Friday, 6 December 2019

Tangan Didahi kaki Bersilang..!!!


Orang-orangan berkata.. Oh silap, orang mengata pengiat gaharu seperti kita ini banyak masa terbuang, yalah, nampak relex jer setiap pukul 7.45 hingga 8.30 pagi. Setiap hari ahad hingga hari khamis pagi tentu terjumpa diwarong kopi dan waktu petang antara pukul 5.50 hingga 6.30, hari jumaat dan sabtu tidak nampak bayang kemungkinan sedang membuta bersama bantal bucuk agaknya. Walaupun hari-hari ketemu ada juga yang kurang mengenal kita secara dekat, sering diajukan pertanyaan. “Kerja apa, kerja dimana dan tinggal diarea mana”. Yalah, orang pandang kita semacam jer, kita cuma ada Honda lampu bulat, tidak sehebat dia orang berhonda lampu berlian. Kita cuma minum air tea O dan makan roti canai kosong pula tu, mana ada standard kan?.


Saya tetap amalkan pesanan orang-orang tua, jadilah seperti pokok padi sentiasa tunduk dan ada ketika menjadi ular dimana-mana berada bisanya tetap tidak hilang. Saya tidak pernah ambil tahu tentang pekerjaan kawan-kawan, kita berkawan bukan kerana perkerjaan mereka tetapi berkawan kerana untuk jalirkan silaturrahim. Jawapan saya setiap kali ditanya “tidak berkerja apa-apa, makan tidur hari-hari”. Jika dibagitau apa kerja kita, tentu banyak soalan mesti dijawap, lagipun diwarong kopi bukan tempat sesuai untuk bercerita tentang kerjaya serta hal-hal peribadi dan yang terbaiknya itu lah jawapannya.


Jika mahu diceritakan, tiada sesesiapa mempercayai telah berjaya atau tidak kerja gila-gila begini. Maklumlah menaiki Honda lampu bulat serta sentiasa berpakaian pakaian yang lusuh. Itulah hakikat sebenarnya, pakaian yang lusuh berpunca memperolehi bauan kertas bergambar Agong, Kikikkikii, dengan kaki seluar sentiasa berlipat tu. Kebiasaanlah, Kan mahu kehutan dan dalam raga honda semua ada, parang serta sedikit bekalan. Begitulah perangai seorang pengiat gaharu seperti kita, kita bukannya kerja dipejabat berhawa dingin mesti berpakaian kemas bertali leher, kasut berkilat serta berbaju kancing lengan. Kikikiki, berpakaian seperti mahu masuk pejabat, sah kera-kera lutong-lutong kesemuanya tercenggang dan tergaru-garu pula kedua-dua binatang ini, tentunya berkata-kata sesama mereka “tu binatang spesis pula masuk kawasan kita nie”.


Untuk dapatkan sagu, ruyung wajip dipecahkan dan untuk dapatkan sesuatu ilmu wajip kita kena belajar, betul kan?. Ilmu seseorang itu bukannya terletak pada mukanya, penampilannya serta kemewahannya dan sebijak-bijak seseorang itu bukan semua ilmu dia miliki. Mereka hanya cerdik dibidang ilmu yang mereka miliki sahaja bukan semua bidang. Habis tu, mengapa kita rasa rendah diri dan mengapa rasa malu dengan kerjaya kita. jika memiliki ilmu bergedung-gedung jika malas berusaha tidak kemana juga, kan?. Apa-apa kerjaya yang kita lakukan tidak sesesiapa pun yang dapat menentukan jumlah rezeki kita akan perolehi nanti.


