Wednesday, 1 January 2020

Penginokulasian Telan Air Liur..!!!!

Happy New Year..!!!!
Kali ini saya catatan sebagai pengkongsian bukan daripada catatan nota kajian saya. Saya campur-campur serba sedikit pengelaman yang ada berkaitan dengan gaharu dan ada hal mencuit hati sama-sama kita gelak. Banyak sangat pengelaman di lalui ada yang melucukan, geram pun ada, yang sakitkan hati itu merupakan satu perkara kebiasaan di alami. Bila kita sering berurusan sana sini pasti akan ketemui pelbagai-bagai kerenah, bermula diri kita, ketika bersama orang perseorangan dan adakalanya bila kita keluar secara berkumpulan terlalu banyak ragam-ragam mesti di alami. Orang tua-tua berkata lain padang lain belalang, lain orang lain pula ragamnya dan itu adalah warna-warni kehidupan.


Orang menganggap spesis Aquilaria sp ini umpama emas, ada yang memanggil pokoknya pokok jutawan, pokok gaharu, pokok karas, pokok candan dan masyarakat tempatan sentiasa menyebut panggilan pokok depu, ianya merupakan antara khazanah rimba dan betul-betul bernilai pada yang arif. Kita selalu mendengar perbualan di kalangan orang-orang kampong, jika seseorang terjumpa gaharu daripada pokok Aquilaria spp ini, sekelip mata akan menjadi kaya raya, betul ke?.


Bagi diri saya, sukar untuk di perjelaskan secara detail bagaimana seseorang itu boleh jadi kaya raya daripada hasil jualan gaharu dan kemungkinan agaknya kerana saya tidak pernah menjumpainya. Daripada penilaian saya, sipenjumpa kebiasaannya terdiri pencarinya di kalangan orang kampong yang bersifat buta tuli, jika bernasib baik akan menjumpainya, tetapi, bila terjumpa bukan senang untuk di jual dan sentiasa di tawarkan harga paling rendah. Gaharu tersebut kebiasaannya di pasarkan melalui orang kedua dan di sini jelas kita fahami orang paling untung dalam urusniaga ini adalah orang kedua.


Pengelaman begini pernah di alami oleh seorang kenalan saya, ianya bukan di kalangan pencari gaharu, gaharu di jumpai di dalam kebunnya semasa pembukaan hutan proses pembersihan. Pada tahun 1985 saya baru dalam proses mengasah-asah bakat di bidang ini dan saya sendiri masih dalam mencari-cari ilmu kegaharuan dan pastinya memanglah buta tuli dalam hal kegaharuan ini. Oleh kerana terdengar cakap-cakap orang, membawa keluar gaharu daripada hutan adalah satu kesalahan di segi undang-undang. Dengan sedemikian ia mengangkut sedikit demi sedikit di bawa pulang tanpa di sedari oleh kawan-kawannya dan orang kampong. Jika tidak tersilap pengkiraan dan ingatan saya jumlah gaharu tersebut dalam lingkungan 80kg dalam pelbagai-bagai gred.


Dia mencari saya dan bertanyakan harga “berapa agaknya boleh di jual semuanya ini?”. Setelah di ketahui oleh rakan-rakannya serta saudara-saudaranya dan keadaan mula menjadi hebuh sana sini. Mulai ramai tetamu datang hanya untuk melihat gaharu, pasti ada yang muncul dan beria-ia untuk menjadi orang tengah pasarkan gaharu tersebut. Jalan pintasnya, saya mengambil keputusan mengundurkan diri serta pasang-pasangkan telinga mendengar cerita terkini dari jauh-jauh, wat per nak bebankan diri, bukannya kita yang jumpa, melebih-lebih pun bukan ada faedahnya kan?. Saya di beritahu, setiap pagi hingga kepetang rumahnya sentiasa di kunjungi tetamu silih berganti. Ada yang mengaku kenal pembeli serta bergitu rapat orang-orang Arab dan ada pula yang mengaku merekalah pemborong gaharu.


