Sunday, 19 April 2020

Reaksinya Berbeza-Beza..!!!!


Ingatan pada diri sendiri:- Jangan gemar menjadi batu api, membakar menghasut sebelah pihak dan sehingga pihak lain sensara akibat perbuatan kita. Bila berfikir biar otak kiri kanan berfungsi dan setiap kali berbicara biarlah sel-sel otak sentiasa bergambung.


Kesempatan diwaktu pagi curi-curi masuk ladang inokulasi, lokasi ladang pokok gaharu tumbuh liar spesis *Depu atau karas nama saintifiknya Malacensis Lamk, jarak lebih kurang 5km dari rumah. Seperti kebiasaan pergi seorang diri diawal pagi, ikut perintah kawalan pengerakan, hanya 1 orang sebuah kenderaan dan tidak boleh melepasi daerah, berbekalkan nasi bungkus, air dan alatan hutan.

Suasana sunyi sepi, penoreh getah juga tidak ingkar PKP dan tidak menemui walaupun seorang manusia dan hanya ditemani warga hutan. Kesempatan lawati 2 lokasi yang berhampiran, untuk meneruskan 2 lokasi lagi, badan terasa kurang terdaya untuk mendaki bukit dan entah apa-apa, tiba-tiba terasa terlalu sunyi, hari-hari kebiasaannya ditemani oleh penoreh getah dan pekerja kelapa sawit yang berdekatan.


10 lokasi ladang ini telah dijaga rapi orang kampong, tidak timbul perasan kerisauan atau bimbang pokok-pokok yang telah diinokulasi diusik atau dicuri dan hanya ada 1 jalan masuk sahaja boleh dilalui melalui tengah-tengah perkampungan. Apa-apa perkara yang berlaku orang kampong akan maklumkan dengan segera, jika ada kenderaan tidak dikenali melalui kampong menghala kelokasi ladang.

Setiap kali berada dihutan sambil-sambil tenangkan fikiran, tetapi timbul pula pelbagai-bagai ideal, tujuan untuk memantapkan lagi penghasilan pembentukan gaharu melalui teknik inokulasi dan sebolehnya sahingga kedaun membentuk gaharu, kikikiki. Teknik infuse dan bamboo stick tetap digunapakai, kajian awal telah dilakukan dan menetapkan jumlah tepat berapa ml serta kos cecair untuk 1 lubang serta berapa cm bamboo stick akan digunapakai nanti.


Untuk gunapakai pada pokok sendiri kemungkinan tidak menjadi permasalahan, tetapi untuk bagi khidmat pokok pengusaha lain tentu kos inokulasi begini dianggap agak tinggi. Kemungkinan tentu ada yang kurang memahami teknik-teknik begini kerja-kerjanya agak rumit dan memakan masa.


Catatan terbaru ini, mahu cerita sedikit pengelaman mengenali gaharu, seawal bergiat gaharu sememangnya tidak mengenali bagaimana rupa gaharu dan mahu sentuh serba sedikit mengenai gaharu. Pengelaman ini sebelum mengenali mantan sifu-sifu gaharu, sebelum diajari menilai yang mana itu gaharu, bagaimana untuk asingkan gaharu, bagaimana cara carving dan bagaimana memastikan pokok-pokok yang telah ada pembentukan gaharu. Jika tidak belajar secara amali dan belajar tanpa guru, akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini mengakibatkan kemusnahan pada gaharu tersebut.


Pembentukan gaharu semulajadi ditemui tidak mengira tempat dibahagian pokok, pembentukan akan berlaku sekiranya dibahagian yang diserang penyakit, factor utamanya dijangkiti kulat berkaitan dan gaharu terhasil pelbagai-bagai bentuk yang unik. Ada pembezaan bentuk-bentuk gaharu antara terhasil semulajadi dengan terhasil melalui teknik paksaan atau melalui teknik campur tangan manusia.

Teknik inokulasi akan menghasilkan pembentukan pelbezaan mengikut reaksi pokok dan factor-faktor lain harus dikira, utamanya persekitaran muka bumi, pelbezaan tanah iaitu berkeadaan kering dan tanah lembab. Mustahil mana-mana teknik mampu menghasil gaharu 100%, jika terhasil 100% pokok akan mati sebelum menghasilkan gaharu. Kereputan juga akan terjadi kerana bakteria kulat-kulat terkandung sebagai bahan utama berada didalam cecair pengalak resin.


“Mengapa pokok yang disuntik cecair yang sama, ada pelbezaannya, ada yang terlalu alami kereputan dan kurang terhasil gaharu?”. Sudah saya jelaskan sebelum ini, pokok-pokok gaharu akan menunjukan reaksi berbeza-beza dan banyak factor lain mengakibatkan perkara ini terjadi. Tidak semestinya pokok gaharu disakiti itu menghasilkan gaharu tanpa ada sokongan serangan kulat berkaitan dan tidak semestinya semua pokok ini akan menghasilkan pembentukan seperti diharapkan.

Sebelum saya hurai serba sedikit hal berkaitan lain, kita teliti sedikit tentang bakteria kulat serta bagaimana ianya menyerap dan melakukan serangan. Kemungkinan anda semua sudah memahami peranan cecair pengalak resin, warnanya pelbagai-bagai mengikut citarasa penciptanya dan bila kulat-kulat bergambung anda boleh bayangkan bagaimana bauannya, rasanya masam dan pelbagai bakteria kulat kandungannya.


