil mencuri ilmu setelah kali mengikuti pengiat terdahulu melakukan inokulasi. Lubang-lubang ditebuk menggunakan gerudi sekeliling batang, dimasukan sejenis cecair bakteria yang dinamakan vaksin kedalam lubang yang telah digerudi.




Daripada penerangan penginokulasian ini, setelah 24 bulan gaharu terhasil dan boleh dituai. Saya tidak memikirkan atau ambil kisah daripada maklumat diterima, tetapi, memikirkan bahan-bahan apa yang diproses menjadi cecair yang dikatakan vaksin itu. Hampir 14 hari sertai penginokulasian ini, saya dengan k

erelaan membantu kerana mahu belajar, cara-cara yang dikatakan inokulasian, jarak antara lubang ke lubang dan diberi peluang mengerudi dan memasukkan vaksin setiap lubang.

Peringkatan pertama kajiselidik, tertumpu pada pokok Aquilaria yang mudah ditemui, iaitu nama saintifiknya Aquilaria malaccensis, dikenali oleh masyarakat kampung dengan nama pokok depu, ada yang panggil karas, kekaras dan garu. Kegemaran saya menjelajahi hutan belantara bermula dari zaman remaja lagi, amat mengetahui lokasi mana pokok-pokok gaharu liar ini tumbuh. Tidak bermasalah sering keseorangan melakukan kajiselidik, kerana, sejumlah besar pokok-pokok tumbuh berhampiran perkampungan. Ini merupakan kajiselidik gila-gila, jika tidak berperangai gila-gila, saya tidak mungkin mampu bertahan sehingga kini sebagai pengiat gaharu teknologi secara solo.



Sedikit demi sedikit ilmu diperolehi dari internet, mengetahui apa yang katakan vaksin itu adalah cecair pengalak resin gaharu, tujuannya menyakiti bahagian dalam batang pokok gaharu dan lama kelamaan pokok ini menghasilkan gaharu. Bagaimana penerimaan pokok setelah cecair ini disuntik. Pada dasarnya maklumat awal saya temui, oleoresin atau ‘agar’ berada didalam batang gaharu tidak bertempat, apabila serangan berlaku, bermula pengaktifan oleoresin bertindak sebagai benting pertahanan. Ini merupakan satu persoalan yang bermain-main difikiran saya, wajip dipecahkan untuk kepuasan hati.

Semakin pening jadinya, apabila terjumpa test kajian daripada pengkaji pembentukan gaharu, Tidak mengenalpasti mana-mana spesies kulat berkaitan dalam pembentukan gaharu” dan bagaimana pula diwar-warkan peranan serangan mikroorganisme adalah satu faktor dalam pembentukan gaharu?. Cecair pengalak resin dihasilkan daripada bahan-bahan yang mampu membiak spesies kulat dan saya sendiri tidak mengetahui spesies kulat apa yang membiak sebagai bahan kandungannya, kerana, kulat-kulat terhasil terlalu banyak spesies.



Saya tumpukan kajiselidik gaharu terhasil daripada sarang-sarang semut atau terhasil daripada serangan serangga atau pembentukan (tercedera) secara alam semulajadi. Sebetulnya kajian sudah telah disebarkan oleh pengkaji terdahulu dan sudah diketahui umum, tetapi, ianya hanya penerangan bukan bahan bukti dimata sendiri. Saya temui disarang semut ini, bahan-bahan campuran seperti habuk kayu reput, cebisan daun-daun dan berbau seperti bau air kencing serta diseliput tanah berkeadaan lembab, ada kemungkinannya sebelum semut bersarang anai-anai memdahului membuat sarang.

Kemungkinan ini yang panggil pembentukan gaharu semulajadi berlaku melalui proses pembiakan bakteria serta serangan mikroorgarnisme. Saya bukan sainstif dan bukan pakar dibidang ini, saya cuma pengkaji secara peribadi, bertujuan mencari bahan-bahan yang mampu mecipta cecair spesies kulat-kulat untuk menghasilkan cecair pengalak resin gaharu. Saya tidak mengharapkan dianugerahkan ijazah,diploma, master, PHD dan apa-apa tauliah, kerana, kesemua kajian berkaitan pembentukan gaharu bertujuan paling utamanya untuk menglengkapkan research paper.



Bagaimana pula pembentukan gaharu melalui tercedera. Ianya menghasilkan pembentukan (ayat mudah difahami) gaharu semulajadi atau alami. Ianya berlaku melalui faktor perubahan iklim alam atau hukum alam, bencana alam, angin kencang, kesejukan serta kepanasan yang mengakibatkan pokok tercedera luaran dan dalaman batang dan dijangkiti spesies kulat-kulat berkaitan pembentukan yang mampu mengaftifkan pertahanan oleoresin dan pembentukan gaharu terhasil secara sedikit demi sedikit, daripada berwarna kekuningan ke warna coklat, ianya memakan tempuh waktu yang agak panjang untuk pembentukan warna hitam, keras serta berkeadaan padat.

Dicederakan?. Dilakukan bukan teknik inokulasi, seperti dilakukan oleh tangan manusia, ertikata mudah, dicederakan supaya terhasil pembentukan. Terlalu banyak teknik mencederakan dilakukan pada batang pokok ini, menakel seluruh batang, menyiat kulit pokok, mengerat akal ada pula mengerat dahan-dahan, membakar pokok, tujuan memaksa pokok sakit, agar berlaku serangan kulat-kulat mikroorganisme, serta membiak dan mengharap pembentukan gaharu terhasil. Ini ada teknik boleh dikatakan perjudian, kalau terhasil gaharu, jika tidak terhasil, cuba cara lain, sebabnya tanpa mengeluarkan modal.



Dicederakan melalui teknik-teknik inokulasian atau penginokulasian, ianya diamalkan bermula tahun 1938 oleh para penyelidik. Dimana pokok ini tumbuh, para pemilik akan berusaha untuk dapatkan gaharu daripada pokok ini dan bila telah diusahakan secara perladangan, sudah pasti pengusaha tidak mengharap pokok-pokok ini membentuk gaharu secara semulajadi. Perbagai-bagai usaha dilakukan, perbagai-bagai jenis cecair bakteria pengalak resin dicipta, mengikut andaian fikiran logic mereka sendiri. Seperti saya telah huraikan diatas, para saintif sendiri tidak menemui mana-mana spesies kulat yang betul-betul ada kaitan dalam pembentukan gaharu.

