Assalamualaikum
dan selamat sejahtera buat semua. Ketemu lagi setelah sekian lama menyepi,
sunyi sepi tanpa ada khabar berita di blog gaharu ini. Kita hanya manusia
biasa, tiada dapat mengelak dari kesibukan mengejar masa, Ketika kita mengejar
sedar atau tidak masa tetap meninggalkan kita, diwaktu diri merenungkan waktu
yang ditinggalkan hampir 24 tahun bergiat dibidang gaharu teknologi ini.
Semakin
banyak ilmu yang dikejar, semakin banyak ilmuan diperolehi, semakin bodoh
jadinya. Dari belajar asas mengenal apa itu gaharu, bagaimana pembentukan
gaharu, apa itu oleoresin, peranan potologi, peranan kulat utama dalam
pembentukan gaharu, bagaimana microoganisma membantu pembentukan gaharu dan
tidak boleh dilepas pandang peranan serangga juga membantu didalam pembentukan
gaharu, semakin pening jadinya mahu menghurai secara detail.Ilmu
dicari bukan tujuan menandingi, bukan niat bersaingan, tiada sedikit terasa
keegoan, semua dari Allah jua, dari kesabaran diri, tabah, tawalkal dan dihati
serta mulut sentiasa menyebut, “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan bersaksi Nabi
Muhamad adalah pesuruh Allah.” Dan siapa lah kita, tanpa ilmuan yang Allah
restui pada kita, kita tiada mengenal walaupun huruf A sekalipun.
Pengiat
gaharu teknoligi, tidak ubah ianya seorang saintis, sekiranya seseorang itu
melakukan kajian sendiri, bukan meniru atau ciplak daripada kajian-kajian orang
lain. Semua ini tentunya memakan masa amat yang panjang untuk memahami perkara
parkara yang amat rumit bagaimana terhasilnya pembentukan gaharu semulajadi dan
bagaimana formula untuk menghasilkan cecair pengalak resin yang berkesan agar
pokok Aquilaria spp menghasilkan pembentukan gaharu hampir setanding bauanya
antara gaharu semulajadi.
Dengan
kegilaan ini lah, tiada lagi istilah undur jika gagal, terus tawalkal kerana
Allah, kegagalan hanya menguji tahap mana kesabaran kita. Ilmu adalah satu
anugerah besar dari NYA , tetapi, sayangnya kita dilalai dengan keegoan diri
yang terlalu menebal diri dan jiwa kita. Hanya sendikit kejayaan dilimpahkan,
terasa bangga diri melebihi dari hanya sedikit rasa kejayaan yang diperolehi.Faktor
utama terjadi pada penghasilan pembentukan gaharu, adalah peranan kulat. Pokok
yang patah secara semulajadi, disakiti atau tercedera (Potologi) gangguan
serangga dan pokok gaharu dilakukan dengan campur tangan manusia tidak terlepas
memaksa membiak bakteria ciptaan pada bahagian terluka. Teknik inokulasian pada
pokok gaharu memaksa agar pokok ini menghasilkan gaharu sekala besar dan
pembezaan daripada pokok Aquilaria spp terhasil gaharu secara semulajadi.Semakin
banyak ilmu serta pengelaman diperolehi daripada kajian bagaimana pembentukan
gaharu terjadi, semakin haru birut jadinya. Seawalnya mencari formula
menghasilkan cecair pengalak resin, bagaikan kepala mahu pecah, habis segala
buku buku tentang gaharu dibaca dan diinternet tidak dikira. Semuanya hanya
boleh dianggap sebagai paduan, kerana, semua itu hanya dari kajian secara
imbas, bukannya dari kajian amali mereka. Orang tua tua kata, cakap boleh, buat
belum tentu jadi.
Bila
melibatkan urusan bisnes, tiada sesiapa akan mendedahkan perkara yang reality,
termasuk diri saya sendiri, betul kan?. Saya sentiasa dedahkan diblog hanya
faktor utama bagaimana terjadinya
pembentukan gaharu dan peranan kulat pembantu pembentukan serta sebagaimana
memcederakan pokok agar boleh memasukkan bakteria didalam batang pokok gaharu.
Daripada
pengelaman kajian awal saya menghasilan cecair pengalak resin, keseimbangan ini
amat penting antara bahan-bahan (kulat cipitaan) menghasilkan cecair pengalak
resin dan oleoresin pokok aqularia spp. Tanpa ada keseimbangan kedua-duanya,
pembentukan gaharu tiada berkekalan atau hanya bertahan jangkamasa 16 bulan
sehingga 24 bulan, kesan terluka akan sembuh. Penilaian dilakukan tempoh masa 6
bulan, kesan jalinan resin berwarna agak coklat dan ianya akan hilang sedikit
demi sedikit. Keputusannya, kegagalan tempoh masa 2 tahun menunggu.
