Tahun 2019 sudah penghujung masih ada
kesempatan atau tidak untuk kita meraikan ambang tahun baru 2020. Percapaian
kerjaya pada tahun 2019 ini boleh dikatakan berjalan lancar, cuma ada yang
sangkut-sangkut lari daripada perancangan, tidak dapat dielakkan. Suntik pokok
selama 10 bulan sentiasa dipenuhi aktiviti suntikkan, tertunda pada bulan 11
disebabkan cuaca tidak mengizinkan. Telah masuk bulan 12, bulan terakhir tahun
2019 rasanya keadaan cuaca bagaikan cemburu, tidak mengizinkan aktiviti suntikkan serta
urusan perladangan.
Ketika cuaca begini ianya tidak
mengizinkan, jadual harian berubah-ubah setiap hari, masa dikhaskan untuk
menambah stock bekalan cecair pengalak resin, siapkan rendaman bilah-bilah
bamboo stick, bersihkan kayu serta memotong untuk penyulingan dan curi-curi
masa lawati pokok yang telah disuntik dilokasi berhampiran jalan. Project
jelajah suntikkan untuk awal tahun 2020 telah siap dijadualkan, rancangan
minyak pati daripada kayu sendiri bermula diawal tahun depan dan pengeluaran
minyak wangi akan ditambah dalam bentuk pembekal. Azam tahun 2020 memang tidak
ada, upgrade daripada azam lama seawal menceburi bidang ini. Tak kan setiap
tahun azam bertukar, kikikiki, kita upgrade sebaik mungkin untuk melancarkan
segala urusan berkaitan.
Daripada kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti
kerja harian, rupa-rupanya ada juga mata yang memandang, ada berita hal kita
lakukan diselidikinya dan ada insan memasang telinga sentiasa mengikut
perkembangan kerjaya kita. Kenyakinannya semakin kukuh bila terbukti yang kita
usahakan bukan separuh jalan, hari demi hari nampak kerjaya dan usaha kita
berkembang. Daripada kepayahan kita bina usaha bermula dengan huruf kosong,
kosong segala-gala dan masih belum boleh dikatakan 100% berjaya, kita hanya
mampu berusaha, tawalkal dan tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan serta
ketentuan dan setiap kejadian bukan dari kita.
Mencari tajuk agak berlainan mahu dicatatkan
dihalaman blog ini, mahu mencari satu-satu tajuk agak rumit juga dan mahu siapkan catatan ini pun,
bukan boleh siap seharian walaupun ideal tetap ada, sampai berpinar-pinar biji
mata silau hadap skrin Laptop. Cuba mencari maklumat dan mengeditkan supaya setiap
ayat agak mudah difahami, jika terlebih ayat-ayat kajian saintifik kan, tentu
ada yang kurang faham. Seboleh-bolehnya ayat-ayat sebagai catatan ditaip secara
ringkas, digemari dibaca serta membaca secara santai, walaupun halaman blog ini
berkaitan dengan penghasilan gaharu melalui teknologi.
Mengapa saya betul-betul mengemari
bidang kegaharuan?. Salah satu hobi kegilaan saya dari usia remaja hingga waktu ini memang gemar menjelajahi
hutan, bukit bukau, belantara dan sentiasa merasai menemui kedamaian setiap kali lakukan
penjelajahan. Bermalam dihutan rimba telah menjadi kebiasaan seperti makan
minum, tidak mengira ketika bersama berkumpulan dan keseorangan tiada pernah
merasai rasa erti takut. Jika mahu bergiat aktif dibidang ini, perkara paling
utamanya ianya sifat keberanian diri sendiri dan bila kita hanya mengharapkan
insan lain sebagai peneman, orang lain tidak akan mahu bersusah payah
menanggung kerja gila-gila kita kecuali kita ada duit melimpahi poket.
