Lockdown COVID 19 telah
masuki peringkat ketiga, sukar untuk kita ramalkan bila keadaan ini akan berakhir
dan tentu akan datang perasaan jemu selama 1 bulan duduk diam-diam dirumah.
Pada mereka yang sering setiap pagi lepak bersama-sama kawan-kawan, sama-sama
sarapan pagi dikedai kopi, kerinduan keadaan begini akan muncul. Kita akan alami suasana berpuasa, tanpa bersolat
terawih berjemaah dimasjid, tanpa ada masjlis berbuka puasa seperti sebelumnya
dan sekiranya lockdown disambung lagi bererti kita bersolat sunat hari raya hanya
bersama keluarga.
Kerjaya kita sebagai
pengusaha melibatkan pertanian agak terjejas, mahu atau tidak terpaksa mengikut
arahan serta perintah daripada Kerajaan dan duduk diam-diam dirumah. Dimata sentiasa
terbayang suasana kehijauan hutan yang kebiasaannya setiap pagi membelah kabus,
melepasi halangan bukit, anak-anak sungai dan dilintasi warga hutan. Jika
ladang berhampiran tempat tinggal ianya tidak menjadi permasalahan, tetapi ada
beberapa lokasi ladang berada diluar daerah yang tidak dapat dilawati.
Sama-sama kita putuskan rantaian COVID 19, semuga kita sama-sama meneruskan
kerjaya kita seperti biasa.
Catatan terbaru kali ini,
saya tak mahu menghuraikan bagaimana pembentukan gaharu terhasil melalui
pelbagai teknik-teknik inokulasi. Kita kongsikan permasalahan yang ada
hubungkait dibidang kegaharuan yang saya sendiri alami dan kemungkinan anda
juga pernah melaluinya. Kita bukannya gemar kata mengata pada sesesiapa pun,
sekurang-kurangnya ada perjelasan dan jawapan yang kita akan pertahankan ketika
disoal diserang oleh mahkluk yang sel-sel otaknya telah dijangkiti kulat.
Pada dasarnya kita bergiat
sebagai pengusaha gaharu, bermula dari minat, daripada kajian tersendiri, daripada
usaha kita dan waktu itu kita tidak dikenali serta diketahui oleh seorang
manusia pun yang kita seorang pengiat gaharu teknologi. Usaha kita lakukan
bukan mengharapkan bantuan dari sesesiapa, kos yang dikeluarkan sebelum ini
semuanya daripada poket sendiri dan entah berapa kali jatuh dan keputusan
kegagalan hanya diri kita sendiri yang mengetahuinya, bagaimana rasa kepahitannya
untuk menglangkah sehingga hari ini.
Jika kita hanya mengharap
ikhsan bantuan daripada orang lain, sudah pasti kegiatan kerjaya kita telah
lama terkubur dan wang bukan punca utama untuk capai kejayaan dibidang ini.
Anda telah menanam ribuan pokok disebabkan mendengar cerita desas desus, tanam
gaharu boleh jadi jutawan, itu punca utama yang anda berminat mahu tanam pokok
gaharu, betulkan?. Kebetulan ketika itu anda ada memiliki modal serta memiliki
tanah terbiar dan sifat tamak mula bermain difikiran anda, tanam 1,000 pokok
modal RM20,000.00 hingga RM30,000.00 bila masuk usia 5 hingga 6 tahun nanti
dapat 1 juta (Berangan-angan Pak pandir), tetapi sayangnya, akal fikiran tidak
tercapai bagaimana mahu keluarkan hasil dan dimana mahu dijualnya.
Kerana berduit, mula mengikut
apa orang cakap, ternak itu ternak ini, contohnya, bila terdengar pelihara ikan
keli banyak permintaannya, tetapi kita tidak pernah mengkaji bagaimana pasaran
jika pengeluaran jadi lambakan?, kerana orang lain telah lama mengusahanya.
Tetapi, kita usahakan mengikut pendengaran dan secara kebetulan kita berduit,
tetapi diri kita ada sifat kekal hangat-hangat tahi ayam dan setiap kali
kegagalan apa-apa yang kita usahakan, kita hanya pandai menyalahkan orang lain,
tujuan menlindungi diri sendiri dari diperkatakan padahal hakikat sebenarnya
diri kita sendiri yang membuat kita mengalami kegagalan.
Bila kita mengharap khidmat
orang lain, sudah pasti modal mesti dikeluarkan untuk membiayai pelbagai kos,
tidak ada yang percuma, sudah tidak ada pilih kasih bila berurusan dibidang
perniagaan dan apa-apa keputusan kita mesti terima. Jika kita berusaha sendiri,
modal tetap juga akan dikeluarkan untuk membeli pelbagai-bagai bahan berkaitan.
