Tuesday, 7 January 2020

Gila-Gila Kita..!!!


Baru aja masuk tahun 2020 telah bermula lagi perangai lama, ada-ada isu di update masing-masing bersifat aku sahaja yang betul.. kikikiiki.. Dimana azam baru mahu baiki lebih terbaik dan perangai semakin tidak betul sempurna menyambut tahun baru. Masih lagi kekalan bersifat egoan dan tetap menyatakan diri sendiri yang terbaik. Ialah kan..? Kita sukar mahu mengaku diri kita mempunyai perangai yang tidak elok dan atau sengaja buat-buat tidak perasan. Jika orang lain, kita mudah nampak mereka melakukan kesilapan dan tetapi jangan terlupa, pasti kita tiada terlepas dari melakukan kesilapan. Selama ini kita hanya nampak orang lain melakukan kesilapan, kerana sentiasa menganggap diri kita sahaja yang sempurna dan dimanakah kesempurnaan yang kita nampak pada diri kita. Dan lagi, sesiapakah di antara kita yang tidak inginkan kejayaan?.


Kita sepatut menunpang syukur melihat kawan-kawan kita mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang usaha mereka dan kita tidak boleh menidak sekiranya mereka menemui kegagalan. Sebagai seorang rakan tidak ada kesalahan kita berikan semangat baru untuk mereka bangun bersaing semula dan kita kena faham kehidupan kita tidak ubah seperti roda. Hari ini nama kita melonjak di atas, tetapi entah esok atau lusa kita jatuh merempat, di sini baru kita sedari siapa lah diri kita yang sebenar-benar dan baru mengetahui langit itu tinggi atau rendah.


Terbaik kita cuba sembunyikan keburukan kenalan atau sesiapa pun, daripada mengungkit perkara tidak baik termasuk perangai kawan-kawan kita dan diri kita daripada di viraikan. Silaturrahim itu yang paling utama, tanpa jalinan silaturrahim diri kita sendiri tentu tidak mencapai kejayaan juga dan kita tidak mungkin hidup sendirian tanpa ada kawan-kawan lain di sisi kita. Kemungkinan mereka aman damai berusaha secara mereka, pasti mereka ada hala tujunya, yang kita tidak boleh menduga setiap perancangan mereka dan begitu juga diri kita, setiap apa-apa yang kita lakukan, usahakan mesti ada noktahnya.


Imbaslah kenangan lampau diri kita sendiri, darimana kita berasal dan adakah bermula dari kejayaan?. Jika anda pengiat gaharu teknologi, kejayaan anda hari ini bermula daripada kegagalan dan sebahagian kegagalan yang pernah di alami sebelum ini kita sengaja sembunyikan. Tentu ada tangan-tangan lain yang pernah membimbing kita, memberikan semangat, tujuan untuk kita bangun sehingga kita boleh berlari kencang dan tetapi, kita mula melupai tangan-tangan ini lah yang memimpin kita sehingga kita berjaya. kita pula mula abaikan mereka kerana ketamakan mula muncul di hati kita dan jalinan silatirrahim sekian lama terjalir kita sendiri yang robohkan.



Jika kita ada sifat mudah terasa hati, begitu juga insan-insan lain dan termasuklah kawan-kawan yang pernah membantu kita, ketika kita tidak punyai apa-apa. Memanglah, bila berniaga sudah mesti di adakan promosi besar-besaran, tujuan pemasaran memihak pada kita dan tentu mengatakan produk kita yang terbaik, ada powernya tersendiri melebihi produk orang lain dan kadang-kadang kita terlalai sehingga ada viraikan mengaitkan produk kita dengan produk nama si anu cipta. Ini reality, bukan perkara belum terjadi dan mungkin telah menjadi sifat turun termurun semua bangsa memperkecilkan produk ciptaan orang lain.


