Catatan ini adalah antara catatan lama,
ditaip awal tahun 2018 terperap dalam scandisk untuk diterbikkan dihalaman blog
http://Gold-Forest.blogspot.com,
telah berkali-kali mencuba untuk terbitkan dihalaman blog lama. Kemungkinan
jodohnya telah tersurat muncul diblog http://emasrimba.blogspot.com
sebagai catatan terbaru. Blog Gold-forest awal dibuka akaun pada tahun 2011,
jika saya tidak tersilap ianya terkandung 158 catatan halaman telah diterbitkan
dan catatannya menyepi bermula 2018 sehingga penghujung tahun ini. Saya anggap
ianya telah berkubur tanpa nisan disebabkan kelalaian sendiri terlupa kata
laluan begitu terjadi pada akaun email peribadi dan lain-lain akaun dialam
maya.
Akhir-akhir ini waktu seakan-akan
cemburui, selagi masa dikejar kita juga yang tertinggal, seperti tidak
mengcukupi waktu hari siang menyiapkan kerja berkaitan hingga kelarut malam,
ada kala terlena dipejabat terjaga hampir subuh. Maklumlah, kita boss, kita kuli,
kita kerani dan kita jugalah budak pejabat boleh dikatakan 80% urusan diselesaikan
seorang diri, tetapi, yang penting hati kita merasai kepuasan serta merasai
ketenangan, kadangkala hasilnya berbaloi diperolehi daripada hasil usaha penat
lelah kita sendiri.
Ada kala terdengar desas desus daripada
orang yang belum pernah bersua, mengenali kami hanya mengenal nama dan tidak
pernah berurusan apa-apa. Mengada-adakan cerita yang kita ini, begitu begini, jual
cerita rekaan sendiri semua usaha yang kami lakukan semuanya tidak betul. Semua
perkara kami lakukan tidak memdatangkan hasil, hanya dirinya sahaja yang berjaya,
itulah dinamakan perangai seorang manusia. Desas desus ini diceritakan
pengunjung kami, boleh dikatakan setiap orang yang mengziarah kami. Bagi kami,
perkara yang betul tetap kami akui betul dan buang masa untuk bukti hasil kejayaan
kami. Kami tidak berniat untuk menandingi sesesiapa pun dan tidak pernah komen
tentang hasil kerja orang lain. Jika mahukan bukti sah, kami akan buktikan
dengan menggunakan kedua biji mata.
Cara kami tetap berpegang kajian secara
amali, jika tidak ada kegagalan, kejayaan tidak akan terhasil, penghasilan
pembentukkan gaharu teknologi, bukan perkara yang boleh dianggap perkara mudah.
Jika perkara ini terlalu mudah, pasti tidak terkira jumlahnya pengusaha gaharu
terdahulu telah menjadi jutawan. Boleh kita lakukan kajian untuk menilaikan
jumlah pengusaha era baru yang telah berjaya menghasilkan cecair bacteria
sendiri dan adakah tuangan cecair bacteria mereka mampu membuat pokok gaharu
menghasilkan gaharu 100%?.
Catatan kali ini, saya bentang berhujah
ini bukan sebagai admin Gold-Forest, tetapi, sebagai seorang blogger gaharu bebas.
Tujuan saya mahu sama-sama memperolehi manfaat dibidang gaharu teknologi,
bersama-sama berkongsi maklumat daripada kajian yang sentiasa kami jalankan,
sekiranya ada pencanggahan dari kajian, pendapat, disegi teori dan amali,
jawapan ini adalah pasti ada, kerana setiap kajian yang dilakukan oleh seseorang
tentu ada pembezaan pertemuan jawapannya.