Antara peranan kulat-kulat ini, menyebarkan virus semampu yang boleh, mengandungi kulat menyeringkan air dalam batang dan sekiranya sesquterpernes gagal melawan serangan ini, sebahagian kayu ini menjadi reput, bukan berlaku kereputan keseluruhan dan manakala gaharu tidak akan reput selagi ianya berada didalam batang pokok berkeadaan lembab.

Diantara sekeliling kereputan ini, cuba kita amati dengan teliti, ianya mempamerkan warna hitam atau coklat berkeadaan keras, iaitu lah yang dinamakan gaharu yang dikelilingi kayu berwarna kuning pudar. Gaharu juga dinamakan kayu berpenyakit kerana ianya terhasil daripada serangan wabak penyakit dan tanpa ada jangkitan, gaharu tidak akan terhasil. Mana-mana yang amalkan inokulasi teknik infuse, ianya tidak dapat dielakan pokok akan mengalami kereputan dan tidak ada mana-mana pengiat inokulasi pamerkan gambar tahaf kereputan ini.


Jika ada pengusaha pokok gaharu inginkan gaharu berbentuk cip, saya syorkan anda mengunapakai teknik pasakan bamboo stick dan teknik sapuan pada keseluruhan batang. Teknik-teknik infuse kesesuaian untuk penghasilan gaharu berbentuk dekor dan untuk pemprosesan minyak pati. Kedua-dua teknik ini, tidak memaparkan atau tidak akan berlaku kereputan yang ketara, tetapi kerja-kerja kedua teknik ini agak sukar dan memakan masa.

Keserasian cecair pengalak resin mengikut kekejaman tersendiri, ada cecair ini mampu hasilkan pembentukan pada pokok berusia 3 hingga 5 tahun keatas, ada cecair yang mampu menghasilkan pembentukan pada pokok tumbuh liar. Seperti saya pernah huraikan, reaksi pokok adalah berbeza-beza menerima dan melakukan benteng pertahanan sambil menghasilkan pembentukan gaharu.


Untuk tambahankan lagi ilmu tentang gaharu, saya sertai group orang asal pencari gaharu semulajadi, berminggu berada dihutan belantara bertujuan mengenali spesis hirta atau candan. Menjelajahi banjaran tahan bermula daripada Gua Musang sehingga Ulu Termeling Pahang, dari Ulu termeling ke Gua Musang. Disini saya dapat serba sedikit ilmu, cara-cara mereka mengasingkan gaharu, cara-cara trandisional mereka melakukan supaya pokok ini menghasilkan pembentukan dan mereka akan datang kembali setelah tempuh masa yang mereka ramalkan gaharu telah matang.


Untuk mencari gaharu pada pokok bukan caranya menakel-nakel seluruh batang atau mengunakan kapak menakel keping-kepingan. *Contoh gaharu semulajadi :- Jika gaharu ianya ditemui dibahagian kecederaan, ianya berada merata bahagian bukan hanya tengah-tengah batang, ianya mempunyai empat lapisan, pertamanya kulit, keduanya kayu hidup berwarna putih pucat, ketiganya warna kayu agak merah pudar agak melekit dan keempat berwarna hitam coklat dan yang keempat itu dinamakan gaharu ini akan berbau manis.

Jika pokok mempamerkan kulit kering disekeliling mana-mana bahagian pokok ini, mengikut teori didalam batangnya telah berlaku pembentukan gaharu, tetapi belum pasti kesan daripada kecederaan seperti patah telah berwarna coklat itu gaharu. Kadang-kadang warna berwarna coklat itu tadi disaluti tanah dan lumut, tetapi tidak ada jangkitan berlaku dan dengan sedemikian terjadi penebangan sia-sia pada pokok ini disebab tersalah taksiran.


*Contoh penghasilan gaharu campur tangan manusia :- Saya huraikan sedikit, gunapakai salah satu teknik iaitu teknik infuse, salah satu teknik digunapakai oleh pengusaha seluruh Asia dan antara teknik inokulasi paling top. Ada penghasilan gaharu berbentuk U memanjang, ada penghasilan berbentuk berlubang ditengah-tengah dikeliling gaharu *seperti cincin dan ada berbentuk padat pada bahagian-bahagian tertentu.

Warna kehitaman pada gaharu bukan penentu mengeluarkan bau harum dan berwarna coklat kadang-kadang mengeluarkan bau amat kuat daripada gaharu berwarna hitam. Semua pengiat gaharu mengejar warna kehitaman, kikikiki.. kerana kehitaman itu menawan kan?. Dan diri saya sendiri pun sedemikian, memang gemar melihat gaharu berwarna hitam, tetapinya ianya jarang-jarang ditemui, kebanyakannya ditemui kemerahan coklat.


Semasa baru ditebang serta baru dicarving, mana-mana gaharu ditemui dalam berkeadaan basah mempamerkan warna kehitaman, tetapi, apabila ianya telah kering dan ianya kekal warna kemerahan coklat. Untuk dapatkan gaharu mengekalkan warna kehitaman memerlukan tempuh masa agak lama, ianya dibiarkan dipokok,  jika tempuh 2 tahun diinokulasi jarang-jarang gaharu mengekalkan warna kehitaman dan kebiasaanya perubahan warna akan berlaku dan begitu keadaan juga beratnya akan susut.

