Kita patuhi Perintah
kawalan Pengerakan, bukan bererti tidak bergerak-gerak berkurung dalam rumah,
dok makan minum tidur aja sepanjang hari, berlumut punggong dijangkiti kulat.
Kita sudah hampiri bulan puasa dan hari raya akan tiba sekiranya Allah
panjangkan umur, kita lakukan apa yang patut, membersih kawasan rumah, menebas
semak samun berhampiran jalan masuk kerumah sebelum bulan puasa tiba dan sebagai
amalan senaman setiap pagi. Apa-apa pun setiap hari wajib badan keluarkan peluh
agar kita sentiasa dalam keadaan sihat.
Kebiasaannya setiap pagi
kehutan dan ada ketika menyepi diladang gaharu, kini pergerakan terkawal tidak
boleh lintasi sempadan dan cuma curi-curi masuki hutan berhampiran rumah. Saya
gemar suntik pokok gaharu liar yang tumbuh dikebun getah, dusun-dusun buahan
dan diladang kelapa sawit hak milik persendirian dan tidak sesekali mengusik
pokok ini yang tumbuh dihutan simpanan kekal.
Saya terangkan disini
sebagai dedahan agar mengetahui pada orang-orang yang tersalah anggap,
mengatakan saya suntik pokok gaharu dihutan simpan. Diserata lokasi tempat saya
menetap dan dearah-dearah berhampiran ini, memang mudah ditemui pokok gaharu
liar ini yang tumbuh ditanah hak milik persendirian. Jumlah besar pokok spesis
ini saya perolehi secara percuma, adakalanya memberi duit kopi pada pemilik dan
mendapat kelepasan keluar masuk kekawasan ini tanpa ada sekatan serta masa
tidak dihadkan untuk saya lakukan kerja-kerja berkaitan.
Sejumlah besar pokok-pokok
liar diperolehi belum lagi dilakukan inokulasi dengan ukuran pelbagai saiz
daripada sebesar paha sehingga tiga pemeluk. Sebelum kerja-kerja inokulasi
dilakukan ada perkara penting harus diselidiki, antaranya status hak milik,
pengambilan tanah dan usia pajakan tanah. Ini melibatkan pelaburan wang tunai
walaupun hanya disuntikan cecair kulat pada batangnya, setiap segi kena teliti,
tersilap percaturan kita.
Kikikikiki.. Manusia zaman
sekarang, jangan mudah dipercayai, hari ini cakap lain esok cakap lain, lebih
lagi melibatkan duit, semuanya boleh lupa walaupun berjanji sekalipun dan
ada-ada alasan contohnya, ok bulan 3 nanti, oh sorry bulan 11, oh tak dapat
lagi, bulan 3 tahun akan selesai, masuk bulan 3, itu ini begitu begini, terus kehampaan.
(*Yang terasa tu sorry lah, engkau yang beria-ia berjanji dan tunai tak mahu, kau tanggunglah).
Seawal bergiat dibidang
gaharu teknologi, sememangnya buta dan tuli. Untuk dapatkan maklumat, permulaan
belajar mengenali teknik-teknik inokulasi, teori mana boleh dipakai, bagaimana
untuk cara amali yang betul untuk memulakan kajian dan segala urusan berkaitan
berdasarkan gaharu teknologi, amat pening untuk memikirkannya. Bermula belajar
mengenal apa itu Bioteknologi, Microbiologi, patologi, mikrob inoculation dan
lainnya entah apa-apa benda, berbelit-belit lidah nak menyebutnya.
Pada awalnya saya sendiri pun
kurang memahami, berjanji mesti lakukan kajian, bila terhasil dari kajian.
Alhamdulillah, walaupun belum sempurna, boleh dikatakan berbaloi hasilnya
daripada bertukus lumus tulang empat kerat, bercengkang mata, bagai nak pecah
kepala otak memikirkan bagaimana mahu memecah huraian teori serta formula,
sehingga sampai kematu tapak tangan melakukan kerja-kerja amali dan bergetar-getar
kepala lutut memanjat pokok gaharu setiap kali melakukan kajian.
Cakap mengikut teori memang
senang, spesis kulat sahaja yang mampu menghasilkan gaharu, cuba engkau
lakukan, kita sama-sama tengok hasilnya setelah tempoh 3 bulan. Tersiilap
haribulan spesis kulat yang disuntik pada pokok gaharu itu boleh menyebab tidak
terhasil gaharu. Kikikiki.. jadi saintis
lah, kita. Pengkaji vaksin dan pereka teknik penginokulasian, vaksin haram
jadah apa, kalau bergitu keputusannya..?. Memang betul, semua spesis kulat
mampu mereputkan kayu ketika kayu berada didalam keadaan basah, tetapi bukan
semua daripada spesis kulat segar ini mampu membentuk gaharu.
