Mencari ideal-ideal
kesesuaian sebagai penutup pengkongsian untuk diterbikan sebagai cacatan
terbaru pada penghujung tahun 2019. Sebelum membebel panjang lebar saya
mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2020 dan
sama-sama kita doakan semuga tahun 2020 nanti kejayaan demi kejayaan dinikmati
oleh kita semua. Pada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti
kami, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tanpa sokongan moral dari
anda, siapa lah kami dan pasti kami tidak mampu menglangkah sejauh ini.
Telah memasuki 21 tahun
bergiat didalam bidang kegilaan ini, tetapi masih banyak hal-hal berkaitan yang
tidak diketahui, dengan sendirinya terasa betapa bodohnya diri, kerana
kekurangan ilmu tetap menghantui diri. Kemungkinan kerana pergaulan terhad
serta dikalangan para sahabat tidak ada seorang dikalangan mereka bergiat
dibidang kegaharuan dan maka terkapai-kapailah diri saya untuk mendapat
walaupun satu maklumat. Walaupun pada seawal pengiatan dikelilingi
pengiat-pengiat yang boleh dikatakan hebat dan dikalangan mereka ini telah
dikenali ramai. Tetap bersyukur walaupun keseorangan masih mampu bertahan
ketahaf ini, walaupun begitu masih tetap menganggap diri sendiri masih tidak
termasuk didalam golongan yang berjaya dan masih ada perasan ketidakan kepuasan
hati sendiri dengan percapaian waktu ini.
Tahun 2020 kita terus
membaiki langkah sendiri, teruskan apa yang telah dirancang diwaktu awal
pengiatan dan masih mengunapakai pesanan dari orang tua-tua bila menyeluk
pekasam biar sampai kepangkal lengan. Kita berjalan kehadapan sentiasa mengikut
denai, mata memandang kedepan, tetapi jangan terlupa menoleh kebelakang sekali
sekala. Ada jejak-jejak yang elok atau tidak elok telah kita tinggalkan, yang
elok kita boleh digunapakai dan yang tidak elok kita jadikan paduan supaya
ianya tidak berulang dihadapan hari.
Walau bagaimanapun bergiat
sepenuhnya dalam bidang penghasilan gaharu teknologi, saya tidak memandang
rendah pada gaharu semulajadi serta tetap meneruskan kajian bagaimana
pembentukkan gaharu secara semulajadi terhasil. Kajian bukan bertujuan untuk
menandingi mana-mana pakar-pakar bertauliah, kajian hanya untuk diri sendiri supaya
tidak terus diperbodohkan dan memang sifat diri tidak suka menyia-yiakan
sesuatu maklumat yang belum pasti betul. Setiap kali maklumat terbaru
diperolehi tentunya ada perkataan kemungkinan dan perkataan kemungkinan ini lah
buat fikiran saya sentiasa meragui maklumat tersebut.
Pengeluaran gaharu diantara
Indochina dan di Malaysia, mengapa sebilangan besar spesis gaharu liar *Aquilaria
sp hampir pupus di Indochina dan pemburu gaharu dari Indochina memasuki Negara-negara
lain lakukan kegiatan mencuri gaharu?. Pasti ada mengatakan maklumat seperti
ini tidak begitu penting, tetapi ianya merupakan satu sejarah dan kita tidak
boleh ubah apa yang telah berlaku malahan pula ianya berlaku di Negara kita.
Walaupun spesis Aquilaria sp ini hampir pupus dihutan Malaysia pada dasarnya
akibat pembukaan tanah untuk perladangan kelapa sawit, pencerobohan pembukaan
tanah oleh masyarakat setempat dan hasil hutan dikeluarkan oleh orang asli
serta masyarakat kita tidak seberapa, dijika dibandingkan gaharu yang dicuri
dibawa keluar oleh kumpulan pendatang daripada luar Negara.