Jika dinilaikan teknik inokulasian yang digunapakai oleh pengusaha, ianya mengikut keserasian dengan cecair pengalak resin ciptaan mereka. Ada keserasianya cara mengunakan bamboo stick, pasakan besi panas, setelah menyiat kulit pokok disapu cecair, ada mengamalkan teknik ICU dan ada juga melakukan teknik suntikan kebahagian lubang. Kesemuanya teknik-teknik inokulasian digunapakai, bertujuannya sama, berharap pembentukan gaharu terhasil setelah bakteria inokulasian membiak dan mengelak tempat dicederakan itu sembuh.



Teknik kebumikan, salah satu teknik yang saya temui ketika jelajah belantara bersama-sama kaum asli. Mereka akan menebang pokok yang dikira ada gaharu terhasil, tunggul akan dikambus dengan daun-daun kering serta tanah dan dibiarkan. Tempuh masa saya tidak pasti, kerana kaum asli suka sembunyikan rahsia lebih lagi tentang gaharu. Dalam fikiran dan andaian saya, sudah pasti mereka akan datang dalam tempuh 12 bulan atau lebih setelah tunggul reput dan yang kekal gaharu yang padat, kemungkinan mereka berharap akan dapat gaharu tenggelam gred.

Mengapa inokulasian digunapakai pada pokok gaharu? Ianya teknik yang berkembang pesat dan digunapakai oleh 80% dikalangan pengusaha ladang gaharu. Teknik inokulasian ini telah berjaya mengeluarkan hasil sejumlah yang banyak hanya dari sebatang pokok. Walaupun nilai belian hasil inokulasian ini lebih murah daripada gaharu alami, ianya tetap berbaloi dengan penghasilan gaharu yang banyak. Itu pun bergantung peranan cecair ini mampu atau tidak membentuk gaharu, bukannya 100% berjaya mendapatkan hasil dari cecair pengalak resin yang mereka cipta.



Bagaimana untuk menentukan cecair pengalak yang menghasilkan pembentukan gaharu?. Antara soalan paling sukar untuk saya ulaskan, kerana, terlalu ramai pengusaha mengunakan cecair buatan sendiri, walaupun sekali imbas dilihat seperti rupa air keroh, tetapi, kandungannya mengandungi juta-juta bakteria yang sentiasa aktif. Semua bahan-bahan asas untuk buatan cecair ini, melalui proses penapaian mengikut tempuh tertentu dan melalui proses penapisan sebelum digunapakai. Tentang warna asal boleh diubah perbagai warna mengikut citarasa pengusaha, apa-apa benda melalui proses penapaian ia akan mengeluarkan bau tidak mengenangkan hidung.

12 bulan belum pasti kesan aliran cecair ini kekal bertahan, selagi tidak ada kesan kereputan kekal, kita tidak boleh menganggap satu kejayaan. Tanpa keserasian antara cecair pengalak resin dan oleoresin, penyembuhan luka akan berlaku setelah 16 bulan. Sekiranya cecair pengalak yang serasi atau terlalu ganas, akan berlaku kereputan kekal walaupun tempuh inokulasian 16 bulan. Walaupun dibahagian luar reput dan berlubang-lubang, gaharu akan terbentuk dengan perbagai-bagai bentuk, padat, memanjang, kepingan dan warna masih lagi berwarna coklat kerana tempuh inokulasian berusia 24 bulan.



Saya nasihatkan anda, sekiranya ingin mendapatkan khidmat penginokulasian pokok-pokok anda, sila rujuk maklumat tepat atau pastikan anda melihat dengan mata sendiri, hasil tuaian serta mana-mana pokok gaharu yang telah mereka inokulasi. jangan sesekali lihat 2 atau 3 kerat gaharu yang mereka bawa contoh, anda sudah percaya. Anda harus berfikir berkali-kali, kerana inokulasian melibatkan pelaburan amat besar serta bukan boleh mendapat keputusan pembentukan 1 bulan hingga 12 bulan dan untuk tuaian gaharu inokulasian matang anda harus menunggu selama 48 bulan.

Kerana saya seorang usahawan, pernah lakukan R&D penghasilan gaharu secara gunapakai teknologi inokulasi dan mengeluarkan cecair pengalak resin buatan sendiri. Lebih memaklumlah apa-apa permasalahan berkaitan teknik penghasilan pembentukan gaharu teknologi. Menanti gaharu matang merupakan satu bebanan, perkara begini tidak seorang dikalangan pengiat penginokulasi menluahkan. Kita dengar hanya cerita dari lidah tanpa bertulang, semua cakap juta-juta, tetapi, hakikatnya, terlalu banyak cabaranya. Cuba renung dan selidik apa yang saya taip, berapa orangkah yang kaya raya dari hasil dari jualan gaharu teknologi?. Ini realitinya, mengapa pengiat gaharu teknologi terdahulu menghilangkan diri, dimana mereka sekarang?. Kebanyakannya mereka tidak ambil peduli tentang gaharu dan cuba mengelak dari menjawab soalan berkaitan gaharu.



Ini semua tercatat di research paper saya dulu-dulu, kini, semua itu hanya jadi memori terindah, satu satu ilmu yang Allah anugerah diatas usaha tanpa kenal erti jemu. Sekarang ini, semua sudah dimiliki, setiap bulan 4 hingga 6 pokok akan dituai, lakukan carving gaharu setiap masa dan pembeli datang, saya jual sekiranya harga dipersetujui. Saya tidak kisah stok gaharu bertambun-tambun, kerana ada planning sendiri dan bila sembang sembang dimana mana, saya tidak dedahkan apa yang sedang saya lakukan.



Apa yang baik buat lah tauladan, jika ada ayat-ayat yang tidak menyenangkan, buangkanlah jauh-jauh atau anggap ianya satu gurauan. Semua yang baik daripada Allah, yang tidak baik dari diri saya. Semuga majujaya. Aaamin.. wsalam.

Sunday, 9 June 2024

Aquilaria Farm & Oil

 

Aquilaria.. Asam Garam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.  Alhamdulillah, Allah masih beri waktu untuk saya update blog gaharu ini, jika mengikutkan masa, memang terhad bagi luangkan masa menghadap laptop. bagi menyiapkan catatan blog yang tidak seberapa ini. Kemungkinan saya bukan seorang gemar kehulu kehilir, jika tiada apa benda untuk dilakukan, lagipun ketika ini, masa masih tidak mengizinkan untuk kemana-mana, walaupun begitu, curi-curi masa sekejap melawat ladang jarak hanya 23 k/m.

Jika pergi keladang, rutinnya dari awal pagi sehingga ke petang, masa dihabiskan diladang, banyak perkerjaan perlu dilakukan, lagipun bangunan sunling minyak didirikan didalam ladang gaharu, walaupun masih belum operasi, stok kayu untuk sunling, gaharu perbagai gred telah terkumpul dan semua peralatan kerja-kerja ladang serta inokulasian berada sana. pembinaan bangunan dikaskan proses penyunlingan minyak, stor dan pengurusan.