Ketika pembentangan hujah
secara lisan, saya nyata pelbagai spesis kulat dalam bentuk cecair akan terhasil
melalui bahan-bahan mentah, telah saya temui setelah melalui kajian
bertahun-tahun dan ada pertanyaan “ Bagaimana caranya dan apa bahan-bahan utama..?”
Saya menjawab “ Anda wajib mengkaji sendiri dari awal, dari semua factor pokok
gaharu, bagi menghasilkan gaharu microbiologi, bagaimana pokok stress dan
bagaimana ianya allergic, peranan aktiviti mikrob inoculations wajar atau wajip
dilakukan bagi penghasilan oleoresin (sel-sel berkanji).
Bahan-bahan serta formula
vaksin saya, tetap menjadi perkara rahsia bagi saya sebagai seorang pengusaha, tidak
mesti sesekali akan didedahkan pada mana-mana pihak. Group anda telah mengkaji
daripada penggunaan pelbagai-bagai sel-sel, jisim-jisim, ada teknologi serta
mempunyai makmal yang canggih dan anda juga telah memcuba gabungan spesis-spesis
kulat dan bacteria baik, biokimia, mikrobiologi dan semasa kajian anda pula
mengikut teori, factor yang anda temui demi mencapai matlamat kan?”.
Kulat-kulat yang paling
kerap ditemui dimakmal setelah pengasingan dilakukan, yang sering menjangkiti
pokok gaharu, contohnya seperti Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii,
Aspergillus spp, Fusarium solani, Botryodiplodia theobromae dan lain-lain.
Keputusannya kita mahu mencari sepsis-spesis kulat selamat digunapakai serta
mampu menghasilkan oleoresin wangi, bukan menghasilkan oleoresin bila dibakar
berbau hangit kayu terbakar.
Dari kajian saya, walaupun
bergitu, terlalu banyak pencanggahan pendapat tentang kulat-kulat yang ditemui
diantaranya para-para pengkaji spesis kulat penghasilan gaharu, Sadgopal
(1978), Hooper (1904), Battcaharya (1952), Varrna (1977), Gibson (1977),
Hawksworth (1976), Jaluddin (1977).
Mengikut laporan meluas
para-para pengkaji tentang pokok gaharu dijangkiti kulat (kayu dijangkiti),
adalah satu penemuan bukan perkara baru, bagaimana untuk mempercepatkan
pembentukan gaharu berdasarkan penyelidikan lebih intensif, contohnya spesis
kulat Torule sp. berjaya digunapakai serta mempercepatkan pembentukan gaharu,
tetapi rawatan dihentikan (1931) kerana percemaran inokulasi.
Manakala penggunaan
Cladosporium sp. dan Epicoccum granulatum, Pancillicum citrinum, Aspergilus
tamari, Fusariumsolani, Fusarium oxysparum Schlect, Fusarium tricinctum ,
Xylaroides Fusarium, Botryodiplodia spp. Theobromae spp. Philophora parasitica,
Epicoccum sp. Chaetum fglobosurp kunze, Cylindrocarpon telah dipinggirkan pada
spesis Aquilaria agallocha. Botrydiplodia theobromae, tetapi, juga ada
pencanggahan pendapat, Curvularia lunata, Fasarium oxysporum dan Pestalotia
adalah perasit, manakala Cercosporella sp. Chaetomium spirale, Cladosporium sp.
Phialogenculata sp. Pithomyces sp. Rhizopus sp. Spiculostibella sp. dan Trichoderma
sp lazimnya ditemui digunapakai diThailand.
Teknik penghasilan gaharu
microbiologi, antaranya, mengerudi menjadi amalan untuk membuat lubang-lubang
pada batang-batang serta cabang-cabang dianggap matang, kamudianya disumbat
tiup (PVC) untuk pengaliran cecair yang mengandungi cecair kulat, bertujuan
mencederakan dibahagian dalam batang untuk mengelak penyembuhan secara
semulajadi, teknik bergini berkesan, oleoresin mula membentuk sedikit demi
sedikit, hingga menghasilkan kayu akan dijangkiti kulat, yang terbaiknya
keseluruhan pokok dijangkiti berkualiti tinggi, resin tebal mengandungi minyak.
