“ Emas hanya debu ketika
masih didalam tanah, manakala oudh di negara asalnya, merupakan jenis emas kayu
api. “
Genus Aquilaria daripada
Thymelaeaceae *keluarga Daphine tumbuh berkembang pesat yang ditemui
dihutan-hutan tropika ditanah rendah, tumbuh secara semulajadi di Asia
Tenggara, dari kaki bukit Bhutan dan India, melalui Myanmar, Indochina (Burma,
Combodia, Vietnam) Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia dan Papua New
Guinea. Tumbuh subur berkeadaan redang, ditanah lembab, mampu membesar serta
tinggi serta ketahanan dengan kepanasan matahari. Setengah daripada spesis ini
boleh tumbuh dicerum berbatu, cerum terdedah dan tumbuh dikawasan-kawasan yang
mengalami musin panas kering.
Nota:- Genera lain dalam
keluarga Thymelaeceae yang dikenali menghasilkan gaharu termasuk Gonystylus,
Gyrinops, Aetoxylon, Enkieia, Wikstroemie dan Phaleria. Tetapi, menurut laporan
kajian ianya masih kurang jelas yang spesis dalam taska ini menghasilkan gaharu
dalam bentuk apa-apa kuantitinya. Manakala Aquilaria Malaccensis atau dikenali
sebagai karas merupakan pokok daripada genus yang biasa ditanam sebagai
peladangan.
Antara spesis gaharu yang
ditemui dinegara kita Aquilaria Brachyantha, Aquilaria crassna, Aquilaria
Cumingiana, Aquilaraia Hirta, Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Microcapa dan
Aquilaria Rostrata. Manakala spesis-spesis selalu yang dibawa masuk ke Malaysia
untuk perladangan iaitu Aquilaria Subintergra asal daripada Thailand, Aquilaria
sinensis daripada China, Aquilaria Khasiana dan Achalloga daripada Bangladesh
dan India diantara spesis-spesis popular ini, telah ditanam sebagai perladangan
diMalaysia. Terdapat lima belas spesis dalam genus Aquilaria dan lapan
dikenali menghasilkan gaharu.
Gaharu dikenali banyak nama
berada didalam budaya yang berbeza, nama Sanskrit Aguru, dalam bahasa Cina
menyebut Chen xianng, Tram Houng diVietnam, diJepun dipanggil Jinko, jika ged
tertinggi ianya dikenali sebagai Kyara kesemua nama-nama itu bermakna “Kemenyam
Tenggelam”. Untuk maklumat, Aquilaria Thymelaeceae berasal dari India,
Bangladesh, Myanmar dan tumbuh meluas Asia Tenggara ke Filipina. Hanya tiga spesis daripada lima
belas spesis daripada genus ini dikenali diThailand, Aquilaria Crassna,
Aquilaria Malaccensis Roxb atau Aquilaria Agallocha Roxb dan Aquilaria
Subintergra.
Setelah melalui
pengestrakfan sebagai minyak dikenali sebagai Ouh dalam bahasa Arab. DiEropah
ianya dirujuk sebagai Lignum Aquila bermakna Helang kayu atau Agilawood, diHong Kong Aloeswood. DiAssam dipanggil Sasi atau Sashi. DiPapua New Guinea ia
dipanggil Ghara atau Eaglewood, dalam bahasa Thai Mai Ketsana dan Myanmar dikenali
nama Thit Mhwae , bahasa Tamil dipanggil Akil, bahasa tamil dan Hindu dikenali
sebagai Agar, diSri Lanka Wala Pata, diBangali gaharu dikenali sebagai Gaach
Agar manakala minyak sebagai Attar Agar dan diMalaysia, Indonesia dipanggil
Gaharu.
Spesis-spesis benih gaharu
yang ditemui tumbuh diMalaysia tidak terbaik kah untuk ditanam cara
perladangan dan Gaharu yang dihasilkannya adakah bermutu rendah?. Antara spesis
gaharu popular dihutan Malaysia, pemburu gaharu menganggap spesis pokok candan
menghasilkan gaharu terbaik pembentukkan gaharu secara semulajadi, didalam
berkeadaan keras berwarna kehitaman dan mengeluarkan bauan amat aromatic.
Adakah candan setaraf Kyara?. Ulasan daripada pengkaji, Gaharu secara umum
adalah keras, tetapi mempunyai satu jenis lembut didalam dan berlilin, daripada habuknya
boleh dibentuk menjadi bebola, melekit seperti gula-gula basah, mengandungi
resin yang tinggi. Ianya dinamakan Kyara kerana gred tertinggi, mengeluarkan
bauan terbaik dan berkualiti jarang-jarang berlaku.
Saya catatkan spesis-spesis
yang dikenali sahaja, kau pun bukan pernah masuk hutan, pacat pun takut,
setakat telah tahu nama-nama spesis dikira ok, lah kan?. Mahu cerita dari akal
umbi hingga kepucuk, pecah kepala juga mencari ayat-ayat mengambarkan bagi nampak
jelas. Bila telah terlanjur cakap, kita terokailah, salah satu spesis gaharu legend iaitu
KINAM, Kinam adalah jenis gaharu yang paling mahal dan berharga, sangat kaya
dengan resin pulut dan aroma bau dan ia mempunyai anasthetic, pahit, panas dan
pudina rasa. Aroma bau lembut dan bermaruah dengan sentuhan rasa kepahitan.