Pengeluaran modal sudah satu kemestian tidak dapat dielakan dan pelaburan yang
kita keluarkan itu belum pasti keputusan berjaya dan belum pasti dapat pulangan
dengan segera.
Apabila kita diperkatakan diri
kita bodoh, melenting marah, ada penyebab utama kita marah, difikiran kita “
kalau aku ini bodoh tidak mungkin berpangkat berjawatan tinggi seluruh dunia
telah aku jelajahi”.. betul kan?. Jika kita fikir seelok-eloknya, memang betul
orang cop kita bodoh, bukan semua ilmu kita memiliki, bukan semua benda kita
mampu lakukan dan pasti ada perkara yang kita tidak mengetahui dan mengenalinya.
Cuma kita tidak mahu mengalah serta mengaku diri kita ini disebabkan kita
terperlajar dibidang yang kita belajar serta telah berduit.
Jika kita tidak percayai
pada orang lain, begitu juga perasaan orang lain tidak yakin pada kita dan
sekiranya kita cuma pandai mencari kesilapan orang, orang lain lebih lagi bijak
mencari kesilapan kita, betul kan?. Jangan ingat hanya sel-sel otak kita berfungsi,
sel-sel otak orang lain lebih aktif daripada sel otak kita, cerdik kita cara
kita, kita tidak mampu menilai kercerdikan orang lain, adakah mereka lebih
pantas mengunakan fikiran dan setiap apa yang mereka lakukan mesti mengikut
perancangan mereka.
Sebaik-baik seseorang
manusia mesti ada kesilapan, jangan kita mudah menuding jari pada seseorang tanpa
lakukan kajian terdahulu dan basuh otak kita yang dijangkiti kulat itu biar
bersih, dari penyakit yang sentiasa berada difikiran kita yang tidak elok pada
orang lain. Akuilah kita serba kekurangan dalam segala hal, jika ada kesilapan
yang berlaku, terbaik kita cari kesilapan diri sendiri daripada menyalahi orang
lain dan tidak ada kesilapan tidak mampu diselesaikan sekiranya kita amalkan
fikiran terbuka.
Terbaik usahakan kulat berkaitan
agar mampu menjangkiti pokok gaharu, walaupun ada sedikit bahagian yang reput
mampu juga menghasilkan gaharu, tetapi yang menghairankan mengapa dibiarkan
kulat menjangkiti sel-sel otak diri sendiri, kan bala jadinya, penuh dengan
wasangkal yang bukan-bukan, serba serbi orang lakukan semuanya tidak betul, kita
hanya pandai cakap mahu mengajar orang lain, padahal diri kita pun berjalan tak
ubah seperti ketam.. kikikiki.
Jika sudah hilang
kepercayaan pada orang lain, lakukan sendiri, tidak payah mencari khidmat orang
lain, dah diri kita mengaku bijak pandai, cerdik tiada bandingan, silakan, kita
sama-sama tengok keputusan akan datang, ke bagaimana?. Ini reality boss, jika
kita ada perasaan, orang lain tetap sama seperti kita dan kemungkinan pendirian
mereka lebih teguh, lebih utuh serta sentiasa tabah dan cekal didalam kerjaya
mereka, mereka tidak seperti kita, kita mudah mengalah dan mudah mengeluh walaupun
cuma sedikit iujian.
Sebab itu apabila kita
hadir sessi penerangan, seminar, ceramah atau apa yang berkaitan dengan apa
yang kita sedang usahakan, berilah perhatian, dengar serta faham-sefahamnya apa
yang diterangkan dan jangan ada perasan malu bertanya apa yang kita kurang faham, biar kita
dianggap bodoh dengan soalan pertanyaan kita. Ini tidak, sebelum diterangkan
sudah memahami, sudah tahu mana pangkal mana hujungnya dan sifat malas mahu
mengkaji adakah betul maklumat yang disampaikan itu.
Jika kita banyak memberi
masalah, tiada sesesiapa akan melayan kerenah kita, orang akan utamakan perkara
penting yang lebih menanfaat dan ada halatuju dari melayan orang seperti kita
yang telah sel-sel otak dijangkiti kulat. Sebab itu lah jangan gemar dan mudah
percaya gembar gembur desas desus daripada mulut ke mulut, jika mahu lakukan
apa-apa berkaitan yang ingin kita usahakan dan perkataan mudah itu lah yang
akan jadi satu permasalahan akan datang.