Inilah puncanya saya tidak gemar komen, likes di status sesiapa di laman social, dan mungkin sifat diri saya gemar memerhati. Jika kita mengaku kita hebat, ada lagi yang lebih hebat dari kita, jika meagongkan produk kita terbaik, telah ada ciptaan orang lain lebih terbaik dari produk ciptaan kita dan jika kita mengaku kita telah bijak pandai, sejumlah ramai insan lain lebih bijak dari kita. Jika kita risau saingan memintasi kita, untuk mengelak daripada di pintas, diri kita wajip berusaha untuk kekalkan atau sentiasa menjaga kualiti produk ciptaan kita. Kita cuma baru belajar menglangkah, orang lain telah berlari, telah gengam kejayaan dan kita belum tentu sampai ketahaf menikmati kejayaan seperti mereka.


Apabila melihat produk ciptaan orang lain mula menjadi saingan dan berjaya memintasi produk ciptaan kita. Mulalah kita irihati mengada-adakan tomohan, pelbagai-bagai andaian terkeluar sesedap mulut, pelbagai-bagai komen perkecilkan dan benda yang tidak wujud di wujudkan. Mengapa kita masih tidak mahu terima hakikat, menerima dengan hati terbuka, bahawa produk ciptaan orang lain lebih terbaik daripada produk ciptaan kita. Bagaimana kita mahu maju kedepan, sekiranya masih ada di fikiran kita, sudah cukup dengan apa yang kita ada dan ini lah penyebabnya bagaimana produk ciptaan orang begitu selesa berjaya memintasi produk kita di pasaran.



Tidak perlu rasai kebimbangan serta meragui pada produk ciptaan orang lain, itu hakmilik mereka dan mereka yang menciptainya. Mereka kemungkinan lebih arif, lebih terpelajar serta lebih cerdik dari kita dan setiap produk dicipta oleh mereka, sudah tentu melalui kajian serta melalui penyelidikan teperinci. Jika kita menyokong mereka, sebagai rakan sealiran, lupakan soal persaingan seketika, seumpamanya kita menyokong diri kita sendiri, demi memurtabatkan lagi bidang kegaharuan ini dan yang selama ini yang telah di anggap telah menemui kegagalan tidak mungkin dapat di pulihkan.


Jangan lebihi sudu dari kuah, kita yang terlebih-lebih kerana kita mula merasai tertinggal, tertinggal kerana kelekaan diri kita sendiri, betul kan?. Tidak mungkin hanya kita monopoli di bidang ini. Orang lain juga ada cita-cita, kerjaya seperti kita, ada kemahuan, ada daya usaha dan mempunyai dana untuk mengatasi kita bila-bila masa sahaja. Yang terbaik daripada memcampuri urusan pengiat lain, kita sama-sama baiki diri kita, produk kita dan stabilkan segala urusan berkaitan. Barulah kita perolehi ketenangan meneruskan kerjaya kita dan menerima saingan sebagai penguat semangat untuk penambahan keazaman berusaha.


Jika ada insan ingin belajar, kita hulur bantuan, sama-sama kita didikkan supaya mereka mampu bersaingan secara sihat dan sekiranya ada kesilapan di lakukan, kita sama-sama bimbing kearah yang betul. Kita tidak pernah hilang ilmu, tiada terjejas ilmu yang kita curahkan, tentu ada gandaan ilmu akan kita perolehi nanti secara sedar atau tidak. Dengan tidak terduga insan baru kita ajar ini, suatu hari kelak merupakan insan yang akan muncul membantu kita. Kita buka minda kita seluas-luasnya, bersedia menerima segala keadaan. Ada kalanya kita kelalaian melakukan kesilapan dan ketika kita sedar masih juga berlaku kesilapan untuk melepasi diri sendiri.