Kinam boleh ditemui diIndochina, Thailand, Combodia, Myanmar, Laos terutamanya diVietnam. Nama Kinam berasal dari bahasa tempatan Vietnam selatan, merupakan pertemuan oleh pedagang awal Kyara. Nama ini berasal dari gabungan perkataan Sanskrit bererti hitam "kala" dan dari perkataan Cina pada pokok "Bak" kedua-dua ini digabungkan menjadi Kalambak dan kamudian nama itu ditukar kepada Kinam dan Kinam dijual secara timbang. Untuk dapatkan Kinam terlalu sukar dan terlalu bernilai serta terlalu mahal dipasarkan.
Daripada pepatah kuno popular mengatakan:- "Daripada melaksanakan perbuatan yang baik dalam tiga hayat (Alam kanak-kanak, remaja dan dewasa}, hidup berganjaran dengan berbau aroma Kinam pada kehidupan didunia". Ianya terkenal sebagai "raja Gaharu", Kinam adalah yang terbaik daripada semua spesis gaharu dan dikenali mempunyai banyak sebutan mengikut Negara iaitu Qinan, Kyanam dan Kannam manakala diJepun dirujuk dengan panggilan sebagai Kyara.
Pada
masa ini, Jepun merupakan pasaran terbesar bagi Kinam. Dan kelihatan mempunyai satunya
negara kekelab eksklusif ini Kinam Gaharu. Jutawan Jepun meminati Kinam dan menyimpan
kinam berbentuk Super gred. Pemborong kinam daripada jepun sering berurusan
sebagai pemborong kinam diVietnam dan Thailand untuk mendapat gred terbaik. Kinam
adalah afrodisiak, kedua-duanya dalam bentuk minyak, dan kemenyan. Ini adalah umumnya kegunaan
topikal tetapi minyak ini juga dijual difarmasi Vietnam dan Jepun untuk
kegunaan dalaman dengan matlamat yang sama. Perubatan China menggunakan serbuk
gaharu sebagai rawatan untuk sirosis hati dan sebagai pengarah atau focuser
untuk ubat-ubatan lain.
Malaccensis Spesies gred Kinam,
gred ini adalah gred khas yang kita diekstrak khas untuk pelanggan yang ingin
terutama memerintahkan sesuatu yang berbeza untuk beliau dan keluarganya
sahaja. Kinam Legend Gred sangat psikoaktif. Ia digunakan untuk perjalanan
rohani, pencerahan, kejelasan dan untuk membawa keamanan yang mendalam diperlukan
untuk meditasi. Adalah disyorkan oleh pengamal berpengalaman untuk menyediakan
motivasi dan ketaatan yang diperlukan untuk meditasi. Ia membawa komunikasi
dengan transenden, menyegarkan minda, badan dan semangat.
Untuk Kinam Legend Gred, minyak yang
datang dari Pengekstrakan oleh vakum terus dari cip dan tidak masuki air. Ia amat sukar untuk diekstrak
bagi setiap gram. Selepas diekstrak minyak dari
cip, kita perlu menyimpan minyak sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kita
dihantar ke pelanggan khas. Jadi ini Legend Tahap Gred, kita boleh diekstrak
hanya 360 gram sebulan sahaja. Jadi Kinam Legend Gred, berbau mereka akan
muncul di ciri sebenar mereka.
China mempunyai kejayaan besar dalam pengkajian kemenyan, Mengkategorikan Kinam mengikut syarat-syarat pembentukkan seperti "pembentukkan Hijau" "Pembentukkan Manis" "Pembentukkan madu" Pembentukkan mentah" "Pembentukkan sutera Emas" dan "Pembentukkan kulit Harimau. Gred Kinam dinilaikan pada warna-warna semulajadi sifatnya, dengan kategori "burung penyanyi hijau" "pembentukkan Orkid" Pembentukkan manis" dan "pembentukkan Besi".
Pada zaman moden, Kinam diistilahkan dan dikategorikan sebagai "putih Kinam", "hijau Kinam" "Merah Kinam" "kuning Kinam" "ungu Kinam" dan "hitam Kinam". Selain itu, dikawasan pergunungan di utara Binh Thuan di Vietnam terkenal dengan pengeluaran Kinam, dengan hasil tempatan yang diklasifikasikan kepada empat kategori "putih" "hijau" "kuning" dan "hitam".
Laporan mengatakan (1719-1786) bahawa terdapat tiga jenis gaharu atau aloeswood, pertamanya adalah "khi-nam" (kynam) atau kalambak. kedua-dua adalah "tram Huong" (aloeswood biasa) dan ketiganya "tien huong" yang mengandung banyak kayu putih kalambak. Apabila diimport ke Jepun harga meningkat lebih daripada 40 kali ganda. Kalambak (kynam) adalah kualiti terbaik dengan perbezaan yang besar disegi rasa dan bau dan ianya merupakan nilai seperti emas dan plumbum. Terima Kasih semua diatas sokongan anda.
No comments:
Post a Comment