Kita kena ambil kira disegi factor usia pokok ladang dan bandingkan diantara pokok tumbuh liar serta ketahanan dan kematangan antara 2 ini. Pokok ladang berusia 3 hingga 9 tahun telah dirawat atau diinokulasi dan manakala pokok liar menghasilkan gaharu yang ditemui berusia 25 tahun keatas. Pokok ladang menghasilkan gaharu melalui inokulasi proses dengan suntikan cecair pengalak resin berbagai-bagai jenis campuran spesis kulat dan manakala pokok gaharu liar menghasilkan gaharu secara semulajadi melalui kulat yang betul-betul berkaitan, pembentukan berlaku tempoh masa yang agak lama.


Teknik-teknik inokulasi dicipta untuk mempercepatkan pengeluaran hasil gaharu, agar pengeluaran kian bertambah tujuan memenuhi permintaan pasaran global dan teknik inokulasi dikhaskan untuk pengusaha ladang gaharu. Walaupun bagaimanapun sekalipun, nilainya gaharu ladang agak murah, kualiti juga kurang jika dibandingkan antara gaharu semulajadi dan walaupun berharga agak murah serta kualiti juga agak kurang, yang paling utamanya sebagai pihak perladangan mampu pengeluarkan  kuantiti yang banyak.

Gaharu terhasil daripada teknik inokulasi ini, walau bagaimanapun pendapat mengatakan ianya mampu menghasilkan gaharu sejumlah yang banyak dan melalui pengelaman saya, penghasilan setiap pokok berbeza disegi jumlah penghasilan. Kemungkinan factor-factor lain kena ambil kira, seperti penyerapan cecair pengalak, aliran air atau bahan-bahan makanan pokok ini, cuaca dan peranan pokok yang diinokulasi itu. Salah satu keputusan agak boleh disokong, kita hanya boleh anggarkan melalui pengelaman berapa kilogram akan diperolehi mengikut ukuran pokok.


Saya gemar inokulasi pokok tumbuh liar, cecair saya gunapakai agak sedikit berlainan dos daripada dos saya gunakan untuk pokok ladang. Saya khaskan bancuhan 3 jenis cecair iaitu 1.cecair untuk pokok ladang, 2. Cecair untuk pokok tumbuh liar dan 3. Cecair khas untuk rendam bamboo stick. Kemungkinan perkara ini kita semua telah mengetahui, bahawa pokok tumbuh liar mempunyai kekebalan sendiri dan bukan mudah pokok ini akan terhasil pembentukan gaharu, walaupun melalui kecederaan daripada alam semulajadi.

Pokok tumbuh liar kebiasaannya berukuran besar, walaupun sebesar paha usianya melebihi 6 tahun, tumbesarannya agak lambat dan jika dibandingkan antara pokok perladangan. Apabila dilakukan inokulasi pada pokok bersaiz besar ini, ianya memerlukan cecair pengalak resin betul-betul melakukan kekejaman bertindak sebagai penyerang dan sekiranya kita tersilap pengkiraan dos cecair digunapakai. Ianya akan pasti berlaku penyembuhan menutup kesan-kesan penyerapan cecair dan cara terbaik membiarkan kecederaan sentiasa terdedah.


Perkara ini pernah ditemui pokok liar yang telah dinokulasi oleh para-para pengiat terdahulu, kadang-kadang masih terdapat lubang-lubang kesan gerudi disekeliling batang dan setelah diperhatikan terpamer kulit baru tumbuh menutup sekeliling lubang ini. Apabila menakel sebahagian lubang-lubang gerudi ini, kita akan temui hanya bintik-bintik hitam berkerutu dan ini memberikan jawapan inokulasi yang lampau gagal menghasilkan pembentukan gaharu.

Pada para-para pengiat profisional, harap maaf, saya bukan sengaja berniat menunjuk-nunjuk, agar dianggap sebagai seorang pakar dalam bidang ini dan apa yang saya catatkan hanya melalui pengelaman sebagai seorang peminat gaharu teknologi. Saya memang gemar menjelajahi hutan dan mengintai-intai pokok gaharu liar yang berukuran besar serta bilangan besar pokok liar berukuran besar yang saya telah inokulasi antaranya bekas-bekas tangan pengiat terdahulu.


Saya diamanahkan menyambung kembali kerja inokulasi pokok liar hak milik pengiat terdahulu dan membaikpulih mana-mana pokok yang tidak menghasilkan pembentukan gaharu. Sesiapapun mahu yang terbaik, tidak mengira inokulasi pokok sendiri dan pokok pemilik lain dan pasti mahukan hasil, untuk pulangan modal dan keuntungan daripada jualan gaharu. Khidmat kami tawarkan pada sesesiapa, itupun setelah keseluruhan hasil kajian kami terbukti berjaya dan cecair pengalak kami berkesan menghasilkan gaharu.


Kami amat memahami bukan senang untuk sediakan modal kos inokulasi, tetapi, setiap pekerjaan mesti mendapat upahnya dan tidak ada perkara pencuma dizaman sekarang. Untuk memuaskan hati seseorang pengusaha, kami tidak kemampuan, sedikit sebanyak hasil gaharu yang diperolehi hasil khidmat inokulasi kami, bukan dari kami, kami juga sama berusaha seperti anda, YANG MENENTU SETIAP REZEKI SETIAP HAMBANYA HAK YANG MAHA ESA.  Semuga maju jaya..TQ.

Wednesday, 15 April 2020

Duduk Diam-Diam..!!!


Ketika berada didalam keadaan perintah kawalan pengerakan ini, bukan erti kawalkan pengerakan lakukan kerja-kerja dirumah. Seperti kebiasaan masuki minggu keempat ini, setiap awal pagi rancang jadual pagi dan petang apa harus dilakukan, tidur makan tidur makan, bukan cara saya dan terlampau banyak kerja lain yang lebih berfeadah bekaitan kerjaya mesti disiapkan. Perangai tetap seperti seawall bergiat gaharu teknologi, apa yang terlintas difikiran akan dilakukan segera, kikikikiki, maklumlah saya nie dah berumur, jika dilenggah-lenggahkan sudah pasti terlupa yang hendak dilakukan.


Saya berusaha dengan modal amat terhad, setiap apa hendak dibelanjakan kena dikaji berkali-kali dan harus utamakan perkara yang lebih penting, tersilap perkiraan akan lari bajet. Saya paling utamakan stock vaksin mesti ada penambahan setiap bulan melalui menilai daripada jumlah telah digunapakai berapa liter setiap bulan. Bahan-bahan mentah proses vaksin ini semua dibeli dan untuk mematangkan bakteria pula bukan masa yang singkat, ianya akan melalui beberapa proses bancuhan dengan cecair bakteria asas.


Saya tetap akan melakukan ujian setiap kali vaksin ini diupgrade tujuan mengenalpasti bagaimana penyerapan berlaku, penilaian serangan penyakit, bagaimana kulat berkaitan merebak, penilaian sesquiterpenes melakukan benteng pertahanan, keadaan pokok yang dicederakan melalui teknik-teknik inokulasi dilakukan dan penilaian tempuh dari masa kemasa, penilaian berapa lama pokok ini akan mengalami stress dan penilaian ini akan diteliti selama tempuh inokulasi 1 bulan hingga 12 bulan iaitu tempuh penyembuhan kebiasaan berlaku.


Tetap mengikut cara tersendiri, tidak mempedulikan hal pengiat lain, sebabnya, tidak ada apa-apa hubungan berurusan dan tidak pernah mengambil tahu hal pengiat lain. Saya ada cara tersendiri, ada halatuju dan tidak pernah melawati mana-mana pengiat, tidak pernah ada temujanji dan tidak pernah bersua muka, kebanyakannya hanya kenal nama serta sebagai rakan dimedia social. Apabila ditanya oleh orang yang kami berurusan, kenal atau tidak sianu ini sianu itu, jawapan kami “harap maaf, kami tidak mengenali, maka tidak boleh komen apa-apa tentang mereka, tidak tahu tentang mereka dan tidak pernah berurusan dalam apa-apa hal pun”.


Yang terbaik, kita lakukan kerja-kerja berkaitan tanpa menganggu sesiapa, kepala kita aman, melakukan kerja pun agak selesa, mahu kemana-mana tidak membuang masa kita dan bebas sebebasnya tanpa ada sekatan. Teknik-teknik inokulasi mengikut keberkesanan dan keserasian vaksin hak cipta sendiri, jika ada yang berkata teknik inokulasi kita lakukan itu telah lapuk ke apa, itu hal mereka, sebabnya sebagaimana canggih pun teknik inokulasi digunapakai, tujuannya tetap sama untuk mendapat hasil gaharu dari pada pokok ini, betul kan?.


Dulu-dulu pernah dicabar, “Masih melakukan kajian, sampai bila boleh lihat hasilnya” kata anak buah seorang pengiat tersohor, padahal kenal pun tidak. Itu lah segenlitir sifat manusia ini, kami tak pernah menganggu hal mereka, masih lagi ada suara sumbang mencabar orang lain. Apa yang kita sakit hati, itu hak peribadi orang lain, ikut kami lah jika mahu melakukan kajian sampai ke kiamat pun, bukan kamu yang bayar kos kajian kami dan tidak ada sedikit benda pun berkaitan dengan kamu.. Kikikiki.. Risau agaknya bila orang lain berjaya.


Duduk diam-diam selesaikan urusan sendiri, tidak payah panas punggung dan angin dilaut tidak akan mungkin mampu kita menghalang, kan?. Jadikan umpama pokok gaharu, terima serangan penyakit, tetap berkeadaan diam melakukan benteng daripada serangan kulat. Jika kamu berdabik dada mengatakan vaksin kamu terbaik, apa nak susah-susahkan diri hingga berdengki pada pengiat lain dan pengiat lain tidak ambil peduli pun tentang vaksin kamu.

Jika terasa mual serta meluat tengok orang selalu update status serta gambar gaharu daripada hasil vaksin ciptaan mereka?. Perkara begini kena terima hakikat kerana itu hak peribadi mereka, mereka yang bayar bil, bayar data, juga berurusan perniagaan dan menyiar apa-apa dihalaman social adalah satu kebebasan, bukan kita yang mebayar bil dan topup mereka. Sekiranya kita terasa tercabar yang mereka telah menjadi salah seorang saingan, mahu atau tidak kita mesti terima, mereka pun mencari rezeki seperti kita juga.


Sikit-sikit komen hasil pengiat lain, bagi pendapat saya, daripada komen menyakiti hati pengiat lain, lebih terbaik melakukan kajian-kajian bagaimana caranya supaya pokok gaharu menghasilkan pembentukan sejumlah yang besar dan boleh dituai tempuh masa yang singkat. Jika kita terasa tidak berpuashati melihat hasil pengiat lain, cuba duduk diam-diam kerana itu bukan masalah kita, itu masalah mereka, kan?.

Begitu juga vaksin, kita tidak boleh meneka apa bahan-bahan mereka proses sebagai vaksin, kita tidak boleh menilai disegi warna pada vaksin tersebut dan menyalah anggap yang bukan-bukan. Warna adalah cita rasa hak peribadi masing-masing, pewarna juga ada dijual, tidak menjadi kesalahan jika mahu warna cecair ini berwarna pine sekalipun. Begitu juga dengan bauan vaksin ini, ianya boleh diubah bauan melalui kreatifiviti seseorang penciptanya dan ini adalah salah satu ilmu yang dimiliki oleh seseorang yang Allah anugerahkan.


Tiada apa sebab untuk kita terasa hairan, apabila melihat cecair pengalak ini dalam pelbagai-bagai warna serta kepekatannya, paling pentingnya keberkesanan serta keserasian setiap cecair ini mampu menghasilkan pembentukan dan gaharu mengeluarkan bauan asli. Sekiranya anda pernah menghasilkan cecair pengalak resin ini, sudah tentu anda maklum bagaimana bauannya, untuk mengelak bau melekit begini tentu ada caranya lain untuk menghilangkan bauanya.. Apa-apa bahannya tambahannya yang saya guna, saya tidak mahu dedahkan, kikikikiki dan begitu juga bahan-bahan pewarna yang sering saya guna.


Duduk diam-diam usah peduli hal orang lain, utamakan kerjaya sendiri, sama-sama perbaikikan mana-mana pokok yang tidak memuaskan menghasilkan pembentukan gaharu lakukan baikpulih. Tidak ada salahnya kita selalu mencari kesilapan usaha sendiri demi memamtapkan lagi kerjaya kita, sebab setiap usaha kita lakukan semuanya mahukan keputusan terbaik. Keputusan kegagalan bukan perkara yang kita inginkan, tetapi bila disebut pengusaha, keputusan tidak berjaya dan berjaya, tidak dapat dielakan.


Jika tidak dalam keadaan lockdown begini, pasti telah berada dihutan keseorangan, yang sentiasa bersedia diisi didalam bag galas antaranya, kapak kecil, kemera, buku nota, pen dan peralatan berkaitan. Saya amat berminat lakukan kajian, tujuan untuk perbaikan vaksin ciptaan, utamanya dibahagian pokok yang tercedera, patah, luka lama dan lubang sarang semut. Kajian diutamakan pada pokok-pokok berukuran besar yang berusia 25 tahun keatas, kerana pokok ini kebiasaannya terlampau subur dan daripada kajian awal ianya pernah ditemui pembentukan gaharu secara semulajadi.


Sifu-sifu saya merupakan mantan pengiat gaharu, cerita hal gaharu pun dah tak ingin, kikikikiki.. mungkin telah jadi jutawan agaknya dan memang begitu lama tidak terserempak dengan mereka serta nombor hphone dah bertukar. Kemungkinan gemar duduk diam-diam bawa diri masing-masing. Kebiasaanya selang 1 tahun ada seorang dua datang ziarahi saya sambil bertanya khabar bagaimana pemkembangan kegiatan saya. Walaupun bagaimanapun saya tetap menghormati mereka semua sebagai sahabat yang pernah membantu saya dan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang gaharu teknologi.


“Jangan mudah percaya sesiapa, lakukan kajian cipta vaksin hingga berjaya dan cari bahan-bahan asas sendiri” Itu pesanan daripada sifu-sifu saya. Cakap senang kan, mahu cari dimana bahan-bahan asas ini, bagaimana mahu diproses, formula campurannya bukan perkara mudah. Bukan semudah kacau tea o, masukan air mendidih, bubuh uncang tea boh, gula dan kacau. Tetapi, bila selalu ikut sertai sifu-sifu ini inokulasi pokok gaharu dan melihat bagaimana rupa, warna yang dikatakan vaksin pengalak resin ini, saya mula memahami bagaimana cara memprosesannya.


Kegagalan mereka kerana vaksin yang sifu-sifu ini gunapakai, bekalan dibeli daripada Negara jiran, 80% vaksin yang dibeli ini keputusannya gagal menghasilkan pembentukan. Mereka tidak ada kesilapan disegi inokulasi yang mereka lakukan, cuma kegagalan terjadi berpunca daripada penipuan salah gunapakai vaksin tiruan. Bukan sejumlah kecil wang telah mereka laburkan khas pembelian vaksin, peruntukan pembelian pokok-pokok liar diserata negeri dan mereka juga menjalankan urusniaga untuk menampung kos yang dikeluarkan. Saya temui sejumlah besar pokok gaharu liar diinokulasi oleh pengiat-pengiat terdahulu dan hingga kini masih ada kesan-kesan inokulasi, kebanyakannya penyembuhan telah terlaku.

“ Kamu memang minat serta teliti tentang gaharu teknologi, kamu ada kemampuan dan bila melihat keazaman kamu, kamu boleh menyambung tugas ini dan teruskan kajian untuk diri sendiri dan bagi khidmat pada pengusaha yang memerlukan”, itu pesanan seorang sifu saya. Disini bermula lakukan kajian saya, 10 tahun berlalu begitu cepat, 60% keputusan gagal, masuki tahun ke 12 mulai temui keberkesanan cecair ciptaan, tetapi peratusan tidak memuaskan.


Mulakan kajian terperinci, mencari factor-faktor pembentukan gaharu secara semulajadi, bagaimana kesan pembentukan daripada lubang-lubang semut mampu terhasil gaharu dan apa punca utamanya terjadi. Tebuk lubang-lubang semut ini dan melihat apa yang semut membawa masuk kedalam sarangnya serta apa bahan sebagai makanan anak semut. Apa yang saya temui hanya daun-daun reput, ranting-ranting kayu reput, tanah berada didalam lubang semut keadaan lembab dan satu ilmu saya perolehi disini.

Mengkaji lagi factor-factor pada bahagian pokok yang tercedera, bagaimana kulat menjangkiti dibahagian yang terluka ini, ianya jangkitan kulat terjadi daripada kejadian alam semulajadi, serangan palesit, air hujan dan udara. Ianya merupakan satu kegilaan tanpa saya sedari yang diri sendiri hampir lupa segala-gala, tujuan membuktikan pada sifu-sifu “ Insaallah, Tidak ada yang mustahil sekiranya kita sentiasa mencari ilmu, cepat atau lambat ianya akan diperolehi, sekiranya Allah berkenan makbulkan setiap doa daripada hambanya”.


Alhamdulillah, telah memasuki 21 tahun bergiat secara solo dalam industry gaharu teknologi, ribuan pokok telah diinokulasi antaranya pokok gaharu liar dan pokok perladangan dan memiliki ladang gaharu sendiri. Semuanya berkat tunjuk ajar sifu-sifu mantan pengiat gaharu terdahulu dan daripada usaha sendiri. Cuma sifat yang kekal pada diri, gila-gila, pantang melihat pokok gaharu liar yang berukuran besar, mula gatal tangan mahu lakukan inokulasi secepat yang boleh.


5 tahun kebelakangan ini proses kajian semua faktor telah selesai, boleh duduk diam-diam, inokulasi sejumlah pokok yang termampu dan inokulasi lakukan secara diam-diam. Mahu dihebuh-hebuh buat apa, kalau cerita pecah suara pun bukan orang mahu dengar juga kan, bukan orang percaya pun, gaharu boleh buat duit. Duduk diam-diam semua telah lengkap, vaksin ciptaan sendiri, pokok siap menanti dan yang ribuan pokok telah diinokulasi, tidak minta beras dengan kita, habis tu, biarlah kulat melakukan kerja dan kita boleh duduk diam-diam dan layan fikiran selepas lockdown nanti lokasi mana mahu diserang, betul kan?. TQ.

Saturday, 11 April 2020

Apabila Sel-Sel Otak Dijangkiti Kulat..!!!!


Lockdown COVID 19 telah masuki peringkat ketiga, sukar untuk kita ramalkan bila keadaan ini akan berakhir dan tentu akan datang perasaan jemu selama 1 bulan duduk diam-diam dirumah. Pada mereka yang sering setiap pagi lepak bersama-sama kawan-kawan, sama-sama sarapan pagi dikedai kopi, kerinduan keadaan begini akan muncul. Kita  akan alami suasana berpuasa, tanpa bersolat terawih berjemaah dimasjid, tanpa ada masjlis berbuka puasa seperti sebelumnya dan sekiranya lockdown disambung lagi bererti kita bersolat sunat hari raya hanya bersama keluarga.


Kerjaya kita sebagai pengusaha melibatkan pertanian agak terjejas, mahu atau tidak terpaksa mengikut arahan serta perintah daripada Kerajaan dan duduk diam-diam dirumah. Dimata sentiasa terbayang suasana kehijauan hutan yang kebiasaannya setiap pagi membelah kabus, melepasi halangan bukit, anak-anak sungai dan dilintasi warga hutan. Jika ladang berhampiran tempat tinggal ianya tidak menjadi permasalahan, tetapi ada beberapa lokasi ladang berada diluar daerah yang tidak dapat dilawati. Sama-sama kita putuskan rantaian COVID 19, semuga kita sama-sama meneruskan kerjaya kita seperti biasa.


Catatan terbaru kali ini, saya tak mahu menghuraikan bagaimana pembentukan gaharu terhasil melalui pelbagai teknik-teknik inokulasi. Kita kongsikan permasalahan yang ada hubungkait dibidang kegaharuan yang saya sendiri alami dan kemungkinan anda juga pernah melaluinya. Kita bukannya gemar kata mengata pada sesesiapa pun, sekurang-kurangnya ada perjelasan dan jawapan yang kita akan pertahankan ketika disoal diserang oleh mahkluk yang sel-sel otaknya telah dijangkiti kulat.


Pada dasarnya kita bergiat sebagai pengusaha gaharu, bermula dari minat, daripada kajian tersendiri, daripada usaha kita dan waktu itu kita tidak dikenali serta diketahui oleh seorang manusia pun yang kita seorang pengiat gaharu teknologi. Usaha kita lakukan bukan mengharapkan bantuan dari sesesiapa, kos yang dikeluarkan sebelum ini semuanya daripada poket sendiri dan entah berapa kali jatuh dan keputusan kegagalan hanya diri kita sendiri yang mengetahuinya, bagaimana rasa kepahitannya untuk menglangkah sehingga hari ini.


Jika kita hanya mengharap ikhsan bantuan daripada orang lain, sudah pasti kegiatan kerjaya kita telah lama terkubur dan wang bukan punca utama untuk capai kejayaan dibidang ini. Anda telah menanam ribuan pokok disebabkan mendengar cerita desas desus, tanam gaharu boleh jadi jutawan, itu punca utama yang anda berminat mahu tanam pokok gaharu, betulkan?. Kebetulan ketika itu anda ada memiliki modal serta memiliki tanah terbiar dan sifat tamak mula bermain difikiran anda, tanam 1,000 pokok modal RM20,000.00 hingga RM30,000.00 bila masuk usia 5 hingga 6 tahun nanti dapat 1 juta (Berangan-angan Pak pandir), tetapi sayangnya, akal fikiran tidak tercapai bagaimana mahu keluarkan hasil dan dimana mahu dijualnya.


Kerana berduit, mula mengikut apa orang cakap, ternak itu ternak ini, contohnya, bila terdengar pelihara ikan keli banyak permintaannya, tetapi kita tidak pernah mengkaji bagaimana pasaran jika pengeluaran jadi lambakan?, kerana orang lain telah lama mengusahanya. Tetapi, kita usahakan mengikut pendengaran dan secara kebetulan kita berduit, tetapi diri kita ada sifat kekal hangat-hangat tahi ayam dan setiap kali kegagalan apa-apa yang kita usahakan, kita hanya pandai menyalahkan orang lain, tujuan menlindungi diri sendiri dari diperkatakan padahal hakikat sebenarnya diri kita sendiri yang membuat kita mengalami kegagalan.


Bila kita mengharap khidmat orang lain, sudah pasti modal mesti dikeluarkan untuk membiayai pelbagai kos, tidak ada yang percuma, sudah tidak ada pilih kasih bila berurusan dibidang perniagaan dan apa-apa keputusan kita mesti terima. Jika kita berusaha sendiri, modal tetap juga akan dikeluarkan untuk membeli pelbagai-bagai bahan berkaitan. Pengeluaran modal sudah satu kemestian tidak dapat dielakan dan pelaburan yang kita keluarkan itu belum pasti keputusan berjaya dan belum pasti dapat pulangan dengan segera.


Apabila kita diperkatakan diri kita bodoh, melenting marah, ada penyebab utama kita marah, difikiran kita “ kalau aku ini bodoh tidak mungkin berpangkat berjawatan tinggi seluruh dunia telah aku jelajahi”.. betul kan?. Jika kita fikir seelok-eloknya, memang betul orang cop kita bodoh, bukan semua ilmu kita memiliki, bukan semua benda kita mampu lakukan dan pasti ada perkara yang kita tidak mengetahui dan mengenalinya. Cuma kita tidak mahu mengalah serta mengaku diri kita ini disebabkan kita terperlajar dibidang yang kita belajar serta telah berduit.


Jika kita tidak percayai pada orang lain, begitu juga perasaan orang lain tidak yakin pada kita dan sekiranya kita cuma pandai mencari kesilapan orang, orang lain lebih lagi bijak mencari kesilapan kita, betul kan?. Jangan ingat hanya sel-sel otak kita berfungsi, sel-sel otak orang lain lebih aktif daripada sel otak kita, cerdik kita cara kita, kita tidak mampu menilai kercerdikan orang lain, adakah mereka lebih pantas mengunakan fikiran dan setiap apa yang mereka lakukan mesti mengikut perancangan mereka.


Sebaik-baik seseorang manusia mesti ada kesilapan, jangan kita mudah menuding jari pada seseorang tanpa lakukan kajian terdahulu dan basuh otak kita yang dijangkiti kulat itu biar bersih, dari penyakit yang sentiasa berada difikiran kita yang tidak elok pada orang lain. Akuilah kita serba kekurangan dalam segala hal, jika ada kesilapan yang berlaku, terbaik kita cari kesilapan diri sendiri daripada menyalahi orang lain dan tidak ada kesilapan tidak mampu diselesaikan sekiranya kita amalkan fikiran terbuka.


Terbaik usahakan kulat berkaitan agar mampu menjangkiti pokok gaharu, walaupun ada sedikit bahagian yang reput mampu juga menghasilkan gaharu, tetapi yang menghairankan mengapa dibiarkan kulat menjangkiti sel-sel otak diri sendiri, kan bala jadinya, penuh dengan wasangkal yang bukan-bukan, serba serbi orang lakukan semuanya tidak betul, kita hanya pandai cakap mahu mengajar orang lain, padahal diri kita pun berjalan tak ubah seperti ketam.. kikikiki.


Jika sudah hilang kepercayaan pada orang lain, lakukan sendiri, tidak payah mencari khidmat orang lain, dah diri kita mengaku bijak pandai, cerdik tiada bandingan, silakan, kita sama-sama tengok keputusan akan datang, ke bagaimana?. Ini reality boss, jika kita ada perasaan, orang lain tetap sama seperti kita dan kemungkinan pendirian mereka lebih teguh, lebih utuh serta sentiasa tabah dan cekal didalam kerjaya mereka, mereka tidak seperti kita, kita mudah mengalah dan mudah mengeluh walaupun cuma sedikit iujian.


Sebab itu apabila kita hadir sessi penerangan, seminar, ceramah atau apa yang berkaitan dengan apa yang kita sedang usahakan, berilah perhatian, dengar serta faham-sefahamnya apa yang diterangkan dan jangan ada perasan malu bertanya apa yang kita kurang faham, biar kita dianggap bodoh dengan soalan pertanyaan kita. Ini tidak, sebelum diterangkan sudah memahami, sudah tahu mana pangkal mana hujungnya dan sifat malas mahu mengkaji adakah betul maklumat yang disampaikan itu.


Jika kita banyak memberi masalah, tiada sesesiapa akan melayan kerenah kita, orang akan utamakan perkara penting yang lebih menanfaat dan ada halatuju dari melayan orang seperti kita yang telah sel-sel otak dijangkiti kulat. Sebab itu lah jangan gemar dan mudah percaya gembar gembur desas desus daripada mulut ke mulut, jika mahu lakukan apa-apa berkaitan yang ingin kita usahakan dan perkataan mudah itu lah yang akan jadi satu permasalahan akan datang.


“ Saya telah tanam pokok gaharu boss, dah usia 8 tahun, apa patut saya lakukan?”. Jawapan saya, “ Sebelum ini saya tidak mengenal wajah serta nama kamu, tidak pernah bersua pun dan saya mahu bertanya, atas dasar apa kamu tanam pokok gaharu, tahukah kamu tanam pokok gaharu ini akan keluarkan modal besar dan hasilnya belum pasti dapat dikeluarkan secepat yang boleh, walaupun dianggarkan setelah diinokulasi boleh dikatakan 2 tahun telah matang, itu kena lakukan penilaian, sebab setiap pokok mengambarkan reaksi berbeza”.


Ini mengambarkan sepemilik ini lakukan mengikut pendengaran desas desus yang mengatakan tanam gaharu berpotensi menjadi kaya raya, tetapi pada hakikatnya dia masih berfikiran berbelah bagi betul atau tidak. Saya bagi penerangan perjelasan agar dia memahami “ bukannya mudah untuk pasaran gaharu ini, bukan semudah cakap, tebang, carving dan jual, seperti jual ikan dipasar borong pembeli pun akan memilih mana yang elok dengan yang tidak elok, cuma ada keistimewaan gaharu, jika tiada pembeli teras, kita boleh proses pelbagai bentuk, yang paling utamanya boleh disunlingkan sebagai minyak”.


Yang satu ini lagi hebat, siap dengan kata putus.. “Tuan, saya ada pokok gaharu 1,000 batang, kalau tidak silap saya, tanam dah 9 tahun, boleh share inokulasi ke, 100% tuan tanggung, kalau tidak sanggup saya mahu tebang sahaja”. Jawapan saya.. “ Maaf tuan, saya tidak berminat mahu share ini, lagi pun saya bukan pengusaha bermodal besar, saya utamakan inokulasi pokok sendiri, pokok sendiri pun ribu-ribu tidak diinokulasi lagi dan terserah dipihak tuan mahu tebang ke, sebab itu hak peribadi tuan”.


Baik kita berterus terang, tidak ada guna share inokulasi diluar kawasan, memandang pokok liar berukuran besar-besar yang ditawarkan sekian hari kian bertambah bilangan dinegeri sendiri. Saya berfikiran mudah, jangan sesekali lakukan perkara agak menyusahkan. Seperti kata orang tua-tua dahulu, tiada bebanan batu digalas dan jangan sesekali memikul biawak hidup dan masalah orang lain, bukan masalah kita, biar mereka yang tanggung, sebab mereka sendiri mencari masalah. Saya tidak pandai melobi sesesiapa pun, mahukan khidmat kami mesti tepati perjanjian, kami sedia bagi khidmat dan setiap khidmat kami bagi mesti dibayar secara tunai.


Bila ada pertanyaan “ mahu jual dimana?”. Perkara begini bukan urusan kamu, setiap apa yang orang usahakan mesti ada halatuju tersendiri. Walaupun sudah dijual atau tidak, bukan satu kewajipan untuk didedahkan, sekiranya tidak berkeadaan lockdown ini, entah ratusan pokok siap diinokulasi setiap hari tempuh 1 bulan. Inikan kerjaya kita, habis tu kenapa harus dipatahkan semangat diri sendiri, apabila kita telah lakukan sesuatu pekerjaan dan lakukan sampainya ianya sempurna dengan jayanya, betulkan?.


“Tidak sayang duit ke, buang pada pokok gaharu?”. Duit cari duit, jika gaharu tidak ada nilainya boleh dikatakan buang duit. Mengapa ramai pengiat gaharu diAsia tenggara, syarikat-syarikat besar rela labur duit pada peladangan gaharu dan lakukan R&D labur nilaian jutaan ringgit pada pokok ini?. Jika mahu kaya raya dengan segera, memanglah tidak akan tercapai, lebih lagi sifat diri kita gemar meniru dan hangat-hangat tahi ayam.


Tiada sesesiapa ada kemampuan pada permulaannya, tetapi sekiranya memiliki asas, ada keupayaan, berani berusaha, terus belajar dan tidak mudah putus asas, sesesiapa pun akan berjaya. Ini tidak baru 2 3 hari hadir seminar dah mula cakap kencang, itu tahu ini tahu, bila buat sesuatu benda riuh satu Negara, padahal mahu bagi makanan ayam pun tidak pandai.


Sorry boss, kikikiki.. ini cuma catatan dari sedikit pengelaman dan mengisi luang masa kosong ketika Lockdown, jika ada yang tergoris, terluka , terpias dan terasa hati dengan catatan terbaru ini, harap maklum, kita bukan berurusan hanya seorang insan dan apa yang baik, sekiranya mahu digunapakai, silakan, yang tidak baik boleh buang jauh-jauh. TQ.