Sunday, 16 February 2020

Campur Tangan..!!!

Apa benda bidang kerjaya yang kita telah ceburi, ada sesuatu perkara yang kita tidak boleh tidak, wajip lakukan iaitu usaha. Jatuh bangun dibidang kerjaya sudah menjadi satu lumrah sebagai seorang usahawan dan daripada kegagalan itu adalah satu hikmat untuk kita bangun terus tabah berusaha kembali. Orang tua-tua berpesan bila menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, buangkan sifat lakukan sesuatu hanya hangat-hangat tahi ayam dan jangan sesekali tiada beban batu pula digalas. Anggaplah kegagalan itu ada ilmu serta pengelaman untuk kita terus memantapkan lagi kerjaya kita.


Ketika berada dilokasi hutan, perkara utama yang saya amat gemari memerhatikan habitat sang anai-anai, kita amat mengetahui sifat habitat anai-anai ini dalam diam-diam kerja membina busut dan kita sedar atau tidak binatang telah siap membina sarang. Dalam diam-diam binatang ini mampu lakukan pemusnahan pada rumah berlantai kayu, pada tunggul pokok mati dan mampu mengawal selia kawalannya berkerja dalam diam. Jika difikirkan askar-askar binatang ini lebih mantap, kawalan berdisplin dan mempunyai strategi yang teratur membina benteng pertahanannya.


Catatan kali ini, kita sama-sama memdalami serba sedikit maklumat tentang pokok gaharu, teknik memcederakan, bagaimana sebaran wabak penyakit atau penyerang dan benteng pertahanan yang berada didalam batang pokok gaharu. Sekiranya kita tidak campur tangan melakukan apa-apa benda pada pokok ini, jumpa-jumpa main peluk-peluk, ianya tidak kemungkinan akan terhasil pembentukan gaharu.

Daripada mengharap ianya terhasil pembentukan gaharu secara alam semulajadi, beratusan tahun belum pasti mendapatkan hasilnya dan cuma salah satu factor lain boleh dilakukan supaya pokok ini membentuk gaharu, dengan cara campur tangan kita sendiri. Tetapi, jangan mengharap apa-apa usaha mendapatkan pulangan segera, terutamanya setelah bergiat dibidang penghasilan gaharu secara buatan ini.


Sabatian 5 bahan-bahan yang ditemui dikenal pasti yang dalam gaharu adalah Oleresin, Sesquiterpenes biosintesis (Q-quaiene, Q-humulane dan 5-quaieane serta derivative chromone phenylethyi, Terpenoid dan Syloluose. Kita telah difahamkan bahawa oleoresin ada minyak manakala sesquiterpenes dan chromones phenylethyl adalah bentang pertahanan sentiasa bersedia menanti serangan penyakit dan pembentukan. Hanya pokok yang tercedera menghasilkan gaharu, setelah bahagian-bahagian pokok gaharu tercedera dan dicederakan, isyarat kerosakan terus dihantar pada benteng pertahanan ini dan akan berlaku proses kawalan melawan wabak penyakit menguasai keseluruhan pokok.

Sebatian organic yang membantu dalam membenteras atau membantutkan jangkitan ini dipanggil tylosis dan tempoh awal pembentukan resin gaharu wujud 2 bentuk iaitu tylose dan gen, manakala sesquiterpenes dalam gaharu mempunyai aktiviti anti-mikrob dan anti-penyakit.


Antara kulat yang ditemui daripada proses semulajadi yang menjangkiti melalui kecederaan kulat Ascomycetous, phaeoacremonium parasitica dan manakala dematiaceous adalah terdiri salah satu kulat penting sebagai pembentuk gaharu. Setelah 6 bulan dijangkiti menghasilkan beberapa sebatian gaharu penting seperti benzylacetone, anisyiacetone, guaeine dan palustrol. Perubahan warna amat ketara selepas inokulasi dilakukan setelah 6 bulan (1.70 cm) memaparkan zon perubahan warna panjang, lebih luas jika dibandingkan dengan sampel 3 bulan (1.17 cm).


Sebagai tindakbalas kepada kerosakan mekanikal dan juga sumber untuk menyaring gen yang berkaitan dengan isyarat luka dan metabolisme, menunjukan unigenes berkaitan dengan proses metabolisme, metabolisme terutamanya karbohidrat. Jumlah karbohidrat metabolisme berkaitan unigenes lebih besar dan metabolisme gula dalam Aquilaria boleh dirangsang oleh kecederaan. Pembentukan gaharu mempunyai beberapa kumpulan dengan kanji dan metabolisme gula dan pada dasarnya selaras penemuan melalui mikroskop electron, bahawa jumlah tinggi granui kanji wujud didalam kayu sihat.