Berladang telah menjadi adat resam bagi orang kampong, pantang mendengar pokok tanaman apa yang dapat pulangan modal berganda, maka bermula akan menjadi satu wabak. Satu wabak kegilaan tanpa batasan, dari ura-ura
mengatakan tanam pokok stan boleh dijual sebagai kayu balak, maka kita pun
tanam, tanam pokok akasia boleh dijual pada kilang kertas, tanam lah juga. Orang
kata tanam pokok jati emas, harganya kayu dibayar tinggi, tanam lagi, tanam
pokok teja boleh diproses buat ubat nyamuk, kita pun sama tanam. Tanam rotan
dalam ladang getah, kita pun ikut tanam hingga mahu menoreh getah pun rimas,
sentiasa tersangkut duri rotan. Dengar khabaran buah salak madu harganya
belasan RM 1kg apa lagi terus beli benih dan akhir-akhirnya pemilik jentolak
dapat duit. Tetapi, terbaik juga ada kesempatan kita usaha daripada berpeluk
tubuh kita menanam pokok tanaman sebelum diri kita ditanam.betul Kan?.
Dalam menyepi, timbul lagi satu
penyakit bila terdengar harga buah dokong belasan RM 1kg, kikikiki.. gila lagi
diri kita, order benih. Tanah yang telah dipenuhi pokok getah hampir boleh
ditoreh rela dibersihkan untuk proses tanam benih dokong. Akhir-akhirnya harga
buah dokong jatuh 3kg RM10.00 pun masih tiada siapa mahu beli. Dalam sedang ghairah tergaru-garu timbul pula ura-ura mengatakan tanam pokok gaharu menjadi jutawan,
kikikiki, semakin mengila parah jadinya diri kita, siapa tak mahu jadi jutawan?.
Orang kurang siuman pun kenal duit, tahu akan nilai duit, lagilah kita yang
waras sikit-sikit ini. Cari pemilik jentolak bersihkan kebun dokong untuk
ditanam pokok gaharu, tanamlah sedikit sahaja 2000 pokok.
Rupa-rupanya kita sendiri tidak
mengenal siapa diri kita sendiri, poket selalu kebocoran kearah lain dan selalu
lari bajet. Kegilaan orang lain mampu mengurus ladang sebersih-bersihnya,
tumbesaran pokok tidak terbantut dan ikut pembajaan yang betul. Kita pula, masa
banyak dihabiskan untuk cari nafkah untuk suap mulut keluarga, cara kita kais
pagi makan pagi kais petang makan petang. Pokok gaharu yang telah ditanam terbiar,
ditutupi semak dan tidak berbaja hanya mengharapkan baja dipermukaan bumi semulajadi.
Pokok pemilik lain terus membesar subur walaupun usia 4 tahun, pokok gaharu
kita seusia dengan pemilik lain masih sebesar ibu jari. Pemilik lain telah
melakukan suntikkan, tetapi pokok kita tidak mahu membesar. Saya bertanya, “ada
harapan ke mahu jadi jutawan kalau berkeadaan begitu?.”.
Bila ada soalan daripada yang ingin
memulakan tanam pokok gaharu, saya akan beri jawapan begini. “ Lakukan sesuatu
perkara mengikut kemampuan kita, jangan ada sifat tamak, jangan lakukan kerana
meniru dan jangan sesekali yang kita usahakan itu membebankan kita dalam segala
hal”. Jika anda tidak percayai kata-kata saya, luangkan masa anda sila melawati
ladang-ladang gaharu dimana-mana lokasi yang anda mengetahuinya. Anda akan
temui jawapan-jawapannya, mengapa sebabnya pokok-pokok yang telah besar tidak
disuntik, mengapa kebanyakkan pokok yang ditanam rebah dan akan terjumpa pokok
yang mati. Anda akan temui jawapannya.
Apa dah jadi, dimana rancangan project
jutawan awal dulu?. Begini caranya, sebelum bermula pastikan kajian setiap aspek diantara baik
dan buruknya, diantara kemanisan dan kepahitan dan semasa kita terdaya dengan
tidak berupaya serta diantara kita masih berduit dan ketika poket kita kosong.
Maaf boss, saya bukan mahu patah-patahkan semangat juang anda, ianya cuma paduan
sebelum kita bermula mengusahakan sesuatu perkara, jangan pula dikatakan orang
kita cuma lakukan sesuatu perkara separuh jalan seperti hangat-hangat tahi
ayam. Anggaplah apa yang saya catatkan kali ini merupakan satu galakkan
kekuatan untuk anda berjuang, bersedia bersaing dan tiada keluar rasa keluhan
setelah anda mula menghadapi rasa kepayahan dibidang ini.