Masuk
tahun ke 3, merubah formula kedua, mengkaji bahan-bahan lain, yang agak mampu
menghasilkan bakteria kulat yang ada hubungkait dalam pembentukan gaharu
semulajadi. Setelah melalui perbagai proses serta yakin cecair pengalak terbaru
ini mampu menghasilkan pembentukan dan mengubah teknik inokulasi serta
inokulasian dilakukan pokok aquilaria berukuran kecil. Tempoh masa 6 bulan,
penilaian dilakukan, hasil keputusan baik, tetapi, setelah 16 bulan dilakukan
penilaian jalinan resin sekali lagi, kesan pembentukan cuma sedikit dan setelah 24 bulan tuaian dilakukan, gaharu
terbentuk nipis tak ubah seperti kerepok.

Telah
4 tahun masa telah terbuang mengharapkan impian memperolehi pembentukan gaharu
yang padat, tebal, berkualiti serta memperolehi gaharu sejumlah besar daripada
sebatang pokok. Lakukan kajian terperinci, detail setiap bahan-bahan lain untuk
diproses sebagai cecair tujuan penghasilan kulat terbaru. Betapa sukar ilmu
jika tiada berguru, tetapi, tentang ilmuan ini, jarang-jarang orang yang
mengetahuinya. Jika ada pun, tidak apa mengajar kita secara detail, maka,
terpaksalah kita dengan keegoan sendiri, pecah kepala ke, susah ke, janji
formula yang terbaru hampir dipecahkan.
Masa
bertenang serta pengkajian selama 1 tahun, dalam hati, Inshallah, Allah hampir
restukan apa yang dipohon pada NYA. Tempoh 1 tahun bertenang, bukan tidak aktif
melakukan kajian tentang kulat-kulat yang ada hubungkait dalam pembentukan
gaharu, melakukan kajian upgrade formula cecair pengalak resin (Vaksin) terbaru.
Boleh dianggap dari kegagalan terdahulu, mendapat satu pelajaran baru serta
pengelaman mengajar kita supaya, untuk mencari yang terbaik bukannya senang,
segala ujian harus dilalui dan terbanyak cabaran nya tanpa kita duga.
Saya
akui, kajian dijalan pada pokok Aquilaria spp, dilakukan secara amali, tiada makmal
khas, tiada dana dan tiada tenaga pengajar. Mahu dapatkan sagu, ruyung terpaksa
dipecah dan menyedari dimana bumi dipijak disitu jua langit dijunjung, kita cuma
pengiat kampung, sentiasa merenung kebelakang setiap kali kaki menglangkah.
Bila menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, terus usaha, tarwalkal, yakin
dengan ketentuan Allah, inshaalah, pasti ada peluang.
Dalam
kajian terakhir ini boleh dikira untuk kali ketiga, banyak penemuan terbaru,
iaitu, bahan-bahan campuran kulat ini, pokok aquilaria akan menjadi stress, alegic,
aliran cecair pengalak mengalir secara perlahan-lahan sehingga jarak 4 kaki
antara lubang. Cecair pengalak resin yang pertama dan kedua saya terdahulu,
adalah asas utama campuran untuk upgrade cecair pengalak yang ketiga. Sebelum
mengunapakai seterusnya, kajian percubaan mesti dilakukan pada beberapa pokok-pokok
perbagai ukuran, pada pokok aquilaria liar serta pokok aquilaria tanam.
.jpg)
Penerangan
sedikit:- Resin yang dihasilkan oleh pokok aqilaria ianya tindakbalas daripada
serangan kulat-kulat atau mikrob dan walaupun pokok usia muda boleh didorong
untuk menghasilkan gaharu melalui jangkitan atau dari inokulasi. perbagai-bagai
kulat yang berkaitan telah ditemui berhubungkait dengan pembentukan gaharu,
tetapi, tidak ada tanda yang jelas mana-mana kulat yang membuat pokok aquilaria
ini menghasilkan gaharu. Gaharu terhasil daripada tindakbalas daripada
jangkitan kulat, maka, pokok gaharu menghasilkan resin yang tinggi dalam
sebatian organic meruap yang membantu dalam membenteraskan pertumbuhan kulat.
Daripada
kajain saintifik :- Aktiviti selulase, pectinase, peroxidase dan polifenol
oksidase ditentukan pada pokok Aquilaria spp Ketika keadaan sihat. Apabila bahagian
semulajadi pokok ini yang dijangkiti atau disuntik secara bersilang, perubahan
dalam aktiviti-aktiviti enzim sebagai pathogenic. Famili thymalaeaceaae ini
mengandungi oleoresin wangi, juga dikenali sebagai “agar” atau gaharu. Ianya
dianggap produk patologi yang dihasilkan oleh serangan kulat atau kayu dijangkiti
kulat. “agar” bahawa zon “agar” berkaitan dengan acuan kulat yang mereput kayu.