Walau bagaimanapun apabila kayu tercedera didalamnya berkumpul kanji dalam keadaan rendah. Enzim inducible mungkin bertanggungjawab untuk pembentukan gaharu, memandangkan sesquiterpenes adalah komponen amat penting. Jelas menunjukan daripada akibat luka dan adalah tanggungjawab sesquiterpenes membentukan gaharu pada Aquilaria ini. Disebabkan tiga sesquiterpenes (Q-guaiene, Q-humulene dan 5-guaiene) didalam sel-sel aquilaria dan dihasilkan oleh tindakbalas enzim-enzim.


Semenjak tahun 1938 ramai penyelidik telah menjalankan kajian agar, bagaimana pembentukan berlaku dan ada laporan mengatakan zon agar dapat berkerjasama dengan acuan kulat melalui kerosakan kulat berkaitan. Antara spesis-spesis kulat yang berbeza ditemui dikaitkan dengan zom agar, antara kulat paling hampir kelihatan menjadi sifat aprophtytic dalam perbezaan isyarat eko-geografi.

Walau bagaimana pun hanya sedikit tentang kulat berkaitan dengan pembangunan gejala-gejala penyakit dan bagaimana pembentukan gaharu dihasilkan. Antara kulat-kulat kebiasaan ditemui menjangkiti spesis aquilaria iaitu Aspergillus sp, Botryadiplodia sp, Lasiodiplodia sp, Diplodia sp, Fusarium bulbiferum, Fusarium laterium, Fusarium oxysporum, Penicillum sp, Pythium sp dan Trichoderma.


Kesan beberapa pencilan dalam pembentukan gaharu boleh diuji melalui meniru proses pembentukan semulajadi dan melalui induksi kulat inokulasi ianya mampu mengeluarkan tiga puluh empat sesquiterpenes serta empat sebatian aromatic dalam pembentukan gaharu. Pengaktifan kulat jangkitan mekanisme tindak balas pertahanan yang seterusnya mendorong pembentukan gaharu menyebabkan biosintesis bahan-bahan pertahanan seperti sesquiterpenes berada didalam sel parenchyma.

Phytoalexins terkumpul dan dirembes kedalam salur-salur bersebelahan melalui lubang, ini mengakibatkan menghalang pembentukan iaitu vessel occlusions. Occlusions dan Sesquiterpenes adalah penyumbang kepada sekatan fizikal dan kimia perencatan mikrob dalam batang pokok, mengakibatkan mengelak penyebaran mereka. Bilangan kedua-dua ini sentiasa meningkat dalam tempoh semasa jangkitan, akhirnya membawa kepada pembentukan gaharu.


Pada asasnya kulat-kulat disuntik tujuan memcederakan pokok, dibiarkan kawasan luka terdedah bagi merangsangkan pokok menghasilkan resin daripada tisu kayu. Keadah inokulasi berbeza-beza, ianya tergantung kepada saiz lubang yang dilakukan sebagai kezaliman luka dan lubang-lubang disediakan mengikut anggaran kemahiran seseorang penginokulasian. Anda boleh sediakan ratusan lubang, mengikut andaian kemampuan, kekejaman serta keserasian cecair pengalak resin digunapakai dan harus mengambil kira dengan pertahanan pokok ketika ditiup angin kencang.

Dalam pokok ini meneruskan hidup, pokok ini mengunakan mikrob sel cecair daripada tisu berkayu sebagai sumber tenaga dan makanan, walaupun secara ansur-ansur kehilangan sel-sel cecair yang mengurangkan keamatan proses metabolisme dalam tisu kayu. Sel-sel tisu yang telah dimakan oleh mikrob akan membangunkan koleksi sel dan secara fizikalnya daun-daun akan bertukar menjadi kuning dan pokok-pokok mengalami stress, allegic, kulitnya pecah dan disiak kulit terputus.


Fenomena biologi ini menerangkan bagaimana pokok-pokok bertindak balas dalam menghasilkan pembentukan gaharu. Ayat paling mudah untuk kita memahaminya, gaharu dibangunkan daripada hasil tindakbalas pokok disebabkan jangkitan pathogen, melalui kecederaan atau tekanan.