Begitu juga fahaman mengikut teori mencari
formula cecair pembentukkan, kita kena akui bahan larut yang digunakan atau
kulat tentu ada pembezaannya, tetapi, sehebat mana seseorang pencipta cecair
ini, bacteria kulat tetap diguna pakai sebagai bahan asas utama untuk dijadikan
bahan larut cecair pembentukkan oleresin dan jumlah spesis kulat akan membiak
melalui proses penapaian hingga tidak terkira jumlah spesiesnya. Untuk
menentukan spesies kulat yang berkesan membantu pembentukkan oleresin, inilah
persoalan yang masih belum terjawab. Sekiranya kami temui nama-nama spesis
kulat ini, ianya tidak akan didedahkan secara umum atau pada orang persorangan.
Saya sunting dari laporan kajian pada
tahun 1996-1998, yang mengatakan bahawa pembentukkan oleoresin akan berlaku,
apabila peningkatan kerosakan disebabkan jangkitan pertumbuhan kulat-kulat
tertentu dan pembentukkan oleoresin ini terlalu rumit untuk difahami. Faktor-faktor
yang lain juga merupakan peranan utama, seperti usia pokok, musim, perubahan
alam sekitar dan genetic Aquilaria spp ini. Bagaimanapun ianya memainkan
peranan amat penting dalam pembentukkan gaharu paksaan, dianggarkan 10%
daripada Aquilaria spp liar mampu menghasilkan damar.
Inokulasi adalah satu usaha untuk
membantu peningkatan kuantiti pengeluaran gaharu bertujuan pelbagai-bagai
produk dapat dihasilkan dan memenuhi permintaan dipasaran antarabangsa. Kajian
awalnya dilakukan pada pokok pokok gaharu liar, tetapi, tiada menemui data-data
statistic yang diterbitkan membuktikan kajian dilakukan pada pokok liar ini. Penyelidikan
inokulasi tiruan dilakukan pada pokok perladangan berusia 6-8 tahun, dilaporkan
bahawa apabila kayu tidak jangkiti telah disuntik cecair bacteria kulat
sebahagian besar pokok aquilaria spp ini akan menghasilkan gaharu.
Pengasingan kulat-kulat dilakukan
daripada Aquilaria spp, data-data menunjukan ianya mempunyai potensi setelah
berlaku tindak balas secara paksaan, seperti pengurangan kitaran terpenoid dan
aldehid aromatic, bagaimanapun laporan ini tidak lengkap mengenai penggunaan spesis
kulat-kulat yang telah melalui ujikaji, kemungkinan kajian dilakukan dikawasan
geografi berkeadaan persekitaran yang berbeza-beza. Walaupun terdapat pelbagai
bukti pembentukkan gaharu disebabkan oleh inokulasi buatan, ujikaji lebih
replikasi perlu dipertingkatkan bagi memberikan kenyakinan pada pengusaha
inokulasi boleh dilakukan secara komersial untuk meningkatkan pengeluaran
gaharu.
Inokulasi merupakan satu aspek penting
dalam gaharu agribusiness, kita semua mengetahui bahawa gaharu tidak mudah
terbentuk secara semula jadi, campur tangan manusia diperlukan untuk menyebabkan
pokok dicederakan atau disuntik cecair bacteria kulat tertentu tujuan
mempercepatkan pembentukkan (dikenali sebagai Inoculation process) pada pokok
berusia 5 tahun atau ukuran lilitan pokok 15 cm, bagi mendorong pembentukkan
gaharu secara paksaan.
Kami telah kumpulkan sejumlah besar
spesis bacteria kulat diproses dalam bentuk cecair, untuk disuntik pada pokok
pokok gaharu, supaya ianya terdedah kepada penyakit, dengan itu memdorong
pembentukkan gaharu melalui kecederaan jangkitan kulat. Luka akan merangsangkan
pokok menghasilkan oleoresin daripada tisu berkayu. Keadah inokulasi
berbeza-beza, bergantung kepada saiz lubang mengikut ukuran pokok.
