Sunday, 19 April 2020

Reaksinya Berbeza-Beza..!!!!


Ingatan pada diri sendiri:- Jangan gemar menjadi batu api, membakar menghasut sebelah pihak dan sehingga pihak lain sensara akibat perbuatan kita. Bila berfikir biar otak kiri kanan berfungsi dan setiap kali berbicara biarlah sel-sel otak sentiasa bergambung.


Kesempatan diwaktu pagi curi-curi masuk ladang inokulasi, lokasi ladang pokok gaharu tumbuh liar spesis *Depu atau karas nama saintifiknya Malacensis Lamk, jarak lebih kurang 5km dari rumah. Seperti kebiasaan pergi seorang diri diawal pagi, ikut perintah kawalan pengerakan, hanya 1 orang sebuah kenderaan dan tidak boleh melepasi daerah, berbekalkan nasi bungkus, air dan alatan hutan.

Suasana sunyi sepi, penoreh getah juga tidak ingkar PKP dan tidak menemui walaupun seorang manusia dan hanya ditemani warga hutan. Kesempatan lawati 2 lokasi yang berhampiran, untuk meneruskan 2 lokasi lagi, badan terasa kurang terdaya untuk mendaki bukit dan entah apa-apa, tiba-tiba terasa terlalu sunyi, hari-hari kebiasaannya ditemani oleh penoreh getah dan pekerja kelapa sawit yang berdekatan.


10 lokasi ladang ini telah dijaga rapi orang kampong, tidak timbul perasan kerisauan atau bimbang pokok-pokok yang telah diinokulasi diusik atau dicuri dan hanya ada 1 jalan masuk sahaja boleh dilalui melalui tengah-tengah perkampungan. Apa-apa perkara yang berlaku orang kampong akan maklumkan dengan segera, jika ada kenderaan tidak dikenali melalui kampong menghala kelokasi ladang.

Setiap kali berada dihutan sambil-sambil tenangkan fikiran, tetapi timbul pula pelbagai-bagai ideal, tujuan untuk memantapkan lagi penghasilan pembentukan gaharu melalui teknik inokulasi dan sebolehnya sahingga kedaun membentuk gaharu, kikikiki. Teknik infuse dan bamboo stick tetap digunapakai, kajian awal telah dilakukan dan menetapkan jumlah tepat berapa ml serta kos cecair untuk 1 lubang serta berapa cm bamboo stick akan digunapakai nanti.


Untuk gunapakai pada pokok sendiri kemungkinan tidak menjadi permasalahan, tetapi untuk bagi khidmat pokok pengusaha lain tentu kos inokulasi begini dianggap agak tinggi. Kemungkinan tentu ada yang kurang memahami teknik-teknik begini kerja-kerjanya agak rumit dan memakan masa.


Catatan terbaru ini, mahu cerita sedikit pengelaman mengenali gaharu, seawal bergiat gaharu sememangnya tidak mengenali bagaimana rupa gaharu dan mahu sentuh serba sedikit mengenai gaharu. Pengelaman ini sebelum mengenali mantan sifu-sifu gaharu, sebelum diajari menilai yang mana itu gaharu, bagaimana untuk asingkan gaharu, bagaimana cara carving dan bagaimana memastikan pokok-pokok yang telah ada pembentukan gaharu. Jika tidak belajar secara amali dan belajar tanpa guru, akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini mengakibatkan kemusnahan pada gaharu tersebut.


Pembentukan gaharu semulajadi ditemui tidak mengira tempat dibahagian pokok, pembentukan akan berlaku sekiranya dibahagian yang diserang penyakit, factor utamanya dijangkiti kulat berkaitan dan gaharu terhasil pelbagai-bagai bentuk yang unik. Ada pembezaan bentuk-bentuk gaharu antara terhasil semulajadi dengan terhasil melalui teknik paksaan atau melalui teknik campur tangan manusia.

