Sunday, 9 June 2024

Aquilaria Farm & Oil

 

Aquilaria.. Asam Garam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.  Alhamdulillah, Allah masih beri waktu untuk saya update blog gaharu ini, jika mengikutkan masa, memang terhad bagi luangkan masa menghadap laptop. bagi menyiapkan catatan blog yang tidak seberapa ini. Kemungkinan saya bukan seorang gemar kehulu kehilir, jika tiada apa benda untuk dilakukan, lagipun ketika ini, masa masih tidak mengizinkan untuk kemana-mana, walaupun begitu, curi-curi masa sekejap melawat ladang jarak hanya 23 k/m.

Jika pergi keladang, rutinnya dari awal pagi sehingga ke petang, masa dihabiskan diladang, banyak perkerjaan perlu dilakukan, lagipun bangunan sunling minyak didirikan didalam ladang gaharu, walaupun masih belum operasi, stok kayu untuk sunling, gaharu perbagai gred telah terkumpul dan semua peralatan kerja-kerja ladang serta inokulasian berada sana. pembinaan bangunan dikaskan proses penyunlingan minyak, stor dan pengurusan.

Masih dalam proses kemaskini serba sedikit, walaupun telah siap, penambahan tetap ada, kurang berpuashati disegi keselamatan, pagar sekeliling siap dipasang serta perlu dilakukan ubahsuai dengan tambahan ruang stor peralatan perkerjaan, stor kayu yang siap dicarving dan ruang tamu, mesti disiapkan tahun ini, kerana, penghujung tahun ini, inshaallah, penyunlingan minyak gaharu akan beroperasi mengikut jadual asal. Lagipun, pokok-pokok yang telah di inokulasian kebanyakanya boleh dituai bila-bila masa.

Jangan bertanya “ tahun ini ke, bila, bulan berapa?”. Saya tidak ada modal bergunung untuk menyiapkan cara segera, selama ini saya hanya lakukan sendiri bila masa luang, tanpa keluar duit upah tukang, tidak mahu membebankan kepala untuk memikirkannya. Setiap bulan mesti ada perubahan, kerja tanpa ada tekanan, lakukan kerja dalam keadaan aman, setiap apa kita lakukan seboleh-bolehnya berada didalam keadaan moody baik. Kita ikut seperti apa yang kita rancangkan, usah peduli apa yang orang bagi planning itu ini untuk kita, ikut planning orang, jahanan kita, tentu akan terbantut planning kita, isi poket mereka, tidak sama isi poket kita.

Jadual sementara, Ketika ini boleh dikatakan waktu bertenang, jika ada waktu luang diawal pagi, jengok mana-mana pokok Aquilaria yang telah diinokulasian dulu-dulu berdekatan dengan rumah. Tetapkan waktu hanya dari 2 ke 3 jam sepagi, menebang serta gali tunggul pokok-pokok kecil yang bermasalah, pokok-kecil yang kebanyakannya patah, yang ditimpa dahan-dahan pokok getah. Jika dibiarkan begitu, tentu membazir, sekurang-kurangnya ada gaharu yang terhasil ada berkualiti, ada juga menafaatnya.

Inokulasi Spesis Aquilaria Malaccensis , salah satu pokok gaharu kegemaran saya. Di antara pokok gaharu liar yang hidup subur diladang getah, mudah hidup tepian perkampungan serta diladang-ladang sawit. Dipandang sekali imbas, orang-orang kampung menganggap pokok ini tidak bernilai serta dianggap cuma kayu lampung, hanya boleh dijadikan Lot kebumian kegunaan orang meninggal dunia. Bagi mereka untuk mendapatkan gaharu dari pokok ini, memang tidak ada cara lain dan mereka pernah dilakukan perbagai cara, tetap tidak berhasilkan pembentukan gaharu.

Dapat dilihat diraut wajah mereka ada rasa kecewa, dari pengelaman terdahulu, mereka pernah mengeluarkan kos yang besar, mengupah penginokulasian dari luar, tidak terhasil pembentukan gaharu. Spesis ini dikenali dengan nama kampung pokok depu, setelah kerajaan Negeri Kelantan melancarkan Kelantan Kerindor Depu, nama sainstifik nya Aquilaria Malaccensis dikenali juga dengan nama karas, kekaras dan garu, famili Thymalaeaceaae, terkenal dengan panggilan pokok depu.