Saya bukan membebel tanpa sebab, bagi diri saya amat hargai nilai jalinan silaturrahim dan ilmu di anugerahkan itu untuk di panjang-panjangkan, walaupun hakikatnya pada zahirnya kita memiliki ilmu daripada hasil usaha kita. Atau mungkin ada insan mengaku setiap ilmu di anugerahkan itu hak milik peribadinya dan adakah ilmu duniawi yang kita agong-agongkan itu boleh di bawa keliang lahad?. Saya amat memahami dan telah melalui pengelaman agak sukar, untuk memperolehi sedikit ilmu di bidang gaharu teknologi dan tetap berterima kasih pada pembimbing yang sering membantu saya. Daripada merekalah kita mengenal apa itu gaharu dan bagaimana caranya untuk mendapatkan gaharu, walaupun ianya di anggap tidak sebeberapa ianya amat berharga kerana kita sentiasa laparkan ilmu.


Bukan terniat saya untuk mengata sesiapa tetapi daripada pengelaman dan sebagai satu pengajaran pada diri saya. Kebanyakan pengiat gaharu masa kini, tanpa ada rasa segan silu memaparkan sifat keriakan serta keegoan. Dan ada yang tidak menghormati pada pengiat lain, padahal diri mereka pun masih tercari-cari punca bagaimana untuk berjaya dan usaha mereka sendiri masih tidak di ketahui di mana pangkal di mana hujungnya. Tetapi, masih gemar memperkecilkan usaha orang lain, hasil pengiat lain semua tidak elok, pengiat itu begini, yang itu pula begitu. Padahal terang-terang contoh atau bukti gaharu yang di bawa kehulu kehilir itu bukannya hasil cecair ciptaannya, mengapa tidak berani mahu mengatakan contoh gaharu itu di beli daripada pengiat dari Negara jiran.


Terbaiknya kita berdiamkan diri daripada melayan perkara remeh seperti itu dan tidak ada untungnya kita dapat jika campuri urusan orang lain. Biarkanlah hanya seekor anjing menyalak bukit dan bukit tidak terjejas malahlah daunan di pokok gaharu tidak bergoyang. Selagi kuat menyalak, tentu suara lama-kelamaan akan hilang dan telinga menjadi tuli dan bila suara telah hilang pasti si anjing tadi tidak mampu menyalak. Kikikiki.. Tidak payah kita rasa ketakutan dan kita telah mempunyai ilmu dari usaha kita, punya kemampuan tersendiri, sekiranya usaha kita pelahan kita sudah sediakan backup, eset-eset berada di pokok-pokok tersedia menanti tempuh matang untuk kita tuaikan hasil dan sekiranya tidak lakukan promosi kita sudah mampu berdiri serta pencen dengan selesanya.


Jika selalu di sindir sesekali melatah juga kan?. Kita bukan batu dijalanan, boleh di pijak, di palu dan di campak sana sini sesuka hati dan bila sesekali membidas harap sangguplah menerima keadaan bagaimana kita rasai perit, begitu juga waktu orang lain menerima sindiran kita. Di laman social saya sertai pelbagai group, jika perkara itu ada kebaikkan saya akan likes, jika terdapat berkali-kali status group di kongsi ianya melibatkan sindiran pada orang lain dan kebiasaannya saya keluar daripada group itu. Kerana sifat semulajadi saya berfikiran terbuka dan seboleh-boleh tidak mahu putuskan jalinan silaturrahim yang telah terjalin di antara ahli group.


Kemungkinan sering berada keseorangan di hutan bertemankan pokok gaharu liar, itu puncanya saya tidak ambil kisah tentang urusan orang lain dan saya tidak kisah apa orang mahu kata, lagipun kita bukan pernah minta beras, gula, garam dan duit untuk minum kopi setiap pagi dari sesiapa, betul kan?. Kikikiki.. Jika mahu di cop gila pun lantaklah, gila-gila kita, tidak gila membuang masa di papan dam, tidak gila melepak di warong kopi dari pagi sampai petang dan tidak gila berbual kosong. Gila-gila kita telah ada eset boleh di lihat, Gila-gila kita ada bukti boleh di pamerkan dan gila-gila kita ada halatuju. TQ.

Wednesday, 1 January 2020

Penginokulasian Telan Air Liur..!!!!