Teknik inokulasi akan menghasilkan pembentukan pelbezaan mengikut reaksi pokok dan factor-faktor lain harus dikira, utamanya persekitaran muka bumi, pelbezaan tanah iaitu berkeadaan kering dan tanah lembab. Mustahil mana-mana teknik mampu menghasil gaharu 100%, jika terhasil 100% pokok akan mati sebelum menghasilkan gaharu. Kereputan juga akan terjadi kerana bakteria kulat-kulat terkandung sebagai bahan utama berada didalam cecair pengalak resin.


“Mengapa pokok yang disuntik cecair yang sama, ada pelbezaannya, ada yang terlalu alami kereputan dan kurang terhasil gaharu?”. Sudah saya jelaskan sebelum ini, pokok-pokok gaharu akan menunjukan reaksi berbeza-beza dan banyak factor lain mengakibatkan perkara ini terjadi. Tidak semestinya pokok gaharu disakiti itu menghasilkan gaharu tanpa ada sokongan serangan kulat berkaitan dan tidak semestinya semua pokok ini akan menghasilkan pembentukan seperti diharapkan.

Sebelum saya hurai serba sedikit hal berkaitan lain, kita teliti sedikit tentang bakteria kulat serta bagaimana ianya menyerap dan melakukan serangan. Kemungkinan anda semua sudah memahami peranan cecair pengalak resin, warnanya pelbagai-bagai mengikut citarasa penciptanya dan bila kulat-kulat bergambung anda boleh bayangkan bagaimana bauannya, rasanya masam dan pelbagai bakteria kulat kandungannya.


Antara peranan kulat-kulat ini, menyebarkan virus semampu yang boleh, mengandungi kulat menyeringkan air dalam batang dan sekiranya sesquterpernes gagal melawan serangan ini, sebahagian kayu ini menjadi reput, bukan berlaku kereputan keseluruhan dan manakala gaharu tidak akan reput selagi ianya berada didalam batang pokok berkeadaan lembab.

Diantara sekeliling kereputan ini, cuba kita amati dengan teliti, ianya mempamerkan warna hitam atau coklat berkeadaan keras, iaitu lah yang dinamakan gaharu yang dikelilingi kayu berwarna kuning pudar. Gaharu juga dinamakan kayu berpenyakit kerana ianya terhasil daripada serangan wabak penyakit dan tanpa ada jangkitan, gaharu tidak akan terhasil. Mana-mana yang amalkan inokulasi teknik infuse, ianya tidak dapat dielakan pokok akan mengalami kereputan dan tidak ada mana-mana pengiat inokulasi pamerkan gambar tahaf kereputan ini.


Jika ada pengusaha pokok gaharu inginkan gaharu berbentuk cip, saya syorkan anda mengunapakai teknik pasakan bamboo stick dan teknik sapuan pada keseluruhan batang. Teknik-teknik infuse kesesuaian untuk penghasilan gaharu berbentuk dekor dan untuk pemprosesan minyak pati. Kedua-dua teknik ini, tidak memaparkan atau tidak akan berlaku kereputan yang ketara, tetapi kerja-kerja kedua teknik ini agak sukar dan memakan masa.

Keserasian cecair pengalak resin mengikut kekejaman tersendiri, ada cecair ini mampu hasilkan pembentukan pada pokok berusia 3 hingga 5 tahun keatas, ada cecair yang mampu menghasilkan pembentukan pada pokok tumbuh liar. Seperti saya pernah huraikan, reaksi pokok adalah berbeza-beza menerima dan melakukan benteng pertahanan sambil menghasilkan pembentukan gaharu.


Untuk tambahankan lagi ilmu tentang gaharu, saya sertai group orang asal pencari gaharu semulajadi, berminggu berada dihutan belantara bertujuan mengenali spesis hirta atau candan. Menjelajahi banjaran tahan bermula daripada Gua Musang sehingga Ulu Termeling Pahang, dari Ulu termeling ke Gua Musang. Disini saya dapat serba sedikit ilmu, cara-cara mereka mengasingkan gaharu, cara-cara trandisional mereka melakukan supaya pokok ini menghasilkan pembentukan dan mereka akan datang kembali setelah tempuh masa yang mereka ramalkan gaharu telah matang.