Dengan tujuan mendapatkan tuaian gaharu berkualiti tinggi, paling tidak kita terpaksa menanti selama 5 tahun lebih kurang setelah pokok diinokulasi kulat berkaitan. Antara factor-faktor kelihatan, Proses inokulasi ini dianggap berjaya jika warna kecoklatan muncul diikuti keadaan pokok sakit sebelum ditebang, tetapi tahaf kejayaan melalui proses inokulasi agak berbeza-beza. Kebiasaanya jumlah hasil tuaian pengeluaran gaharu inokulasi ini, setelah 5 tahun inokulasi mengikut keadah inokulasi dilakukan dan saiz pokok juga menentukan pengeluaran hasil gaharu.


Inokulasi spesis kulat-kulat berkaitan untuk merangsang pengeluaran gaharu, mesti berhati-hati ianya akan melibatkan kerugian serta kegagalan tujuan menghasilkan pembentukan. Akibat daripada penyembuhan kecederaan akan berlaku dan sekiranya pengunaan spesis kulat terlalu ganas ianya boleh membuatkan pokok mati sebelum dituai.  Kegagalan itu tadi adalah permasalahan dikaitkan dengan kegagalan kulat inokulasi ketika berlaku bertindakbalas kerana setiap pokok mempamerkan reaksi berbeza.

Kegagalan disebabkan ketidak kesesuaian pathogen disuntik kedalam batang pokok dan kesesuaian mikrob inokulasi antara pokok-pokok merupakan factor-faktor penting yang wajid kita ketahui. Oleh itu, seseorang penginokulasian untuk menentukan kejayaan proses inokulasi, mengetahui atau mengenalpasti bagaimana pathogen mikrob bersesuaian setiap spesis pokok.


Sebelum menamat cacatan terbaru ini, saya ciplak sedikit laporan kajian yang mengatakan, bahawa sesquiterpenes dan derivative chromone adalah sebatian utama dalam gaharu. Oleh itu memahami biosintesis dan pengawal selia dan sesquiterpenes chromone adalah amat penting dalam menentukan mekanisme pembentukan gaharu. Walaupun bagaimana, sehingga kini laluan biosintesis bersama derivative chromone masih tidak begitu jelas dan metabolisme terpenoid cuma dijadikan perbandingan sebagai penjelasan.


Daripada maklumat diatas, ianya merupakan kajian secara teori yang diperolehi daripada kajian-kajian pengkaji terdahulu. Untuk mengenalpasti kesalihan maklumat tersebut, kita boleh lakukan kajian secara amali dan sebagai seorang pengiat tidak ada kemungkinan kita temui kebenaran seperti maklumat tersebut. Kita sentiasa terdedah dengan factor-factor penting ketika melakukan inokolusian, semasa lakukan penilaian setelah pokok disuntik dan menemui perbagai-bagai spesis kulat tumbuh pada batang pokok dalam tempuh masa tertentu setelah inokulasian dilakukan.


Sesekali kita mempelajari mata pelajaran sainstifik pula, tidak salah kan?. Jika kurang faham, buat faham-faham aja lah. Kan, bergiat dibidang gaharu teknologi, masakan tidak pandai istilah mengikut sains,. Tu lah semasa sekolah dulu, orang ambil mata pelajaran sains, yang kita pilih sastera mahu jadi penobel, orang dah jadi doctor rawat pesakit, yang kita pun jadi doctor juga.. doctor inject pokok gaharu.. kikikikiki.. tapi ok lah tu.. tercapai juga cita-cita jadi doctor, tetapi hari-hari berperang dengan sipacat. Terima kasih semua.

Monday, 10 February 2020

Kerana Penyakit..!!!


Pantas masa berlalu telah satu bulan lebih kita lalui tahun 2020, aktiviti masih tetap seperti biasa mengikut jadual harian. Kadang-kadang cuaca agak panas di penghujung bulan januari dan pada awal bulan february cuaca tidak menentu. Pagi 8 february cuaca amat mengizinkan ada peluang bawa tetamu melawati ladang gaharu dan kesempatan melawati beberapa lokasi pokok liar yang telah diinokulasi. Membawa tetamu melawati pokok-pokok yang telah disuntik tempuh masa dari 3 bulan hingga 16 bulan, diantara pokok-pokok kajian teknik pasakan bamboo stick.


