Daripada tajuk blog baru malam menyambut tahun 2020 kali ini, tajuk umpama mengajak anda menanam pokok gaharu. Sudah pasti saya
dapat agak, pasti ada yang berkata mengajak ke salah satu kebidang pembaziran,
yang tiada asas hujung pangkalnya. Saya tidak mahu berhujah di dalam bidang
pertanian ini kerana ianya minat seseorang tentu berlainan serta halatuju di bidang
ini amat merumitkan dan kecuali seseorang yang mempunyai kekuatan pertahanan
mentalnya, berjiwa kental berusaha dan mempunyai halatuju dan mempunyai
kemampuan disegi wang ringgit.
Saya memang gemar kongsikan
pengelaman, sekurang-kurang kita boleh kongsi jika ada perkara yang baik dan
saya selalu menganggap setiap satu huruf atau ayat saya di beritahu ianya
adalah satu ilmu. Bagi diri saya tiada pernah rasai melakukan sesuatu perkara
itu sudah terlewat selagi kita di berikan peluang untuk melakukannya. Setiap
sesuatu usaha yang kita lakukan kita tidak dapat menentukan ianya akan berjaya
dan akan menemui kegagalan. Bila masih lagi bukan rezeki kita, ramai di kalangan
yang berpelajaran, ada bertauliah, ada ijazah bergulung-gulung dan memilik PHD
juga ramai yang kandas dalam usaha mereka.
Kita cuma orang kampong berusaha
daripada peluh membasahi keringat, dengan kuasa usaha bertulang empat kerat dan
peruntukkan modal hanya sekadar mampu. Jika melalui kegagalan tidak ada apa
untuk di malukan, kegagalan kita di sebab banyak factor antaranya kita bukan
terpelajar, hanya orang kampong serta kurang pengelaman. Sebab itulah kita di sarankan,
sentiasa berada di dalam keadaan merendahkan diri, kerana segala ilmu yang kita
miliki ianya tidak menjaminkan kejayaan sekiranya kita masih mempunyai sifat
rendah diri dan pemalas berusaha.
Kerana nilai tinggi gaharu
dan sifat berpontesi amat menguntungkan pengeluaran secara besar-besaran telah
mengehadkan pertukaran maklumat secara bebas. Terdapat sedikit peluang terhad
pada yang baru mengambil kesempatan di bidang ini dan sebaran maklumat sebagai pengajaran
tidak pernah tepat. Para petani mula teragak-agak untuk melabur dalam penanaman
kerana terpaksa menanti 8-12 tahun untuk mendapat pulangan modal.
Pelbagai-bagai persoalan timbul di fikiran mereka, bahawa gaharu yang terhasil
di ladang kemungkinan bergred lebih rendah dan oleh itu tidak menguntungkan.
Dalam keadaan kebimbangan di bangkitkan tidak mesti permintaan berkurangan dan
ianya lebih meningkatkan lagi penebangan pokok di hutan, di tambah kebimbangan
ianya akan terjadi lambakkan pengeluaran membanjiri pasaran dan membuat harga
gaharu tidak stabil.
Di antara spesis-spesis gaharu lain yang menghasilkan
resin berkualiti tinggi termasuk Aquilaria agallocha, Aquilaria Crassna,
Aquilaria Bailloni dan Aquilaria
Grandifiora. Salah satu family Thymalaeaceae iaitu, Aquilaria ini, keadaan saiz
pokoknya sederhana yang agak lambat berkembang. Secara perata ketinggian 15-25
meter dan ada beberapa spesis-spesis lain ketinggian sehigga 40 meter.
Mempunyai batang sederhana lurus, ianya boleh ukuran diameter 250 CM.
Kebanyakan Aquilaria mempunyai kulit nipis, licin, kulit warna kelabu pucat,
dedaunan hijau gelap berkilat dan berdaun bujur. Kebiasaan mengeluarkan bunga
pada bulan ogos.
