Monday, 9 December 2019

Apa Pedulinya..!!!!


Masa luang ambil kesempatan jelajah belukar kejap, belukar berhampiran rumah ketika cuaca agak tenang, cuma risau pokok bergoyang-goyang ditiup dan berangin-angin sikit bertambah rasa kedinginan berada dihutan didalam suasana musin banjir. Disebabkan musin hujan jalan-jalan kebiasaan dilalui ditempat agak rendah, ada yang telah rosak teruk kerana air melimpah serta terhalang dengan pokok-pokok tumbang melintangi jalan. Dengan cuaca tidak menentu berangin-angin begini, tidak boleh dipandang ringan dengan hujan datang dengan tiba-tiba, kena berhati-hati pokok mudah tumbang kerana tanah mengandungi air dan dahan-dahan pokok mudah patah atau serekah.


Mendaki bukit hanya mahu keluarkan peluh agar urat saraf aktif semua berkerja, rimas sekiranya tidak apa-apa dilakukan seharian. Lawatan susulan tujuan penilaian pokok-pokok gaharu yang telah diinokulasi dengan teknik Infuse dan pasakkan Bamboo Stick, sudah menjadi satu kebiasaan dengan perangai sendiri tidak ada sifat kesabaran dan tangan terasa amat gatal-gatal jika tidak ada parang ditangan. Ya lah kan?, Setiap apa kita lakukan mesti untuk kepuasan hati kita, lebih lagi cecair pengalak resin ciptaan sendiri dan pasti mahu melihat keputusan bagaimana ianya mampu menyerap atau tidak mampu.


Jumlah besar pokok-pokok gaharu sebesar peha yang tumbuh terbiar ditemui dibelukar, diatas lot tanah terbiar dipersekitaran kediaman dan ada juga ditemui telah ditebang serta ditinggalkan tanpa sebab. Daripada ianya menjadi satu pembaziran dan meminta jasabaik daripada pemilik tanah memberi kerjasama serta kebenaran, untuk saya lakukan apa-apa yang sepatutnya pada pokok-pokok gaharu liar yang tumbuh diatas tanah mereka. Sekurang-kurangnya saya boleh menjalankan kajian keberkesanan cecair pengalak resin setiap kali dinaikkan taraf, kajian keserasian cecair pada pokok liar, penilaian gunapakai teknik-teknik sepatutnya dan bagaimana pokok-pokok ini menerima serangan daripada cecair yang tuang melalui teknik infuse, pasakkan bamboo stick dan pelbagai-bagai teknik-teknik lain.



Cecair pengalak resin ciptaan melalui teknik infuse telah berjaya menghasilkan pembentukan gaharu padat dan cecair ini juga telah berjaya menghasilkan gaharu. Sebagai cecair pembaikpulih pada pokok-pokok diinokulasi sebelum ini yang tidak menghasilkan gaharu. Kegunaan Bamboo sebagai teknik pasakkan ianya bukan satu teknik baru, teknik ini telah diamalkan oleh pengusaha diserata Negara Asia. Teknik pasakkan kebiasaan bertujuan menghasilkan pembentukkan gaharu berbentuk Cip Arab atau kepingan dan mampu juga menghasikan gaharu berbentuk padat.


Orang bertanya sambil menyindir, “dari setahun selepas tahun jalankan kajian bila mahu selesai, masih tidak berjaya lah tu dan mahu dikaji sampai bila”. Tidak semestinya bijak pandai itu cerdik boss, ilmu kita miliki bolehkah diri kita sendiri menilai, tahukah kita mengamalkan ilmu itu dan bolehkah berpuashati dengan ilmu sekadar yang kita tahu?’. Semuanya yang kita lakukan untuk kepuasan hati sendiri, dari keputusannya boleh dianggap terbaik hanya pada diri sendiri dan itukan satu kepuasan. Jika mahu peduli hal orang lain, pasti serba orang buat apa-apa benda semua tidak kena mengikut selera kita, kikikiki, bertanyalah pada diri kita sendiri bagaimana, telah berpuashatikah dengan apa kita usahakan serta lakukan selama ini?.


Untuk mendapat benda baik memang sukar, jika memperolehi kita sendiri masih ada yang tidak berpuashati, perangai itu ada dalam diri kita sendiri dan bagi orang lain lebih lagi, kemungkinan semua yang kita perolehi itu barang yang tidak baik. Betul kan?. Ini pula melibatkan penghasilan dari benda ciptaan sendiri, adakala barang ciptaan ini diurusniaga dan pasti pembeli mahu barang yang menyakinkan dia dan boleh digunapakai dengan jaminan ianya betul-betul berkesan. Ini tidak, belum ada bukti berjaya barangan dikatakan ciptaan sendiri, dihayun sana sini dan untuk dikatakan berjaya dan beli, pamerkan bukti hakikatnya hasil daripada orang lain. Ini bukan orang Malaysia, perangai begini yang tinggal diGurun Sahara sana.. kikikikiki.