“ Bergitu lama bergiat dalam bidang gaharu teknologi masih lagi dalam melakukan kajian?”. Persoalan begini tidak pernah timbul atau menjadi satu isu pada diri saya dan adalah punca utamanya saya sering upgrade cecair pengalak resin ciptaan itu. Sifat tidak kepuasaan hati sentiasa bermain-main difikiran sendiri, walaupun cecair telah berjaya menghasilkan pembentukan masih ada sifat kurang puashati dan inginkan penghasilan lebih terbaik daripada sebelumnya. Diri terasa amat bodoh sekiranya kita berpuashati percapaian sebelum ini dan tidak mahu menerima walaupun ada sedikit kekurangan penghasilan gaharu terbentuk.


“ Setiap kali update gambar pokok yang telah inokulasi, berapa lama mahu simpan dan bila proses tuiaan hasil akan dilakukan?.  Diantara pengusaha mempunyai rancangan berbeza, boleh dikatakan walaupun kegiatan ada sama dan pasti halatuju serta tujuan berlainan mengikut apa yang dirancangkan. Tidak kemungkinan setiap bulan inokulasi sejumlah besar pokok ini hanya untuk simpanan serta melakukannya sebagai hobi. Kerja-kerja inokulasi melibatkan kos yang agak besar, adakala pokok dibeli, ada yang kongsi kos dengan pemilik dan yang pasti aliran wang tunai setiap kali inokulasi dilakukan.


Jika hanya hobi, orang kurang siuman mampu menilai perbaziran melaburkan duit tanpa pulangan hanya pada pokok gaharu dan melakukan sesuatu perkara mengikut hobi, inokulasi memandai-mandailah bukan menghabiskan duit kerana hobi setiap bulan. Jika 100 pokok diinokulasi ianya bukan satu hobi, ianya telah melibatkan kos inokulasi terpaksa ditanggung agak besar dan jika 10 batang pokok tanam diinokulasi, jumlah sebesar ini boleh dikatakan hobi. Ini pula sejumlah ribuan pokok termasuk pokok ladang dan pokok liar siap diinokulasi diserata Negeri, hobi ke tu?.


“ Tidak kisahlah inokulasi pokok banyak-banyak pun vaksin sendiri kan?”. Disini semua kena kira secara detail tentang modal, kos pengurusan inokulasi, kos kerja inokulasi, kos vaksin dan kos berkaitan. Walaupun vaksin ciptaan sendiri, telah berjaya menghasilkan pembentukan bukan dihasilkan melalui percubaan pertama kali. Ianya melalui perbagai-bagai cabaran dan bukan masa selama 5 tahun untuk memantapkan kesemua bahan-bahan larut yang diproses terkandung dalam vaksin tersebut. Percubaan demi percubaan dilakukan sebagai penilaian keserasian cecair pengalak ini pada perbagai-bagai spesis pokok gaharu.


“ Bagaimana cara memproses vaksin atau cecair pengalak resin?”.  Untuk mengulas tentang prosesan vaksin ini agaknya amat rumit, jika mengikut cara kajian orang kampong seperti saya. Kita bukan orang terpelajar kajian dilakukan cara amali dan tidak mampu menguna pakai peralatan canggih. Pengetahuan penyediaan bahan-bahan mentah tertentu diperolehi daripada pengelaman lampau semasa bersama-sama pengiat terdahulu. Walau bagaimana pun bahan-bahan mentah ini tetap menjadi satu rahsia dimana ianya diperolehi dan begitu juga cara-cara memprosesnya. Kemungkinan dan tidak ada kemungkinan pengiat inokulasi selain daripada saya juga tidak akan mendedahkan butiran cara-cara memproses vaksin ini.


“ Teknik inokulasi manakah yang betul berkesan dan mampu menghasilkan gaharu berkualiti?”. Ianya bergantung pada cecair pengalak resin itu sendiri, ada vaksin serasi cara merendam bamboo stick dan mempasaknya bamboo ini pada bahagian batang pokok. Dikalangan penginokulasian mengunapakai teknik sapuan vaksin pada batang bertujuan gaharu di gunakan untuk prosesan minyak pati. Pelbagai-bagai teknik-teknik lain diguna pakai, iaitu infuse, pengunaan belasah logam keluli, pemanasan melalui pembakaran dan menakel pada batang gaharu sebagai teknik sakiti ini terdedah daripada serangan palesit.


