Apa benda bidang kerjaya
yang kita telah ceburi, ada sesuatu perkara yang kita tidak boleh tidak, wajip
lakukan iaitu usaha. Jatuh bangun dibidang kerjaya sudah menjadi satu lumrah
sebagai seorang usahawan dan daripada kegagalan itu adalah satu hikmat untuk
kita bangun terus tabah berusaha kembali. Orang tua-tua berpesan bila menyeluk
pekasam biar sampai kepangkal lengan, buangkan sifat lakukan sesuatu hanya
hangat-hangat tahi ayam dan jangan sesekali tiada beban batu pula digalas. Anggaplah
kegagalan itu ada ilmu serta pengelaman untuk kita terus memantapkan lagi
kerjaya kita.
Ketika
berada dilokasi hutan, perkara utama yang saya amat gemari memerhatikan habitat
sang anai-anai, kita amat mengetahui sifat habitat anai-anai ini dalam diam-diam
kerja membina busut dan kita sedar atau tidak binatang telah siap membina
sarang. Dalam diam-diam binatang ini mampu lakukan pemusnahan pada rumah
berlantai kayu, pada tunggul pokok mati dan mampu mengawal selia kawalannya
berkerja dalam diam. Jika difikirkan askar-askar binatang ini lebih mantap, kawalan
berdisplin dan mempunyai strategi yang teratur membina benteng pertahanannya.
Catatan kali ini, kita
sama-sama memdalami serba sedikit maklumat tentang pokok gaharu, teknik memcederakan,
bagaimana sebaran wabak penyakit atau penyerang dan benteng pertahanan yang
berada didalam batang pokok gaharu. Sekiranya kita tidak campur tangan
melakukan apa-apa benda pada pokok ini, jumpa-jumpa main peluk-peluk, ianya
tidak kemungkinan akan terhasil pembentukan gaharu.
Daripada mengharap ianya
terhasil pembentukan gaharu secara alam semulajadi, beratusan tahun belum pasti
mendapatkan hasilnya dan cuma salah satu factor lain boleh dilakukan supaya
pokok ini membentuk gaharu, dengan cara campur tangan kita sendiri. Tetapi,
jangan mengharap apa-apa usaha mendapatkan pulangan segera, terutamanya setelah
bergiat dibidang penghasilan gaharu secara buatan ini.
Sabatian 5 bahan-bahan yang
ditemui dikenal pasti yang dalam gaharu adalah Oleresin, Sesquiterpenes biosintesis
(Q-quaiene, Q-humulane dan 5-quaieane serta derivative chromone phenylethyi,
Terpenoid dan Syloluose. Kita telah difahamkan bahawa oleoresin ada minyak
manakala sesquiterpenes dan chromones phenylethyl adalah bentang pertahanan
sentiasa bersedia menanti serangan penyakit dan pembentukan. Hanya pokok yang tercedera
menghasilkan gaharu, setelah bahagian-bahagian pokok gaharu tercedera dan dicederakan,
isyarat kerosakan terus dihantar pada benteng pertahanan ini dan akan berlaku
proses kawalan melawan wabak penyakit menguasai keseluruhan pokok.
Sebatian organic yang
membantu dalam membenteras atau membantutkan jangkitan ini dipanggil tylosis
dan tempoh awal pembentukan resin gaharu wujud 2 bentuk iaitu tylose dan gen,
manakala sesquiterpenes dalam gaharu mempunyai aktiviti anti-mikrob dan
anti-penyakit.
Antara kulat yang ditemui
daripada proses semulajadi yang menjangkiti melalui kecederaan kulat
Ascomycetous, phaeoacremonium parasitica dan manakala dematiaceous adalah terdiri
salah satu kulat penting sebagai pembentuk gaharu. Setelah 6 bulan dijangkiti
menghasilkan beberapa sebatian gaharu penting seperti benzylacetone,
anisyiacetone, guaeine dan palustrol. Perubahan warna amat ketara selepas
inokulasi dilakukan setelah 6 bulan (1.70 cm) memaparkan zon perubahan warna
panjang, lebih luas jika dibandingkan dengan sampel 3 bulan (1.17 cm).