Ianya tiada kemungkinan untuk kita berjaya, sekiranya sentiasa berusaha didalam apa-apa bidang sekalipun dan jika kita gagal hari ini tidak mestinya kita akan terus gagal selama-lamanya. Dari kegagalan kita juga, kita telah berjaya memperolehi pengelaman, ilmu daripada kegagalan itu akan membantu kita bagaimana meneruskan kerjaya kita dan sentiasa berwaspada supaya kegagalan tidak akan berulang lagi. Begitu juga yang telah dilalui oleh para pengiat gaharu teknologi yang mencipta cecair pengalak resin untuk penghasilan pembentukkan gaharu dan kegagalan bagi mereka adalah satu jalan penyelesaian sebagai jawapan mencari punca kesilapan.



Saya mengkaji setiap aspek bagaimana pokok gaharu memulakan menghasilkan pembentukkan, ianya bermula apabila berlakunya akibat kitaran alam secara semulajadi dan diakibatkan kecederaan. Saya bandingkan antara pokok yang subur, usia pokok dan alahan daripada tiupan angin, serangan serangga, kesan microoganisme pada lubang-lubang semut bersarang serta setelah pokok ini patah akibat angin bagaimana membiak kulat-kulat penyerang. Kemungkinan factor-foctor ini sebagai antara asas kajian digunapakai oleh para-para sainstif memulakan kajian terdahulunya dan jawapan serta keputusan secara detailnya untuk kajian mesti melalui dengan menggunakan peralatan teknologi sainstifik.


Panjat memanjat sudah menjadi satu amalan bagi diri saya, tetapi tidak memandang kebawah, kikikiki.. tentu datang perasan gayat serta mengigil dengan tiba-tiba. Semasa memanjat mesti berhati-hati kerana dahan-dahan kecil pokok ini walaupun sebesar lengan ianya mudah patah dan ianya merupakan kayu lampong. Bagaimana spesis Aquilaria spp ini mampu menghasilkan gaharu padahal kayunya ringan serta lampong, mempunyai oleoresin didalamnya, bila menjadi gaharu bentuknya keras serta mengeluarkan bauan wangi dan bolehkah terus diproses penyulingan kayu tidak diserang penyakit?. Bagaikan mahu pecah kepala kita memikirkannya perkara seperti ini, sekali fikir tentu tidak logic kan?.


Dari mula-mula bergiat dulu-dulu hingga sekarang terasa hairan mengapa gaharu dipanggil teras, jika teras pada pokok ianya terletak ditengah-tengah bahagian dalam pokok. Yang dikatakan teras gaharu pula ditemui merata tempat tidak menentu. Kikikiki.. jika dikatakan isi mesti juga berada ditengah-tengah, bersepai-sepai otak, sekejap-kejap otak menjadi jem, jika mahu menyelesaikan huraian ini. Betulkan?. Isi serta teras mesti berada ditengah-tengah, jika buah-buahan mempunyai kulit pembalut isi, yang gaharu yang dipanggil berisi dan teras ditemui tidak mengira tempat. Adakah catatan saya kongsi ini menyentuh permasalahnya agak rumit untuk diselesaikan?. Kikikikiki.


Cuma Andaian:- Jika diperkatakan bahawa spesis Aquilaria spp mengandungi oleoresin, buat apa susah untuk dicederakan untuk diambil sebagai kayu prosesan penyulingan minyak pati. Tebang, angkut semua dan potong-potong serta mesin menjadi debu terus lakukan penyulingan, kerja-kerja akan menjadi lebih ringkas tidak payah bersusah payah dilakukan mencederakan pokok ini. Sudah pasti sekiranya boleh dilakukan sedemikian, minyak pati mudah didapati serta sudah tentu berharga murah, 1 liter agaknya boleh dibeli dengan harga RM20.00 atau kurang lagi dari harga tu. Kikikiki, Ada pernah terjadi perkara ini, saya hanya terdengar dan diceritakan oleh seorang kawan. Ada seorang Prof lakukan percubaan penyulingan dari kayu-kayu tidak dijangkiti ini, menemui kegagalan kehadiran minyak dan yang hadirnya semasa tempuh merendam dipenuhi ulat-ulat.