Happy New Year..!!!!
Kali ini saya catatan sebagai pengkongsian bukan daripada catatan nota kajian saya. Saya campur-campur serba sedikit pengelaman yang ada berkaitan dengan gaharu dan ada hal mencuit hati sama-sama kita gelak. Banyak sangat pengelaman di lalui ada yang melucukan, geram pun ada, yang sakitkan hati itu merupakan satu perkara kebiasaan di alami. Bila kita sering berurusan sana sini pasti akan ketemui pelbagai-bagai kerenah, bermula diri kita, ketika bersama orang perseorangan dan adakalanya bila kita keluar secara berkumpulan terlalu banyak ragam-ragam mesti di alami. Orang tua-tua berkata lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragamnya dan itu adalah warna-warni kehidupan.


Orang menganggap spesis Aquilaria sp ini umpama emas, ada yang memanggil pokoknya pokok jutawan, pokok gaharu, pokok karas, pokok candan dan masyarakat tempatan sentiasa menyebut panggilan pokok depu, ianya merupakan antara khazanah rimba dan betul-betul bernilai pada yang arif. Kita selalu mendengar perbualan di kalangan orang-orang kampong, jika seseorang terjumpa gaharu daripada pokok Aquilaria spp ini, sekelip mata akan menjadi kaya raya, betul ke?.


Bagi diri saya, sukar untuk di perjelaskan secara detail bagaimana seseorang itu boleh jadi kaya raya daripada hasil jualan gaharu dan kemungkinan agaknya kerana saya tidak pernah menjumpainya. Daripada penilaian saya, sipenjumpa kebiasaannya terdiri pencarinya di kalangan orang kampong yang bersifat buta tuli, jika bernasib baik akan menjumpainya, tetapi, bila terjumpa bukan senang untuk di jual dan sentiasa di tawarkan harga paling rendah. Gaharu tersebut kebiasaannya di pasarkan melalui orang kedua dan di sini jelas kita fahami orang paling untung dalam urusniaga ini adalah orang kedua.


Pengelaman begini pernah di alami oleh seorang kenalan saya, ianya bukan di kalangan pencari gaharu, gaharu di jumpai di dalam kebunnya semasa pembukaan hutan proses pembersihan. Pada tahun 1985 saya baru dalam proses mengasah-asah bakat di bidang ini dan saya sendiri masih dalam mencari-cari ilmu kegaharuan dan pastinya memanglah buta tuli dalam hal kegaharuan ini. Oleh kerana terdengar cakap-cakap orang, membawa keluar gaharu daripada hutan adalah satu kesalahan di segi undang-undang. Dengan sedemikian ia mengangkut sedikit demi sedikit di bawa pulang tanpa di sedari oleh kawan-kawannya dan orang kampong. Jika tidak tersilap pengkiraan dan ingatan saya jumlah gaharu tersebut dalam lingkungan 80kg dalam pelbagai-bagai gred.


Dia mencari saya dan bertanyakan harga “berapa agaknya boleh di jual semuanya ini?”. Setelah di ketahui oleh rakan-rakannya serta saudara-saudaranya dan keadaan mula menjadi hebuh sana sini. Mulai ramai tetamu datang hanya untuk melihat gaharu, pasti ada yang muncul dan beria-ia untuk menjadi orang tengah pasarkan gaharu tersebut. Jalan pintasnya, saya mengambil keputusan mengundurkan diri serta pasang-pasangkan telinga mendengar cerita terkini dari jauh-jauh, wat per nak bebankan diri, bukannya kita yang jumpa, melebih-lebih pun bukan ada faedahnya kan?. Saya di beritahu, setiap pagi hingga kepetang rumahnya sentiasa di kunjungi tetamu silih berganti. Ada yang mengaku kenal pembeli serta bergitu rapat orang-orang Arab dan ada pula yang mengaku merekalah pemborong gaharu.