Saya memang gemar membaca
buku-buku tentang gaharu, melayan website serta kajian-kajian terdahulu yang
ada hubung kait mengenai gaharu semulajadi dan penghasilan melalui paksaan. Sekiranya
ada maklumat yang tidak saya fahami daripada pembacaan ini, saya akan emailkan
pada adminnya untuk dapatkan penjelasan. Jika ada niat mahu belajar jangan ada
sifat malu, kita wajip usahakan untuk puaskan hati kita dan dengan jawapan yang
kita terima nanti pasti ianya sangat-sangat berharga.
Saya pernah emailkan
berbentuk perbincangan dengan seorang kenalan merupakan salah seorang pengkaji
gaharu terkenal. Antara satu tajuk perbincangan kami mengenai “Bagaimana
factor-factor utama berlaku pembentukkan gaharu semulajadi banyak ditemui di Indochina
dan antara spesis-spesis Aquilaria sp hampir pupus?”. Daripada perbincangan ini
kami sama-sama sependapat, bahawa gaharu semulajadi yang ditemui di Indochina ianya
melalui proses kitaran alam, iklim, kepanasan haba, kesan daripada bahan kimia
diedarkan melalui udara, diakibatkan dari perperangan berlarutan dan dibantu
pula oleh serangan kulat-kulat berkaitan.
Kepupusan Aquilaria sp di
Indochina bermula di Negara Vietnam, ianya tejadi akibat kerakusan pemburu
haram setelah berabad-abad lamanya gaharu diburu dan gantian tanaman semula
tidak dilakukan. Bila spesis gaharu di Negara Vietnam hampir pupus, para-para
pemburu haram gaharu dari Vietnam ini memasuki Combodia, daripada combodia
mereka memasuki Butan, Myanmar, Nepal, Thailand, India, Papua, indonesia dan memcerobohi
seluruh belantara Malaysia. Hasil buruan ini diseludup dibawa pulang ke Negara
mereka, kita cuma menyedari setelah khazanah kita hampir kepupusan dan yang
masih terjumpa waktu ini hanya sisa-sisa terbaki setelah kerajaan menyedari
mula pengkuat kuasa akta penghutanan. Tetapi, diwaktu ini masih ada berlaku
pencerobohi dilakukan oleh pendatang yang mendapat kerakyatan Malaysia dan
pemburu gaharu dari Negara jiran.
Kemungkinan disebab
pelancaran Kelantan Keridor Depu diantara salah satu punca berlakunya
kemusnahan spesis Aquilaria sp dihutan belantara di Negara kita. Projek
kerajaan Negeri Kelantan ini digambar gemburkan dengan status jutawan dan
ditambah pula melalui ura-ura yang tidak ada kepastian bahawa satu pokok boleh
dijual ribuan RM. Ianya merupakan satu igauan disiang hari, salah satu tektik
licik yang dimainkan oleh pengusaha diluar Negara untuk pasarkan benih-benih di
nurseri mereka. Salah satu tektik pengusaha ini menghantar berapa-berapa group
pencuri gaharu ke Negara Kita, Group ini akan memusnahkan spesis gaharu sambil
mengangkut gaharu-gaharu ditemui.
Pada hakikatnya project
Keridor Depu ini menemui kegagalan, bukan bererti kegagalan disegi pengalakan
penanaman pokok karas, ianya telah berjaya memupukkan semangat hijaukan bumi. Sejumlah
besar para petani berminat menanam pokok karas ini secara ladang, dikebun-kebun
dan dihalaman perumahan. Kegagalan projek ini disebabkan menerima pakai
maklumat tidak tepat, pihak-pihak yang terlibat pula tidak mempunyai kepakaran
serta kurang pengelaman disegi penginokulasian dan tidak berupaya membekalkan
cecair pengalak resin yang betul-betul mampu menghasilkan pembentukkan gaharu.