Walaupun berada di dalam
keadaan begini ianya tidak menjadikan kepupusan pada spesis tempatan, tetapi ianya
boleh terjejas teruk dengan adanya perancangan pembangunan ekonomi dan
penambahan produk-produk buatan. Pokok tahan naung ini, di kenali pokok malar
hijau hidup subur di hutan dan ketinggiannya boleh mencapai 1,000 meter
bergantung kepada spesis. Di antara spesis-spesis Aquilaria ini, tidak ada
jaminan menghadirkan pembentukan gaharu semulajadi dan hanya 10% daripada pokok
gaharu di hutan kemungkinan mengandungi gaharu.
Keringat merupakan asas
utama sebagai modal pada orang kampong, mereka sentiasa berusaha dengan
pelbagai-bagai cara untuk kepuasan hati mereka. Sekiranya mereka tidak mampu
membeli benih, mereka semai biji, mencabut anak-anak cambah, melalui cantuman
tunas dan pelbagai-bagai teknik laln di gunakan mengikut pengelaman mereka. Begitu
juga benih-benih gaharu liar Aquilaria Malaccensis, anda akan temui anak-anak
cambah ini di bawah satu pokok ibunya sejumlah yang banyak dan tumbuh terbiar
akan cambah bertambah setiap tahun. Bukannya sukar untuk dapatkan benih-benih
gaharu liar ini, tidak payah pergi kedalam hutan untuk mendapatnya, itupun
sekiranya anda berminat tercari-cari benih gaharu untuk di tanam di tanah-tanah
terbiar hak milik anda dan ianya tentu mampu menjimatkan kos daripada
mengeluarkan kos pembelian benih. Tetapi untuk mendapatkan benih candan, antara
pokok gaharu liar ini kebiasaannya tumbuh di hutan belantara agak sukar untuk
di temui di persekitaran perkampungan.
.
Jika anda kurang berminat
menanam pokok gaharu liar ingin menanam spesis gaharu lain. Terdapat jumlah
besar para petani telah menanam pokok-pokok gaharu spesis import daripada
Thailand dan Indochina antaranya Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria Crassna, Aquilaria
Sinensis dan Aquilaria Agallocha dan kebiasaannya pokok-pokok ini akan
mengeluarkan bunga setelah berusia 4 tahun keatas. Anda boleh meminta atau
jangan lupa membayarnya sebagai duit kopi harga anak-anak cambah ini daripada
pemilik pokok, kebiasaannya pemilik tidak peduli anak-anak cambah bertaburan di
pangkal pokok-pokok ibunya.
Ada pertanyaan “Spesis
gaharu manakah yang terbaik, cepat membesar, yang cepat menghasilkan gaharu
berkualiti, sesuai di tanam sebagai perladangan dan tidak mudah rebah?”.
Seperti pernah saya catatkan, jika soalan ini di ajukan pada saya, pilihan
pertama saya mesti pada Aquilaria Malaccensis kerana keunikkan pokok ini, tahan
lasak, mempunyai akar-akar yang kuat dan kesesuaian hidup tanpa mengira keadaan
bentuk muka bumi. Ianya mampu tumbuh walaupun di bawah naungan pokok-pokok
hutan lain, dan jarang-jarang pokok ini temui rebah jika di bandingkan antara
spesis-spesis import.
Spesis tempatan kedua
pilihan saya, iaitu spesis candan atau di kenali sebagai hirta, tetapi nama
hirta masih di pertikaikan lagi walaupun ianya di temui di Sumatera,
Kalimantan, Thailand dan Malaysia. Selain daripada Aquilaria Malaccensis antara
spesis lain di temui di Negara kita iaitu Aquilaria Crassna, Aquilaria
Cumingiana, Aquilaria Byachyantha, Aquilaria Rosrata dan Aquilaria Microcapa.
Tetapi di kalangan spesis-spesis yang paling popular di gemari untuk perladangan
adalah 3 spesis iaitu Hirta dan Malaccensis. Benih Hirta dan Byachyantha atau
candan amat sukar di perolehi dan tumbesarannya agak pelahan jika di bandingkan
dengan Malaccensis.