Setiap orang yang datang mesti mengambil seketul dua gaharu, di katakan untuk di jadikan contoh sebagai bukti pada pembeli sebagai penilaian baunya. Suatu hari terjumpa di warong kopi “Gaharu itu dah terjual ke?’ bisik saya. “Terjual apanya, seorang datang minta contoh, tiap yang datang semuanya ambil contoh, hampir 10kg lesap, bukan main berjanji mahu bawa pembeli, habuk pun tiada datang, yang tentunya kerja pun tak sempat, dok melayan dia orang dan yang tentu dapat pagi petang siang malam isteri membebel, duit tidak ada untuk beli beras, ikan, gula serta bekalan anak-anak kesekolah” katanya. “susah juga rupanya mahu terjumpa yang betul-betul pembeli”, tambahnya. Saya hanya mampu berkata “ bersabarlah, ada rezeki tu, barang telah ada, usah pedulikan perkara karut, dan pergi kerja seperti biasa”.


Kikikikiki.. Dapat bala juga rupa-rupanya bila sudah riuh sana sini, yang si husin (bukan nama sebenar) miliki gaharu dan tersebar akan jadi jutawan baru. Tetapi, ada perkara yang terbaiknya, daripada tak dikenali, boleh kenal ramai kawan baru, yang sebelumnya renggang, bertambah erat, boleh sambungkan silaturrahim dan yang tidak berkaitan kekeluargaan pun, ada mengaku saudara. Semuanya kerana duit punya pasal, itupun belum jadi duit lagi, jika dah jadi duit, agaknya ada yang rela berkhemah di halaman rumahnya. Akhir-akhirnya gaharu miliki si Husin terjual juga, bukan harga juta-juta, walaupun di bayar dengan harga murah dapatlah juga menutup mulut si isterinya daripada pok pek pok pek siang malam.


Pada tahun 2017, Saya pernah berunding dengan seorang yang mengaku mempunyai pokok gaharu liar, keluasan tanah yang di beritahu empat ekar dan di atas tanahnya di tumbuhi berpuluhan pokok berukuran besar serta ratusan pokok pelbagai-bagai ukuran. Pada awalnya saya betul-betul berminat untuk inokulasi pokok gaharu liar itu dan telah melawati sebanyak tiga kali, tetapi ada rasa keraguan tentang hak milik dan tempoh pajakan tanah tersebut. Ada perkara amat penting yang cuba di selindungi oleh mereka, pertamanya bukti geran tanah, status hak milik, tempuh masa pajakan, penjelasan pengambilan tanah oleh mana-mana pihak berkaitan dan salah satu persoalan mengapa bagai memaksa secara tergesa-gesaai mahukan saya inokulasi secepat yang boleh.


Untuk mencari jawapan semua itu, saya menemui dua tiga orang penduduk kampong, tinggal berhampiran tanah tersebut bertujuan mengetahui perihal sebenarnya. Daripada apa yang mereka maklumkan kepada saya ketika perbincangan, banyak perkara yang bercanggah telah di ketahui, bermula daripada status hak milik perseorangan bertukar kepada hak milik perkongsian, dengar kata geran tanah tergadai kini berada di Bank, ada ura-ura pengambilan tanah tersebut untuk tujuan pembanggunan oleh pihak kerajaan dan antara pokok liar tersebut pernah di inokulasi secara kongsi.


Hal-hal lain boleh di anggap tidak berapa penting, cuma dua perkara ini memang tidak boleh di anggap mudah iaitu pengambilan tanah oleh kerajaan dan antara pokok-pokok yang telah di inokulasi secara kongsi bersama pengiat inokulasi terdahulu. Terjerat kita nanti jika meneruskan usaha baikpulih serta inokulasi semua pokok tumbuh di atas tanah tersebut. Kita tidak boleh pandang remeh pokok yang telah di inokulasi terdahulu walaupun tidak menghasilkan gaharu dan kita kena berfikiran secara kedepan, mana tahu sipenginokulasian terdahulu masih ada berniat untuk lakukan inokulasi sekali lagi, bertujuan baikpulih.