Ianya telah menjadi satu
wabak penanaman pokok jutawan, merebak keseluruhan Negara sehingga juta-juta benih
daripada Negara Jiran diseludup masuk ke Negara kita dan antara salah seorang terdiri
dalam kalangan penyeludup, membawa masuk benih-benih gaharu secara haram,
termasuk saya seorang.. kikikikiki. Itu kisah lama, ketika petani tergila-gila,
terigau-igau, pagi petang, siang malam pasang angan-angan tanam pokok gaharu
1,000 batang, bila pokok berumur 6 ke 7 tahun, dikatakan bernilai 1 juta RM dan
kita cuma mengejar peluang sebagai pembekal supaya angan-angan mat jenin mereka
tercapai, tidak menjadi kesalahan kan?, kerana niat kita mahu membantu..
Kan?.kikikikiki.
Ketika wabak kegilaan
igauan status jutawan dibesar-besarkan oleh orang-orang ada kepentingan diri,
dijaja sana-sini, tidak ubah seperti jual goring pisang dan hari-hari mendapat
tempahan mahukan anak benih. Menanti tempuh masa selama 6 ke 7 tahun bukan
waktu yang singkat, ianya terlalu lama dan segala kemungkinan akan boleh
berlaku. Sejumlah besar pokok-pokok tumbuh liar telah disuntik serta dimasukan
cecair pengalak resin dan hingga waktu ini masih terdapat kesan-kesan inokulasi
pada batang pokok ini. Pokok-pokok yang telah diinokulasi itu tetap hidup subur
walaupun terdapat lubang-lubang dari pangkal hingga ke dahan-dahan dan jika
anda meragui kata-kata saya, datang kunjungi kami, saya akan bawakan anda
menjelajah pokok-pokok yang telah diinokulasi di era Kelantan Keridor Depu.
Daripada hal-hal sedemikian
kita boleh jadikan satu iktibar serta paduan, kita wajib buang sifat meniru
perkara yang melibatkan pembaziran, lakukan sesesuatu perkara mesti ada
maklumat tepat dan bersedia lakukan kajian setiap aspek. Saya telah jelajahi
setiap pelusuk Negeri-negeri di Negara kita, terbukti menemui sejumlah besar
pokok gaharu ditanam ketika era keridor Depu dan masih hidup subur walaupun
tanpa jagaan. Begitu juga ladang gaharu atau karas hak milik Kelantan Keridor
Depu terbiar tanpa jagaan dan terdapat juga pokok diladang ini rebah tetapi
masih mengeluarkan tunas.
Sekiranya, kami miliki eset
seperti gunung ganang berlereng-lereng, sudah pasti kami akan adakan rundingan
mengambil alih ladang-ladang terbiar seperti ini dan inokulasi semuanya pokok
yang ada. Sayangnya, kami tidak ada kemampuan untuk membantu selesaikan
permasalahan besar seperti dihadapi oleh mereka. Kami telah lakukan beberapa
kali rundingan semeja mengenai kos inokulasi dengan beberapa orang pemilik
ladang gaharu dan keputusan daripada pihak kami, memang kami tidak ada keupayaan
untuk mengeluarkan modal daripada tabung kami untuk menanggong kos upah pekerja
inokulasian dan kos bekalan cecair pengalak resin walaupun cecair itu kami
cipta sendiri.
Terlintas difikiran saya
semasa melayan angan-angan. Membantu biarlah bertempat, jika berniaga mahukan
keuntungan dan upah kerja. Semasa mula menanam dulu-dulu siapa yang suruh tanam
dan Kan telah tahu batu itu satu beban, mengapa berusaha mahu digalas?. Tidak
ada guna kita mengambil masalah orang, letak diatas bahu kita, betul kan?.
Kikikiki. . Menjelang tahun 2020 setiap perkara berkaitan telah dirangka,
program perjelajahan inokulasi, penilaian pokok-pokok yang telah dinokulasi,
menghapuskan system pembayaran ansur-ansur kos penginokulasian dan tidak ada
lantikan agen-agen dimana-mana negeri. Harap maaf dan maklum. TQ.
No comments:
Post a Comment