Masih dalam proses kemaskini serba sedikit, walaupun telah siap, penambahan tetap ada, kurang berpuashati disegi keselamatan, pagar sekeliling siap dipasang serta perlu dilakukan ubahsuai dengan tambahan ruang stor peralatan perkerjaan, stor kayu yang siap dicarving dan ruang tamu, mesti disiapkan tahun ini, kerana, penghujung tahun ini, inshaallah, penyunlingan minyak gaharu akan beroperasi mengikut jadual asal. Lagipun, pokok-pokok yang telah di inokulasian kebanyakanya boleh dituai bila-bila masa.

Jangan bertanya “ tahun ini ke, bila, bulan berapa?”. Saya tidak ada modal bergunung untuk menyiapkan cara segera, selama ini saya hanya lakukan sendiri bila masa luang, tanpa keluar duit upah tukang, tidak mahu membebankan kepala untuk memikirkannya. Setiap bulan mesti ada perubahan, kerja tanpa ada tekanan, lakukan kerja dalam keadaan aman, setiap apa kita lakukan seboleh-bolehnya berada didalam keadaan moody baik. Kita ikut seperti apa yang kita rancangkan, usah peduli apa yang orang bagi planning itu ini untuk kita, ikut planning orang, jahanan kita, tentu akan terbantut planning kita, isi poket mereka, tidak sama isi poket kita.

Jadual sementara, Ketika ini boleh dikatakan waktu bertenang, jika ada waktu luang diawal pagi, jengok mana-mana pokok Aquilaria yang telah diinokulasian dulu-dulu berdekatan dengan rumah. Tetapkan waktu hanya dari 2 ke 3 jam sepagi, menebang serta gali tunggul pokok-pokok kecil yang bermasalah, pokok-kecil yang kebanyakannya patah, yang ditimpa dahan-dahan pokok getah. Jika dibiarkan begitu, tentu membazir, sekurang-kurangnya ada gaharu yang terhasil ada berkualiti, ada juga menafaatnya.

Inokulasi Spesis Aquilaria Malaccensis , salah satu pokok gaharu kegemaran saya. Di antara pokok gaharu liar yang hidup subur diladang getah, mudah hidup tepian perkampungan serta diladang-ladang sawit. Dipandang sekali imbas, orang-orang kampung menganggap pokok ini tidak bernilai serta dianggap cuma kayu lampung, hanya boleh dijadikan Lot kebumian kegunaan orang meninggal dunia. Bagi mereka untuk mendapatkan gaharu dari pokok ini, memang tidak ada cara lain dan mereka pernah dilakukan perbagai cara, tetap tidak berhasilkan pembentukan gaharu.

Dapat dilihat diraut wajah mereka ada rasa kecewa, dari pengelaman terdahulu, mereka pernah mengeluarkan kos yang besar, mengupah penginokulasian dari luar, tidak terhasil pembentukan gaharu. Spesis ini dikenali dengan nama kampung pokok depu, setelah kerajaan Negeri Kelantan melancarkan Kelantan Kerindor Depu, nama sainstifik nya Aquilaria Malaccensis dikenali juga dengan nama karas, kekaras dan garu, famili Thymalaeaceaae, terkenal dengan panggilan pokok depu.

Ketika kerajaan Kelantan menlancarkan Kelantan kerindor depu, Ketika ini, saya masih tercari-cari ilmu kegaharuan. Hanya kenal seorang dua dikalangan ada berkaitanan dengan program tersebut. Bila ada masa lapang mereka lakukan inokulasian, sering kali mengikut mereka, tujuan utamanya, untuk menambah ilmu serba sedikit. Asam garam bila kita berkawan, tidak memilih, orang kata, tidak memilih bulu. kurang-kurangnya mereka lakukan perkara baik, kita boleh jadikan paduan, perkara yang tidak baik, kita buang jauh-jauh. Mereka adalah diantara salah satu group gaharu yang ternama, telah lenyap, cuma tinggal nama, (yang mesih kekal laman website mereka) bergaharu serta planning bersaingan entah kemana.

Bagi diri saya, pokok Aquilaria antara satu spesis, paling diminati melakukan inokulasi, ianya sangat mudah ditemui dan tumbuh bertaburan tanpa dipedulikan orang. Ketahanan pokoknya agak hebat, sukar tumbang, payah patah serta berukuran agak besar, ada yang berusia ratusan tahun, pokok pokok ukuran kecil sebesar paha memang banyak. Kadang-kadang beselerakan dibelakang rumah, bersusun hidup subur disempadan tanah disekitar ladang getah.

Mendapat kebenaran pemilik serta dari mantan pengiat penginokulasian terdahulu, mereka memberi kepercayaan pada saya lakukan inokulasian semula, gunapakai cecair pengalak resin sendiri. Walaupun, pada dasarnya mereka gagal hasil dari usaha mereka, kita sebagai sealiran bidang, mereka alu-alukan untuk lakukan inokulasi semula. Kita usaha Kembali, inshaallah, mana tahu, Allah restukan usaha kita, bila berjaya nanti, sekurang-kurangnya boleh buat belanja minum kopi. Sifat tamak, bukan cara kita, rezeki dari Allah, Tuhan yang sama dengan mereka, Allah bagi kita rezeki, tidak semestinya 100% milik kita seorang, tentu ada sebahagian kepunyaan insan lain.

Semenjak Kelantan kerindor depu lenyap, tinggallah saya seorang, terkontang-kontang lakukan R&D seorang diri. Saya cuma mengenali secara imbas wajah wajah para pengiat lain, memang, saya akui jarang follow mana-mana pengiat, nama mereka dikenali serta kenal wajah mereka yang sering terpapar dilaman social, tidak pernah sembang. Begitu juga para-para pengiat tersohor diluar negara, ada yang follow, tetapi, tidak pernah beri komen apa-apa, walaupun setiap kali mereka update program atau photo hasil usaha mereka. Siapa lah kita, mahu komen yang bukan-bukan, kita bukannya mahir tentang kegaharuan ini, cuma boleh sekadar diri kita sendiri.

Ini semua asam garam saya bergiat sepenuh masa dibidang gaharu teknologi. Menerima sindiran, cemuhan, kata-kata peril dan perbagai-bagai cerita yang tidak elok diada-adakan, sudah menjadi lumrah makan minum. Maklumlah, kita bukan orang terpelajar, cuma orang pengiat kampung. Pegangan diri saya, tiada kemungkinan bila ada keinginan, biar lambat tetapi berjaya, jangan dada kosong tanpa usaha. Jangan peduli apa orang katakan, mereka tidak tahu hujung pangkal, dimana bermulanya usaha kita, kita yang merancang, maka kita sahaja tahu kemana hala tuju berani berusaha kerana berminat dan ingin buktikan pada waris pelapis pemengang usaha kita. Jangan membanggakan diri bila berjaya, pandang kebelakang dari mana usul asal kita datang.