Bernasib baik juga terlintas untuk selidiki dari awal, jika tidak, pasti akan berlaku perkara-perkara di luar jangkaan saya dan yang menanggung kerugian adalah saya. Mereka tidak mengalami kerugian apa-apa, kerana pokok liar itu tumbuh liar dari cambahan biji, tidak di jaga dan tanpa mengeluarkan modal satu sen pun dan cukai tanah juga tidak di bayar. Entahlah, bagaimana dia terfikir di dalam keadaan status tanah serta pokok-pokok yang telah di inokulasi dahulu dan masih lagi ada kesempatan di fikirannya mendesak-desak, supaya percepatkan lakukan inokulasi. Saya sentiasa menghormati pengiat penginokulasian terdahulu, yang telah melaburkan wang ringgit untuk inokulasian antara pokok-pokok itu dan saya akan mengelak daripada melakukan pertindahan inokulasi pada pokok yang sama.


Ini adalah kisah 2018. Selesai kerja-kerja inokulasi, setelah tempuh masa tiga atau 6 bulan pihak saya akan lakukan trip, lawatan susulan untuk penilaian jalinan resin setiap lokasi, di mana para pemilik yang telah mendapat khidmat inokulasi serta bekalan cecair pengalak resin ciptaan saya. Penilaian ini wajip di lakukan bertujuan kepuasan hati kami dan bagi menambah kenyakinan pemilik pokok pada pihak saya. Itupun sekiranya pemilik amanah melakukan pembayaran kos kerja inokulasi yang mereka janjikan pembayaran secara ansur-ansur. Tetapi, sekiranya pemilik tidak menjelaskan seperti mereka janjikan, pihak saya tidak akan lakukan trip penilaian dan itu adalah syarat-syarat serta peraturan wajip pemilik wajip akur.


Saya sebagai pengusaha sama seperti anda, Saya amat memahami semua keadaan dan anda memiliki pokok-pokok, tetapi tidak ada kemampuan untuk mengeluarkan kos inokulasi. Jika anda memilik 10 hingga 20 batang, anda masih mampu mengeluarkan kos inokulasi secara tunai dan sekiranya anda memiliki ratusan pokok pasti ianya melibatkan aliran wang tunai agak besar. Seperti yang saya katakan tadi, saya juga terdiri di kalangan pengusaha ladang dan jika mahu di inokulasi serentak keseluruhan pokok sejumlah ribuan pokok dan pihak saya juga memang tidak ada kemampuan. Di sinilah timbulnya permasalahan mengapa pokok-pokok berusia enam tahun keatas, masih belum lagi di tuai serta mengeluarkan hasilnya.


Sebagai pengusaha ladang, Saya berfikir secara timbang tara antara kemampuan anda dan di segi kemampuan pihak saya. Selagi saya terdaya, saya bersedia memberikan khidmat inokulasi dan masih ada tetapinya, anda wajib lakukan penilaian terlebih dahulu, iaitu pelbagai kos lain yang pihak saya kena tanggung dengan pengaliran wang secara tunai. Ianya bukan satu pengelaman baru bagi saya, setelah selesai inokulasi pembayaran pertama dan kedua di lakukan oleh pemilik pokok tanpa ada alasan. Bila masuk fasa pembayaran ketiga mula datangnya pelbagai-bagai alasan dan dari pembincangan awalnya semua ini tidak di timbulkan. Akhir-akhirnya mesej whatsapp tidak terjawab, bila call nombor yang anda dail tiada dalam pengkhidmatan, akuan facebook tidak aktif  dan mula loss contact.


Ada setengah daripada golongan ini, sengaja reka-reka mengada-adakan cerita memburuk-burukkan pihak saya di belakang, bagi menglindungi diri mereka daripada orang lain mengetahui cerita sebenarnya, yang mereka masih ada hutang 50% kos inokulasi belum di jelaskan. Dan ada juga kes melibatkan broker inokulasi yang pernah berurusan dengan pihak saya. Tinggalkan cecair untuk di jadikan contoh inokulasi pada pokok pemilik, bertukar di jadikan urusniaga, mengambil upah dan duit masuk poket. Setelah pemilik telah melakukan pembayaran kos kami inokulasi, tetapi sibroker ini pula tibai semua duit masuk poket sendiri, padahal komisyennya berbaki 1%  dan masih berdegil tetap mengaku dia tidak bersalah. Kikikiki.. lagi pening memikirkannya. Makan lah duit itu, hanya harta dunia, tidak usah nak di tambah-tambahkan untuk menyokong diri sendiri yang betul dan jika dah hak orang tetap hak orang, walaupun sebagaimana putar-putar hujah sekalipun, terbukti ianya bukan hak miliknya.