Pelbagai-bagai soalan dipersoalkan
ketika hadir perjumpaan sebagai jemputan, pertemuan dan perbincangan dengan pemilik pokok gaharu yang agak
berminat untuk inokulasian. Ada ditemui perangai agak pandai-pandai, mengikut fahaman ilmu taksiran
sendiri serta banyak bercakap benda yang tidak masuk akal, yang betul-betul pandai,
arif tentang gaharu pula berada dalam keadaan tenang dan memahami keadaan.
Pemilik-pemilik ilmu taksiran sendiri begini, betul-betul menyakiti jiwa kita,
bercakap hinggakan seperti terlalai dan tanpa menyedari dirinya tersilap,
bercakap ego tentang duit dia yang miliki itu kekal miliknya, pegangan akidah mula
goyang bila berhujah tanpa ada kenyakinan pada Yang Maha Esa, ketahuilah setiap
kejadian dan ketentuan bukan kita jadikan, perolehi rezeki banyak atau sedikit dan
begitulah jua rezeki yang telah kita nikmati kini, cuma ikhsan dan pinjaman dari
NYA jua.
Relex boss, relex.. kikikiki. Apa yang
jadi, jelas kan?. Lupakan yang telah terjadi tetapi kita masih ada ruang boleh diperbetulkan semula. Yang
tidak ada kemampuan lakukan secara sekaligus, kita lakukan ansur-ansur sikit demi
sedikit, ladang gaharu yang berkeadaan semak samun kita bersihkan sedaya upaya kita
dan kita bajakan biarpun dikatakan masa sudah terlewat. Selagi kita terdaya,
tiada erti apa itu kelewatan, cuma berlaku kelewatan itu disegi kemampuan poket
kita sendiri sentiasa kering. Usah risau tiada seseorang yang mengetahui poket kita tebal selama ini kerana berisi surat gadai atau tidak, kan?. Kan gaharu pun terhasil melalui pembentukkan
melalui proses patologi, kikikikiki.. samalah dengan keadaan kita.
Pada yang telah mempunyai pokok gaharu
tanam yang besar-besar walaupun 20 batang ke, cuba berfikiran secara waras,
berusaha suntik pokok tersedia ada anggap sebagai satu pelaburan kecil yang
kita mampu dan jangan memalukan diri sendiri hanya memiliki 20 batang siang
malam dijaja tawaran untuk dijual. Tiada sesiapa dikalangan pengiat gaharu akan
manyahut serta mahu melayan kerenah kita. Gunakan akal kita sendiri, sekiranya
kita antara seorang dikalangan pengiat adakah berminat membeli pokok sejumlah itu?.
Ianya sememangnya tidak berbaloi untuk pulangan balik kos suntik, kos ulang
balik lawatan susulan dan kos lain-lain perkara berkaitan.
Itulah, semasa mula-mula menanam dulu
mengapa tidak bertanya, mahu kepastian pada siapa mahu dijual pokok ini nanti, tanyalah
elok-elok pada sipembekal benih, biar hati puas. Ini tidak, pantang orang
bagitahu pokok ini boleh jadi jutawan terus order benih, tak menyempat-yempat,
terlewat sikit hantar benih berpuluh-puluh kali call, bertanya kenapa tak
hantar lagi. Kikikikiki, cerdik tidak bertempat kata orang-orang tua, dihati
ada kemahuan mahu jadi jutawan, tetapi buta hati tidak nampak rezeki sendiri
didepan mata. Bagaimana agaknya orang lain ada tergerak hati mahu nasihatkan kita.
Telah ternyata telah diperolehi rezeki mahu lagi dilepaskan, masa tidak ada
terkejar-kejar mencari sana sini dan bila dah terlepas orang lain mendapat
untung, tahu pula menyesal. Fikirlah sendiri…!!! TQ.
Wahhh panjang posting kali ni. Dah lama tak baca perkongsian Tuan di blog ������
ReplyDeleteKikiki.. lepas gian lama tak membebel
ReplyDelete