Pantas masa berlalu telah
satu bulan lebih kita lalui tahun 2020, aktiviti masih tetap seperti biasa
mengikut jadual harian. Kadang-kadang cuaca agak panas di penghujung bulan
januari dan pada awal bulan february cuaca tidak menentu. Pagi 8 february cuaca
amat mengizinkan ada peluang bawa tetamu melawati ladang gaharu dan kesempatan
melawati beberapa lokasi pokok liar yang telah diinokulasi. Membawa tetamu melawati
pokok-pokok yang telah disuntik tempuh masa dari 3 bulan hingga 16 bulan, diantara
pokok-pokok kajian teknik pasakan bamboo stick.
“ Bergitu lama bergiat
dalam bidang gaharu teknologi masih lagi dalam melakukan kajian?”. Persoalan
begini tidak pernah timbul atau menjadi satu isu pada diri saya dan adalah
punca utamanya saya sering upgrade cecair pengalak resin ciptaan itu. Sifat
tidak kepuasaan hati sentiasa bermain-main difikiran sendiri, walaupun cecair
telah berjaya menghasilkan pembentukan masih ada sifat kurang puashati dan
inginkan penghasilan lebih terbaik daripada sebelumnya. Diri terasa amat bodoh
sekiranya kita berpuashati percapaian sebelum ini dan tidak mahu menerima
walaupun ada sedikit kekurangan penghasilan gaharu terbentuk.
“ Setiap kali update gambar
pokok yang telah inokulasi, berapa lama mahu simpan dan bila proses tuiaan
hasil akan dilakukan?. Diantara
pengusaha mempunyai rancangan berbeza, boleh dikatakan walaupun kegiatan ada
sama dan pasti halatuju serta tujuan berlainan mengikut apa yang dirancangkan.
Tidak kemungkinan setiap bulan inokulasi sejumlah besar pokok ini hanya untuk
simpanan serta melakukannya sebagai hobi. Kerja-kerja inokulasi melibatkan kos
yang agak besar, adakala pokok dibeli, ada yang kongsi kos dengan pemilik dan
yang pasti aliran wang tunai setiap kali inokulasi dilakukan.
Jika hanya hobi, orang
kurang siuman mampu menilai perbaziran melaburkan duit tanpa pulangan hanya
pada pokok gaharu dan melakukan sesuatu perkara mengikut hobi, inokulasi
memandai-mandailah bukan menghabiskan duit kerana hobi setiap bulan. Jika 100
pokok diinokulasi ianya bukan satu hobi, ianya telah melibatkan kos inokulasi
terpaksa ditanggung agak besar dan jika 10 batang pokok tanam diinokulasi,
jumlah sebesar ini boleh dikatakan hobi. Ini pula sejumlah ribuan pokok
termasuk pokok ladang dan pokok liar siap diinokulasi diserata Negeri, hobi ke
tu?.
“ Tidak kisahlah inokulasi
pokok banyak-banyak pun vaksin sendiri kan?”. Disini semua kena kira secara
detail tentang modal, kos pengurusan inokulasi, kos kerja inokulasi, kos vaksin
dan kos berkaitan. Walaupun vaksin ciptaan sendiri, telah berjaya menghasilkan
pembentukan bukan dihasilkan melalui percubaan pertama kali. Ianya melalui
perbagai-bagai cabaran dan bukan masa selama 5 tahun untuk memantapkan kesemua
bahan-bahan larut yang diproses terkandung dalam vaksin tersebut. Percubaan
demi percubaan dilakukan sebagai penilaian keserasian cecair pengalak ini pada
perbagai-bagai spesis pokok gaharu.
“ Bagaimana cara memproses
vaksin atau cecair pengalak resin?”.
