Baru aja masuk tahun 2020
telah bermula lagi perangai lama, ada-ada isu di update masing-masing bersifat
aku sahaja yang betul.. kikikiiki.. Dimana azam baru mahu baiki lebih terbaik
dan perangai semakin tidak betul sempurna menyambut tahun baru. Masih lagi kekalan
bersifat egoan dan tetap menyatakan diri sendiri yang terbaik. Ialah kan..? Kita
sukar mahu mengaku diri kita mempunyai perangai yang tidak elok dan atau
sengaja buat-buat tidak perasan. Jika orang lain, kita mudah nampak mereka melakukan
kesilapan dan tetapi jangan terlupa, pasti kita tiada terlepas dari melakukan
kesilapan. Selama ini kita hanya nampak orang lain melakukan kesilapan, kerana sentiasa
menganggap diri kita sahaja yang sempurna dan dimanakah kesempurnaan yang kita
nampak pada diri kita. Dan lagi, sesiapakah di antara kita yang tidak inginkan
kejayaan?.
Kita sepatut menunpang
syukur melihat kawan-kawan kita mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang usaha
mereka dan kita tidak boleh menidak sekiranya mereka menemui kegagalan. Sebagai
seorang rakan tidak ada kesalahan kita berikan semangat baru untuk mereka
bangun bersaing semula dan kita kena faham kehidupan kita tidak ubah seperti
roda. Hari ini nama kita melonjak di atas, tetapi entah esok atau lusa kita
jatuh merempat, di sini baru kita sedari siapa lah diri kita yang sebenar-benar
dan baru mengetahui langit itu tinggi atau rendah.
Terbaik kita cuba
sembunyikan keburukan kenalan atau sesiapa pun, daripada mengungkit perkara
tidak baik termasuk perangai kawan-kawan kita dan diri kita daripada di
viraikan. Silaturrahim itu yang paling utama, tanpa jalinan silaturrahim diri
kita sendiri tentu tidak mencapai kejayaan juga dan kita tidak mungkin hidup sendirian
tanpa ada kawan-kawan lain di sisi kita. Kemungkinan mereka aman damai berusaha
secara mereka, pasti mereka ada hala tujunya, yang kita tidak boleh menduga
setiap perancangan mereka dan begitu juga diri kita, setiap apa-apa yang kita
lakukan, usahakan mesti ada noktahnya.
Imbaslah kenangan lampau
diri kita sendiri, darimana kita berasal dan adakah bermula dari kejayaan?.
Jika anda pengiat gaharu teknologi, kejayaan anda hari ini bermula daripada
kegagalan dan sebahagian kegagalan yang pernah di alami sebelum ini kita sengaja
sembunyikan. Tentu ada tangan-tangan lain yang pernah membimbing kita,
memberikan semangat, tujuan untuk kita bangun sehingga kita boleh berlari
kencang dan tetapi, kita mula melupai tangan-tangan ini lah yang memimpin kita
sehingga kita berjaya. kita pula mula abaikan mereka kerana ketamakan mula
muncul di hati kita dan jalinan silatirrahim sekian lama terjalir kita sendiri
yang robohkan.
Jika kita ada sifat mudah terasa
hati, begitu juga insan-insan lain dan termasuklah kawan-kawan yang pernah
membantu kita, ketika kita tidak punyai apa-apa. Memanglah, bila berniaga sudah
mesti di adakan promosi besar-besaran, tujuan pemasaran memihak pada kita dan
tentu mengatakan produk kita yang terbaik, ada powernya tersendiri melebihi
produk orang lain dan kadang-kadang kita terlalai sehingga ada viraikan
mengaitkan produk kita dengan produk nama si anu cipta. Ini reality, bukan
perkara belum terjadi dan mungkin telah menjadi sifat turun termurun semua
bangsa memperkecilkan produk ciptaan orang lain.
