Satu pengkongsian:- Terlintas
didalam fikiran dengan tiba-tiba, terkenang pengelaman bersama-sama group lama,
sewaktu mula-mula terjebak didalam bidang kegaharuan yang pernah bersama-sama
kehulu kehilir. Ketika dahulunya memang pantang, apabila terdengar ada orang
bagitahu dilokasi sana sini ada sebatang pokok ukuran besar iaitu gaharu liar.
Tidak mengira dimana lokasi
kami tetap akan pergi melawati, walaupun bukan berniat lakukan apa-apa, dapat
melihat keadaan pokok hati kami sudah terasa puas. Diwaktu ini kebanyakkannya
ahli-ahli group menghilang diri entah kemana, khabarannya sudah bergitu lama
tidak dikedengari, entah sihat entah tidak dan tidak dapat dipastikan
mereka-mereka ini masih aktif atau tidak bergaharuan. Yang kekal bergiat, masih
aktif dibidang gaharu teknologi salah seorang ahli group itu, cuma saya seorang
masih bergiat itupun secara solo.
Apabila ada masa terluang, kami
sentiasa lepak diwarong-warong kopi mendengar sembang kencang mereka tentang
gaharu. Masing-masing mempamerkan gaharu-gaharu baru diperolehi dan cerita bual
rekaan daripada pengelaman mereka ketika penjelajahan melawat ladang-ladang
gaharu diluar Negara. Bila ada kesempatan pergi sana sini, lihat pokok gaharu
dan jika ada pokok liar disatu lokasi yang memiliki jumlah yang banyak tidak
menlengahkan masa terus dilawati.
Jika ada pokok mahu dijual
dengan harga berpatutan akan dibayar segera dan jika ada pokok pemilik mahu
bagi percuma, lagi terbaik. Diwaktu itu, saya boleh dianggap sebagai ahli baru
didalam group ini, kemungkinan sifat saya suka berdiam diri dari melintang
cakap-cakap mereka. itulah penyebabnya agaknya, saya sering dipelawa ikut
sertai mereka, jika mereka ada project penginokulasian dan saya diserahkan
tugas khas selaku pakar perunding bagi pihak mereka dengan pemilik pokok.
Bermulalah penyertaan saya
sebagai pengiat gaharu. Antara group terhebat di Negara ini, boleh dikatakan group
ternama ini dikenali ramai di Negara kita ketika itu. Adalah merupakan salah
satu nama besar sebaris pengiat-pengiat gaharu tersohor di Asia, setelah tertubuhnya
gabungan usahasama pengusaha diluar Negara. Disini saya mula bertekad,
mengambil peluang menambah lagi ilmu kegaharuan daripada mereka untuk saya
menglangkah lebih jauh sekiranya terjadi apa-apa.
Walaupun ada timbul sedikit
sebanyak, permasalahanan, ketidakan kepuasan hati, ada perbezaan pendapat dengan
cara mereka. Saya gemar berdiamkan diri, kan, itu cara mereka, saya cuma pengikut,
mahukan ilmu dan saya sentiasa berperangai pekak badak. Tugas saya menyediakan
pokok untuk diinokulasi serta membantu mereka siapkan inokulasian.
Sekiranya penginokulasian
pokok tidak terhasil resin atau tidak terjadi pembentukkan itu bukan masalah
saya, lagipun bukan saya yang keluarkan modal. Dari manakah mereka memperolehi
dana untuk tujuan inokulasi pokok liar, siapakah pelabur dan bagaimana
perjanjian dengan orang-orang berkaitan, perkara-perkara begini tiada berkaitan
apa-apa dengan saya.
Segala-gala yang diamanahkan
ditugaskan oleh mereka, saya lakukan hingga selesai dan setimpal dengan pembayaran
pada saya seperti dijanjikan, pembayaran diselesaikan setelah project
penginokulasian siap. Itu perjanjian saya sebagai ahli group, saya bukan broker
tetapi sebagai mengurus penyediaan pokok jika diperlukan oleh mereka dan tugas sebagai
perunding mewakili pihak mereka berunding dengan pemilik pokok.