Daripada pengelaman saya, untuk dapatkan gaharu berkualiti pula, ianya terletak di atas kesabaran diri sendiri dan sanggup menanti selama 3 ke 5 tahun dari tempuh inokulasi dilakukan. Ianya juga bergantung kepada dua factor lain, ianya kekejaman cecair pengalak resin dan tindakbalas pertahanan pokok itu sendiri. Kematangan juga kemungkinan disebabkan keadaan pokok tumbuh dipersekitaran tanah berkeadaan kering. Faktor-faktor lain yang sering saya temui pada pokok yang tumbuh di atas tanah yang berbukit atau keadaan kekurangan air menghasilkan pembentukan amat memuaskan, jika dibandingkan pokok yang tumbuh dikawasan lembab serta tanah di tepi paya.  Tetapi, perkara begini hanya kemungkinan terjadi atau kemungkinan inokulasi dilakukan pada musin kemarau.


“ Mengapa kini saya amalkan 2 teknik inokulasian setiap satu pokok?”. Teknik kebiasaannya saya guna pakai adalah teknik infuse yang begitu serasi dengan cecair pengalak ciptaan saya. Saya ini jenis orang yang gatal tangan, gemar mencuba dan lagipun teknik pasakan bamboo stick adalah salah satu teknik amat popular ketika dulu. Sambil menguji keberkesanan, penghasilan pembentukan melalui rendaman cecair pengalak yang telah diupgrade. Pasakan bamboo stick dilakukan pada batang dan dahan pokok berusia 3 hingga 5 tahun sebagai penilaian tindak balas pertahanan pokok yang berusia seperti itu.


Saya gemar lakukan penilaian serangan penyakit serta pertahanan yang terbentuk setelah pokok diinokulasi dan tahaf kekejaman kulat yang terkandung dalam cecair itu melakukan serangan. Kulat-kulat cecair pengalak yang digunakan untuk mendorong resin gaharu dan amat penting kita lakukan penilaian dari masa ke masa untuk pastikan perubahan warna dalam tempoh tiga dan enam bulan akan datang. Pada asasnya pembentukan gaharu terjadi didalam batang dan akar pokok yang telah dijangkiti parasite, pokok akan menghasilkan resin yang tinggi kerana membantutkan jangkitan itu tadi.


Kita difahamkan keadaan gaharu berwarna gelap adalah resin, bukan kayu yang membentuk dalam batang, cabang atau akar pokok ini. Resin ini terbentuk selepas dicederakan, tercedera oleh serangan serangga, angin, kilat dan jangkitan kulat akan berlaku. Proses pembentukan ini dibangunkan perlahan-lahan selama beberapa dekad, sebagai proses semulajadi pembentukan gaharu. Begitu juga kecederaan melalui paksaan atau melalui teknik inokulasian pembentukan dibangunkan secara perlahan-lahan dan kelebihan pada teknik inokulasian ianya mampu menghasilkan jumlah gaharu banyak.

Penghasilan gaharu terbentuk pada pokok yang hidup, gaharu akan berkembang perlahan-lahan, walau pun telah diserangi penyakit atau dijangkiti kulat. Kita  cuma mengetahui maklumat bahawa gaharu terhasil kerana jangkitan kulat, tetapi hanya sedikit kita ketahui tentang kulat-kulat yang ada hubung kait dengan pembentukan gaharu. Oleh sedemikian, keadah inokulasi adalah bahan-bahan terkandung dalam cecair pengalak resin ini terdiri perbagai-bagai kulat-kulat yang digabungkan sebagai cecair berpenyakit. Lakukan inokulasi pada pokok gaharu boleh dikatakan melakukan inokulasi kulat dalam batang pokok gaharu, ianya seakan-akan meniru proses pembentukan semulajadi.


“Bagaimana terjadi setelah pokok ini di suntik cecair kulat pada kedua musim?”. Kadar perubahan warna dalam musin hujan 16-20 bulan setelah dicederakan adalah lebih tinggi daripada musin kemarau. Satu bulan selepas inokulasi dilakukan, perubahan warna pucat akan berlaku, diikuti warna lebih gelap daripada warna kuning-coklat selepas 3 bulan, ianya akan membentuk coklat gelap usia 8-10 bulan dan perubahan kepada hitam dalam masa bulan ke 20, dengan mengeluarkan aroma setelah dibakar. Pembentukan ini dibantu oleh udara, air hujan dan ada kalanya serangga yang membuat sarang, ianya boleh dianggap factor sebagai pembawa bakteria semulajadi atau mikroorganismen menyokong serangan penyakit.


