Setiap kali catatkan tujuan
pengkongsian ilmuan serta maklumat sebagai dedahan dihalaman blog gaharu ini. Saya
tidak ada berniat untuk sakitkan hati sesiapa dan satu kebiasaannya sifat
sebagai blogger mesti lantang membetulkan apa yang tidak betul. Tujuannya demi
kebaikkan untuk semuanya termasuklah diri saya sendiri tidak berkecuali
sama-sama berniat mahu mencari kebaikkan. Kita dilahirkan bertelanjang,
bercakap diajar menyebut setiap patah perkataan, diajar mengenal setiap benda
dan pakaian pun dipakaikan dan itu mengambarkan kita tidak ada kesempurnaan
dari awal kelahiran lagi.
Apa yang baik kita ambil
sebagai tauladan serta ikhtibar, tentu ada ayat-ayat yang tidak elok boleh kita
jadikan sempadan. Adakala antara sifat kita mudah terlalai, kita memang sebati
memiliki perangai bersifat nafsu keegoan dan kita sentiasa mengaku cerdik dalam
semua bidang. Tidak pernah merasai kepuasaan dari apa yang telah kita miliki
dan perasan irihati tentu ada walaupun kita tidak mengzahirkannya. Perangai
kita memang sukar menerima keputusan apa-apa perkara, walaupun pada dasarnya
kita sering lakukan kesilapan dan selagi kita boleh berupaya berdolak-dalih
selagi itu kita berusaha membuktikan apa yang kita lakukan mengikut peraturan.
Disebabkan setiap hari
masuk ladang serta hutan melawati pokok-pokok gaharu, masa banyak dihabiskan
dalam berkeadaan keseorangan, begitu juga ketika berada dipejabat seorang diri
dan sudah tentu pergaulan dengan kawan terhad. Had pengaulan serta perbualan
bersama kawan boleh dikira masa cuma 2jam satu hari dan selebihnya menyepi
siapkan kerja-kerja berkaitan kerjaya. Kita belum termasuk didalam kalangan
orang yang telah capai kerjayaan, masih banyak perkara belum diselesaikan
mengikut perancangan dan mengejar masa untuk mencepatkan perkara-perkara
sekiranya ada yang tertunda.
Kita tidak boleh menari
berlagu mengikuti rentak digendangkan oleh orang lain ianya akan menjadi
langkah kita sumbang, oleh kerana itu kita gendangkan sendiri mengikut tarian
rekaan kita dan kita dapat menari dengan lancar. Bila ada seseorang bagitahu
itu ini, ini begitu, cuma boleh didengar tetapi amat susah untuk dimasukkan
kedalam kepala, sebab apa yang dibagitahu itu bercanggah fikiran kita dengan
fikiran mereka. Banyak perbezaan kerjaya mereka diantara kerjaya yang kita
usahakan, ya lah kan..? Mahukan dapat sesuatu benda mesti diperolehi ditempat
yang betul, kalau mahu beli ikan mesti pergi kat pasar tentu ada dijual, kalau
pergi bertanya dan mahu beli ikan dikedai basikal, sah dikatakan gila.
Semenjak akhir-akhir ini
terlalu banyak pertanyaan mengenai inokulasi, mengenai penghasilan selepas
inokulasi, pertanyaan bagaimana hasil terbentuk sampai ketahaf mana dan bila
boleh dituai. Mahu menjawab soalan pun agak sukar, kerana ianya pertanyaan dalam
berbentuk mesej dan berbentuk komen. Jika kita menilai daripada gambar-gambar
yang postkan pasti kita akan tertipu, tentu ada yang telah diedit dan
dicolorkan menggunakan appalications photoshop serta perbagai-bagai
appalications tersedia dimedia teknologi dizaman canggih ini.
Sekiranya anda mempunyai
pokok gaharu usah mengira jumlahnya, yang penting berapa size kecil atau besar dan
pokok ladang serta pokok tumbuh liar. Saya syorkan anda dapatkan maklumat yang
betul-betul tepat, biar ada rasa berpuashati dan segala bukti hasilnya mestilah
melalui mata anda bukan daripada bacaan serta telinga. Tentang inokulasi, ada
yang gemar lakukan pada pokok kecil berusia 3 tahun, ukuran nya paling mudah
kita bayangkan adalah sebesar paha. Jika anda bertanya saya, boleh diinokulasi
atau tidak?. Jawapan saya, ya boleh, tetapi saya tidak berapa gemar inokulasian
pokok sebesar ini. Dan ini pengelaman saya, penyebabnya gaharu terhasil
walaupun padat ianya terlampau ringan setelah berada didalam berkeadaan kering.
Teknik-teknik inokulasian
pula, terlalu banyak teknik yang diamalkan, teknik-teknik bergantung pada
seseorang pengiat mahukan hasil gaharu dalam bentuk cip dan padat antara tujuan
untuk proses minyak pati serta atau untuk kemenyan. Ada pengiat melakukan
teknik sapuan untuk kayu-kayu memprosesan minyak, kesemuanya teknik bergantung
cipta rasa seseorang pengiat inokulasi dan keperluaan semasa. Pelbagai-bagai
teknik telah dilakukan bertujuan pokok menghasilkan pembentukkan gaharu dan
tiada diwajipkan teknik-teknik tertentu yang berlaku pembentukkan. Yang utama
dan penting dalam penghasilan pembentukkan gaharu buatan ini peranannya bermula
daripada cecair pengalak resin.