Inilah puncanya saya tidak
gemar komen, likes di status sesiapa di laman social, dan mungkin sifat diri
saya gemar memerhati. Jika kita mengaku kita hebat, ada lagi yang lebih hebat
dari kita, jika meagongkan produk kita terbaik, telah ada ciptaan orang lain
lebih terbaik dari produk ciptaan kita dan jika kita mengaku kita telah bijak
pandai, sejumlah ramai insan lain lebih bijak dari kita. Jika kita risau
saingan memintasi kita, untuk mengelak daripada di pintas, diri kita wajip
berusaha untuk kekalkan atau sentiasa menjaga kualiti produk ciptaan kita. Kita
cuma baru belajar menglangkah, orang lain telah berlari, telah gengam kejayaan
dan kita belum tentu sampai ketahaf menikmati kejayaan seperti mereka.
Apabila melihat produk
ciptaan orang lain mula menjadi saingan dan berjaya memintasi produk ciptaan
kita. Mulalah kita irihati mengada-adakan tomohan, pelbagai-bagai andaian
terkeluar sesedap mulut, pelbagai-bagai komen perkecilkan dan benda yang tidak
wujud di wujudkan. Mengapa kita masih tidak mahu terima hakikat, menerima
dengan hati terbuka, bahawa produk ciptaan orang lain lebih terbaik daripada
produk ciptaan kita. Bagaimana kita mahu maju kedepan, sekiranya masih ada di
fikiran kita, sudah cukup dengan apa yang kita ada dan ini lah penyebabnya
bagaimana produk ciptaan orang begitu selesa berjaya memintasi produk kita di pasaran.
Tidak perlu rasai
kebimbangan serta meragui pada produk ciptaan orang lain, itu hakmilik mereka
dan mereka yang menciptainya. Mereka kemungkinan lebih arif, lebih terpelajar
serta lebih cerdik dari kita dan setiap produk dicipta oleh mereka, sudah tentu
melalui kajian serta melalui penyelidikan teperinci. Jika kita menyokong
mereka, sebagai rakan sealiran, lupakan soal persaingan seketika, seumpamanya
kita menyokong diri kita sendiri, demi memurtabatkan lagi bidang kegaharuan ini
dan yang selama ini yang telah di anggap telah menemui kegagalan tidak mungkin
dapat di pulihkan.
Jangan lebihi sudu dari
kuah, kita yang terlebih-lebih kerana kita mula merasai tertinggal, tertinggal
kerana kelekaan diri kita sendiri, betul kan?. Tidak mungkin hanya kita
monopoli di bidang ini. Orang lain juga ada cita-cita, kerjaya seperti kita, ada
kemahuan, ada daya usaha dan mempunyai dana untuk mengatasi kita bila-bila masa
sahaja. Yang terbaik daripada memcampuri urusan pengiat lain, kita sama-sama
baiki diri kita, produk kita dan stabilkan segala urusan berkaitan. Barulah
kita perolehi ketenangan meneruskan kerjaya kita dan menerima saingan sebagai
penguat semangat untuk penambahan keazaman berusaha.
Jika ada insan ingin
belajar, kita hulur bantuan, sama-sama kita didikkan supaya mereka mampu
bersaingan secara sihat dan sekiranya ada kesilapan di lakukan, kita sama-sama bimbing
kearah yang betul. Kita tidak pernah hilang ilmu, tiada terjejas ilmu yang kita
curahkan, tentu ada gandaan ilmu akan kita perolehi nanti secara sedar atau
tidak. Dengan tidak terduga insan baru kita ajar ini, suatu hari kelak
merupakan insan yang akan muncul membantu kita. Kita buka minda kita
seluas-luasnya, bersedia menerima segala keadaan. Ada kalanya kita kelalaian melakukan
kesilapan dan ketika kita sedar masih juga berlaku kesilapan untuk melepasi
diri sendiri.