Anda boleh memdapatkan benih
candan di perkampungan orang-orang asli dan jangan terkejut bila mendengar
harganya agak tinggi. Antara spesis-spesis tempatan lain, kemungkinan agak
mudah di perolehi dan satu kemungkinan ianya tumbuh meliar berada di hampiran
perkampungan cuma kita tidak mengenali mana satu antara spesis-spesis ini. Bagi
pendapat saya, untuk perladangan pokok candan rasa tidak kemampuan mengeluarkan
modal yang besar, sebagai contohnya 1 pokok benih candan harga RM28.00 sehingga
RM35.00 dan sekiranya untuk di jadikan ladang 1 ekar dengan muatan 500 pokok
benih, kita memerlukan modal RM28.00 X 500 total RM14,000.00 perlu di keluarkan
hanya untuk benih sahaja.
Sekiranya anda mahukan
spesis import ianya di jual secara borong, benih-benih ini bercampur
perbagai-bagai spesis dijual dipasaran RM4.50 sehingga RM5.00 satu pokok. Untuk
perladangan kebiasaannya dijual dengan harga termasuk kos pengangkutan RM5.30 X
1,000 pokok totalnya RM5,300.00. Ini adalah harga contoh (bukan harga
dipasaran) saya hanya berikan sebagai panduan asas, sekiranya anda berminat dan
mahu berjinak-jinak bergiat sebagai petani gaharu. Satu perkara lagi harga
benih gaharu di jual mengikut perbezaan kertinggian benih dan anda boleh
lakukan pemilihan kertinggian benih mana yang anda minati serta kesesuaian
untuk di tanam di tapak ladang anda.
Pemilihan benih kebiasaannya
mengikut kegemaran, modal dan kemampuan seseorang petani. Antara spesis-spesis
kebiasaan di tanam secara ladang iaitu Aquilaria Sinensis, Aquilaria
Sub-Intergra, Aquilaria Agallocha, Aquilaria Crassna, Aquilaria Malaccensis,
Aquilaria Hirta, Aquilaria Byachyantha dan salah satu spesis dalam percubaan di
tanam di Malaysia iaitu Qinan, Kinnan atau calambak. Ketika ini masih lagi tidak
kedengaran spesis Gyrinops family Thymalaeaccea ini di bawa masuk ke Negara
kita, tujuan perladangan dan antara salah satu spesis amat popular ini di temui di Kalimantan dan Sulawesi tengah.
Boleh dikatakan kegemaran
saya mengumpul spesis-spesis gaharu di tanam dalam satu ladang, tetapi saya
hanya memperolehi sejumlah kecil spesis pilihan ini. Kemungkinan biji-biji di
hantar oleh rakan-rakan gaharu dari seluruh Asia ianya tentu terlewat sampai
dan pasti biji-biji gaharu itu reput atau terlalu kering. Yang tumbuh subur di
ladang saya waktu ini antaranya Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub Intergra,
Aquilaria Sinensis, Aquilaria Agallocha, Aquilaria Hirta dan Aquilaria Byachyantha
* candan minyak dan Gunung dan Aquilaria Malaccensis. Saya masih tercari-cari
beberapa spesis lain yang ada kesesuaian dengan iklim dan keadaan tanah
berbukit.
Apa-apa pun, daripada tanah
kita terbiar kosong lebih terbaik di isi dengan pokok, jika anda anggap tanam
gaharu hanya pembaziran dan anda boleh berusaha tanam pokok buah-buahan. Saya
bukan ada niat mengalakan anda atau promosi melobi anda supaya mengikut seoerti
saya menanam pokok gaharu. Kerana saya berladang gaharu dan lakukan pengInokulasian
setiap bulan tanpa henti. Ianya tentu ada arah halatuju bukan hanya hobi
semata-mata dan ianya merupakan satu usaha dan kerjaya saya di bidang gaharu
teknologi. Jangan mengikut kegilaan saya, mulakan kajian awal sebelum lakukan
perkara berkaitan dibidang kegaharuan ini dan biar awal dikatakan gila daripada
sepanjang hayat dikata tergila-gila. Kikikiki.. TQ.
No comments:
Post a Comment