Semasa bersama group ini, saya
mengambil kesempatan, mencari peluang untuk mengenali sertai diperkenalkan,
siapakah pembekal-pembekal benih gaharu, diperkenalkan pada pemborong-borong
gaharu, orang-orang berkaitan, pada pembekal-pembekal cecair pengalak dan pembelajari
pelbagai-bagai teknik penginokulasian setelah diberi tunjuk ajar oleh pembekal
cecair pengalak. Bagi diri saya pucuk dicinta ulam mendatang, mengantuk telah disorongkan
bantal. Sesuatu peluang keemasan yang sentiasa yang saya nanti-nantikan dan
memang sudah dihajatkan perkara begitu terjadi.
Selama 2 tahun bergiat
menyertai group ini, banyak ilmu diperolehi dari tunjuk ajar mereka serta saya sentiasa
diberi peluang ketika bersama-sama termasuk kerja-kerja berkaitan inokulasian.
Tetapi, pada awalnya bermula seorang ke seorang mula beralih arah, akhir-akhirnya
kesemua ahli terhormat group mula menyepi, menghilangkan diri entah kemana. Yang
kekal masih berdiri hanya ratusan pokok-pokok liar yang telah saya uruskan
pembeliannya, sayangnya, setelah inokulasian ianya terbiar tanpa dilawati. Kikikiki..
entah apa yang terjadi, kesemuanya sudah loss conctact.
Masuk tahun ke empat, ketika
hari hampir senja salah seorang dari ahli group tiba-tiba muncul dihalaman
rumah “ Boss pokok besar sebatang tumbang, pemilik bersihkan tanah mahu tanam
getah, sebelum dikebas orang, kita kena pergi potong lah dan bawa balik”.
Disebabkan saya ada urusan lain yang lebih penting ketika itu, cuma mampu pergi
lawati sekejap. Tiga hari mereka siapkan kerja memotong serta angkut dibawa
pulang dan itupun terpaksa mendapatkan khidmat jentolak untuk dimuat kedalam
lori. Setelah kerja saya selesai, selang satu hari berada dirumah, luangkan
masa kejap, pergi melihat batang-batang yang telah dibawa pulang itu, kelihatan
berada berkeadaan berselerakkan dihalaman rumahnya.
“Mana gaharunya boss?” Perkataan
ayat pertama yang terkeluar dari mulut saya. Semasa melihat batang-batangnya
tidak ubah seperti bentuk batang-batang balak dan saya amati satu persatu setiap
permukaan siap dipotong dan sekeliling batangnya terutamanya pada kulit. Saya tiada
terjumpa sedikitpun dari pandangan mata kasar saya, kayu itu memaparkan
perbezaan perubahan warna dipemukaannya dan kesan-kesan tebukan inokulasian
tertutup. Cuma yang ditemui lubang-lubang serangan semut-semut bersarang pada
lubang dan sedikit kesan terjadi diakibatkan alam semulajadi.
Kikikiki.. Daripada pengetahuian saya factor-factor
utama yang akan kelihatan, sekiranya ada
berlaku jangkitan kulat mesti ada perubahan warna. Tempuh masa selama empat
tahun diinokulasian sudah tentu ternampak jelas perubahan warna kayu telah
dijangkiti dan ianya akan kelihatan ketara diantara kayu dan gaharu. “
Gaharunya telah hilang kerana terlewat ditebang” jawabnya. Hampir terduduk saya
bila mendengar jawapannya begitu, lebih lagi dari mulut seorang yang bergelar
pengiat gaharu terkenal di Asia dan maka dengan sendirinya saya berusaha menahan diri dari ketawa.
Saya bukan mahu perkecilkan
ilmu dimiliki orang lain, tetapi jawapan sedemikian tidak sepatutnya terkeluar
daripada mulut seseorang pengiat dengan status terkenal seperti dia. Kikikiki..
Bertepuk dahi juga saya kerana dia cuba-cuba melindungi perkara yang realiti
dan kemungkinan dia sengaja mahu menyembunyikan perasaan malunya pada saya.