Setiap orang yang datang mesti mengambil seketul dua gaharu, di katakan untuk di jadikan contoh sebagai bukti pada pembeli sebagai penilaian baunya. Suatu hari terjumpa di warong kopi “Gaharu itu dah terjual ke?’ bisik saya. “Terjual apanya, seorang datang minta contoh, tiap yang datang semuanya ambil contoh, hampir 10kg lesap, bukan main berjanji mahu bawa pembeli, habuk pun tiada datang, yang tentunya kerja pun tak sempat, dok melayan dia orang dan yang tentu dapat pagi petang siang malam isteri membebel, duit tidak ada untuk beli beras, ikan, gula serta bekalan anak-anak kesekolah” katanya. “susah juga rupanya mahu terjumpa yang betul-betul pembeli”, tambahnya. Saya hanya mampu berkata “ bersabarlah, ada rezeki tu, barang telah ada, usah pedulikan perkara karut, dan pergi kerja seperti biasa”.


Kikikikiki.. Dapat bala juga rupa-rupanya bila sudah riuh sana sini, yang si husin (bukan nama sebenar) miliki gaharu dan tersebar akan jadi jutawan baru. Tetapi, ada perkara yang terbaiknya, daripada tak dikenali, boleh kenal ramai kawan baru, yang sebelumnya renggang, bertambah erat, boleh sambungkan silaturrahim dan yang tidak berkaitan kekeluargaan pun, ada mengaku saudara. Semuanya kerana duit punya pasal, itupun belum jadi duit lagi, jika dah jadi duit, agaknya ada yang rela berkhemah di halaman rumahnya. Akhir-akhirnya gaharu miliki si Husin terjual juga, bukan harga juta-juta, walaupun di bayar dengan harga murah dapatlah juga menutup mulut si isterinya daripada pok pek pok pek siang malam.


Pada tahun 2017, Saya pernah berunding dengan seorang yang mengaku mempunyai pokok gaharu liar, keluasan tanah yang di beritahu empat ekar dan di atas tanahnya di tumbuhi berpuluhan pokok berukuran besar serta ratusan pokok pelbagai-bagai ukuran. Pada awalnya saya betul-betul berminat untuk inokulasi pokok gaharu liar itu dan telah melawati sebanyak tiga kali, tetapi ada rasa keraguan tentang hak milik dan tempoh pajakan tanah tersebut. Ada perkara amat penting yang cuba di selindungi oleh mereka, pertamanya bukti geran tanah, status hak milik, tempuh masa pajakan, penjelasan pengambilan tanah oleh mana-mana pihak berkaitan dan salah satu persoalan mengapa bagai memaksa secara tergesa-gesaai mahukan saya inokulasi secepat yang boleh.


Untuk mencari jawapan semua itu, saya menemui dua tiga orang penduduk kampong, tinggal berhampiran tanah tersebut bertujuan mengetahui perihal sebenarnya. Daripada apa yang mereka maklumkan kepada saya ketika perbincangan, banyak perkara yang bercanggah telah di ketahui, bermula daripada status hak milik perseorangan bertukar kepada hak milik perkongsian, dengar kata geran tanah tergadai kini berada di Bank, ada ura-ura pengambilan tanah tersebut untuk tujuan pembanggunan oleh pihak kerajaan dan antara pokok liar tersebut pernah di inokulasi secara kongsi.


Hal-hal lain boleh di anggap tidak berapa penting, cuma dua perkara ini memang tidak boleh di anggap mudah iaitu pengambilan tanah oleh kerajaan dan antara pokok-pokok yang telah di inokulasi secara kongsi bersama pengiat inokulasi terdahulu. Terjerat kita nanti jika meneruskan usaha baikpulih serta inokulasi semua pokok tumbuh di atas tanah tersebut. Kita tidak boleh pandang remeh pokok yang telah di inokulasi terdahulu walaupun tidak menghasilkan gaharu dan kita kena berfikiran secara kedepan, mana tahu sipenginokulasian terdahulu masih ada berniat untuk lakukan inokulasi sekali lagi, bertujuan baikpulih.