Hampir semua sel-sel bijiran kanji hilang dari sel-sel yang ditinggalkan dibahagian kayu setelah 4 hari selepas berlaku kecederaan ketika musin hujan, manakala sedikit kanji masih wujud dalam sel-sel hidup daripada 7 hari selepas dicederakan dalam musin kemarau. Selain itu, coklat kekuningan wujud dalam sel-sel parenchyma 14 hari di pokok cedera pada musin hujan dan seperti kita mengetahui punca utama perbezaan ini dianggap sebagai factor-faktor bermusin. Pada musin hujan pengangkutan aktif sebagai makanan dan pengaliran air mungkin berlaku jauh lebih tinggi daripada musin kemarau.


Saya sebarkan maklumat kajian awal, ilmu yang dimiliki serba sedikit ini dikongsi buat pengetahuan. Untuk saya imbas kembali ilmu, walaupun ianya tidak ada nilainya pada orang-orang terpelajar dan pada yang telah menjadi jutawan kerana gaharu. Ialah kan, kikikiki, dah jadi jutawan mana kesempatan mencari ilmu seperti ini. Membaca tidak sama seperti menaip, membaca cuma sekali imbasan dan jarang-jarang kita mengingati apa yang telah kita baca, kerana fikiran kita sentiasa tertumpu pada kerjaya kita. Bila menaip sesuatu tujuan kita mesti memberi tumpuan, menyusun ayat-ayat dan mesti mengedit tujuan senang difahami. Saya sendiri pun kadang-kadang mudah terlupa apa yang dibaca, kemungkinan menganggap sesuatu info itu perkara yang remeh. Apabila mahu gunapakai, mula lah tercari-cari dan mungkin agaknya sifat orang-orang berumur.. Kikikiki.. TQ.

Sunday, 2 February 2020

Si Gatal Tangan.


Tiba-tiba terasa rindu kat hutan, rindu nyanyian burung, rindu tiupan angin nyaman, rindu si Dracula dan rindu pada warga hutan. Perjelajahan inokulasi tertunda kerana ada perkara lebih penting mesti di utamakan dan apabila keadaan semua stabil kembali penjelajahan akan di mulakan seperti biasa. Merayap di hutan berdekatan tidak selancar seperti biasa, bermula hujung tahun dan memasuki tahun baru cuaca pula tidak menentu. Sekejap-kejap hujan turun, cuaca tidak boleh di harapkan ketika cuaca panas dengan tiba-tiba mendung disertai hujan tanpa di duga.


Tetapi hati tergerak-gerak keinginan mahu melihat sambil lakukan penilaian pada pokok-pokok yang telah di inokulasi dan sambil-sambil mengira jumlah yang di tawarkan oleh pemilik untuk di inokulasi. Jika tidak mengenal, tentu tidak akan merana, saya tidak rasa menyesal mengenali pokok gaharu walaupun kadang-kadang sampai merana kerana nya. Ia lah kan..? Duit masuk bagaikan siput merayap tetapi hari-hari duit keluar tak ubah seperti air terjun.. kikikiki, Inokulasi pokok sendiri tetap pakai duit dan siapa kata pengiat ini, tidak kisah inokulasi jumlah besar pun dan inokulasi sendiri.



Orang-orang lain lakukan pelaburan mereka pada hartanah, pembelian saham, project perumahan, simpanan kekal, emas, perladangan dan pembelian asset-aset pelbagai bentuk. Tetapi, kita pula mempunyai sifat kegilaan yang agak sukar untuk di fahami serta di nilai adakah kita masih ada kewarasan melakukan pelaburan pada pokok gaharu. Ada yang pernah berkata, “ Kan banyak bidang pertanian lain boleh di jadikan kerjaya, kau pilih kerjaya di bidang gaharu, satu bidang yang tidak nampak ianya akan berjaya dan buat satu benda biar dapatlah sara hidup”.