Untuk mencari gaharu pada pokok bukan caranya menakel-nakel seluruh batang atau mengunakan kapak menakel keping-kepingan. *Contoh gaharu semulajadi :- Jika gaharu ianya ditemui dibahagian kecederaan, ianya berada merata bahagian bukan hanya tengah-tengah batang, ianya mempunyai empat lapisan, pertamanya kulit, keduanya kayu hidup berwarna putih pucat, ketiganya warna kayu agak merah pudar agak melekit dan keempat berwarna hitam coklat dan yang keempat itu dinamakan gaharu ini akan berbau manis.

Jika pokok mempamerkan kulit kering disekeliling mana-mana bahagian pokok ini, mengikut teori didalam batangnya telah berlaku pembentukan gaharu, tetapi belum pasti kesan daripada kecederaan seperti patah telah berwarna coklat itu gaharu. Kadang-kadang warna berwarna coklat itu tadi disaluti tanah dan lumut, tetapi tidak ada jangkitan berlaku dan dengan sedemikian terjadi penebangan sia-sia pada pokok ini disebab tersalah taksiran.


*Contoh penghasilan gaharu campur tangan manusia :- Saya huraikan sedikit, gunapakai salah satu teknik iaitu teknik infuse, salah satu teknik digunapakai oleh pengusaha seluruh Asia dan antara teknik inokulasi paling top. Ada penghasilan gaharu berbentuk U memanjang, ada penghasilan berbentuk berlubang ditengah-tengah dikeliling gaharu *seperti cincin dan ada berbentuk padat pada bahagian-bahagian tertentu.

Warna kehitaman pada gaharu bukan penentu mengeluarkan bau harum dan berwarna coklat kadang-kadang mengeluarkan bau amat kuat daripada gaharu berwarna hitam. Semua pengiat gaharu mengejar warna kehitaman, kikikiki.. kerana kehitaman itu menawan kan?. Dan diri saya sendiri pun sedemikian, memang gemar melihat gaharu berwarna hitam, tetapinya ianya jarang-jarang ditemui, kebanyakannya ditemui kemerahan coklat.


Semasa baru ditebang serta baru dicarving, mana-mana gaharu ditemui dalam berkeadaan basah mempamerkan warna kehitaman, tetapi, apabila ianya telah kering dan ianya kekal warna kemerahan coklat. Untuk dapatkan gaharu mengekalkan warna kehitaman memerlukan tempuh masa agak lama, ianya dibiarkan dipokok,  jika tempuh 2 tahun diinokulasi jarang-jarang gaharu mengekalkan warna kehitaman dan kebiasaanya perubahan warna akan berlaku dan begitu keadaan juga beratnya akan susut.

Kita kena ambil kira disegi factor usia pokok ladang dan bandingkan diantara pokok tumbuh liar serta ketahanan dan kematangan antara 2 ini. Pokok ladang berusia 3 hingga 9 tahun telah dirawat atau diinokulasi dan manakala pokok liar menghasilkan gaharu yang ditemui berusia 25 tahun keatas. Pokok ladang menghasilkan gaharu melalui inokulasi proses dengan suntikan cecair pengalak resin berbagai-bagai jenis campuran spesis kulat dan manakala pokok gaharu liar menghasilkan gaharu secara semulajadi melalui kulat yang betul-betul berkaitan, pembentukan berlaku tempoh masa yang agak lama.


Teknik-teknik inokulasi dicipta untuk mempercepatkan pengeluaran hasil gaharu, agar pengeluaran kian bertambah tujuan memenuhi permintaan pasaran global dan teknik inokulasi dikhaskan untuk pengusaha ladang gaharu. Walaupun bagaimanapun sekalipun, nilainya gaharu ladang agak murah, kualiti juga kurang jika dibandingkan antara gaharu semulajadi dan walaupun berharga agak murah serta kualiti juga agak kurang, yang paling utamanya sebagai pihak perladangan mampu pengeluarkan  kuantiti yang banyak.