Jika anda berkata “saya terlalu kedekut untuk bagi ilmu”, itu adalah kesilapan andaian anda. Saya rasa, terlalu banyak ilmuan yang telah saya catatkan diblog-blog saya, selain blog ini, anda boleh lawati antara blog gaharu saya, paling top iaitu http://goldforest.blogspot.com. Tetapi, bukan semua ilmu akan saya dedahkan, ada ilmu terpaksa disembunyikan sebagai periuk nasi. Untuk mengisi otak anda 100% ilmuwan gaharu, anda harus berusaha keras dan tidak semua guru akan memberi ilmuannya 100% kepada anak muridnya. Betul kan?.

Saya hanya lakukan kajian pada spesis malaccensis serta pokok Aquilaria yang ditanam, pokok-pokok yang mudah ditemui. Kajian saya hanya tertumpu pada penghasilan gaharu secara teknologi dan ini bererti tidak melibatkan gaharu semulajadi. Bermakna saya tidak pandai berhujah tentang gaharu semulajadi, kenal tu, memang kenal, tidak pernah masuk hutan belantara tujuan mencari gaharu semulajadi. Bila ada pengiat gaharu lain update photo gaharu semulajadi, tengok saja, tidak berapa pandai untuk bagi komen.

Saya amat meminati cara-cara penghasilan gaharu melalui teknologi, sedaya upaya berusaha memperolehi ilmu, bagaimana cara untuk menghasilkan gaharu secara padat serta perbagai-bagai bentuk terhasil. Hasilnya, mesti ada kelainan dari pengiat lain, walaupun warna cecair pengalak resin agak serupa, isi kandungan bahan-bahan larut banyak berbeza atau bakteria kulat-kulat diasaskan dari bahan-bahan yang mampu menghasilkan pembiakkan pantas. Bukan senang seperti dibicarakan, campur itu, campur ini, akan berhasil mencipta vaksin gaharu, cecair sudah boleh digunapakai, tetapi, keputusannya, masih belum ada bukti berlakunya pembentukan gaharu.

Saya bukan ada niat mahu menunjuk keegoan dan bukan sesekali mengaku bijak pandai. Anda boleh bertanya pada pengiat gaharu lain, betul atau tidak, perkara paling sukar dan yang mana paling berharga dari gaharu antara cecair pengalak resin. Kalau anda mahu seketul gaharu, saya boleh bagi secara sedekah, tetapi, bila anda meminta cuma 100ml cecair pengalak resin, permintaan anda tidak akan dilayan. Begitu besar maknanya serta nilainya cecair ini pada seseorang pengiat gaharu, setimpal dengan usahanya untuk menghasilkan cecair yang terlalu sukar bagi mempasti penghasilan pembentukan gaharu.

Saya masih lagi ada sejumlah besar pokok Aquilaria malaccensis belum suntikan vaksin, dari ukuran 1 pemeluk sehingga 3 pemeluk, dihati, masih ragu-ragu, walaupun pada dasarnya pemilik telah memberikan kebenaran. Terasa was-was, mana tidak risau, kita habiskan duit kos inokulasi, tidak sampai tempoh matang, pokok yang diinokulasi, ditebang oleh pemilik tanah tanpa ada pemberitahuan. Apabila bersua dengan mereka, alasan biasanya, mahu bina rumah, mahu bina kandang lembu dan untuk bina jalan ke ladang dibelakang. Jika bagitahu awal-awal, boleh bawa berbincang.

Mereka tidak rugi apa-apa, sebabnya pokok hanya tumbuh diatas tanah mereka, tiada satu sen kos dikeluarkan untuk penjagaan pokok. Kita sebagai penginokulasian, mengeluarkan kos besar, upah pekerja, pengurusan serta kos cecair pengalak resin dan terpaksa ikut perut selama 4 tahun menanti gaharu matang. Tiga benda ini kita kena keluarkan duit tunai, walaupun cecair ini hak kepunyaan sendiri. Saya bukan jenis suka berkira, sekiranya kena cara, tetapi, bila melibatkan urusan niaga setiap sen pun tetap dikira.

Apabila penuaian dilakukan dan orang yang telah melihat hasil gaharu, akan bersuara , “ wou.. banyak gaharu sekali jual, tentu dapat duit banyak”. Ayat yang selalu didengari. Jika 4 tahun masa menanti gaharu matang, 100kg sekali jual, itu belum termasuk perbagai-bagai kos yang dikeluarkan. Kos 1, penebangan, kos 2, pengangkutan, kos 3, buang gubal serta carving dan berapa sen jer berbakinya. Bunyi memang gah, tapi, hakikatnya, cuma cukup-cukup makan. Itu pun jika buyer bayar tunai, jika berhutang, tidak dibayar, merana jadinya.

Daripada hati sakit, jiwa pun sakit dan mengelak menyakiti hati sesiapa. Cara terbaiknya, gaharu dipokok yang telah matang, kesemuanya untuk kegunaan sendiri, tidak ada lagi utamakan gred, semua akan ditebang tujuan untuk penyunlingan minyak. Ini cara saya, biar penuh kedua-dua buah stor, janji, barang ada depan mata. Lagipun ada dalam planning seawal dulu-dulu, semua gaharu matang akan tebang dengan tujuan penyunlingan minyak. Kita bukan terasa hati pada buyer, cuma ada rasa terkilan sikit-sikit. lagipun, tempuh penyunlingan akan operasi, waktu terlalu hampir, imshaalah.

Daripada simpan kepingan-kepingan gaharu, makin lama makin kering, lebih elok dimesin jadikan debu, banyak benda boleh dijadikanya dan yang pastinya direndam untuk sunling minyak. Terbaik simpan minyak, ruang stor pun tidak serabut dengan kepingan serta tongkol-tongkol gaharu. Orang kata, semakin lama minyak disimpan, makin elok, ya atau tidak, entah lah. Inshaallah, kita lakukan nanti. Terima kasih buat semua. Wsalam.

Tuesday, 4 June 2024

Aquilaria.. Formula..?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Ketemu lagi setelah sekian lama menyepi, sunyi sepi tanpa ada khabar berita di blog gaharu ini. Kita hanya manusia biasa, tiada dapat mengelak dari kesibukan mengejar masa, Ketika kita mengejar sedar atau tidak masa tetap meninggalkan kita, diwaktu diri merenungkan waktu yang ditinggalkan hampir 24 tahun bergiat dibidang gaharu teknologi ini. 