Tetapi, yang menjadi mangsa dalam keadaan begini tentunya pemilik pokok, kerana tidak mahu hubungi saya untuk mendapatkan perjelasan. Bila pembayaran telah selesai di berikan pada sibroker, pandai pula mencari jalan bagaimana mahu berurusan dengan pihak saya dan bertanya bagaimana dengan status pokok yang telah kami inokulasi dulu. Bila pihak saya persoalkan tentang pembayaran kos inokulasi yang masih tertunggak selama 8 bulan, bagaimana?. Barulah terbongkar cerita sebenarnya. “Gini jer tuan, sila tuan hubungi sianu tu, biarlah dia yang selesaikan pokok-pokok gaharu tu dan selama ini pun pihak tuan menganggap kami ini hanya kuli pada sianu tu dan pembayaran pun tuan telah jelaskan padanya”. 


Penghujung tahun 2019, Pengelaman paling pahit ada yang cakap terang-terang tidak mahu bayar kos inokulasi, pun ada. Tetapi janji yang satu ini boleh tahan, lagi parah, berjanji dari satu bulan kesatu bulan. “Usah risau, saya mahu suntik semuanya 150 batang dan kosnya bulan 3/2019 nanti, saya bayar cash”, setelah masuk bulan 3, seperti dia berjanji, saya ingatkan lah. “Duit tak masuk lagi, bulan 11/2019 saya dapat duit, usah risau”. Bila masuk bulan 11 “ mengapa tidak datang chek pokok tu” soalnya. Jawab saya “Kikikiki, chek-chek ini pakai modal boss, kenderaan kena servis, minyak kena isi, kos kerja kena sedia, makan minum tu dah wajid dan tambah pula menginapan, semua berbayar boss, bukan bayar pakai air liur. Dah lah akaun pembayaran tidak aktif semejak bulan 10/2018 tahun lepas lagi, tak kan saya nak keluar modal lagi, entah dibayar atau tidak kerja-kerja kami dahulu” Buat janji lagi.. “ Ok.. bulan 3/2020 nanti saya dapat duit, saya bayar semuanya”. dah malas nak berkata apa.


Saya bukannya gemar sangat mahu memceritakan perkara-perkara begini, anggaplah ianya sekadar renungan. Itulah, mana-mana pihak yang gemar mencari kesilapan pihak penginokulasian, renunglah diri sendiri sesebaik-baiknya serta fikirkan daripada seawal penjanjian.Wajip kena ingat, penginokulasian pun sama seperti anda, ada periuk untuk di isi, ada mulut untuk di suap, semuanya guna modal, cecair pengalak bukan air mineral  serta bukan aip paip, upah penginokulasian bukan percuma dan benda berkaitan tetap kena keluarkan modal. Jika semua mahukan percuma belum tentu dapat, tiada insan akan membantu kita 100% percuma, lebih-lebih lagi fikiran kita sentiasa dok impikan hasilnya nanti mampu jadi seorang kaya raya dan jika semua usaha menharapkan orang membantu secara percuma dan tidak masuk akal, untuk mendapat kesenangan tanpa dikeluarkan modal satu sen.



Terfikir juga di akal bodoh kita, tanam gaharu beribuan pokok mampu, pandai pula cari penginokulasian suruh inokulasi, tetapi, sayang pula mahu keluarkan duit pembayaran kos khidmat penginokulasian.. Baik tutup aja buku impian jutawan tu.. boss.. Kikikiki. TQ.