Ketika kerajaan Kelantan menlancarkan Kelantan kerindor depu, Ketika ini, saya masih tercari-cari ilmu kegaharuan. Hanya kenal seorang dua dikalangan ada berkaitanan dengan program tersebut. Bila ada masa lapang mereka lakukan inokulasian, sering kali mengikut mereka, tujuan utamanya, untuk menambah ilmu serba sedikit. Asam garam bila kita berkawan, tidak memilih, orang kata, tidak memilih bulu. kurang-kurangnya mereka lakukan perkara baik, kita boleh jadikan paduan, perkara yang tidak baik, kita buang jauh-jauh. Mereka adalah diantara salah satu group gaharu yang ternama, telah lenyap, cuma tinggal nama, (yang mesih kekal laman website mereka) bergaharu serta planning bersaingan entah kemana.

Bagi diri saya, pokok Aquilaria antara satu spesis, paling diminati melakukan inokulasi, ianya sangat mudah ditemui dan tumbuh bertaburan tanpa dipedulikan orang. Ketahanan pokoknya agak hebat, sukar tumbang, payah patah serta berukuran agak besar, ada yang berusia ratusan tahun, pokok pokok ukuran kecil sebesar paha memang banyak. Kadang-kadang beselerakan dibelakang rumah, bersusun hidup subur disempadan tanah disekitar ladang getah.

Mendapat kebenaran pemilik serta dari mantan pengiat penginokulasian terdahulu, mereka memberi kepercayaan pada saya lakukan inokulasian semula, gunapakai cecair pengalak resin sendiri. Walaupun, pada dasarnya mereka gagal hasil dari usaha mereka, kita sebagai sealiran bidang, mereka alu-alukan untuk lakukan inokulasi semula. Kita usaha Kembali, inshaallah, mana tahu, Allah restukan usaha kita, bila berjaya nanti, sekurang-kurangnya boleh buat belanja minum kopi. Sifat tamak, bukan cara kita, rezeki dari Allah, Tuhan yang sama dengan mereka, Allah bagi kita rezeki, tidak semestinya 100% milik kita seorang, tentu ada sebahagian kepunyaan insan lain.

Semenjak Kelantan kerindor depu lenyap, tinggallah saya seorang, terkontang-kontang lakukan R&D seorang diri. Saya cuma mengenali secara imbas wajah wajah para pengiat lain, memang, saya akui jarang follow mana-mana pengiat, nama mereka dikenali serta kenal wajah mereka yang sering terpapar dilaman social, tidak pernah sembang. Begitu juga para-para pengiat tersohor diluar negara, ada yang follow, tetapi, tidak pernah beri komen apa-apa, walaupun setiap kali mereka update program atau photo hasil usaha mereka. Siapa lah kita, mahu komen yang bukan-bukan, kita bukannya mahir tentang kegaharuan ini, cuma boleh sekadar diri kita sendiri.

Ini semua asam garam saya bergiat sepenuh masa dibidang gaharu teknologi. Menerima sindiran, cemuhan, kata-kata peril dan perbagai-bagai cerita yang tidak elok diada-adakan, sudah menjadi lumrah makan minum. Maklumlah, kita bukan orang terpelajar, cuma orang pengiat kampung. Pegangan diri saya, tiada kemungkinan bila ada keinginan, biar lambat tetapi berjaya, jangan dada kosong tanpa usaha. Jangan peduli apa orang katakan, mereka tidak tahu hujung pangkal, dimana bermulanya usaha kita, kita yang merancang, maka kita sahaja tahu kemana hala tuju berani berusaha kerana berminat dan ingin buktikan pada waris pelapis pemengang usaha kita. Jangan membanggakan diri bila berjaya, pandang kebelakang dari mana usul asal kita datang.

Jika anda berkata “saya terlalu kedekut untuk bagi ilmu”, itu adalah kesilapan andaian anda. Saya rasa, terlalu banyak ilmuan yang telah saya catatkan diblog-blog saya, selain blog ini, anda boleh lawati antara blog gaharu saya, paling top iaitu http://goldforest.blogspot.com. Tetapi, bukan semua ilmu akan saya dedahkan, ada ilmu terpaksa disembunyikan sebagai periuk nasi. Untuk mengisi otak anda 100% ilmuwan gaharu, anda harus berusaha keras dan tidak semua guru akan memberi ilmuannya 100% kepada anak muridnya. Betul kan?.

Saya hanya lakukan kajian pada spesis malaccensis serta pokok Aquilaria yang ditanam, pokok-pokok yang mudah ditemui. Kajian saya hanya tertumpu pada penghasilan gaharu secara teknologi dan ini bererti tidak melibatkan gaharu semulajadi. Bermakna saya tidak pandai berhujah tentang gaharu semulajadi, kenal tu, memang kenal, tidak pernah masuk hutan belantara tujuan mencari gaharu semulajadi. Bila ada pengiat gaharu lain update photo gaharu semulajadi, tengok saja, tidak berapa pandai untuk bagi komen.