Semakin banyak ilmu yang dikejar, semakin banyak ilmuan diperolehi, semakin bodoh jadinya. Dari belajar asas mengenal apa itu gaharu, bagaimana pembentukan gaharu, apa itu oleoresin, peranan potologi, peranan kulat utama dalam pembentukan gaharu, bagaimana microoganisma membantu pembentukan gaharu dan tidak boleh dilepas pandang peranan serangga juga membantu didalam pembentukan gaharu, semakin pening jadinya mahu menghurai secara detail.

Ilmu dicari bukan tujuan menandingi, bukan niat bersaingan, tiada sedikit terasa keegoan, semua dari Allah jua, dari kesabaran diri, tabah, tawalkal dan dihati serta mulut sentiasa menyebut, “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan bersaksi Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah.” Dan siapa lah kita, tanpa ilmuan yang Allah restui pada kita, kita tiada mengenal walaupun huruf A sekalipun.

Pengiat gaharu teknoligi, tidak ubah ianya seorang saintis, sekiranya seseorang itu melakukan kajian sendiri, bukan meniru atau ciplak daripada kajian-kajian orang lain. Semua ini tentunya memakan masa amat yang panjang untuk memahami perkara parkara yang amat rumit bagaimana terhasilnya pembentukan gaharu semulajadi dan bagaimana formula untuk menghasilkan cecair pengalak resin yang berkesan agar pokok Aquilaria spp menghasilkan pembentukan gaharu hampir setanding bauanya antara gaharu semulajadi.

Dengan kegilaan ini lah, tiada lagi istilah undur jika gagal, terus tawalkal kerana Allah, kegagalan hanya menguji tahap mana kesabaran kita. Ilmu adalah satu anugerah besar dari NYA , tetapi, sayangnya kita dilalai dengan keegoan diri yang terlalu menebal diri dan jiwa kita. Hanya sendikit kejayaan dilimpahkan, terasa bangga diri melebihi dari hanya sedikit rasa kejayaan yang diperolehi.

Faktor utama terjadi pada penghasilan pembentukan gaharu, adalah peranan kulat. Pokok yang patah secara semulajadi, disakiti atau tercedera (Potologi) gangguan serangga dan pokok gaharu dilakukan dengan campur tangan manusia tidak terlepas memaksa membiak bakteria ciptaan pada bahagian terluka. Teknik inokulasian pada pokok gaharu memaksa agar pokok ini menghasilkan gaharu sekala besar dan pembezaan daripada pokok Aquilaria spp terhasil gaharu secara semulajadi.

Semakin banyak ilmu serta pengelaman diperolehi daripada kajian bagaimana pembentukan gaharu terjadi, semakin haru birut jadinya. Seawalnya mencari formula menghasilkan cecair pengalak resin, bagaikan kepala mahu pecah, habis segala buku buku tentang gaharu dibaca dan diinternet tidak dikira. Semuanya hanya boleh dianggap sebagai paduan, kerana, semua itu hanya dari kajian secara imbas, bukannya dari kajian amali mereka. Orang tua tua kata, cakap boleh, buat belum tentu jadi.

Bila melibatkan urusan bisnes, tiada sesiapa akan mendedahkan perkara yang reality, termasuk diri saya sendiri, betul kan?. Saya sentiasa dedahkan diblog hanya faktor  utama bagaimana terjadinya pembentukan gaharu dan peranan kulat pembantu pembentukan serta sebagaimana memcederakan pokok agar boleh memasukkan bakteria didalam batang pokok gaharu.

Daripada pengelaman kajian awal saya menghasilan cecair pengalak resin, keseimbangan ini amat penting antara bahan-bahan (kulat cipitaan) menghasilkan cecair pengalak resin dan oleoresin pokok aqularia spp. Tanpa ada keseimbangan kedua-duanya, pembentukan gaharu tiada berkekalan atau hanya bertahan jangkamasa 16 bulan sehingga 24 bulan, kesan terluka akan sembuh. Penilaian dilakukan tempoh masa 6 bulan, kesan jalinan resin berwarna agak coklat dan ianya akan hilang sedikit demi sedikit. Keputusannya, kegagalan tempoh masa 2 tahun menunggu.

Masuk tahun ke 3, merubah formula kedua, mengkaji bahan-bahan lain, yang agak mampu menghasilkan bakteria kulat yang ada hubungkait dalam pembentukan gaharu semulajadi. Setelah melalui perbagai proses serta yakin cecair pengalak terbaru ini mampu menghasilkan pembentukan dan mengubah teknik inokulasi serta inokulasian dilakukan pokok aquilaria berukuran kecil. Tempoh masa 6 bulan, penilaian dilakukan, hasil keputusan baik, tetapi, setelah 16 bulan dilakukan penilaian jalinan resin sekali lagi, kesan pembentukan cuma sedikit  dan setelah 24 bulan tuaian dilakukan, gaharu terbentuk nipis tak ubah seperti kerepok.

Telah 4 tahun masa telah terbuang mengharapkan impian memperolehi pembentukan gaharu yang padat, tebal, berkualiti serta memperolehi gaharu sejumlah besar daripada sebatang pokok. Lakukan kajian terperinci, detail setiap bahan-bahan lain untuk diproses sebagai cecair tujuan penghasilan kulat terbaru. Betapa sukar ilmu jika tiada berguru, tetapi, tentang ilmuan ini, jarang-jarang orang yang mengetahuinya. Jika ada pun, tidak apa mengajar kita secara detail, maka, terpaksalah kita dengan keegoan sendiri, pecah kepala ke, susah ke, janji formula yang terbaru hampir dipecahkan.

Masa bertenang serta pengkajian selama 1 tahun, dalam hati, Inshallah, Allah hampir restukan apa yang dipohon pada NYA. Tempoh 1 tahun bertenang, bukan tidak aktif melakukan kajian tentang kulat-kulat yang ada hubungkait dalam pembentukan gaharu, melakukan kajian upgrade formula cecair pengalak resin (Vaksin) terbaru. Boleh dianggap dari kegagalan terdahulu, mendapat satu pelajaran baru serta pengelaman mengajar kita supaya, untuk mencari yang terbaik bukannya senang, segala ujian harus dilalui dan terbanyak cabaran nya tanpa kita duga.