Penilaian pada pokok kajian kami:-
Sebagai tindakbalas cecair bacteria yang dimasukkan melalui lubang yang telah
digerudi, daun pokok akan bertukar menjadi kuning dibahagian bawah, ianya akan gugur
dan akan mengeluarkan pucuk baru. Atau secara fizikal cecair bacteria kulat
mula menyerap dibahagian tisu kayu, fenomena biologi menerangkan bagaimana cara
pokok-pokok mula bertindak balas dalam menghasilkan gaharu. ertikata pembentukkan
gaharu terhasil daripada tindak balas pokok disebabkan oleh jangkitan pathogen,
kecederaan dan tekanan.
Mengapa inokulasi terdahulu gagal.?.
Saya hurai antara satu contoh pengunaan kulat Fusarium sebagai inokulasi,
kegagalan kerana sifat kulat fusarium terlalu kuat, bertindak terlampau ganas
boleh menyebabkan pokok yang diserang akan mati. Satu lagi masalah teknik
inokulasi yang ada berhubung kait dengan kegagalan kulat inokulasi, gagal melakukan
tindak balas kerana serangan terlalu lemah dan tidak ada keserasian terhadap
pokok. Punca kegagalan ini juga pasti tidak kesesuaian pathogen yang disuntik,
kesesuaian inokulat mikrob antara pokok merupakan faktor utama pada inokulasian.
Oleh itu untuk menentukan kejayaan, segala faktor proses inokulasi dan memahami
kesesuaian pathogen antara kesesuaian spesis adalah amat penting.
Dari laporan para penyelidikan
profisional hingga kepengusaha kampung, mengetahui pembentukkan resim harum ini
ada hubungkait pembentukkan daripada bagaimana kecederaan dialaminya, ianya
dibantu oleh serangan serangga dan serangan kulat. Maka pokok menghasilkan
resin yang tinggi dalam sebatian meruap, membantu, membenteras atau membantutkan
pertumbuhan kulat. Daripada kajian terdahulu melaporkan pelbagai-bagai spesis kulat-kulat
yang berkaitan dikaitkan dengan pembentukkan gaharu, tetapi, para pengkaji dan
penyelidikan tidak dapat pastikan spesis kulat tertentu yang mampu membentuk
gaharu.
Laporan kajian:- Mekanisme tindak balas
pertahanan kerana mengaktifkan kulat jangkitan mendorong pembentukkan gaharu,
pengaktifkan kulat menyebabkan biosintesis bahan-bahan pertahanan seperti
sesquiterpenes, sel-sel phytoalexine dan menyerap kedalam-dalam salur-salur
yang berada disekeliling melalui lubang, ia akan mengakibatkan halangan
pembentukkan, iaitu, vessal occlusions. Kedua-dua occlusions adalah pembawa dan
mungkin penyumbang utama kepada sekatan fizikal dan sebagai kimia perencatan
mikrod dalam pokok ini. Bilangan occlusions pokok dan jumlah sesquiterpenes
akan meningkat dengan tempoh masa jangkitan, akhirnya membawa kepada pembentukkan
didalaman batang yang dijangkiti atau dicederakan.
Anda boleh mencuba pelbagai-bagai
teknik inokulasi pada sebatang pokok kajian untuk penilaian penyerapan cecair
bacteria dan tujuan penilaian pembentukkan gaharu. Untuk menentukan kesesuaian
dan keserasian cecair bacteria ini, faktor-faktor akan menentukan jangkitan
kulat yang disuntik. Iaitu, kesannya ternampak jelas kereputan kulit
disekeliling lubang yang telah digerudi, akan ditumbuhi kulat dan sekiranya batang
pokok berukuran 35sm, ianya akan memaparkan rekahan panjang. Daripada
faktor-faktor ini menandakan pembentukkan gaharu telah terhasil didalam batang
gaharu, tetapi, untuk menentukan pembentukkan dibahagian dalaman batang gaharu,
ianya tidak boleh dinilai dengan mengunakan teknik manual. TQ.
No comments:
Post a Comment