Saya amat meminati cara-cara penghasilan gaharu melalui teknologi, sedaya upaya berusaha memperolehi ilmu, bagaimana cara untuk menghasilkan gaharu secara padat serta perbagai-bagai bentuk terhasil. Hasilnya, mesti ada kelainan dari pengiat lain, walaupun warna cecair pengalak resin agak serupa, isi kandungan bahan-bahan larut banyak berbeza atau bakteria kulat-kulat diasaskan dari bahan-bahan yang mampu menghasilkan pembiakkan pantas. Bukan senang seperti dibicarakan, campur itu, campur ini, akan berhasil mencipta vaksin gaharu, cecair sudah boleh digunapakai, tetapi, keputusannya, masih belum ada bukti berlakunya pembentukan gaharu.

Saya bukan ada niat mahu menunjuk keegoan dan bukan sesekali mengaku bijak pandai. Anda boleh bertanya pada pengiat gaharu lain, betul atau tidak, perkara paling sukar dan yang mana paling berharga dari gaharu antara cecair pengalak resin. Kalau anda mahu seketul gaharu, saya boleh bagi secara sedekah, tetapi, bila anda meminta cuma 100ml cecair pengalak resin, permintaan anda tidak akan dilayan. Begitu besar maknanya serta nilainya cecair ini pada seseorang pengiat gaharu, setimpal dengan usahanya untuk menghasilkan cecair yang terlalu sukar bagi mempasti penghasilan pembentukan gaharu.

Saya masih lagi ada sejumlah besar pokok Aquilaria malaccensis belum suntikan vaksin, dari ukuran 1 pemeluk sehingga 3 pemeluk, dihati, masih ragu-ragu, walaupun pada dasarnya pemilik telah memberikan kebenaran. Terasa was-was, mana tidak risau, kita habiskan duit kos inokulasi, tidak sampai tempoh matang, pokok yang diinokulasi, ditebang oleh pemilik tanah tanpa ada pemberitahuan. Apabila bersua dengan mereka, alasan biasanya, mahu bina rumah, mahu bina kandang lembu dan untuk bina jalan ke ladang dibelakang. Jika bagitahu awal-awal, boleh bawa berbincang.

Mereka tidak rugi apa-apa, sebabnya pokok hanya tumbuh diatas tanah mereka, tiada satu sen kos dikeluarkan untuk penjagaan pokok. Kita sebagai penginokulasian, mengeluarkan kos besar, upah pekerja, pengurusan serta kos cecair pengalak resin dan terpaksa ikut perut selama 4 tahun menanti gaharu matang. Tiga benda ini kita kena keluarkan duit tunai, walaupun cecair ini hak kepunyaan sendiri. Saya bukan jenis suka berkira, sekiranya kena cara, tetapi, bila melibatkan urusan niaga setiap sen pun tetap dikira.

Apabila penuaian dilakukan dan orang yang telah melihat hasil gaharu, akan bersuara , “ wou.. banyak gaharu sekali jual, tentu dapat duit banyak”. Ayat yang selalu didengari. Jika 4 tahun masa menanti gaharu matang, 100kg sekali jual, itu belum termasuk perbagai-bagai kos yang dikeluarkan. Kos 1, penebangan, kos 2, pengangkutan, kos 3, buang gubal serta carving dan berapa sen jer berbakinya. Bunyi memang gah, tapi, hakikatnya, cuma cukup-cukup makan. Itu pun jika buyer bayar tunai, jika berhutang, tidak dibayar, merana jadinya.

Daripada hati sakit, jiwa pun sakit dan mengelak menyakiti hati sesiapa. Cara terbaiknya, gaharu dipokok yang telah matang, kesemuanya untuk kegunaan sendiri, tidak ada lagi utamakan gred, semua akan ditebang tujuan untuk penyunlingan minyak. Ini cara saya, biar penuh kedua-dua buah stor, janji, barang ada depan mata. Lagipun ada dalam planning seawal dulu-dulu, semua gaharu matang akan tebang dengan tujuan penyunlingan minyak. Kita bukan terasa hati pada buyer, cuma ada rasa terkilan sikit-sikit. lagipun, tempuh penyunlingan akan operasi, waktu terlalu hampir, imshaalah.

Daripada simpan kepingan-kepingan gaharu, makin lama makin kering, lebih elok dimesin jadikan debu, banyak benda boleh dijadikanya dan yang pastinya direndam untuk sunling minyak. Terbaik simpan minyak, ruang stor pun tidak serabut dengan kepingan serta tongkol-tongkol gaharu. Orang kata, semakin lama minyak disimpan, makin elok, ya atau tidak, entah lah. Inshaallah, kita lakukan nanti. Terima kasih buat semua. Wsalam.

No comments:

Post a Comment