Daripada fikiran saya, seandainya pokok-pokok Aquilaria ini yang tidak dijangkiti  mampu menghasilkan minyak pati, perkara yang pastinya timbul. Ialah, telah berabad-abad pokok ini diburu dan ditebang maka bakanya kemungkinan zaman kita ini telah pupus. Yang tinggal cuma nama spesisnya sahaja, rupa pokok Aquilaria spp ini entah bagaimana rupanya. Pokok-pokok besar-besar tidak mengira subur dan kelihatan sakit, tetap ditebang oleh pencari gaharu dengan penilaian dari andaian meneka dan daripada pengelaman mereka pokok telah terhasil gaharu. Itulah penyebabnya untuk mendapat gaharu atau oleoresin daripada pokok ini mesti pokok berkeadaan tercedera dan disakiti.



Yang hebatnya awal 30 tahun lalu, ramai para petani mula berladang gaharu serata tempat diseluruh Negara kita. Ada yang tanam dihalaman rumah, dalam kebun, yang kemampuan buka ladang dari keluasan tanah 1 ekar hingga berpuluhan ekar dengan berangan-angan, kaya, kaya, kaya, kaya akan jadi jutawan. Jutawan tangan atas dahi kaki bersilang sambil jari jemari kaki digerak-gerak.. kikikikii, begitulah perangai setiap malam kerana memikirkan pokok dan untung nasib duit telah banyak habis. Penyebab terjadinya begitu kerana tidak ada maklumat tepat, yang diberitahu hanya pokok ini orang akan beli dengan harga yang tinggi. Tetapi siapa pembelinya?.


Untuk penilaian pokok gaharu ini bagaimana ianya menghasilkan gaharu, anda cuba tebuk atau takel dan biarkan dalam berkeadaan luka dibiarkan terdedah. Setelah dua tahun anda boleh datang melihat hasilnya, anda dapati kesan tebukan anda lakukan dahulunya, jika didapati ianya sembuh bererti ianya gagal menghasilkan gaharu kerana tanpa ada jangkitan kulat penyerang. Apabila anda mendapati ianya kelihatan kesan kereputan meluas dipersekitaran tebukkan itu, ianya telah dijangkiti serta diserangi kulat-kulat dan sesquiterpenis telah membantut serangan kulat-kulat, keputusannya telah terhasil pembentukkan gaharu walaupun sedikit.


Jika keputusan diperolehi dalam sebulan dua boleh dianggap perkerjaan senang. Bercakap senang boss, suntik hari ini bulan depan boleh tebang dan boleh pasang angan-angan dua bulan nanti boleh buat tempahan SUV, 4x4 dan bawa family melancong di Kutub utara. Tidur malam tidak lagi terkebil-kebil renung bunga siling kapor dan tangan dah tidak lagi letak atas dahi, kikikiiki.. Dah pantang baring terus lena. Nie tidak, mahukan lelapkan mata, mak ooiii bukan main sukar. Pelbagai-bagai imbasan muncul difikiran, hal api, hal air dan angin pun muncul, berjuta-juta gambaran tanpa wajah datang. Besarnya masalah hingga mengalah masalah pemimpin Negara, disebabkan hanya pokok gaharu satu ekar.


Apa salahnya berbincang elok-elok pengiat yang memiliki cecair pengalak resin mahu suntik pokok bersama pengiat telah terbukti cecairnya telah berjaya menghasilkan gaharu. Perbincangan itu penting, biar bergaduh dahulu daripada bergaduh kamudian hari, kan sama-sama mahukan menaafat  Yang kamu pergi berurusan melalui broker tu wat per?, tak kan tidak mengetahui perangai semulajadi si-broker, dua kali ganda akan dicajnya dari kos sebenarnya. Pastikan jangan dikekalkan perangai lama, tiap-tiap malam tangan didahi serta kaki bersilang dan ditambah pula disisi sentiasa didampingi radio buruk rancak berbunyi-bunyi nyanyian lagu rock kapak, maka bertambah-tambah masalah muncul, kikikiki. Betulkan?. TQ.

No comments:

Post a Comment