Kombinasi
gambungan kulat-kulat yang diamalkan sebagai jangkitan inokulasi buatan atau
campurtangan manusia. Pectinase aktiviti telah diujikaji menentukan campuran
serta tidakbalas daripada 1%pertin dan 1ml envmeneng ekstrak. Satu unit enzin
akan kehilangan 1% daripada kelikatan selepas 30 minat apabila ianya terdedah. Peroxidase
akan diekstrak melalui satu keadah dan aktiviti palifenol oxsidase digunakan,
catechol adalah aktiviti substrat selulase dan pectinase.manakala enzim
pertolytic dan cellulolytic ianya sebagai alat pembiakan kulat kerana bertanggungjawab
sebagai kerosakan sel-sel yang mereput kayu.
Peningkatan
aktiviti kedua-dua enzim ini, setelah disuntik pada batang pokok gaharu ianya
mampu mengawal kestabilan. Aktiviti peroxidase dalam tumbuhan ini mula
dijangkiti, ianya menjadi satu penyebab mengakibatkan kerosakan lebih besar,
kerana mengandungi karbohidrat melalui monophoohate daripada sebatian yang
terhasil, dioksidakan oleh peroxidase untuk mengatasi pathogen.
Ertikata
secara mudah, cecair pengalak resin mesti tahan lasak, tujjuan sebahagian pokok
yang disuntik, walaupun sebagaimana pun ianya semesti ada keseimbangan antara
cecair pengalak resin antara oleoresin pokok Aquilaria spp. Tiada kereputan
berlaku, maka, tidak ada pembentukan gaharu terhasil, setiap inokulasi kekejaman
dilakukan pada pokok Aquilaria ini merupakan satu keadah untuk mendapatkan
gaharu, boleh dianggap mendapat gaharu secara paksaan pokok ini menghasilkan
gaharu.
Manakala
teknik inokulasi diciplak daripada menaman vaksin caca, dengan, atau sebagai
paduan bagaimana pembentukan gaharu semulajadi terhasil. Daripada kekejaman
anti-kulat, anti-penyakit, serangan serangga, anti-mikrob, perasit dan
penyebaran bakteria mencetuskan pembentukan gaharu. Ianya bukan sekadar cecair
biasa serta akan mengikut factor-factor yang telah ditetapkan, mengikut paduan
berdasar kajian terdahulu serta telah memahami bagaimana kestabilan pokok
setelah cecair pengalak ini dimasukan kedalam batang gaharu.

Kekejaman
dilakukan bergantung pada cecair pengalak resin yang digunapakai, perbagai
teknik kekejaman dilakukan, mengerudi lubang sejumlah banyak, mengunakan bamboo
stick, melakukan pasakkan dengan besi yang membara, menyapu cecair setelah
kulit pokok ini dibuang, boleh dikatakan teknik-teknik yang dilakukan mengikut
andaian logic akal dikalangan pengiat gaharu teknologi. Walaupun sebagaimana
teknik-teknik ini digunakan, hanya bertujuan yang sama, berharap dapat
menikmati hasil jualan gaharu.
Apa tujuannya,
jika berladang gaharu, tanpa berikhtiar bagaimana punca untuk kembalikan
pelaburan, tidak ada untung banyak, janji, setiap modal pelaburan yang
dilaburkan, sekurang-kurang pulang Kembali. Saya tidak lah banyak tanam, cuma dalam
3,000 pokok, hanya tanam sebagai kajian biasa-biasa sahaja, itupun sebab gatal
tangan dan bila sudah bergelar pengiat serta pengkaji gaharu, tahu-tahu,
pantang orang pelawa pokok Aquilaria malaccensis terus menyahut cabaran, sehingga
hari ini, telah ribuan pokok milik sendiri telah di inokulasi sendiri.

Alhamdulillah,
sudah tiba masa menuai, amat bersyukur pada Allah, sekali menuai dilakukan, hasil
nya tanpa diduga, boleh dikatakan 100% pokok yang dituai, hasil gaharu
amat-amat berpuashati, Walaupun saya berhak mengatakan saya telah berjaya,
tetapi, saya masih kekurangan, tidak ada apa untuk dibanggakan. Allah berikan
kejayaan adalah ujian paling besar pada hamba NYA, sekadar cukup Allah berikan
waktu untuk famili serta anugerahkan tubuh badan sentiasa sihat. Aaammmin. W’salam.
No comments:
Post a Comment