Perubahan
iklim telah bermula, walaupun suasana berangin haba tetap panas, bahana
kepanasan tidak terhingga dan wabak virus CODIV19 sedang merebak. Kebiasaanya diawal pagi berpeluang lepak-lepak kat warong kopi walaupun 1
jam bersama kawan-kawan, terasa rindu pula lepak sambil mendengar perbagai-bagai isu-isu terbaru. Kita
bukan orang politik, bukan orang penting atau ahli JKK ke apa, kita cuma
perbanyak periuk nasi dan gemar mendengar daripada menambah untuk sedapkan isu.
Menjadi satu kebiasaan sebilangan tergolong ahli masyarakat kampong, berada diwarong
kopi setiap pagi sambil bertanya khabar dan setelah selesai bersarapan,
masing-masing akan membawa hala tujuan mencari rezeki.
Ramai
kenalan rakan-rakan sama-sama bergiat dibidang ini hanya kenali dilaman social,
kenal nama bersua tidak pernah sama sekali. Kenal melalui gambar yang mereka
update, kemungkinan sekiranya terserempak tidak akan bertegur sapa. Kenal
melalui gambar sukar untuk kita cam, kadang-kadang gambar diupdate jauh berbeza
daripada wajah sebenar. Tetapi, itu tidak dikisah sangat kan?, kenal nama,
jarang-jarang kita likes serta komen status pun dah cukup sebagai hubungan
silaturrahim.
Seperti
yang pernah saya kongsikan, saya tidak ada rakan yang begiat dibidang gaharu
teknologi tinggal berdekatan dan boleh dikatakan jika ada yang bergiat dibidang
ini sedaerah, memang saya tidak mengenalinya. Yang pernah dikenali hanya kalangan
pengiat gaharu teknologi yang telah pencen dan kadang-kadang sesekali ada
terdengar memasarkan gaharu, itupun cuma, seperti mengikut angin berlalu. Boleh
dikatakan para kenalan mantan-mantan pengiat ini, jika terlihat pokok gaharu
pun terasa mahu muntah oleh kerana terlampau patologi, tetapi, sayang pokok
yang disuntiknya tidak mengalami patologi.
Terasa hebatnya, bila
bercakap tentang teknik-teknik inokulasi dan pendedahan pembentukan gaharu semudah
seperti makan kacang, senang sesenangnya, hanya mengerudi lubang dan masukan
cecair dan pasti pokok akan terhasil pembentukan gaharu. Inilah topic utama
yang diwarwarkan sekian lama, tetapi, tidak ada yang mengaku pernah alami
kegagalan dan hanya cerita yang indah-indah dihebuhkan adalah kejayaan. Pelbagai-bagai
cerita didengari padahal setelah kita menilai dari apa yang diceritakan amat
meragui adalah sukar untuk dipercayai. Jauh beza dengan sifat orang yang telah berjaya,
kebiasaannya mereka berdiam diri, ketawa melihat gelagat saingan barunya dan
yang baru bergiat ini pula tidak ubah terlebih sudu dari kuah.
Kita teruskan tentang
gaharu. Gaharu juga dikenali sebagai oud, oudh atau agar adalah berwarna gelap
resin heartwood yang membentuk dalam pokok Aquilaria dan Gyrinops, apabila
dijangkiti melalui acuan kulat. Sebelum dijangkiti, heartwood adalah ringan dan
berwarna pucat. Walau bagaimanapun, setelah jangkitan berlaku, pokok
menghasilkan damar gelap aromatic melalui tindakbalas kepada serangan itu, yang
menyebabkan bertukar warna gelap, sebagai damar padat yang tertanam dalam
heartwood.
Hanya mitos mengatakan jika
terlewat ditebang gaharu akan hilang, ianya terjadi kerana penyembuhan
disebabkan cecair penyerang terlalu lemah atau cecair disuntik kedalam batang
pokok ini tidak mengandungi sebarang kulat berkaitan. Walaupun pelbagai-bagai
teknik kecederaan dilakukan, isyarat kecederaan ini diterima, tetapi, kelemahan
cecair kulat tidak mampu bertindak sebagai serangan ganas yang mampu melepasi
pertahanan sequiterpernes. Gabungan bahan-bahan terkandung dalam cecair
pengalak adalah antara gabungan spesis kulat dan setelah dicampurkan ianya
menghasilkan pembiakan ribuan bakteria atau menghasilkan ribuan nescules baru.
Daripada hasil kelemahan
cecair yang digunakan, factor utama yang kita boleh menilaikannya, tempuh 3
bulan ianya memberikan keputusan amat mengalakan dan sehingga 12 bulan. Tetapi,
setelah tempuh 2 tahun penyembuhan boleh dilihat dengan jelas. Kebiasaannya
sekitaran lubang terdedah ianya memaparkan warna agak hitam nipis, yang pasti
resin tidak membentuk seperti diharapkan dan hasilnya tidak berbaloi untuk
pulangan modal pelaburan.
Berwarna gelap itu gaharu
dan berwarna pucat pudar itu adalah kayu gaharu, ianya membentuk melalui
kecederaan melalui kejadian alam semulajadi dan dicederakan melalui campur
tangan manusia. Daripada kecederaan ini maka sebagai permulaan serangan palesit
atau kulat-kulat, gaharu adalah produck patologi, mengandungi bahan-bahan kimia
walaupun bagaimana pun pembentukannya agak rumit untuk kita difahami dan
daripada asasnya pembentukan gaharu terhasil daripada serangan kulat.
