Tiba-tiba terasa rindu kat
hutan, rindu nyanyian burung, rindu tiupan angin nyaman, rindu si Dracula dan
rindu pada warga hutan. Perjelajahan inokulasi tertunda kerana ada perkara
lebih penting mesti di utamakan dan apabila keadaan semua stabil kembali
penjelajahan akan di mulakan seperti biasa. Merayap di hutan berdekatan tidak
selancar seperti biasa, bermula hujung tahun dan memasuki tahun baru cuaca pula
tidak menentu. Sekejap-kejap hujan turun, cuaca tidak boleh di harapkan ketika
cuaca panas dengan tiba-tiba mendung disertai hujan tanpa di duga.
Tetapi hati tergerak-gerak
keinginan mahu melihat sambil lakukan penilaian pada pokok-pokok yang telah di
inokulasi dan sambil-sambil mengira jumlah yang di tawarkan oleh pemilik untuk
di inokulasi. Jika tidak mengenal, tentu tidak akan merana, saya tidak rasa
menyesal mengenali pokok gaharu walaupun kadang-kadang sampai merana kerana
nya. Ia lah kan..? Duit masuk bagaikan siput merayap tetapi hari-hari duit
keluar tak ubah seperti air terjun.. kikikiki, Inokulasi pokok sendiri tetap
pakai duit dan siapa kata pengiat ini, tidak kisah inokulasi jumlah besar pun
dan inokulasi sendiri.
Orang-orang lain lakukan
pelaburan mereka pada hartanah, pembelian saham, project perumahan, simpanan
kekal, emas, perladangan dan pembelian asset-aset pelbagai bentuk. Tetapi, kita
pula mempunyai sifat kegilaan yang agak sukar untuk di fahami serta di nilai adakah
kita masih ada kewarasan melakukan pelaburan pada pokok gaharu. Ada yang pernah
berkata, “ Kan banyak bidang pertanian lain boleh di jadikan kerjaya, kau pilih
kerjaya di bidang gaharu, satu bidang yang tidak nampak ianya akan berjaya dan
buat satu benda biar dapatlah sara hidup”.
Jika mahu ikut cakap orang,
sampai kebila kerjaya kita akan bermula, seorang ini bagi pendapat itu, seorang
lain kata tidak setuju cara itu dan itu cuma pendapat dari dua orang, jika
sepuluh orang?. Bagi saya, setiap satu usaha datangnya dari minat, dari ilmu
yang di pelajari serta kemampuan diri. Sekiranya melakukan usaha daripada meniru
kerana kita ada kemampuan kewangan, tanpa ilmu dan tanpa pengelaman, begitu
yang telah ramai yang menemui kegagalan kerana berusaha separuh jalan. Bila
kita merasai aman berusaha secara kita dan dapat meneruskan usaha kita tanpa
berubah-ubah pada kerjaya lain, itu telah mengambarkan seseorang itu telah
berjaya.
Saya memang mengemari
inokulasi pokok gaharu liar utamanya spesis Aquilaria malaccensis dan saya sentiasa
mengintai-intai pokok-pokok ini berukuran besar. Untuk temui spesis Aquiaria
Hirta memang tidak pernah di temui di kawasan perkampungan begini dan kebiasaan
spesis Hirta hanya di temui di banjaran bukit besar. Saya menjelajah di
persekitaran bukit beedekatan mencari spesis Aquilaria Crassna dan spesis
lain-lain tidak juga di jumpai. Kemungkinan ada tumbuh merata di bukit-bukit
yang pernah saya lawati, kemungkinan agaknya saya tidak mengenali dan tetap
menganggap saya menemuinya sebagai pokok karas.
Itu lah akibatnya, ruginya
jika ilmu kita hanya cetek, tetapi itu bukan di kisah sangat kan?, Depu ke,
karas ke tetap pokok gaharu. Jarang-jarang pembeli tanya, gaharu ini dari
spesis mana?, itu bukan persoalan pada pembeli dan mereka mahukan gaharu bukan
spesis pokok gaharu. Jika kita memilik pokok gaharu sebesar 10 pemeluk, memiliki
ladang 100 hektar dan pokok-pokok kita tanam pula dengan perbagai-bagai spesis
yang terpilih. Tetapi, tidak terhasil pembentukkan gaharu, tidak larat di jaja,
di virai sana sini, serata group kita share, sampai pecah suara-suara mahu
jualkan dan update setiap saat di laman social, tidak ada seorang pembeli pun
mahu melayan status kita.
Bila selesai kerja-kerja
inokulasi pokok-pokok gaharu liar ini, dalam tempuh masa 3 bulan hingga enam
bulan tiada permasalahan apa-apa dan semuanya dalam keadaan terkawal. Bila
masuk tempuh dua belas bulan inokulasian, jadual lawatan ke lokasi-lokasi
pokok-pokok ini mesti di lakukan dan yang tentunya fikiran terasa ragu-ragu,
kerisauan keselamatannya. Hairan juga kan?, Ia lah, ada suara-suara mengatakan
bahawa gaharu terhasil daripada paksaan ini, tidak ada harga dan tidak ada
pemborong mahu beli. Katanya mereka juga, jika di inokulasi hanya pembaziran
duit dan yang pasti penginokulasian yang dapat duit.
Dalam mempertikaikan semua
persoalan ini, sepokok demi sepokok di curi orang dan menghairankan juga dan
sekiranya tidak ada pembeli, tidak kan lah pencuri menyimpan berbatang-batang
pokok di tebang di dalam rumah. Amat menyedihkan di antara pokok yang tebang,
baru di inokulasi selama tiga bulan hingga lapan bulan dan dalam tempuh ini kebiasaannya
cecair pengalak resin masih aktif melakukan serangan. Lagi menghairankan
pembeli pun satu hal, main beli aja dan sepatutnya selidiki terlebih dahulu,
kayu dari mana dan siapa yang inokulasi.