Saya akui, kajian dijalan pada pokok Aquilaria spp, dilakukan secara amali, tiada makmal khas, tiada dana dan tiada tenaga pengajar. Mahu dapatkan sagu, ruyung terpaksa dipecah dan menyedari dimana bumi dipijak disitu jua langit dijunjung, kita cuma pengiat kampung, sentiasa merenung kebelakang setiap kali kaki menglangkah. Bila menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, terus usaha, tarwalkal, yakin dengan ketentuan Allah, inshaalah, pasti ada peluang.

Dalam kajian terakhir ini boleh dikira untuk kali ketiga, banyak penemuan terbaru, iaitu, bahan-bahan campuran kulat ini, pokok aquilaria akan menjadi stress, alegic, aliran cecair pengalak mengalir secara perlahan-lahan sehingga jarak 4 kaki antara lubang. Cecair pengalak resin yang pertama dan kedua saya terdahulu, adalah asas utama campuran untuk upgrade cecair pengalak yang ketiga. Sebelum mengunapakai seterusnya, kajian percubaan mesti dilakukan pada beberapa pokok-pokok perbagai ukuran, pada pokok aquilaria liar serta pokok aquilaria tanam.

Penerangan sedikit:- Resin yang dihasilkan oleh pokok aqilaria ianya tindakbalas daripada serangan kulat-kulat atau mikrob dan walaupun pokok usia muda boleh didorong untuk menghasilkan gaharu melalui jangkitan atau dari inokulasi. perbagai-bagai kulat yang berkaitan telah ditemui berhubungkait dengan pembentukan gaharu, tetapi, tidak ada tanda yang jelas mana-mana kulat yang membuat pokok aquilaria ini menghasilkan gaharu. Gaharu terhasil daripada tindakbalas daripada jangkitan kulat, maka, pokok gaharu menghasilkan resin yang tinggi dalam sebatian organic meruap yang membantu dalam membenteraskan pertumbuhan kulat.

Daripada kajain saintifik :- Aktiviti selulase, pectinase, peroxidase dan polifenol oksidase ditentukan pada pokok Aquilaria spp Ketika keadaan sihat. Apabila bahagian semulajadi pokok ini yang dijangkiti atau disuntik secara bersilang, perubahan dalam aktiviti-aktiviti enzim sebagai pathogenic. Famili thymalaeaceaae ini mengandungi oleoresin wangi, juga dikenali sebagai “agar” atau gaharu. Ianya dianggap produk patologi yang dihasilkan oleh serangan kulat atau kayu dijangkiti kulat. “agar” bahawa zon “agar” berkaitan dengan acuan kulat yang mereput kayu.

Kombinasi gambungan kulat-kulat yang diamalkan sebagai jangkitan inokulasi buatan atau campurtangan manusia. Pectinase aktiviti telah diujikaji menentukan campuran serta tidakbalas daripada 1%pertin dan 1ml envmeneng ekstrak. Satu unit enzin akan kehilangan 1% daripada kelikatan selepas 30 minat apabila ianya terdedah. Peroxidase akan diekstrak melalui satu keadah dan aktiviti palifenol oxsidase digunakan, catechol adalah aktiviti substrat selulase dan pectinase.manakala enzim pertolytic dan cellulolytic ianya sebagai alat pembiakan kulat kerana bertanggungjawab sebagai kerosakan sel-sel yang mereput kayu.

Peningkatan aktiviti kedua-dua enzim ini, setelah disuntik pada batang pokok gaharu ianya mampu mengawal kestabilan. Aktiviti peroxidase dalam tumbuhan ini mula dijangkiti, ianya menjadi satu penyebab mengakibatkan kerosakan lebih besar, kerana mengandungi karbohidrat melalui monophoohate daripada sebatian yang terhasil, dioksidakan oleh peroxidase untuk mengatasi pathogen.

Ertikata secara mudah, cecair pengalak resin mesti tahan lasak, tujjuan sebahagian pokok yang disuntik, walaupun sebagaimana pun ianya semesti ada keseimbangan antara cecair pengalak resin antara oleoresin pokok Aquilaria spp. Tiada kereputan berlaku, maka, tidak ada pembentukan gaharu terhasil, setiap inokulasi kekejaman dilakukan pada pokok Aquilaria ini merupakan satu keadah untuk mendapatkan gaharu, boleh dianggap mendapat gaharu secara paksaan pokok ini menghasilkan gaharu.

Manakala teknik inokulasi diciplak daripada menaman vaksin caca, dengan, atau sebagai paduan bagaimana pembentukan gaharu semulajadi terhasil. Daripada kekejaman anti-kulat, anti-penyakit, serangan serangga, anti-mikrob, perasit dan penyebaran bakteria mencetuskan pembentukan gaharu. Ianya bukan sekadar cecair biasa serta akan mengikut factor-factor yang telah ditetapkan, mengikut paduan berdasar kajian terdahulu serta telah memahami bagaimana kestabilan pokok setelah cecair pengalak ini dimasukan kedalam batang gaharu.

Kekejaman dilakukan bergantung pada cecair pengalak resin yang digunapakai, perbagai teknik kekejaman dilakukan, mengerudi lubang sejumlah banyak, mengunakan bamboo stick, melakukan pasakkan dengan besi yang membara, menyapu cecair setelah kulit pokok ini dibuang, boleh dikatakan teknik-teknik yang dilakukan mengikut andaian logic akal dikalangan pengiat gaharu teknologi. Walaupun sebagaimana teknik-teknik ini digunakan, hanya bertujuan yang sama, berharap dapat menikmati hasil jualan gaharu.

Apa tujuannya, jika berladang gaharu, tanpa berikhtiar bagaimana punca untuk kembalikan pelaburan, tidak ada untung banyak, janji, setiap modal pelaburan yang dilaburkan, sekurang-kurang pulang Kembali. Saya tidak lah banyak tanam, cuma dalam 3,000 pokok, hanya tanam sebagai kajian biasa-biasa sahaja, itupun sebab gatal tangan dan bila sudah bergelar pengiat serta pengkaji gaharu, tahu-tahu, pantang orang pelawa pokok Aquilaria malaccensis terus menyahut cabaran, sehingga hari ini, telah ribuan pokok milik sendiri telah di inokulasi sendiri.

Alhamdulillah, sudah tiba masa menuai, amat bersyukur pada Allah, sekali menuai dilakukan, hasil nya tanpa diduga, boleh dikatakan 100% pokok yang dituai, hasil gaharu amat-amat berpuashati, Walaupun saya berhak mengatakan saya telah berjaya, tetapi, saya masih kekurangan, tidak ada apa untuk dibanggakan. Allah berikan kejayaan adalah ujian paling besar pada hamba NYA, sekadar cukup Allah berikan waktu untuk famili serta anugerahkan tubuh badan sentiasa sihat. Aaammmin. W’salam.