Jika mahu ikut cakap orang, sampai kebila kerjaya kita akan bermula, seorang ini bagi pendapat itu, seorang lain kata tidak setuju cara itu dan itu cuma pendapat dari dua orang, jika sepuluh orang?. Bagi saya, setiap satu usaha datangnya dari minat, dari ilmu yang di pelajari serta kemampuan diri. Sekiranya melakukan usaha daripada meniru kerana kita ada kemampuan kewangan, tanpa ilmu dan tanpa pengelaman, begitu yang telah ramai yang menemui kegagalan kerana berusaha separuh jalan. Bila kita merasai aman berusaha secara kita dan dapat meneruskan usaha kita tanpa berubah-ubah pada kerjaya lain, itu telah mengambarkan seseorang itu telah berjaya.


Saya memang mengemari inokulasi pokok gaharu liar utamanya spesis Aquilaria malaccensis dan saya sentiasa mengintai-intai pokok-pokok ini berukuran besar. Untuk temui spesis Aquiaria Hirta memang tidak pernah di temui di kawasan perkampungan begini dan kebiasaan spesis Hirta hanya di temui di banjaran bukit besar. Saya menjelajah di persekitaran bukit beedekatan mencari spesis Aquilaria Crassna dan spesis lain-lain tidak juga di jumpai. Kemungkinan ada tumbuh merata di bukit-bukit yang pernah saya lawati, kemungkinan agaknya saya tidak mengenali dan tetap menganggap saya menemuinya sebagai pokok karas.

Itu lah akibatnya, ruginya jika ilmu kita hanya cetek, tetapi itu bukan di kisah sangat kan?, Depu ke, karas ke tetap pokok gaharu. Jarang-jarang pembeli tanya, gaharu ini dari spesis mana?, itu bukan persoalan pada pembeli dan mereka mahukan gaharu bukan spesis pokok gaharu. Jika kita memilik pokok gaharu sebesar 10 pemeluk, memiliki ladang 100 hektar dan pokok-pokok kita tanam pula dengan perbagai-bagai spesis yang terpilih. Tetapi, tidak terhasil pembentukkan gaharu, tidak larat di jaja, di virai sana sini, serata group kita share, sampai pecah suara-suara mahu jualkan dan update setiap saat di laman social, tidak ada seorang pembeli pun mahu melayan status kita.


Bila selesai kerja-kerja inokulasi pokok-pokok gaharu liar ini, dalam tempuh masa 3 bulan hingga enam bulan tiada permasalahan apa-apa dan semuanya dalam keadaan terkawal. Bila masuk tempuh dua belas bulan inokulasian, jadual lawatan ke lokasi-lokasi pokok-pokok ini mesti di lakukan dan yang tentunya fikiran terasa ragu-ragu, kerisauan keselamatannya. Hairan juga kan?, Ia lah, ada suara-suara mengatakan bahawa gaharu terhasil daripada paksaan ini, tidak ada harga dan tidak ada pemborong mahu beli. Katanya mereka juga, jika di inokulasi hanya pembaziran duit dan yang pasti penginokulasian yang dapat duit.

Dalam mempertikaikan semua persoalan ini, sepokok demi sepokok di curi orang dan menghairankan juga dan sekiranya tidak ada pembeli, tidak kan lah pencuri menyimpan berbatang-batang pokok di tebang di dalam rumah. Amat menyedihkan di antara pokok yang tebang, baru di inokulasi selama tiga bulan hingga lapan bulan dan dalam tempuh ini kebiasaannya cecair pengalak resin masih aktif melakukan serangan. Lagi menghairankan pembeli pun satu hal, main beli aja dan sepatutnya selidiki terlebih dahulu, kayu dari mana dan siapa yang inokulasi.


Kemungkinan sipencuri menawarkan harga sangat murah, maka terus membayar dan kemungkinan pencuri sudah menjadi kebiasaan menjualkan gaharu padanya. Siapa tak mahu untung besar, dua-dua makhluk ini dapat untung, yang mengalami kerugian terdiri daripada pemilik pokok dan pengokulasian. Rata-rata kedengaran kes kecurian pokok gaharu yang telah di inokulasi, di mana-mana Negeri dan yang berlaku di hutan simpan kekal itu adalah perkara turun menurun. Kemungkinan gaharu semulajadi dah pupus di hutan atau terlalu sukar hutan untuk di cerobohi dan pengiatan mencuri beralih pada pokok ladang serta pokok liar yang telah di inokulasi.