Untuk mengulas tentang prosesan vaksin ini agaknya amat rumit, jika
mengikut cara kajian orang kampong seperti saya. Kita bukan orang terpelajar kajian
dilakukan cara amali dan tidak mampu menguna pakai peralatan canggih. Pengetahuan
penyediaan bahan-bahan mentah tertentu diperolehi daripada pengelaman lampau
semasa bersama-sama pengiat terdahulu. Walau bagaimana pun bahan-bahan mentah
ini tetap menjadi satu rahsia dimana ianya diperolehi dan begitu juga cara-cara
memprosesnya. Kemungkinan dan tidak ada kemungkinan pengiat inokulasi selain
daripada saya juga tidak akan mendedahkan butiran cara-cara memproses vaksin
ini.
“ Teknik inokulasi manakah
yang betul berkesan dan mampu menghasilkan gaharu berkualiti?”. Ianya
bergantung pada cecair pengalak resin itu sendiri, ada vaksin serasi cara
merendam bamboo stick dan mempasaknya bamboo ini pada bahagian batang pokok. Dikalangan
penginokulasian mengunapakai teknik sapuan vaksin pada batang bertujuan gaharu
di gunakan untuk prosesan minyak pati. Pelbagai-bagai teknik-teknik lain diguna
pakai, iaitu infuse, pengunaan belasah logam keluli, pemanasan melalui
pembakaran dan menakel pada batang gaharu sebagai teknik sakiti ini terdedah
daripada serangan palesit.
Daripada pengelaman saya,
untuk dapatkan gaharu berkualiti pula, ianya terletak di atas kesabaran diri
sendiri dan sanggup menanti selama 3 ke 5 tahun dari tempuh inokulasi dilakukan.
Ianya juga bergantung kepada dua factor lain, ianya kekejaman cecair pengalak
resin dan tindakbalas pertahanan pokok itu sendiri. Kematangan juga kemungkinan
disebabkan keadaan pokok tumbuh dipersekitaran tanah berkeadaan kering. Faktor-faktor
lain yang sering saya temui pada pokok yang tumbuh di atas tanah yang berbukit
atau keadaan kekurangan air menghasilkan pembentukan amat memuaskan, jika dibandingkan
pokok yang tumbuh dikawasan lembab serta tanah di tepi paya. Tetapi, perkara begini hanya kemungkinan
terjadi atau kemungkinan inokulasi dilakukan pada musin kemarau.
“ Mengapa kini saya amalkan
2 teknik inokulasian setiap satu pokok?”. Teknik kebiasaannya saya guna pakai
adalah teknik infuse yang begitu serasi dengan cecair pengalak ciptaan saya.
Saya ini jenis orang yang gatal tangan, gemar mencuba dan lagipun teknik
pasakan bamboo stick adalah salah satu teknik amat popular ketika dulu. Sambil
menguji keberkesanan, penghasilan pembentukan melalui rendaman cecair pengalak
yang telah diupgrade. Pasakan bamboo stick dilakukan pada batang dan dahan
pokok berusia 3 hingga 5 tahun sebagai penilaian tindak balas pertahanan pokok
yang berusia seperti itu.
Saya gemar lakukan
penilaian serangan penyakit serta pertahanan yang terbentuk setelah pokok diinokulasi
dan tahaf kekejaman kulat yang terkandung dalam cecair itu melakukan serangan.
Kulat-kulat cecair pengalak yang digunakan untuk mendorong resin gaharu dan
amat penting kita lakukan penilaian dari masa ke masa untuk pastikan perubahan
warna dalam tempoh tiga dan enam bulan akan datang. Pada asasnya pembentukan
gaharu terjadi didalam batang dan akar pokok yang telah dijangkiti parasite,
pokok akan menghasilkan resin yang tinggi kerana membantutkan jangkitan itu
tadi.