Sunday, 20 August 2023

Malaccensis/Depu/Karas/Garu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, ketemu Kembali kita diblog gaharu kali ini. Semuga semua dibawah lindungi Allah, alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini, semuga Allah sentiasa melipat gandakan rezeki yang halal untuk kita, dengan kesihatan tubuh badan, diperkuatkan semangat, menjauhkan dari benda-benda yang melalaikan serta ditambahkan keimanan kita pada Nya.



Disaat Allah berikan masa luang ini, saya ambil kesempatan menaipkan serba sikit catatan blog ini sebagai pengkongsian ilmu atau sedikit maklumat yang dianggap tidak sempurna. Sekurang-kurangnya ada info yang baik, boleh kita sama-sama pengunakan sebagai satu ilmu, jika ianya tidak diperlukan boleh diabaikan dan boleh dianggap ianya sebagai satu imbasan atau satu andaian yang tidak berapa tepat.

Setelah masuk 23 tahun bergiat bersendirian sebagai pengiat gaharu teknologi terlalu banyak perkara baru yang diperolehi setiap masa. Saya seorang yang gemar mengkaji sesuatu yang berhubung kait penghasilan pembentukan gaharu melalui campur tangan manusia. Bagi saya, ilmu adalah satu benda yang amat penting bagi mengukuhkan lagi sesorang yang mahu mantapkan penghasilan gaharu secara teknologi.



Sebagai seorang pengkaji, ilmu sentiasa tidak mengcukupi, setiap kali ada perubahan pembentukan gaharu terhasil, bukan satu kepuasan, ianya merupakan satu cabaran baru. Maka akal mula berfikir, merencana teknik-teknik baru, mencari keadah-keadah paling mudah, kalau boleh, sesesuatu teknik terbaru dicipta serta penilaian keserasian keberkesanan cecair pengalak yang dicipta lebih mantap lagi.

Tiada guna kita hanya memeluk tubuh, sekadar menerima keputusan sekadar-kadarnya, padahal ianya boleh diupgradekan lagi, supaya keputusan lebih mantap dan supaya penghasilan tuaian berlipat kali ganda. Ilmu kita perluaskan melalui kajian tersendiri, tiada alasan rumit sekiranya kita telah mempunyai kepakaran, kemahiran serta peralatan, bahan-bahan kajian yang telah tersedia ada, hanya tepuk dada tanya selera.



Untuk memperolehi ilmu dibidang ini, bukan boleh dianggap mudah, anda harus bermula dari kosong, wajip berusaha sendiri. Tiada kolej atau IPT yang menawarkan kursus, diploma, PHD dan Master untuk mendapatkan tauliah pengajian tentang gaharu teknologi. Itulah sebabnya ramai yang awal-awal tewas tanpa mendapat pulangan pelaburan daripada usaha mereka.

Betullah apa yang pernah disuarakan oleh orang-orang tua kita, “ bila kamu jumpa atau temui teras gaharu, kamu akan jadi kayaraya”. Bagi saya pula, kalau terjumpa, nak buat camno?. Dan ini pun mahukan ilmu mesti ada didalam kepala kita, jika terjumpa tanpa diolah, dibersih serta untuk dijual pada siapa, pun kita tidak tahu. Maka lupakan lah mimpi untuk menjadi kayaraya dari hasil jual teras gaharu. Jika melalui orang tengah, yang tentu kayaraya mereka dan kita hanya tersohor sebagai seorang yang menjumpai gaharu.



Bila ada masa terluang, saya suka jelajah Kawasan pinggiran bukit berdekatan menjejak pokok gaharu liar, di bukit dearah saya hanya satu sepsis pokok gaharu yang tumbuh. Spesis ini amat dikenali oleh orang-orang kampung, dia orang memanggilnya dengan nama pokok depu serta kegunaan utamanya dijadikan papan lot untuk lubang lahad kematian. Ianya ringan, mudah dijadikan papan serta pokoknya agak besar.

Orang dulu-dulu menjadikan pucuk pokok ini sebagai ubat cirit birit serta penahan mabuk serta kulitnya dijadikan tali pengikat. Dikalangan ahli pengkaji botani menanggilnya Malaccesis Lamk dan dikenali juga dengan nama Karas serta ada yang menanggil Garu. Pokok ini tumbuh dikawasan lembab, banyak ditemui berhampiran perkampungan, kebun-kebun serta diladang-ladang sawit. Pokok ini biasanya tidak dipedulikan dibiar membesar tanpa diusik serta anak-anak cambahnya membiak subur.



Jika mahukan jalankan inokulasian, perkara utama mesti kita pastikan, pokok ini tumbuh berada ditanah mempunyai pemilik atau bukan tumbuh diatas tanah Kawasan hutan simpanan atau tanah yang bukan dimiliki sesiapa. Kerana bermula tempuh inokulasian dilakukan, kita mempunyai tempuh bertenang hampir 4 tahun lebih, jika pokok ini tumbuh diatas tanah dimiliki, kita agak selamat daripada gangguan pencuri dan pasti pemilik tanah menjagainya.

Saya memanggil dengan nama depu gajah, kerana pokoknya besar, tinggi, tetap utuh walaupun ditiup angin kencang, jika dibandingkan dengan pokok-pokok perladangan, 90% saya memihak pada pokok ini. Contohnya, jika pokok ini sebesar 3 pemeluk ketinggian mencecah 100 kaki melangit serta akar-akarnya timbul dipermukaan bumi. Kadang terjumpa panjangnya hamper 20 kaki dan besar hampir 1 pemeluk. Ini satu keistimewaan pokok ini, teguh berdiri walaupun tumbuh di pinggiran bukit.



Sebelum pengiatan saya, pokok depu/karas serta Garu ini sepsis pertama saya kenali, selalu menyepat kulitnya untuk dijadikan pengikat kayu dan sebagai pengikat tangkai buah durian. Saya selalu menakil, cuba-cuba mana tahu terhasil gaharu, dalam tempuh 3 bulan saya jengok lagi, perhatikan Kawasan di dilukai sebelum ini terhasilkan atau tidak gaharu. Sayangnya, luka yang dilakukan sebelum ini sembuh tanpa ada urat-urat kehitaman atau coklat yang menandakan terhasilnya gaharu.

Saya meneliti setiap cawangan pokok ini, terjumpa lubang-lubang sarang serangga, saya korek, apa yang terjumpa didalam lubang itu, saya masukkan dalam bag plastic serta teliti betul-betul adakah bahagian disekeliling lubang itu berwarna gelap dan berapa ketebalannya. Kemungkinan anda terasa hairan, dengan perbuatan saya, tetapi, saya lakukan untuk kajian tindakbalas bagaimana microogonisme semulajadi mampu menghasilkan pembentukan gaharu.