“Satu tempat dah di tebang orang dalam 5 batang, siap tunggul pun di gali dan siap bina jalan masuk, ada meninggalkan tayar kesan van masuk angkut batang-batang gaharu tu. Dalam planning tu, pertengahan tahun ini memang niat mahu tebang, pilih mana-mana pokok yang telah matang. Kemungkinan ada yang sentiasa perhatikan gerak geri kita, ketika kita keluar berminggu-minggu berurusan dan ketika itu dia ambil kesempatan, malaun sungguh”, Cerita seorang pemilik pokok pada saya. “ Buat lapuran polis, lapuran simpan, mana tahu esok-esok nya datang kebas lagi dan yang paling benggangnya si pembeli”. Kata saya.

Saya juga pernah mengalami perkara-perkara begini, paling rasa kecewa dan pencuri menebang antara pokok-pokok sebesar paha yang baru di inokulasi berusia tiga bulan. Saya bukan mengeluh kesal atas kecurian pokok-pokok gaharu itu, rasa kecewa di sebabkan pembaziran. Siapa mahu membeli gaharu berkeadaan sedemikian, warna masih pudar, jika kayu itu bakar ianya tidak mengeluarkan bau gaharu dan yang pastinya mengeluarkan bau hangit kayu terbakar. Mengikut fahaman saya, sekiranya pembeli membeli untuk di penyulingan minyak pati pun ianya tidak berbaloi.


Cuma mahu di ingatkan, setiap pokok gaharu yang di inokulasi oleh seseorang penginokulasian, mereka amat mengenali pokok mereka dan amat mengetahui bagaimana gaharu terhasil daripada hasil kerjatangan mereka. Jika pembeli sentiasa berurusan dengan pencuri-pencuri gaharu inokulasi dan esok-esok kes pembelian gaharu di curi pasti akan terbongkar. Sekali dua penginokulasian, pemilik pokok boleh bersabar, tetap akui masih tidak ada rezeki lagi dan sekiranya berkali-kali kecurian seperti ini berlaku berulang-ulang.

Saya masih bernasib baik, antara kesemua pokok liar di inokulasian tumbuh di kebun getah dan dusun berhampiran kampong. Kehilangan sepokok dua itu boleh di anggap kebiasaan, kemungkinan di lakukan oleh budak-budak yang gatal tangan dan oleh orang yang ingin mengetahui bagaimana rupa gaharu. Kikikiki.. kemungkinan ada yang ingin memperbelajari bagaimana gaharu terhasil melalui teknik inokulasi dan mahu kepuasan hatinya sendiri yang selama ini, ada isu-isu mengatakan teknik inokulasi ini tidak berjaya menghasilkan gaharu.


Saya sering update status, story beserta gambar-gambar pokok gaharu yang telah di inokulasi dan bukan ada niat mahu menunjuk-nunjuk hasil menyerapan cecair pengalak resin ciptaan saya. Sudah menjadi satu kebiasaan terjadi pada sesiapa yang memiliki akaun facebook, sering update apa-apa yang mereka gemari, jika kita tidak menyukai, tiada sesiapa memaksa kita like serta mahukan kita memberi komen. Amalkan fikiran terbuka, jika berniaga dibidang yang sama, kita mesti menerima saingan kita secara sihat dan kita harus memahami mereka pun sama seperti kita, ada periuk yang perlu di isi dan ada mulut untuk di suap.

Di laman social kita ada kawan, sama-sama sebarkan maklumat, sama mencari rezeki melalui promosi dan bukan medan perang menembak musuh. Dia orang mahu update apa benda pun, itu hal mereka dan mereka pun sama seperti kita, bayar bill, bayar kredit, beli top up semua guna duit dari poket sendiri. Kikikiki.. betul kan?. Yang kita berdengki, sakit hati tidak tentu hala, apa benda yang kita dapat?. Adakah setiap bulan mereka datang jumpa kita menadah tangan minta bantuan ikhsan dari kita?.


Saya memang tidak gemar komen-komen serta like status kawan-kawan update, tetapi saya sering membaca dan sentiasa menghormati kawan-kawan di laman social. Terasa hebat memiliki kawan-kawan yang bergiat dalam satu bidang, merasa kagum dengan kegigihan mereka berusaha dan tidak ada jemu promosi urusniaga mereka. Kita cuma kenal di laman social tidak pernah bersua muka, bererti kenal-kenal ayam, kikikiki.. kadang-kadang menyangka lelaki, bila kita PM, “ya Tuan”, Saya perempuan lah jawabnya. Tidak kiralah lelaki ke perempuan ke, kita ada kawan yang ikhlas di laman social dan sekurang-kurangnya promosi kita ada juga kesannya. TQ.