Apa pedulinya, apa susah-susah kita menjadi sakit hati dengan kejayaan insan lain, dia yang berusaha. Dia pun seperti kita juga ada sifat mahukan perubahan dalam pada dirinya. Apa yang dia usahakan itu, dari kemampuan dia dan tanya pada diri kita apa peranan kita padanya?. Kikikikiki.. kita kenal pun tidak, bagaimanakah ada rupanya iras arab ke atau ada iras mamak rojak ke?. Kita tidak mengetahui adakah ilmunya melebihi ilmu ciplak seperti kita?. Sesiapa pun sukar mempercayainya, sekiranya tiada bukti untuk kita buktikan, hasil yang terhasil daripada ciptaan kita. Perkara begini telah kami lalui semuanya, tidak payah-payah cuba nak melobi, ada-adakan bukti serta reka-reka cerita dan kami dah terlalu masak dengan pengelaman kegagalan demi kegagalan.


Jika usaha kami dulu-dulu berhasil, tentu lebih dari mendapat hasil, tentu tidak ada kemungkinan mendapat perangai tergaru-garu selepas itu. Jika dinilai sejumlah besar pokok-pokok pelbagai ukuran telah kami inokulasi dan yang pasti semua ahli group kami senang lenang walaupun tidak menjadi jutawan. Itulah pengelamannya mengajar erti jangan ada rasa putus asa, kegagalan daripada itu, tidak boleh 100% menyalahkan pihak pembekal cecair pengalak. Pihak kami juga tidak dipastikan adakah cecair yang dia bekalkan itu, dibeli daripada orang lain atau betul-betul ciptaannya sendiri. Tidak ada faedah kita salah menyalahkan antara satu sama lain, tidak guna menjaja-jaja perihalnya dan paling terbaik untuk menutup rasa kegagalan, dengan hati terbuka menganggap suratan rezeki bukan milik kita.


Bermulalah perangai gila-gila saya, cari bahan-bahan untuk dijadikan cecair sebagai kajian awal, maklumlah belajar tanpa guru dan ikut terlintas difikiran semuanya dicuba. Lakukan kajian penyerapan, teknik-teknik bagaimana yang ada keserasian dan berapa lama penyerapan terhasil pembentukkan gaharu. Siang malam hadap buku, buku hasil daripada kajian sainstis mengenai penghasilan gaharu paksaan dan bercakap pun selalu tersasul, kerana pagi hingga petang membaca buku beristilah sainstif. Kerana sifat kemahuan pada sesesuatu melebihi dari benda lain, maka timbul terlalu banyak perkara terabai disebabkan mengutamakan kemahuan.


Percubaan cecair pengalak ciptaan pertama menemui kegagalan dan teruskan untuk percubaan yang kedua. Dengan menggunakan bahan-bahan asas yang sama sebagai cecair serta menambahkan bahan yang baru ditemui. Daripada tuangan cecair kedua ini ianya boleh dianggap berjaya meninggalkan kesan membentuk gaharu, tetapi ada sedikit kelemahannya pada penghasilan, gaharu terhasil berbentuk nipis. Kikikiki.. hati masih belum puas, berkata seorang diri “tidak mungkin, tidak mungkin dan tidak mungkin, masih ada kesilapan jika begini keadaannya”. Buku-buku, pokok dan bahan lain juga jadi bahan rujukkan, fikiran menjadi semakin kacau ditambah pula hari-hari siang malam makan sindiran, dicop gila pun ada dan kawan-kawan mula jauhkan diri maklumlah kita tidak berduit ketika itu.
 

Percubaan ketiga ubah cara perbezaan teknik memproses cecair pengalak disertai cecair kulat-kulat asas dan terbaru ditemui. Itupun tetap meneruskan kajian sebagaimana cara betul memproses cecair pengalak resin ciptaan ketiga ini, sudah menghampiri kebuntuan, rasa putus asa dan bertambah pula minda sering terganggu dengan masalah peribadi. Bermula lagi kegilaan mencari dan mula memahami keadah-keadah sainstifik daripada buku-buku berbentuk sains lagi, daripada kajian tentang pembentukkan gaharu semulajadi, gaharu inokulasi, buku kimia, perihal Botani, buku kajian EM, tentang biologi, tentang fizik dan mengenai geographic, mengalah seorang bakal doctor. kikikikiki. Masa banyak dihabiskan didalam hutan bersama pokok gaharu setiap hari, masuk pagi keluar petang hampir senja dan tidak dipersalahkan orang mengata, jika begitu perangai kita, sah lah, kan itu satu perbuatan gila-gila, rasa-rasa betul kan?.


Alhamdulillah, segala ideal-ideal yang Allah Yang Maha Esa anugerahkan, bukakan pintu hati pada saya, saya mempertingkatkan, kumpulkan dijadikan dalam satu bentuk cecair pengalak resin, didalamnya terkandung bahan-bahan larutnya seperti Air mata, sukaduka, pengelaman kegagalan, ribuan sindiran dan mengenal erti nilai persahabatan. Ianya telah terbukti terhasil membentuk gaharu. Allah Jua yang menyembuhkan perangai gila-gila saya, tetapi yang masih berkekalan perangai kegilaan, pantang lihat pokok gaharu dan mulalah gatal tangan mahu lakukan inokulasi. 



Tamat sudah proses kaji mengkaji semuanya boleh dikatakan sempurna, sempurna cara kita dan jumlah besar pokok liar telah diinokulasi dengan menggunakan cecair pengalak resin ketiga ini. Begitu juga pokok ladang, ada yang baru inokulasi dan ada juga pokok yang kami bantu baikpulih setelah kegagalan inokulasi terdahulunya. Kami amalkan dua teknik inokulasi mengikut kajian-kajian yang telah kami lakukan keserasian dan keberkesanan cecair pengalak resin ciptaan. TQ.

No comments:

Post a Comment