“Boss mengapa pokok yang
saya inokulasi tidak menghasilkan pembentukan gaharu?”. Peranan cecair pengalak
merupakan peranan utama sebagai penyerang atau sebagai wabak pencetus serangan,
manakala sequitepernes adalah benteng pertahanan. Sekiranya penyerang bersifat
lemah ini hanya berjaya melakukan serangan tempuh masa singkat dan penyembuhan
akan berlaku. Faktor penting kita memerlukan bahan-bahan yang akan diproses
sebagai cecair pengalak itu mampu menghasilkan kulat-kulat yang ada hubung kait
dalam pembentukan gaharu. Teknik-teknik inokulasi juga merupakan teknik-teknik
mencederakan dan ia juga merupakan salur-salur atau lubang bagi memasukan
bendair itu tadi.
Resin yang dihasilkan oleh
pokok ini sebagai tindakbalas kepada serangan kulat-kulat atau mikrob dan
walaupun pokok muda boleh didorong untuk menghasilkan gaharu melalu jangkitan
dan inokulasi. Pelbagai-bagai kulat yang berkaitan ditemui dengan pembentukan
gaharu, tetapi tidak ada tanda jelas mana-mana kulat yang membuat pokok
aquilaria ini menghasilkan gaharu. Gaharu terhasil daripada tindakbalas kepada
jangkitan kulat, pokok menghasilkan resin yang tinggi dalam sebatian organic
meruap yang membantu dalam membenteras pertumbuhan kulat.
Para pengkaji telah berjaya
mengasingkan 3 jenis spesis kulat daripada resin daripada gaharu semulajadi.
Diantara teknik inokulasi pula mengunakan gerudi untuk membuat lubang kecil
dibatang, mengunakan pasakan buluh dan kayu yang telah dijangkiti dibelasah
pada batang pokok Aquilaria ini. Ianya bertujuan penanaman bakteria kulat supaya
kulat-kulat ini menyebarkan atau menyerap melalui tisu pokok. Maka ianya
berlakunya kereputan dibahagian aliran penyerapan dan kejadian begini
mengambarkan cecair pengalak bersifat kekejaman yang sepatutnya.
Kita beralih pada kajian
saintifik pula. Aktiviti selulase, pectinase, peroxidase dan polifenol oksidase
ditentukan pada pokok dalam keadaan sihat, pada bahagian tumbuhan semula jadi
yang dijangkiti dan disuntik secara bersilang, sebagai kajian perubahan dalam
aktiviti-aktiviti enzim sebagai patogenis. Keluarga Thymalaeaceae
mengandungi oleoresin wangi ini, juga dikenali sebagai “agar”, Agar atau gaharu
dianggap sebagai produk patologi yang dihasilkan oleh serangan kulat (atau kayu
dijangkit), sebilangan besar para penyelidik melaporkan pembentukkan “agar” dan
dilaporkan bahawa zon “agar” berkaitan dengan acuan dan kulat yang mereput
kayu.
Antara spesies kulat yang
berbeza-beza dikaitkan dengan zon “agar”, telah mempamerkan pathogenesis,
manakala yang lain seolah-olah hanya saprophytic, antara salah satu
gejala-gejala yang ditemui dalam penyakit disebabkan kulat adalah tidak terurus
pada tisu kayu yang dibawa oleh enzim yang diserapkan melalui pathogen ketika
menyerang luka-luka pada pokok. Perubahan dalam
cellulolytic dan pectinolytic aktiviti enzim dalam pathogenesis mengikut kajian,
peningkatan dalam peroxidase dan polifenol oxsidase aktiviti dalam tisu
tumbuhan pelbagai jangkitan berikut oleh pelbagai pathogen. Penyelidikan kini
telah dijalankan bertujuan mengkaji perubahan dalam selulase, pectinase,
peroxidase dan polifenol oksidase semasa pathogenesis yang berada didalam
gaharu.
Inokulasi buatan pencilan
kulat-kulat terpencil digunakan (chaetomium globosum kunze dan fusarium
oxysporum schlecht) kombinasi gambungan kulat-kulat diamalkan sebagai jangkitan
inokulasi buatan. Pectinase aktiviti telah dikaji ditentukan campuran tindak
balas daripada 1% pertin dan 1 Ml enymemeng ekstrak.
Satu unit enzim adalah
dinyatakan akan kehilangan 1% daripada kelikatan selepas 30 minit bila
terdedah, peroxidase telah diekstrak melalui keadah berikut dan akitiiti
polifenol oxsidase digunakan, catechol adalah sebagai aktiviti substrat
selulase dan pectinase. Penyelidik melaporkan bahawa aktiviti enzim pectolytic
dan aktiviti cellulolytic telah diperingkatkan kerana dipengaruhi Aspergillus
flavus dan mencadangkan pengunaan lebih tinggi peratus daripada enzim
pectolytic dan cellulolytic sebagai alat pembiakkan kulat kerana enzim
bertanggungjawab sebagai kerosakan sel-sel yang temui pada buah coccinia reput.
Penemuan peningkatan
aktiviti kedua-dua enzim setelah disuntik mampu mengawal kestabilan. Aktiviti
peroxidase dalam tumbuh-tumbuhan yang dijangkiti kemungkinan menjadi salah satu
penyebab akibat kerosakan akan lebih besar mengandungi karbohidrat melalui
monophosphate kerana sebatian yang
dihasilkan, dioksidakan oleh peroxidase
(H202) untuk mengatasi pathogen.
Saya kongsikan serba
sedikit ilmu yang saya perolehi daripada test kajian awal saya mengenai spesis
kulat, serangan palesit, factor kereputan, benteng pertahanan dan serangan
kulat yang ada hubungkait dengan pembentukan gaharu. Kemungkinan terdapat
percanggahan dari maklumat ini atau anggapan maklumat kurang tepat, ianya tidak
dapat dielakkan dan kita harus fahami, seperti kata pribahasa lain padang lain
belalang. TQ.
No comments:
Post a Comment