Bernasib baik juga terlintas untuk selidiki dari awal, jika tidak, pasti akan berlaku perkara-perkara di luar jangkaan saya dan yang menanggung kerugian adalah saya. Mereka tidak mengalami kerugian apa-apa, kerana pokok liar itu tumbuh liar dari cambahan biji, tidak di jaga dan tanpa mengeluarkan modal satu sen pun dan cukai tanah juga tidak di bayar. Entahlah, bagaimana dia terfikir di dalam keadaan status tanah serta pokok-pokok yang telah di inokulasi dahulu dan masih lagi ada kesempatan di fikirannya mendesak-desak, supaya percepatkan lakukan inokulasi. Saya sentiasa menghormati pengiat penginokulasian terdahulu, yang telah melaburkan wang ringgit untuk inokulasian antara pokok-pokok itu dan saya akan mengelak daripada melakukan pertindahan inokulasi pada pokok yang sama.


Ini adalah kisah 2018. Selesai kerja-kerja inokulasi, setelah tempuh masa tiga atau 6 bulan pihak saya akan lakukan trip, lawatan susulan untuk penilaian jalinan resin setiap lokasi, di mana para pemilik yang telah mendapat khidmat inokulasi serta bekalan cecair pengalak resin ciptaan saya. Penilaian ini wajip di lakukan bertujuan kepuasan hati kami dan bagi menambah kenyakinan pemilik pokok pada pihak saya. Itupun sekiranya pemilik amanah melakukan pembayaran kos kerja inokulasi yang mereka janjikan pembayaran secara ansur-ansur. Tetapi, sekiranya pemilik tidak menjelaskan seperti mereka janjikan, pihak saya tidak akan lakukan trip penilaian dan itu adalah syarat-syarat serta peraturan wajip pemilik wajip akur.


Saya sebagai pengusaha sama seperti anda, Saya amat memahami semua keadaan dan anda memiliki pokok-pokok, tetapi tidak ada kemampuan untuk mengeluarkan kos inokulasi. Jika anda memilik 10 hingga 20 batang, anda masih mampu mengeluarkan kos inokulasi secara tunai dan sekiranya anda memiliki ratusan pokok pasti ianya melibatkan aliran wang tunai agak besar. Seperti yang saya katakan tadi, saya juga terdiri di kalangan pengusaha ladang dan jika mahu di inokulasi serentak keseluruhan pokok sejumlah ribuan pokok dan pihak saya juga memang tidak ada kemampuan. Di sinilah timbulnya permasalahan mengapa pokok-pokok berusia enam tahun keatas, masih belum lagi di tuai serta mengeluarkan hasilnya.


Sebagai pengusaha ladang, Saya berfikir secara timbang tara antara kemampuan anda dan di segi kemampuan pihak saya. Selagi saya terdaya, saya bersedia memberikan khidmat inokulasi dan masih ada tetapinya, anda wajib lakukan penilaian terlebih dahulu, iaitu pelbagai kos lain yang pihak saya kena tanggung dengan pengaliran wang secara tunai. Ianya bukan satu pengelaman baru bagi saya, setelah selesai inokulasi pembayaran pertama dan kedua di lakukan oleh pemilik pokok tanpa ada alasan. Bila masuk fasa pembayaran ketiga mula datangnya pelbagai-bagai alasan dan dari pembincangan awalnya semua ini tidak di timbulkan. Akhir-akhirnya mesej whatsapp tidak terjawab, bila call nombor yang anda dail tiada dalam pengkhidmatan, akuan facebook tidak aktif  dan mula loss contact.