Ketika saya lakukan inokulasian, mula-mula saya lakukan penilaian awal, iaitu size pokok, size mata drill, kedalaman lubang akan ditebuk serta antara jarak tebukan. Tujuannyya untuk membiarkan pokok hidup dalam kesakitan atau sentiasa stress atau pokok mampu bertahan sehingga 6 hingga 10 tahun akan datang. Ini adalah satu factor utama dalam penghasilan pembentukan gaharu melalui campur tangan manusia.

Setiap kali inokulasian pokok depu ini, targed utama saya, adalah akarnya, saya akan mengali separuh dari pemukaan tanah dan inokulasian mengikut jarak yang saya tetapkan. Sekiranya sebatang akar sepanjang hampir 20 kaki menghasilkan gaharu, kebiasaannya yang pernah saya perolehi sebelum, gaharu terhasil sejumlah 14 sehingga 18kg, boleh dianggap berbaloi hanya sebatang akar, jika 3 akar sekelilingnya bertambah berbaloi-baloi habuannya.



Jika ada soalan “ bagaimana boleh lakukannya”, pertama, sebesar mana pokok anda, bagaimana keserasian cecair pengalak resin anda dan factor cuaca juga kena diambil kira ketika melakukan inokulasian. Saya terangkan melalui pengelaman saya, saya tidak mampu menghuraikan, apapun pengiat lain lakukan, semuanya banyak pembezaan, walaupun apa asasnya bertujuan mahukan gaharu, tetapi, kita kena akur, semua pengiat mengunapakai cecair pengalak resin berlainan.

Jika kita bandingkan, adakala akan terasa satu pertandingan, penghasilan pembentukan gaharu bukan satu pertandingan, ianya salah satu usaha mengikut factor yang betul, tersilap teknik, tersilap cecair pengalak resin, anda akan terima kegagalan. Bila anda sudah terasa yakin, mulaikanlah, tidak berani mencuba, anda bukan seorang pengiat gaharu, kerana sifat seorang pengiat gaharu, wajip ada sifat keberanian serta yakin pada Pencipta.

Memanjat po


kok besar begini, merupakan satu cabaran, yalah, memanjat sambil mendrill, bukan kerja yang mudah, bukan 10 kaki memanjat, tetapi puluhan kaki sehingga mampu memanjat. Adalah bertujuan memanjat hanya mahukan hasil gaharu dari sebatang sebesar ini bertujuan penghasilan gaharu 20kg?. Kalau hanya mahukan 20kg, baik tak payah bersusah payah memanjat, hasil daripada akar sahaja melebihi 20kg kan?. Kerana tidak mahu pembaziran berlaku, maka, kita inokulasian sampai ke penghujung sebesar sa paha serta kesemua pangkal dahan.

Untuk memperolehi pokok sebesar 2 hingga 3 pemeluk, bukan satu alasan dikawasan saya, pokok depu masih lagi banyak yang tidak usik oleh pengiat terdahulu. Cuma, kena rajin jelajah keseluruhan daerah berdekatan, kena caranya kita tidak perlu mengeluarkan modal untuk memperolehi pokok ini, kebiasaannya pokok-pokok ini terbiar, hanya dijadikan sempadan atau sebagai pagar serta telah dianggap tiada bernilai oleh pemilik pokok.



Modal yang harus kita keluarkan, upah pekerja inokulasian serta kos cecair pengalak resin. Disini saya mula berfikir, tiada guna melaburkan wang pada peladangan gaharu, membuka ladang dengan menanam ribuan pokok dan terpaksa menjaga, membaja serta menanti sehingga 10 tahun akan datang. Satu pelaburan amat merugikan masa serta wang mencurah setiap bulan, padahal pokok-pokok liar yang besar-besar telah tersedia ada dimerata lokasi.

Pokok perladangan dahan-dahannya mudah patah serta tumbang pantang ditiup angin kencang. Pokok depu atau karas pula tiada perlu penjagaan, terbiar dikawasan naung, tanpa alahan, tetapi, untuk mengharapkan pembentukan gaharu semulajadi boleh dikatakan mustahil, sama seperti pokok perladangan iaitu crassna dan sub intergra. Bila dikatakan sama factor penghasilan gaharu, saya tetap memilih sepsis gaharu liar ini, walaupun dikatakan hanya sepsis local tiada kelas.



Tetapi, malaccensis/depu/karas/Garu mempunyai kelasnya tersendiri, ianya amat popular dikalangan pencari. Saya tidak pasti dimana kebenarannya, cuma saya amat gemar melakukan inokulasian pada pokok liar ini, lagi besar pokoknya serta mempunyai akar timbul dipermukaan bumi, lagi kuat keazaman saya mahukan inokulasian dan boleh dianggarkan berapa kg gaharu akan terhasil. Kita hanya berusaha serta yakin segala rezeki datang dari Nya jua.

Saya mengenal pokok ini semenjak zaman remaja, boleh dikatakan terlalu dekat mengenalnya. Alhamdulillah, serta terima tawaran daripada pemilik-pemilik pokok gaharu liar ini untuk saya lakukan inokulasian tanpa ada syarat. Inshaallah, akan terus lakukan inokulasian pokok depu ini, walaupun pada kiraan peratusan kesemua pokok yang telah saya inokulasian, antara pokok perladangan cuma 20% dan 80% lagi adalah pokok gaharu liar ini.



Sebagai seorang pengiat penginokulasian, tidak perlu memilih sepsis mana yang terbaik, mana-mana sepsis adalah sama, yang terhasil pembentukan daripada pokok ini, hanya satu nama yang dipanggil am dimalaysia, dengan nama gaharu, sudah tiada nama selain ini, begitu teras daripada pokok candan, tetap dipanggil gaharu. Cuma, daripada kajian pakar-pakar botani memberikan nama saintifik serta sepsis Aquilaria ini mempunyai keluarga yang agak besar hanya tumbuh di asia tenggara.

Catatan kegemaran saya, prihal antara pokok-pokok yang saya gemari lakukan inokulasi, lain orang lain pula minat mereka, kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut car akita. Walaupun tetap sama menjadikan beras sebagai makanan, tetapi, memasaknya periuk berasingan, selera kita berbeza-beza, begitu juga citarasa kita. Yang amat penting, kita bersaing secara jujur tanpa ada rasa kecil hati, itu yang terbaik.

Yang buruk, yang tidak baik dari saya, yang baik, sempurna hanya lah milik ALLAH, Assalamulaikum, Inshallah jumpa lagi sekira ALLAH berikan kelapangan.