Saya hanya main angguk-angguk kepala, dihati serta fikiran saya mula berbelah
bagi. Terbukti segala-galanya setelah saya perhatikan secara teliti, tiada
kesan-kesan lubang tebukan teknik inokulasi selama empat tahun. Saya memang
kenal betul pokok liar ini, kerana saya yang uruskan pembelian dan sama-sama
membantu mereka semasa inokulasian dilakukan.
Setelah
tibanya ramai kawan-kawannya datang mahu lihat batang balak itu, saya minta
diri terus pulang dan barulah berpeluang tersenyum seorang diri. Riuh rendah
serta hebuh kawan-kawannya bercerita perihalnya tebang pokok gaharu sebesar
tiga pemeluk dan pelbagai-bagai berita didengari termasuk harga batang balak
begitu, mahunya dijual berjuta-juta RM. Saya tidak mahu memberikan komen apa-apa,
terus berdiamkan diri dan mendengar cerita itu ini hanya tersenyum kambing.
Dari
satu hari masuk kesatu minggu, dari satu bulan, masuk kebulan kedua, masih
kedengaran kayu-kayu itu masih tidak dibersih dan berkeadaan seperti biasa
beselerakkan dihadapan rumahnya. Terjumpa bulan kelapan bulan selepas itu, “Berapa
tan dapat gaharu dari pokok itu, boss” tanya saya. “Dah hanyut dibawa arus air
banjir dah, satu batang pun tak sempat diselamatkan”. Itu jawapannya sambil
berpaling kearah lain dan percakapan mula beralih ke perkara lain.
Dari hal yang terjadi
begitu boleh saya dihuraikan serba sedikit tentang peranan cecair pengalak yang
telah dituang pada pokok itu dan mengapa keputusannya terjadi perkara begitu. Daripada
teknik-teknik inokulasian yang telah dilakukan dan pokok liar itu bukannya
penyebab mengapa ianya tidak menghasilkan pembentukkan, masalahnya utamanya ianya
berpunca daripada bahan-bahan yang terkandung atau kulat-kulat dalam cecair
pengalak resin itu.
Sebabnya, cecair itulah
yang menjadi bahan utama bertujuan sebagai pemulaan mencederakan tisu pokok
ini, manakala lubang-lubang gerudi hanya dijadikan pengantaraan sebagai lubang
atau salur-salur untuk diisikan cecair pengalak dan manakala tindakbalas,
benteng pertahanan suquiterpnes berlaku setelah isyarat dihantar disebabkan kekejaman
kecederaan berlaku.
Tidak mungkin akan terjadi
penyembuhan, tiada istilah terlewat ditebang atau sebagainya dan ianya terjadi
sedemikian disebabkan serangan cecair pengalak itu tadi. Cecair pengalak
mengandungi kulat-kulat tidak mampu bertindak sebagai penyerang, tidak berupaya
bertahan dengan serangan sesquiterpenes dan tidak ada kulat yang berkaitan yang
menghasilkan pembentukkan didalam cecair pengalak yang digunapakai itu. Istilah
terlewat seperti dikatakan itu, ayat diada-adakan terkeluarkan dari mulutnya
disebabkan terlewat ditebang, cuma untuk membeli hati perasan kecewa dan untuk
melindungi rasa malu kerana kegagalan.
Sekiranya tempuh empat
tahun diinokulasi dilakukan dengan menggunakan cecair pengalak yang betul kejam
bertindak sebagai penyerang, ianya akan mengekalkan kecederaan, akan
menghasilkan pembentukkan gaharu berkekalan dan semakin dibiarkan tempuh masa
yang lama ianya semakin terbaik hasilnya.
Penyembuhan tidak akan
berlaku kerana kesan daripada penyerapan cecair ini ianya akan bertukar warna
walaupun didalam berkeadaan lembap kering dan akan sentiasa mengeluarkan bauan
wangi. Jika kelihatan warna pucat puteh begitu, ianya kayu dari pokok gaharu, bukannya
dinamakan gaharu, tetapi ada baiknya
walaupun tidak perolehi gaharu dapat juga tergaru-garu. Kikikiki.. TQ.
No comments:
Post a Comment