Sebagai tindakbalas kepada
kerosakan mekanikal dan juga sumber untuk menyaring gen yang berkaitan dengan
isyarat luka dan metabolisme, menunjukan unigenes berkaitan dengan proses
metabolisme, metabolisme terutamanya karbohidrat. Jumlah karbohidrat
metabolisme berkaitan unigenes lebih besar dan metabolisme gula dalam Aquilaria
boleh dirangsang oleh kecederaan. Pembentukan gaharu mempunyai beberapa
kumpulan dengan kanji dan metabolisme gula dan pada dasarnya selaras penemuan
melalui mikroskop electron, bahawa jumlah tinggi granui kanji wujud didalam
kayu sihat.
Walau bagaimanapun apabila
kayu tercedera didalamnya berkumpul kanji dalam keadaan rendah. Enzim inducible
mungkin bertanggungjawab untuk pembentukan gaharu, memandangkan sesquiterpenes
adalah komponen amat penting. Jelas menunjukan daripada akibat luka dan adalah
tanggungjawab sesquiterpenes membentukan gaharu pada Aquilaria ini. Disebabkan
tiga sesquiterpenes (Q-guaiene, Q-humulene dan 5-guaiene) didalam sel-sel aquilaria
dan dihasilkan oleh tindakbalas enzim-enzim.
Semenjak tahun 1938 ramai
penyelidik telah menjalankan kajian agar, bagaimana pembentukan berlaku dan ada
laporan mengatakan zon agar dapat berkerjasama dengan acuan kulat melalui
kerosakan kulat berkaitan. Antara spesis-spesis kulat yang berbeza ditemui
dikaitkan dengan zom agar, antara kulat paling hampir kelihatan menjadi sifat
aprophtytic dalam perbezaan isyarat eko-geografi.
Walau bagaimana pun hanya
sedikit tentang kulat berkaitan dengan pembangunan gejala-gejala penyakit dan
bagaimana pembentukan gaharu dihasilkan. Antara kulat-kulat kebiasaan ditemui
menjangkiti spesis aquilaria iaitu Aspergillus sp, Botryadiplodia sp,
Lasiodiplodia sp, Diplodia sp, Fusarium bulbiferum, Fusarium laterium, Fusarium
oxysporum, Penicillum sp, Pythium sp dan Trichoderma.
Kesan beberapa pencilan
dalam pembentukan gaharu boleh diuji melalui meniru proses pembentukan
semulajadi dan melalui induksi kulat inokulasi ianya mampu mengeluarkan tiga
puluh empat sesquiterpenes serta empat sebatian aromatic dalam pembentukan
gaharu. Pengaktifan kulat jangkitan mekanisme tindak balas pertahanan yang
seterusnya mendorong pembentukan gaharu menyebabkan biosintesis bahan-bahan
pertahanan seperti sesquiterpenes berada didalam sel parenchyma.
Phytoalexins terkumpul dan
dirembes kedalam salur-salur bersebelahan melalui lubang, ini mengakibatkan
menghalang pembentukan iaitu vessel occlusions. Occlusions dan Sesquiterpenes
adalah penyumbang kepada sekatan fizikal dan kimia perencatan mikrob dalam
batang pokok, mengakibatkan mengelak penyebaran mereka. Bilangan kedua-dua ini
sentiasa meningkat dalam tempoh semasa jangkitan, akhirnya membawa kepada
pembentukan gaharu.
Pada asasnya kulat-kulat
disuntik tujuan memcederakan pokok, dibiarkan kawasan luka terdedah bagi
merangsangkan pokok menghasilkan resin daripada tisu kayu. Keadah inokulasi
berbeza-beza, ianya tergantung kepada saiz lubang yang dilakukan sebagai
kezaliman luka dan lubang-lubang disediakan mengikut anggaran kemahiran
seseorang penginokulasian. Anda boleh sediakan ratusan lubang, mengikut andaian
kemampuan, kekejaman serta keserasian cecair pengalak resin digunapakai dan
harus mengambil kira dengan pertahanan pokok ketika ditiup angin kencang.
Dalam pokok ini meneruskan
hidup, pokok ini mengunakan mikrob sel cecair daripada tisu berkayu sebagai
sumber tenaga dan makanan, walaupun secara ansur-ansur kehilangan sel-sel
cecair yang mengurangkan keamatan proses metabolisme dalam tisu kayu. Sel-sel
tisu yang telah dimakan oleh mikrob akan membangunkan koleksi sel dan secara
fizikalnya daun-daun akan bertukar menjadi kuning dan pokok-pokok mengalami
stress, allegic, kulitnya pecah dan disiak kulit terputus.