“ Saya telah tanam pokok
gaharu boss, dah usia 8 tahun, apa patut saya lakukan?”. Jawapan saya, “
Sebelum ini saya tidak mengenal wajah serta nama kamu, tidak pernah bersua pun
dan saya mahu bertanya, atas dasar apa kamu tanam pokok gaharu, tahukah kamu
tanam pokok gaharu ini akan keluarkan modal besar dan hasilnya belum pasti
dapat dikeluarkan secepat yang boleh, walaupun dianggarkan setelah diinokulasi
boleh dikatakan 2 tahun telah matang, itu kena lakukan penilaian, sebab setiap
pokok mengambarkan reaksi berbeza”.
Ini mengambarkan sepemilik
ini lakukan mengikut pendengaran desas desus yang mengatakan tanam gaharu
berpotensi menjadi kaya raya, tetapi pada hakikatnya dia masih berfikiran
berbelah bagi betul atau tidak. Saya bagi penerangan perjelasan agar dia
memahami “ bukannya mudah untuk pasaran gaharu ini, bukan semudah cakap,
tebang, carving dan jual, seperti jual ikan dipasar borong pembeli pun akan
memilih mana yang elok dengan yang tidak elok, cuma ada keistimewaan gaharu,
jika tiada pembeli teras, kita boleh proses pelbagai bentuk, yang paling
utamanya boleh disunlingkan sebagai minyak”.
Yang satu ini lagi hebat,
siap dengan kata putus.. “Tuan, saya ada pokok gaharu 1,000 batang, kalau tidak
silap saya, tanam dah 9 tahun, boleh share inokulasi ke, 100% tuan tanggung,
kalau tidak sanggup saya mahu tebang sahaja”. Jawapan saya.. “ Maaf tuan, saya
tidak berminat mahu share ini, lagi pun saya bukan pengusaha bermodal besar,
saya utamakan inokulasi pokok sendiri, pokok sendiri pun ribu-ribu tidak
diinokulasi lagi dan terserah dipihak tuan mahu tebang ke, sebab itu hak
peribadi tuan”.
Baik kita berterus terang,
tidak ada guna share inokulasi diluar kawasan, memandang pokok liar berukuran
besar-besar yang ditawarkan sekian hari kian bertambah bilangan dinegeri
sendiri. Saya berfikiran mudah, jangan sesekali lakukan perkara agak
menyusahkan. Seperti kata orang tua-tua dahulu, tiada bebanan batu digalas dan
jangan sesekali memikul biawak hidup dan masalah orang lain, bukan masalah
kita, biar mereka yang tanggung, sebab mereka sendiri mencari masalah. Saya
tidak pandai melobi sesesiapa pun, mahukan khidmat kami mesti tepati perjanjian,
kami sedia bagi khidmat dan setiap khidmat kami bagi mesti dibayar secara
tunai.
Bila ada pertanyaan “ mahu
jual dimana?”. Perkara begini bukan urusan kamu, setiap apa yang orang usahakan
mesti ada halatuju tersendiri. Walaupun sudah dijual atau tidak, bukan satu
kewajipan untuk didedahkan, sekiranya tidak berkeadaan lockdown ini, entah
ratusan pokok siap diinokulasi setiap hari tempuh 1 bulan. Inikan kerjaya kita,
habis tu kenapa harus dipatahkan semangat diri sendiri, apabila kita telah
lakukan sesuatu pekerjaan dan lakukan sampainya ianya sempurna dengan jayanya,
betulkan?.
“Tidak sayang duit ke,
buang pada pokok gaharu?”. Duit cari duit, jika gaharu tidak ada nilainya boleh
dikatakan buang duit. Mengapa ramai pengiat gaharu diAsia tenggara,
syarikat-syarikat besar rela labur duit pada peladangan gaharu dan lakukan
R&D labur nilaian jutaan ringgit pada pokok ini?. Jika mahu kaya raya
dengan segera, memanglah tidak akan tercapai, lebih lagi sifat diri kita gemar
meniru dan hangat-hangat tahi ayam.
Tiada sesesiapa ada kemampuan pada permulaannya, tetapi sekiranya memiliki asas, ada keupayaan,
berani berusaha, terus belajar dan tidak mudah putus asas, sesesiapa pun akan
berjaya. Ini tidak baru 2 3 hari hadir seminar dah mula cakap kencang, itu tahu
ini tahu, bila buat sesuatu benda riuh satu Negara, padahal mahu bagi makanan
ayam pun tidak pandai.
Sorry boss, kikikiki.. ini cuma
catatan dari sedikit pengelaman dan mengisi luang masa kosong ketika Lockdown,
jika ada yang tergoris, terluka , terpias dan terasa hati dengan catatan terbaru
ini, harap maklum, kita bukan berurusan hanya seorang insan dan apa yang baik,
sekiranya mahu digunapakai, silakan, yang tidak baik boleh buang jauh-jauh. TQ.
No comments:
Post a Comment