Pelbagi-bagai kulat yang
berkaitan dengan pembentukan gaharu dibantu oleh serangan serangga, udara dan
air hujan, tiga hipotesis wujup mengenai gaharu pembantukan hasil patologi,
mencederakan / patologi dan / atau bukan proses-proses patologi (tiada maklumat
tepat). Oldfield (1998) menyatakan penghasilan resin terjadi kerana tindak
balas jangkitan kulat dan manakala Beek (2000) pula berkata bahawa tindakbalas
kepada mencederakan menghasilkan oleorasin.
Pengulasannya, jangkitan
kulat boleh meningkatkan pengeluaran oleoresin sebagai tindakbalas kepada
peningkatan, kerosakan dan pertumbuhan kulat terhadap pokok gaharu secara
semulajadi dijangkitan oleh pelbagai-bagai kulat termasuk, Aspergillas spp.
Botryodyplodia spp. Diplodia spp. Fusarium balbiferum, fasarium laterium,
fasarium oxysporium, fasarium solani, Penicillium spp dan Pythium spp. ( Anan
1998, Soehartono dan wiriadinata 1995 -1997 ) Huraian pendapat menyatakan walau
bagaimanapun interaksi ekologi antara pokok dan luka dan / atau kulat untuk
menghasilkan oleoresin adalah rumit.
Setiap Keadaan ada
kemungkinan disebabkan oleh penggunaan kulat liar sebagai cecair pencetus
oleoresin. Kulat ganas boleh menyebabkan pokok-pokok yang diserang kejam dan
menghasut pada kematian pokok. Salah satu masalah dalam inokulasi juga mungkin
berkaitan dengan kegagalan kulat inokulasi untuk bertindak balas kerana setiap
spesis pokok mempamerkan reaksi yang agak berbeza.
Kegagalan itu juga oleh
ketidak kesesuaian pathogen yang disuntik pada pokok. Kesesuaian inokulasi
mikrob dengan pokok-pokok merupakan satu factor penting yang harus dipenuhi.
Oleh itu, untuk menentukan kejayaan proses inokulasi adalah mengetahui pathogen
microbe sebagai mikrob untuk disesuaikan dengan spesis pokok.
Dan kita memahami proses
pembentukan, bermula satu bulan tempuh mengalami alahan, perubahan warna pucat
berlaku, diikuti warna lebih gelap ke perubahan warna kuning-coklat selepas 3
bulan, membentuk warna coklat gelap dalam masa 8–10 bulan dan akan berubah
kepada hitam dalam masa 20 bulan, dengan memberikan aroma apabila dibakar.
Perbandingan dilakukan antara pokok-pokok yang dirawat atau cedera pada 10, 15
dan 20 bulan antara teknik mencederakan ini mempunyai perbezaan.
Keputusan menunjukan bahawa
luka yang ditebuk mengunakan pahat, lubang-lubang diskru dan penyingkiran kulit
belasah pada batang memberikan warna coklat gelap, kekuningan kepada perubahan
warna coklat gelap berhampiran kecederaan, manakala paku yang ditanam pada
batang memberikan perubahan warna gelap, dimana
memukul batang pula memberi hanya sedikit perubahan warna.
Kajian ini bukan perkara
baru, ianya bermula lebih setengah abad yang lampau oleh institusi antarabangsa
melakukan penyelidikan inokulasi tiruan. Kedua-dua tekanan fizikal dan kimia
seperti luka mekanikal dan induksi telah lama diamalkan tujuan meningkatkan
hasil gaharu dan inokulasi kulat. Kekhususan kulat jangkitan adalah kriteria
kecil pembentukan gaharu daripada keadaan fisiologi tumbuhan, tidak balas imun
dan kehadiran pencetus.
Supaya pengeluaran gaharu
boleh menjadi bidang perbagai rupa prospek diNegara Asia Tenggara dan amnya
diMalaysia. Penanaman pokok Aquilaria baru dan pokok-pokok Aquilaria liar dan
pemilihan yang sesuai dan inokulasi harus menjadi objectif utama. Pendekatan
ini merupakan disiplin dimulakan dengan bantuan pakar-pakar perhutanan,
mikologi, biokimia dan mikrobiologi bagi mencapai matlamat.
Setakat ini dulu catatan
terbaru ini, sakit kepala bagaikan nak pecah otak untuk menyiapkannya dan saya
bukan seorang saintis untuk menghurai secara detail. Catatan terbaru ini hanya mengisi
masa luang ketika PKP ini.TQ.
No comments:
Post a Comment