Fenomena biologi ini
menerangkan bagaimana pokok-pokok bertindak balas dalam menghasilkan
pembentukan gaharu. Ayat paling mudah untuk kita memahaminya, gaharu dibangunkan
daripada hasil tindakbalas pokok disebabkan jangkitan pathogen, melalui
kecederaan atau tekanan.
Dengan tujuan mendapatkan tuaian
gaharu berkualiti tinggi, paling tidak kita terpaksa menanti selama 5 tahun
lebih kurang setelah pokok diinokulasi kulat berkaitan. Antara factor-faktor
kelihatan, Proses inokulasi ini dianggap berjaya jika warna kecoklatan muncul
diikuti keadaan pokok sakit sebelum ditebang, tetapi tahaf kejayaan melalui
proses inokulasi agak berbeza-beza. Kebiasaanya jumlah hasil tuaian pengeluaran
gaharu inokulasi ini, setelah 5 tahun inokulasi mengikut keadah inokulasi
dilakukan dan saiz pokok juga menentukan pengeluaran hasil gaharu.
Inokulasi spesis
kulat-kulat berkaitan untuk merangsang pengeluaran gaharu, mesti berhati-hati
ianya akan melibatkan kerugian serta kegagalan tujuan menghasilkan pembentukan.
Akibat daripada penyembuhan kecederaan akan berlaku dan sekiranya pengunaan
spesis kulat terlalu ganas ianya boleh membuatkan pokok mati sebelum dituai. Kegagalan itu tadi adalah permasalahan
dikaitkan dengan kegagalan kulat inokulasi ketika berlaku bertindakbalas kerana
setiap pokok mempamerkan reaksi berbeza.
Kegagalan disebabkan
ketidak kesesuaian pathogen disuntik kedalam batang pokok dan kesesuaian mikrob
inokulasi antara pokok-pokok merupakan factor-faktor penting yang wajid kita
ketahui. Oleh itu, seseorang penginokulasian untuk menentukan kejayaan proses
inokulasi, mengetahui atau mengenalpasti bagaimana pathogen mikrob bersesuaian
setiap spesis pokok.
Sebelum menamat cacatan
terbaru ini, saya ciplak sedikit laporan kajian yang mengatakan, bahawa
sesquiterpenes dan derivative chromone adalah sebatian utama dalam gaharu. Oleh
itu memahami biosintesis dan pengawal selia dan sesquiterpenes chromone adalah
amat penting dalam menentukan mekanisme pembentukan gaharu. Walaupun bagaimana,
sehingga kini laluan biosintesis bersama derivative chromone masih tidak begitu
jelas dan metabolisme terpenoid cuma dijadikan perbandingan sebagai penjelasan.
Daripada maklumat diatas,
ianya merupakan kajian secara teori yang diperolehi daripada kajian-kajian
pengkaji terdahulu. Untuk mengenalpasti kesalihan maklumat tersebut, kita boleh
lakukan kajian secara amali dan sebagai seorang pengiat tidak ada kemungkinan
kita temui kebenaran seperti maklumat tersebut. Kita sentiasa terdedah dengan
factor-factor penting ketika melakukan inokolusian, semasa lakukan penilaian
setelah pokok disuntik dan menemui perbagai-bagai spesis kulat tumbuh pada
batang pokok dalam tempuh masa tertentu setelah inokulasian dilakukan.
Sesekali kita mempelajari
mata pelajaran sainstifik pula, tidak salah kan?. Jika kurang faham, buat
faham-faham aja lah. Kan, bergiat dibidang gaharu teknologi, masakan tidak
pandai istilah mengikut sains,. Tu lah semasa sekolah dulu, orang ambil mata
pelajaran sains, yang kita pilih sastera mahu jadi penobel, orang dah jadi
doctor rawat pesakit, yang kita pun jadi doctor juga.. doctor inject pokok
gaharu.. kikikikiki.. tapi ok lah tu.. tercapai juga cita-cita jadi doctor,
tetapi hari-hari berperang dengan sipacat. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment