Ketika berada didalam
keadaan perintah kawalan pengerakan ini, bukan erti kawalkan pengerakan lakukan
kerja-kerja dirumah. Seperti kebiasaan masuki minggu keempat ini, setiap awal
pagi rancang jadual pagi dan petang apa harus dilakukan, tidur makan tidur
makan, bukan cara saya dan terlampau banyak kerja lain yang lebih berfeadah
bekaitan kerjaya mesti disiapkan. Perangai tetap seperti seawall bergiat gaharu
teknologi, apa yang terlintas difikiran akan dilakukan segera, kikikikiki,
maklumlah saya nie dah berumur, jika dilenggah-lenggahkan sudah pasti terlupa
yang hendak dilakukan.
Saya berusaha dengan modal
amat terhad, setiap apa hendak dibelanjakan kena dikaji berkali-kali dan harus
utamakan perkara yang lebih penting, tersilap perkiraan akan lari bajet. Saya
paling utamakan stock vaksin mesti ada penambahan setiap bulan melalui menilai
daripada jumlah telah digunapakai berapa liter setiap bulan. Bahan-bahan mentah
proses vaksin ini semua dibeli dan untuk mematangkan bakteria pula bukan masa
yang singkat, ianya akan melalui beberapa proses bancuhan dengan cecair
bakteria asas.
Saya tetap akan melakukan
ujian setiap kali vaksin ini diupgrade tujuan mengenalpasti bagaimana
penyerapan berlaku, penilaian serangan penyakit, bagaimana kulat berkaitan
merebak, penilaian sesquiterpenes melakukan benteng pertahanan, keadaan pokok
yang dicederakan melalui teknik-teknik inokulasi dilakukan dan penilaian tempuh
dari masa kemasa, penilaian berapa lama pokok ini akan mengalami stress dan
penilaian ini akan diteliti selama tempuh inokulasi 1 bulan hingga 12 bulan
iaitu tempuh penyembuhan kebiasaan berlaku.
Tetap mengikut cara tersendiri,
tidak mempedulikan hal pengiat lain, sebabnya, tidak ada apa-apa hubungan
berurusan dan tidak pernah mengambil tahu hal pengiat lain. Saya ada cara tersendiri,
ada halatuju dan tidak pernah melawati mana-mana pengiat, tidak pernah ada temujanji
dan tidak pernah bersua muka, kebanyakannya hanya kenal nama serta sebagai
rakan dimedia social. Apabila ditanya oleh orang yang kami berurusan, kenal
atau tidak sianu ini sianu itu, jawapan kami “harap maaf, kami tidak mengenali,
maka tidak boleh komen apa-apa tentang mereka, tidak tahu tentang mereka dan tidak
pernah berurusan dalam apa-apa hal pun”.
Yang terbaik, kita lakukan
kerja-kerja berkaitan tanpa menganggu sesiapa, kepala kita aman, melakukan
kerja pun agak selesa, mahu kemana-mana tidak membuang masa kita dan bebas
sebebasnya tanpa ada sekatan. Teknik-teknik inokulasi mengikut keberkesanan dan
keserasian vaksin hak cipta sendiri, jika ada yang berkata teknik inokulasi
kita lakukan itu telah lapuk ke apa, itu hal mereka, sebabnya sebagaimana
canggih pun teknik inokulasi digunapakai, tujuannya tetap sama untuk mendapat
hasil gaharu dari pada pokok ini, betul kan?.
Dulu-dulu pernah dicabar,
“Masih melakukan kajian, sampai bila boleh lihat hasilnya” kata anak buah
seorang pengiat tersohor, padahal kenal pun tidak. Itu lah segenlitir sifat
manusia ini, kami tak pernah menganggu hal mereka, masih lagi ada suara sumbang
mencabar orang lain. Apa yang kita sakit hati, itu hak peribadi orang lain,
ikut kami lah jika mahu melakukan kajian sampai ke kiamat pun, bukan kamu yang
bayar kos kajian kami dan tidak ada sedikit benda pun berkaitan dengan kamu..
Kikikiki.. Risau agaknya bila orang lain berjaya.
Duduk diam-diam selesaikan
urusan sendiri, tidak payah panas punggung dan angin dilaut tidak akan mungkin
mampu kita menghalang, kan?. Jadikan umpama pokok gaharu, terima serangan
penyakit, tetap berkeadaan diam melakukan benteng daripada serangan kulat. Jika
kamu berdabik dada mengatakan vaksin kamu terbaik, apa nak susah-susahkan diri
hingga berdengki pada pengiat lain dan pengiat lain tidak ambil peduli pun
tentang vaksin kamu.
Jika terasa mual serta
meluat tengok orang selalu update status serta gambar gaharu daripada hasil
vaksin ciptaan mereka?. Perkara begini kena terima hakikat kerana itu hak
peribadi mereka, mereka yang bayar bil, bayar data, juga berurusan perniagaan
dan menyiar apa-apa dihalaman social adalah satu kebebasan, bukan kita yang
mebayar bil dan topup mereka. Sekiranya kita terasa tercabar yang mereka telah
menjadi salah seorang saingan, mahu atau tidak kita mesti terima, mereka pun
mencari rezeki seperti kita juga.
Sikit-sikit komen hasil
pengiat lain, bagi pendapat saya, daripada komen menyakiti hati pengiat lain,
lebih terbaik melakukan kajian-kajian bagaimana caranya supaya pokok gaharu
menghasilkan pembentukan sejumlah yang besar dan boleh dituai tempuh masa yang
singkat. Jika kita terasa tidak berpuashati melihat hasil pengiat lain, cuba
duduk diam-diam kerana itu bukan masalah kita, itu masalah mereka, kan?.
Begitu juga vaksin, kita
tidak boleh meneka apa bahan-bahan mereka proses sebagai vaksin, kita tidak boleh
menilai disegi warna pada vaksin tersebut dan menyalah anggap yang bukan-bukan.
Warna adalah cita rasa hak peribadi masing-masing, pewarna juga ada dijual,
tidak menjadi kesalahan jika mahu warna cecair ini berwarna pine sekalipun.
Begitu juga dengan bauan vaksin ini, ianya boleh diubah bauan melalui
kreatifiviti seseorang penciptanya dan ini adalah salah satu ilmu yang dimiliki
oleh seseorang yang Allah anugerahkan.
Tiada apa sebab untuk kita
terasa hairan, apabila melihat cecair pengalak ini dalam pelbagai-bagai warna
serta kepekatannya, paling pentingnya keberkesanan serta keserasian setiap
cecair ini mampu menghasilkan pembentukan dan gaharu mengeluarkan bauan asli. Sekiranya
anda pernah menghasilkan cecair pengalak resin ini, sudah tentu anda maklum
bagaimana bauannya, untuk mengelak bau melekit begini tentu ada caranya lain
untuk menghilangkan bauanya.. Apa-apa bahannya tambahannya yang saya guna, saya
tidak mahu dedahkan, kikikikiki dan begitu juga bahan-bahan pewarna yang sering
saya guna.
Duduk diam-diam usah peduli
hal orang lain, utamakan kerjaya sendiri, sama-sama perbaikikan mana-mana pokok
yang tidak memuaskan menghasilkan pembentukan gaharu lakukan baikpulih. Tidak
ada salahnya kita selalu mencari kesilapan usaha sendiri demi memamtapkan lagi
kerjaya kita, sebab setiap usaha kita lakukan semuanya mahukan keputusan
terbaik. Keputusan kegagalan bukan perkara yang kita inginkan, tetapi bila
disebut pengusaha, keputusan tidak berjaya dan berjaya, tidak dapat dielakan.
Jika tidak dalam keadaan
lockdown begini, pasti telah berada dihutan keseorangan, yang sentiasa bersedia
diisi didalam bag galas antaranya, kapak kecil, kemera, buku nota, pen dan
peralatan berkaitan. Saya amat berminat lakukan kajian, tujuan untuk perbaikan
vaksin ciptaan, utamanya dibahagian pokok yang tercedera, patah, luka lama dan
lubang sarang semut. Kajian diutamakan pada pokok-pokok berukuran besar yang
berusia 25 tahun keatas, kerana pokok ini kebiasaannya terlampau subur dan
daripada kajian awal ianya pernah ditemui pembentukan gaharu secara semulajadi.
Sifu-sifu saya merupakan
mantan pengiat gaharu, cerita hal gaharu pun dah tak ingin, kikikikiki..
mungkin telah jadi jutawan agaknya dan memang begitu lama tidak terserempak
dengan mereka serta nombor hphone dah bertukar. Kemungkinan gemar duduk diam-diam
bawa diri masing-masing. Kebiasaanya selang 1 tahun ada seorang dua datang
ziarahi saya sambil bertanya khabar bagaimana pemkembangan kegiatan saya.
Walaupun bagaimanapun saya tetap menghormati mereka semua sebagai sahabat yang
pernah membantu saya dan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang gaharu
teknologi.
“Jangan mudah percaya
sesiapa, lakukan kajian cipta vaksin hingga berjaya dan cari bahan-bahan asas
sendiri” Itu pesanan daripada sifu-sifu saya. Cakap senang kan, mahu cari
dimana bahan-bahan asas ini, bagaimana mahu diproses, formula campurannya bukan
perkara mudah. Bukan semudah kacau tea o, masukan air mendidih, bubuh uncang
tea boh, gula dan kacau. Tetapi, bila selalu ikut sertai sifu-sifu ini
inokulasi pokok gaharu dan melihat bagaimana rupa, warna yang dikatakan vaksin
pengalak resin ini, saya mula memahami bagaimana cara memprosesannya.
Kegagalan mereka kerana
vaksin yang sifu-sifu ini gunapakai, bekalan dibeli daripada Negara jiran, 80%
vaksin yang dibeli ini keputusannya gagal menghasilkan pembentukan. Mereka
tidak ada kesilapan disegi inokulasi yang mereka lakukan, cuma kegagalan
terjadi berpunca daripada penipuan salah gunapakai vaksin tiruan. Bukan
sejumlah kecil wang telah mereka laburkan khas pembelian vaksin, peruntukan
pembelian pokok-pokok liar diserata negeri dan mereka juga menjalankan
urusniaga untuk menampung kos yang dikeluarkan. Saya temui sejumlah besar pokok
gaharu liar diinokulasi oleh pengiat-pengiat terdahulu dan hingga kini masih
ada kesan-kesan inokulasi, kebanyakannya penyembuhan telah terlaku.
“ Kamu memang minat serta
teliti tentang gaharu teknologi, kamu ada kemampuan dan bila melihat keazaman
kamu, kamu boleh menyambung tugas ini dan teruskan kajian untuk diri sendiri
dan bagi khidmat pada pengusaha yang memerlukan”, itu pesanan seorang sifu
saya. Disini bermula lakukan kajian saya, 10 tahun berlalu begitu cepat, 60%
keputusan gagal, masuki tahun ke 12 mulai temui keberkesanan cecair ciptaan,
tetapi peratusan tidak memuaskan.
Mulakan kajian terperinci,
mencari factor-faktor pembentukan gaharu secara semulajadi, bagaimana kesan
pembentukan daripada lubang-lubang semut mampu terhasil gaharu dan apa punca
utamanya terjadi. Tebuk lubang-lubang semut ini dan melihat apa yang semut
membawa masuk kedalam sarangnya serta apa bahan sebagai makanan anak semut. Apa
yang saya temui hanya daun-daun reput, ranting-ranting kayu reput, tanah berada
didalam lubang semut keadaan lembab dan satu ilmu saya perolehi disini.
Mengkaji lagi factor-factor
pada bahagian pokok yang tercedera, bagaimana kulat menjangkiti dibahagian yang
terluka ini, ianya jangkitan kulat terjadi daripada kejadian alam semulajadi,
serangan palesit, air hujan dan udara. Ianya merupakan satu kegilaan tanpa saya
sedari yang diri sendiri hampir lupa segala-gala, tujuan membuktikan pada
sifu-sifu “ Insaallah, Tidak ada yang mustahil sekiranya kita sentiasa mencari
ilmu, cepat atau lambat ianya akan diperolehi, sekiranya Allah berkenan
makbulkan setiap doa daripada hambanya”.
Alhamdulillah, telah
memasuki 21 tahun bergiat secara solo dalam industry gaharu teknologi, ribuan
pokok telah diinokulasi antaranya pokok gaharu liar dan pokok perladangan dan
memiliki ladang gaharu sendiri. Semuanya berkat tunjuk ajar sifu-sifu mantan
pengiat gaharu terdahulu dan daripada usaha sendiri. Cuma sifat yang kekal pada
diri, gila-gila, pantang melihat pokok gaharu liar yang berukuran besar, mula
gatal tangan mahu lakukan inokulasi secepat yang boleh.
5 tahun kebelakangan ini proses
kajian semua faktor telah selesai, boleh duduk diam-diam, inokulasi sejumlah
pokok yang termampu dan inokulasi lakukan secara diam-diam. Mahu dihebuh-hebuh
buat apa, kalau cerita pecah suara pun bukan orang mahu dengar juga kan, bukan
orang percaya pun, gaharu boleh buat duit. Duduk diam-diam semua telah lengkap,
vaksin ciptaan sendiri, pokok siap menanti dan yang ribuan pokok telah
diinokulasi, tidak minta beras dengan kita, habis tu, biarlah kulat melakukan
kerja dan kita boleh duduk diam-diam dan layan fikiran selepas lockdown nanti
lokasi mana mahu diserang, betul kan?. TQ.
No comments:
Post a Comment