Saya bukan membebel tanpa
sebab, bagi diri saya amat hargai nilai jalinan silaturrahim dan ilmu di
anugerahkan itu untuk di panjang-panjangkan, walaupun hakikatnya pada zahirnya
kita memiliki ilmu daripada hasil usaha kita. Atau mungkin ada insan mengaku
setiap ilmu di anugerahkan itu hak milik peribadinya dan adakah ilmu duniawi
yang kita agong-agongkan itu boleh di bawa keliang lahad?. Saya amat memahami
dan telah melalui pengelaman agak sukar, untuk memperolehi sedikit ilmu di
bidang gaharu teknologi dan tetap berterima kasih pada pembimbing yang sering
membantu saya. Daripada merekalah kita mengenal apa itu gaharu dan bagaimana
caranya untuk mendapatkan gaharu, walaupun ianya di anggap tidak sebeberapa
ianya amat berharga kerana kita sentiasa laparkan ilmu.
Bukan terniat saya untuk
mengata sesiapa tetapi daripada pengelaman dan sebagai satu pengajaran pada
diri saya. Kebanyakan pengiat gaharu masa kini, tanpa ada rasa segan silu
memaparkan sifat keriakan serta keegoan. Dan ada yang tidak menghormati pada
pengiat lain, padahal diri mereka pun masih tercari-cari punca bagaimana untuk
berjaya dan usaha mereka sendiri masih tidak di ketahui di mana pangkal di mana
hujungnya. Tetapi, masih gemar memperkecilkan usaha orang lain, hasil pengiat
lain semua tidak elok, pengiat itu begini, yang itu pula begitu. Padahal terang-terang
contoh atau bukti gaharu yang di bawa kehulu kehilir itu bukannya hasil cecair
ciptaannya, mengapa tidak berani mahu mengatakan contoh gaharu itu di beli
daripada pengiat dari Negara jiran.
Terbaiknya kita berdiamkan
diri daripada melayan perkara remeh seperti itu dan tidak ada untungnya kita dapat jika campuri
urusan orang lain. Biarkanlah hanya seekor anjing menyalak bukit dan bukit
tidak terjejas malahlah daunan di pokok gaharu tidak bergoyang. Selagi kuat
menyalak, tentu suara lama-kelamaan akan hilang dan telinga menjadi tuli dan
bila suara telah hilang pasti si anjing tadi tidak mampu menyalak. Kikikiki..
Tidak payah kita rasa ketakutan dan kita telah mempunyai ilmu dari usaha kita,
punya kemampuan tersendiri, sekiranya usaha kita pelahan kita sudah sediakan
backup, eset-eset berada di pokok-pokok tersedia menanti tempuh matang untuk
kita tuaikan hasil dan sekiranya tidak lakukan promosi kita sudah mampu berdiri
serta pencen dengan selesanya.
Jika selalu di sindir
sesekali melatah juga kan?. Kita bukan batu dijalanan, boleh di pijak, di palu
dan di campak sana sini sesuka hati dan bila sesekali membidas harap sangguplah
menerima keadaan bagaimana kita rasai perit, begitu juga waktu orang lain
menerima sindiran kita. Di laman social saya sertai pelbagai group, jika
perkara itu ada kebaikkan saya akan likes, jika terdapat berkali-kali status
group di kongsi ianya melibatkan sindiran pada orang lain dan kebiasaannya saya
keluar daripada group itu. Kerana sifat semulajadi saya berfikiran terbuka dan
seboleh-boleh tidak mahu putuskan jalinan silaturrahim yang telah terjalin di antara
ahli group.
Kemungkinan sering berada
keseorangan di hutan bertemankan pokok gaharu liar, itu puncanya saya tidak
ambil kisah tentang urusan orang lain dan saya tidak kisah apa orang mahu kata,
lagipun kita bukan pernah minta beras, gula, garam dan duit untuk minum kopi
setiap pagi dari sesiapa, betul kan?. Kikikiki.. Jika mahu di cop gila pun
lantaklah, gila-gila kita, tidak gila membuang masa di papan dam, tidak gila
melepak di warong kopi dari pagi sampai petang dan tidak gila berbual kosong.
Gila-gila kita telah ada eset boleh di lihat, Gila-gila kita ada bukti boleh di
pamerkan dan gila-gila kita ada halatuju. TQ.
No comments:
Post a Comment