Sekiranya penghasilan
gaharu terbentuk 100% dikeseluruhan pokok, bermula dari akar, batang,
cawangan-cawangan dahan serta ranting. Ianya satu pembentukkan luar biasa dan
tidak mungkin akan berlaku, sebabnya pokok-pokok ini tidak akan mampu
meneruskan kehidupan. Bahagian gaharu terbentuk ianya berkeadaan kering atau
kayu telah dijangkiti tidak berpungsi untuk menyerap air, baja serta makanan
untuk meneruskan kehidupannya. Daripada tisu kayu yang tidak dijangkiti akan
menyokong pokok ini bertahan sebagai sumber untuk hidup serta terus
menghasilkan benteng pertahanan daripada serangan kulat-kulat yang merebak
didalam batangnya.
Jika satu-satu pokok mampu
menghasilkan antara 30% sehingga 50% gaharu ianya merupakan percapaian terbaik
dan boleh dikatakan sudah berbaloi pulangannya dari kos yang kita laburkan pada
satu pokok. Jika pokok mengalami kereputan bergitu meluas untuk mencapai 30%
pembentukan agak mustahil, tetapi jika tiada ada berlaku walaupun sedikit
kereputan dibahagian mana-mana tempat diinokulasian, timbul pula masalah
kegagalan pokok ini menghasilkan pembentukkan. Kikikiki. Bukan senang mahukan
ketepatan daripada jangkaan kita untuk menilaikan bagaimana penghasilannya
daripada pokok ini membentuk gaharu melalui teknik paksaan ini.
Bila kita bertanya
peratusan pokok-pokok terhasil pembentukkan pada seseorang penginokulasian,
pasti jawapan kita terima “100% boleh menjadi boss”. Memang betul jawapannya
dia tidak bohong, kerana jawapan tepat daripada apa yang kita soalkan. Jawapan
itu mengenai pembentukkan pokok-pokok bukan untuk satu pokok, jawapan
keseluruhan pokok-pokok yang telah mereka inokulasi. Jika size pokok sebesar
betis tidak mungkin mampu menghasilkan gaharu sampai 3kg, jika menghasilkan 3kg
boleh dikatakan amat luar biasa dan tidak pernah terjadi. Tetapi, bukan perkara
mustahil jika ada cecair pengalak resin yang power-power boleh menghasilkan sejumlah
itu, kikikiki, boleh cuba.
Mahu hurai tentang
kematangan ini agak sukar sedikit, maklumlah pembentukkan terjadi bukan
ditempat kita tidak boleh nampak dan gaharu terbentuk dibahagian dalam
dilindungi pula oleh kulit serta kayu masih hidup. Cuma mengikut pengiraan
seseorang penginokulasian, setelah bermula daripada tempuh tarikh inokulasian
dilakukan, gaharu akan matang setelah dua tahun. Ini dari fikiran saya,
sekiranya poket kita berisi saya lebih gemar menanti selama empat tahun akan
datang. Tuaian tempuh dua tahun ini, banyak kemungkinan akan terjadi,
pertamanya menghasilkan gred agak rendah, keduanya gaharu agak ringan dan
ketiganya warna gaharu akan berubah daripada kehitaman ke warna pudar.
Ada dikalangan pemilik yang
telah melakukan inokulasian pada pokok-pokok mereka kebimbangan kerana terjadi
masalah kereputan. Ianya terjadi disebabkan kulat-kulat menyerang dibahagian
aliran cecair pengalak resin yang menyerap melalui salur-salur tisu kayu dan cuma
sesquiterpenes sahaja yang mampu mengawal selia serangan kulat-kulat ini. Jika
tiada berlaku seperti ini, pembentukkan akan terhasil disekeliling kawasan lubang
yang digerudi itu sahaja dan ianya terbentuk seperti cincin. Didalam
penghasilan pembentukkan seperti ini, ianya tidak akan tercapai keputusan yang
kita harapkan, inginkan penghasilan 30% pembentukkan sehingga 60% hasilnya
daripada satu pokok.
Gaharu membentuk pelbagai-bagai
bentuk, adalah nipis panjang, nipis pendek, padu panjang, besar
bertongkol-tongkol dan ada bentuknya agak pelik pernah ditemui. Apa-apa
pembentukkan yang terjadi itu tidak penting, yang kita harap-harapkan cuma gaharu
terhasil daripada teknik-teknik inokulasi yang kita lakukan itu. Jika kita tanam
benih dikalangan spesis-spesis terpilih yang mahal-mahal harganya, sekiranya
tidak menghasilkan gaharu ianya menjadikan satu kerja yang sia-sia. Kerana,
daripada niat asal kita bertujuan untuk dapatkan gaharu sebagai pulangan dan
keuntungan modal pelaburan. Betul kan atau adakah anda hanya tanam bertujuan
suka-suka atau cuma untuk perhiasan sahaja?.
Catatan ini cuma paduan
asas daripada nota kajian saya, kemungkinan ianya agak berlainan keputusan kajian
dengan pengkaji lain. Setiap kajian seseorang tidak akan sama apa yang mereka temui,
walaupun kajian dilakukan terhadap perkara yang sama. Bercabang-cabang ilmu
yang kita peroleh, walaupun bagaimana bentuk ilmu dan apa-apa keputusannya
ianya tetap berguna, manatahu depan hari nanti ilmu yang kita anggap itu tidak
sempurna, rupa-rupanya sangat bernilai. TQ.
No comments:
Post a Comment