Kemungkinan sipencuri
menawarkan harga sangat murah, maka terus membayar dan kemungkinan pencuri
sudah menjadi kebiasaan menjualkan gaharu padanya. Siapa tak mahu untung besar,
dua-dua makhluk ini dapat untung, yang mengalami kerugian terdiri daripada
pemilik pokok dan pengokulasian. Rata-rata kedengaran kes kecurian pokok gaharu
yang telah di inokulasi, di mana-mana Negeri dan yang berlaku di hutan simpan
kekal itu adalah perkara turun menurun. Kemungkinan gaharu semulajadi dah pupus
di hutan atau terlalu sukar hutan untuk di cerobohi dan pengiatan mencuri beralih pada pokok ladang serta pokok liar yang telah di inokulasi.
“Satu tempat dah di tebang
orang dalam 5 batang, siap tunggul pun di gali dan siap bina jalan masuk, ada
meninggalkan tayar kesan van masuk angkut batang-batang gaharu tu. Dalam
planning tu, pertengahan tahun ini memang niat mahu tebang, pilih mana-mana
pokok yang telah matang. Kemungkinan ada yang sentiasa perhatikan gerak geri
kita, ketika kita keluar berminggu-minggu berurusan dan ketika itu dia ambil
kesempatan, malaun sungguh”, Cerita seorang pemilik pokok pada saya. “ Buat
lapuran polis, lapuran simpan, mana tahu esok-esok nya datang kebas lagi dan
yang paling benggangnya si pembeli”. Kata saya.
Saya juga pernah mengalami
perkara-perkara begini, paling rasa kecewa dan pencuri menebang antara
pokok-pokok sebesar paha yang baru di inokulasi berusia tiga bulan. Saya bukan
mengeluh kesal atas kecurian pokok-pokok gaharu itu, rasa kecewa di sebabkan
pembaziran. Siapa mahu membeli gaharu berkeadaan sedemikian, warna masih pudar,
jika kayu itu bakar ianya tidak mengeluarkan bau gaharu dan yang pastinya
mengeluarkan bau hangit kayu terbakar. Mengikut fahaman saya, sekiranya pembeli
membeli untuk di penyulingan minyak pati pun ianya tidak berbaloi.
Cuma mahu di ingatkan,
setiap pokok gaharu yang di inokulasi oleh seseorang penginokulasian, mereka
amat mengenali pokok mereka dan amat mengetahui bagaimana gaharu terhasil
daripada hasil kerjatangan mereka. Jika pembeli sentiasa berurusan dengan
pencuri-pencuri gaharu inokulasi dan esok-esok kes pembelian gaharu di curi
pasti akan terbongkar. Sekali dua penginokulasian, pemilik pokok boleh
bersabar, tetap akui masih tidak ada rezeki lagi dan sekiranya berkali-kali
kecurian seperti ini berlaku berulang-ulang.
Saya masih bernasib baik,
antara kesemua pokok liar di inokulasian tumbuh di kebun getah dan dusun
berhampiran kampong. Kehilangan sepokok dua itu boleh di anggap kebiasaan,
kemungkinan di lakukan oleh budak-budak yang gatal tangan dan oleh orang yang
ingin mengetahui bagaimana rupa gaharu. Kikikiki.. kemungkinan ada yang ingin
memperbelajari bagaimana gaharu terhasil melalui teknik inokulasi dan mahu
kepuasan hatinya sendiri yang selama ini, ada isu-isu mengatakan teknik
inokulasi ini tidak berjaya menghasilkan gaharu.
Saya sering update status,
story beserta gambar-gambar pokok gaharu yang telah di inokulasi dan bukan ada
niat mahu menunjuk-nunjuk hasil menyerapan cecair pengalak resin ciptaan saya. Sudah
menjadi satu kebiasaan terjadi pada sesiapa yang memiliki akaun facebook,
sering update apa-apa yang mereka gemari, jika kita tidak menyukai, tiada
sesiapa memaksa kita like serta mahukan kita memberi komen. Amalkan fikiran
terbuka, jika berniaga dibidang yang sama, kita mesti menerima saingan kita
secara sihat dan kita harus memahami mereka pun sama seperti kita, ada periuk
yang perlu di isi dan ada mulut untuk di suap.
Di laman social kita ada
kawan, sama-sama sebarkan maklumat, sama mencari rezeki melalui promosi dan
bukan medan perang menembak musuh. Dia orang mahu update apa benda pun, itu hal
mereka dan mereka pun sama seperti kita, bayar bill, bayar kredit, beli top up
semua guna duit dari poket sendiri. Kikikiki.. betul kan?. Yang kita berdengki,
sakit hati tidak tentu hala, apa benda yang kita dapat?. Adakah setiap bulan
mereka datang jumpa kita menadah tangan minta bantuan ikhsan dari kita?.
Saya memang tidak gemar
komen-komen serta like status kawan-kawan update, tetapi saya sering membaca
dan sentiasa menghormati kawan-kawan di laman social. Terasa hebat memiliki
kawan-kawan yang bergiat dalam satu bidang, merasa kagum dengan kegigihan
mereka berusaha dan tidak ada jemu promosi urusniaga mereka. Kita cuma kenal di
laman social tidak pernah bersua muka, bererti kenal-kenal ayam, kikikiki..
kadang-kadang menyangka lelaki, bila kita PM, “ya Tuan”, Saya perempuan lah
jawabnya. Tidak kiralah lelaki ke perempuan ke, kita ada kawan yang ikhlas di laman
social dan sekurang-kurangnya promosi kita ada juga kesannya. TQ.
No comments:
Post a Comment