Kita difahamkan keadaan
gaharu berwarna gelap adalah resin, bukan kayu yang membentuk dalam batang,
cabang atau akar pokok ini. Resin ini terbentuk selepas dicederakan, tercedera
oleh serangan serangga, angin, kilat dan jangkitan kulat akan berlaku. Proses
pembentukan ini dibangunkan perlahan-lahan selama beberapa dekad, sebagai
proses semulajadi pembentukan gaharu. Begitu juga kecederaan melalui paksaan
atau melalui teknik inokulasian pembentukan dibangunkan secara perlahan-lahan
dan kelebihan pada teknik inokulasian ianya mampu menghasilkan jumlah gaharu
banyak.
Penghasilan gaharu
terbentuk pada pokok yang hidup, gaharu akan berkembang perlahan-lahan, walau
pun telah diserangi penyakit atau dijangkiti kulat. Kita cuma mengetahui maklumat bahawa gaharu
terhasil kerana jangkitan kulat, tetapi hanya sedikit kita ketahui tentang
kulat-kulat yang ada hubung kait dengan pembentukan gaharu. Oleh sedemikian, keadah
inokulasi adalah bahan-bahan terkandung dalam cecair pengalak resin ini terdiri
perbagai-bagai kulat-kulat yang digabungkan sebagai cecair berpenyakit. Lakukan
inokulasi pada pokok gaharu boleh dikatakan melakukan inokulasi kulat dalam
batang pokok gaharu, ianya seakan-akan meniru proses pembentukan semulajadi.
“Bagaimana terjadi setelah
pokok ini di suntik cecair kulat pada kedua musim?”. Kadar perubahan warna
dalam musin hujan 16-20 bulan setelah dicederakan adalah lebih tinggi daripada
musin kemarau. Satu bulan selepas inokulasi dilakukan, perubahan warna pucat
akan berlaku, diikuti warna lebih gelap daripada warna kuning-coklat selepas 3
bulan, ianya akan membentuk coklat gelap usia 8-10 bulan dan perubahan kepada
hitam dalam masa bulan ke 20, dengan mengeluarkan aroma setelah dibakar.
Pembentukan ini dibantu oleh udara, air hujan dan ada kalanya serangga yang
membuat sarang, ianya boleh dianggap factor sebagai pembawa bakteria semulajadi
atau mikroorganismen menyokong serangan penyakit.
Hampir semua sel-sel
bijiran kanji hilang dari sel-sel yang ditinggalkan dibahagian kayu setelah 4
hari selepas berlaku kecederaan ketika musin hujan, manakala sedikit kanji
masih wujud dalam sel-sel hidup daripada 7 hari selepas dicederakan dalam musin
kemarau. Selain itu, coklat kekuningan wujud dalam sel-sel parenchyma 14 hari
di pokok cedera pada musin hujan dan seperti kita mengetahui punca utama
perbezaan ini dianggap sebagai factor-faktor bermusin. Pada musin hujan
pengangkutan aktif sebagai makanan dan pengaliran air mungkin berlaku jauh
lebih tinggi daripada musin kemarau.
Saya sebarkan maklumat
kajian awal, ilmu yang dimiliki serba sedikit ini dikongsi buat pengetahuan. Untuk
saya imbas kembali ilmu, walaupun ianya tidak ada nilainya pada orang-orang
terpelajar dan pada yang telah menjadi jutawan kerana gaharu. Ialah kan,
kikikiki, dah jadi jutawan mana kesempatan mencari ilmu seperti ini. Membaca
tidak sama seperti menaip, membaca cuma sekali imbasan dan jarang-jarang kita
mengingati apa yang telah kita baca, kerana fikiran kita sentiasa tertumpu pada
kerjaya kita. Bila menaip sesuatu tujuan kita mesti memberi tumpuan, menyusun
ayat-ayat dan mesti mengedit tujuan senang difahami. Saya sendiri pun kadang-kadang
mudah terlupa apa yang dibaca, kemungkinan menganggap sesuatu info itu perkara
yang remeh. Apabila mahu gunapakai, mula lah tercari-cari dan mungkin agaknya
sifat orang-orang berumur.. Kikikiki.. TQ.
No comments:
Post a Comment