Gaharu terhasil daripada teknik inokulasi ini, walau bagaimanapun pendapat mengatakan ianya mampu menghasilkan gaharu sejumlah yang banyak dan melalui pengelaman saya, penghasilan setiap pokok berbeza disegi jumlah penghasilan. Kemungkinan factor-factor lain kena ambil kira, seperti penyerapan cecair pengalak, aliran air atau bahan-bahan makanan pokok ini, cuaca dan peranan pokok yang diinokulasi itu. Salah satu keputusan agak boleh disokong, kita hanya boleh anggarkan melalui pengelaman berapa kilogram akan diperolehi mengikut ukuran pokok.


Saya gemar inokulasi pokok tumbuh liar, cecair saya gunapakai agak sedikit berlainan dos daripada dos saya gunakan untuk pokok ladang. Saya khaskan bancuhan 3 jenis cecair iaitu 1.cecair untuk pokok ladang, 2. Cecair untuk pokok tumbuh liar dan 3. Cecair khas untuk rendam bamboo stick. Kemungkinan perkara ini kita semua telah mengetahui, bahawa pokok tumbuh liar mempunyai kekebalan sendiri dan bukan mudah pokok ini akan terhasil pembentukan gaharu, walaupun melalui kecederaan daripada alam semulajadi.

Pokok tumbuh liar kebiasaannya berukuran besar, walaupun sebesar paha usianya melebihi 6 tahun, tumbesarannya agak lambat dan jika dibandingkan antara pokok perladangan. Apabila dilakukan inokulasi pada pokok bersaiz besar ini, ianya memerlukan cecair pengalak resin betul-betul melakukan kekejaman bertindak sebagai penyerang dan sekiranya kita tersilap pengkiraan dos cecair digunapakai. Ianya akan pasti berlaku penyembuhan menutup kesan-kesan penyerapan cecair dan cara terbaik membiarkan kecederaan sentiasa terdedah.


Perkara ini pernah ditemui pokok liar yang telah dinokulasi oleh para-para pengiat terdahulu, kadang-kadang masih terdapat lubang-lubang kesan gerudi disekeliling batang dan setelah diperhatikan terpamer kulit baru tumbuh menutup sekeliling lubang ini. Apabila menakel sebahagian lubang-lubang gerudi ini, kita akan temui hanya bintik-bintik hitam berkerutu dan ini memberikan jawapan inokulasi yang lampau gagal menghasilkan pembentukan gaharu.

Pada para-para pengiat profisional, harap maaf, saya bukan sengaja berniat menunjuk-nunjuk, agar dianggap sebagai seorang pakar dalam bidang ini dan apa yang saya catatkan hanya melalui pengelaman sebagai seorang peminat gaharu teknologi. Saya memang gemar menjelajahi hutan dan mengintai-intai pokok gaharu liar yang berukuran besar serta bilangan besar pokok liar berukuran besar yang saya telah inokulasi antaranya bekas-bekas tangan pengiat terdahulu.


Saya diamanahkan menyambung kembali kerja inokulasi pokok liar hak milik pengiat terdahulu dan membaikpulih mana-mana pokok yang tidak menghasilkan pembentukan gaharu. Sesiapapun mahu yang terbaik, tidak mengira inokulasi pokok sendiri dan pokok pemilik lain dan pasti mahukan hasil, untuk pulangan modal dan keuntungan daripada jualan gaharu. Khidmat kami tawarkan pada sesesiapa, itupun setelah keseluruhan hasil kajian kami terbukti berjaya dan cecair pengalak kami berkesan menghasilkan gaharu.


Kami amat memahami bukan senang untuk sediakan modal kos inokulasi, tetapi, setiap pekerjaan mesti mendapat upahnya dan tidak ada perkara pencuma dizaman sekarang. Untuk memuaskan hati seseorang pengusaha, kami tidak kemampuan, sedikit sebanyak hasil gaharu yang diperolehi hasil khidmat inokulasi kami, bukan dari kami, kami juga sama berusaha seperti anda, YANG MENENTU SETIAP REZEKI SETIAP HAMBANYA HAK YANG MAHA ESA.  Semuga maju jaya..TQ.

No comments:

Post a Comment