Ada setengah daripada golongan ini, sengaja reka-reka mengada-adakan cerita memburuk-burukkan pihak saya di belakang, bagi menglindungi diri mereka daripada orang lain mengetahui cerita sebenarnya, yang mereka masih ada hutang 50% kos inokulasi belum di jelaskan. Dan ada juga kes melibatkan broker inokulasi yang pernah berurusan dengan pihak saya. Tinggalkan cecair untuk di jadikan contoh inokulasi pada pokok pemilik, bertukar di jadikan urusniaga, mengambil upah dan duit masuk poket. Setelah pemilik telah melakukan pembayaran kos kami inokulasi, tetapi sibroker ini pula tibai semua duit masuk poket sendiri, padahal komisyennya berbaki 1%  dan masih berdegil tetap mengaku dia tidak bersalah. Kikikiki.. lagi pening memikirkannya. Makan lah duit itu, hanya harta dunia, tidak usah nak di tambah-tambahkan untuk menyokong diri sendiri yang betul dan jika dah hak orang tetap hak orang, walaupun sebagaimana putar-putar hujah sekalipun, terbukti ianya bukan hak miliknya.


Tetapi, yang menjadi mangsa dalam keadaan begini tentunya pemilik pokok, kerana tidak mahu hubungi saya untuk mendapatkan perjelasan. Bila pembayaran telah selesai di berikan pada sibroker, pandai pula mencari jalan bagaimana mahu berurusan dengan pihak saya dan bertanya bagaimana dengan status pokok yang telah kami inokulasi dulu. Bila pihak saya persoalkan tentang pembayaran kos inokulasi yang masih tertunggak selama 8 bulan, bagaimana?. Barulah terbongkar cerita sebenarnya. “Gini jer tuan, sila tuan hubungi sianu tu, biarlah dia yang selesaikan pokok-pokok gaharu tu dan selama ini pun pihak tuan menganggap kami ini hanya kuli pada sianu tu dan pembayaran pun tuan telah jelaskan padanya”. 


Penghujung tahun 2019, Pengelaman paling pahit ada yang cakap terang-terang tidak mahu bayar kos inokulasi, pun ada. Tetapi janji yang satu ini boleh tahan, lagi parah, berjanji dari satu bulan kesatu bulan. “Usah risau, saya mahu suntik semuanya 150 batang dan kosnya bulan 3/2019 nanti, saya bayar cash”, setelah masuk bulan 3, seperti dia berjanji, saya ingatkan lah. “Duit tak masuk lagi, bulan 11/2019 saya dapat duit, usah risau”. Bila masuk bulan 11 “ mengapa tidak datang chek pokok tu” soalnya. Jawab saya “Kikikiki, chek-chek ini pakai modal boss, kenderaan kena servis, minyak kena isi, kos kerja kena sedia, makan minum tu dah wajid dan tambah pula menginapan, semua berbayar boss, bukan bayar pakai air liur. Dah lah akaun pembayaran tidak aktif semejak bulan 10/2018 tahun lepas lagi, tak kan saya nak keluar modal lagi, entah dibayar atau tidak kerja-kerja kami dahulu” Buat janji lagi.. “ Ok.. bulan 3/2020 nanti saya dapat duit, saya bayar semuanya”. dah malas nak berkata apa.


Saya bukannya gemar sangat mahu memceritakan perkara-perkara begini, anggaplah ianya sekadar renungan. Itulah, mana-mana pihak yang gemar mencari kesilapan pihak penginokulasian, renunglah diri sendiri sesebaik-baiknya serta fikirkan daripada seawal penjanjian.Wajip kena ingat, penginokulasian pun sama seperti anda, ada periuk untuk di isi, ada mulut untuk di suap, semuanya guna modal, cecair pengalak bukan air mineral  serta bukan aip paip, upah penginokulasian bukan percuma dan benda berkaitan tetap kena keluarkan modal. Jika semua mahukan percuma belum tentu dapat, tiada insan akan membantu kita 100% percuma, lebih-lebih lagi fikiran kita sentiasa dok impikan hasilnya nanti mampu jadi seorang kaya raya dan jika semua usaha menharapkan orang membantu secara percuma dan tidak masuk akal, untuk mendapat kesenangan tanpa dikeluarkan modal satu sen.



Terfikir juga di akal bodoh kita, tanam gaharu beribuan pokok mampu, pandai pula cari penginokulasian suruh inokulasi, tetapi, sayang pula mahu keluarkan duit pembayaran kos khidmat penginokulasian.. Baik tutup aja buku impian jutawan tu.. boss.. Kikikiki. TQ.

No comments:

Post a Comment