Tuesday, 26 November 2019

Aroma, Oudh dan Sejarah.


Nota kajian 2000:-
“ Ia seakan-akan berkata satu untuk berhubung dengan kerohanian adalah melalui deria Walaupun kebiasaanya deria di anggap satu fakulti yang lebih rendah dengan cara mereka katakan lebih dekat dengan suci atau kerohanian. Kerana ragam kegemaran kita selalu di cemari oleh elah mereka dan kesambungan terus ke dunia nyata seperti di cipta oleh Maha Pencipta. Mungkin sebagai perhargaan yang ikhlas seperti di dunia ini, mereka boleh di katakan mereka wujud, dengan rasa berterima kasih dengan sejenis doa. Adakah anda percaya? atau mungkin apa yang anda lihat sebagai sambungan antara pencium Oud dan Kerohanian”.




“Dengan hati dan jiwa, ini adalah satu kebenaran, yang betul-betul saya percayai, Allah telah di permudahan perjalanan kerohanian yang paling fasih. Terjawab segala persoalan bermain di fikiran kita, telah menjadi satu amalan tradisi kerohanian kita, pewangi mungkin di anggap cuma bahan tetapi ianya membawa makna yang cukup besar pada pemakainya, mula menganggap ianya satu cara tindakkan ibadah”.


“Nabi Muhammad (Selawat,keamanan dan keberkatan keatasnya) pernah berkata, “kekasih dari dunia adalah wanita, minyak wangi dan cahaya mata di dalam solat”. Jika kita mengkaji kenyataan itu dengan teliti, kita dengan cepat menyedari satu-satu pekara iaitu Bahan. Dia benar mencintai dari dunia adalah minyak wangi, wanita, rakan-rakan, sahabat dan orang-orang adalah kerohanian serta fizikal. Dan solat sesuatu tindakkan yang wajib, bukan perkara yang ketara, jadi minyak wangi adalah milik duniawi paling kerohanian sebagai seseorang manusia, ramai yang menyukainya”.


Terjumpa fail antara nota-nota kajian ini yang terperap di dalam scandisk semenjak tahun 2000 lagi, di antara fail kajian anti-kulat, kulat yang di anggap sebagai pencetus pembentukkan gaharu. Jika fail-fail ini tersimpan dalam bentuk tulisan di kertas A4 telah pasti menjadi abu, memang tidak gemar lihat benda-benda berselerak akan di buang dan akan di bakar kertas-kertas yang tidak di anggap penting.

Kini daripada nota-nota daripada fail lama ini, ilmuannya masih berharga boleh di turun naik di blog gaharu terbaru ini. Sekurang-kurangnya dapat di kongsi ilmuan kegaharuan sekadar ini pada masih tercari-cari ilmu serta yang baru berjinak-jinak di bidang gaharu teknologi. Yang bijak pandai memang tidak memandang ilmuan usang begini, tetapi kita yang masih rebung, masih banyak tidak mengetahui apa-apa setiap maklumat walau di dapati secara lisan ianya amat berharga.




Pelbagai-bagai kulat sering di gunakan bagi mendorong oleoresin / gaharu dalam pokok Aquilaria spp ini. Kajian ini di jalankan untuk menilai penilaian kulat dalam pembentukkan oleoresin /gaharu dari masa kesemasa. Perubahan warna akan berlaku dalam keadaan panjang dan keamatan cahaya, perubahan warna yang terhasil akan di nilai selepas tiga bulan dan enam bulan dari tempuh inokulasian. Sample kayu akan di perhatikan melalui mikroskopik dan di kelaskan kebeberapa kumpulan keamatan cahaya, panjang warna di ukur membujur.



Tempoh selepas inokulasian menjejaskan perubahan warna:- sample enam bulan (1.70cm) mempunyai zon yang amat luas jika di bandingkan sample tiga bulan (1,17cm). Apabila mengukur perubahan keamatan warna itu penghubungan dengan masa nampak jelas, di lihat melalui imej digital mikroskop mendedahkan sample kayu yang di ambil selepas enam bulan muncul menjadi 1.8cm lebih berwarna gelap daripada sample selepas tiga bulan.


Kesimpulannya jangka masa dan bukan di uji mana-mana spesis kulat penyebab, ianya mempunyai kesan yang besar serta panjang dalam perubahan warna intersity, kromatografi gas/ spektometri jisim (GCMS) analisis. Daripada sample enam bulan mampu menghasilkan beberapa sabatian gaharu seperti Benzylacetope. Anisylacetone, guaine dan palustrol, ini menunjukan bahawa kulat-kulat di uij mempunyai keupayaan mendorong pembentukan gaharu pada genus Aquilaria spp.

Agarwood, Eaglewood, Eloeswood, oudh, Agar, Gaach agar, Agaru, Chenxiang, Cham Heong, Tram huong, Jinko, Kyara, Agilawood, A-ga-ru, Sashi, Ghara, Akil, Mai ketsana, Thit mhwae, Walla patta dan gaharu ianya adalah oleoresin, minyak, damar, teras, kayu lampung atau gubal terhasil melalui patologi / bukan patologi, aktiviti anti-mikrod atau di sebabkan oleh cedera atau di cederakan, yang telah di jangkitan kulat di perolehi pada spesis gaharu Famili Thymalaecceae (Genus Aquilaria spp) di hutan tropika di Asia Tenggara.




Sejarah:- Pada abad ke-16, Portugis, yang telah aktif pedagangan Oud di Goa, Melaka dan Macau, di sesuaikan perkataan agaru untuk pao d'Aguila, atau "kayu helang", selanjutnya, sekurang-kurangnya mempunyai makna dalam bahasa Portugis, walaupun tidak ada hubungan antara helang dan Oud”. Bahasa Arab memanggil Oud” di negara-negara eropah memanggil aloeswood atau agarwood, nama-nama panggilan ini dapat di taksirkan ada hubungan amat jelas ianya berasal daripada bahasa Sanskrit.

Sukar bagi mendapatkan Gred Oud terbaik, warna hampir kehitaman, padat serta berat. Kebiasaannya. Oud di temui dalam berkeadaan ringan, erti kata, gaharu yang berkurangan resin. Bagi penilaian untuk menentukan kualiti Oud, menguji dengan cara membakar, kita dapat pastikan cara api membara serta bauannya. Minyak Oud boleh di uji melalui menyentuh sedikit pada lidah dan rasa pahit bagi menilaikan berkualiti atau tidak. Ahli-ahli sejarah tidak pasti ada tarikh tepat atau tidak pasti bila pedagangan Oud pertama sampai serta telah berada di Timur Tengah.


Daripada artikal lama beberapa nota-nota rujukan gaharu daripada ahli sejarah China, Friedrich Hirth dan WW Rockhil yang bertarikh seawall SM abad ke-10 menulis tentang perdagangan gaharu. Perdagangan gaharu bermula di zaman King Solomon dari kerajaan Sabaea di selatan tanah Arab dengan pedagang di Malabar barat persisiran pantai India.

Sudah berabad-abad perdagangan gaharu bermula di semenanjung Arab, pantai Malabar dan China melalui lautan Hindi sebagai pedagangan maritim. Pada masa ini, kemenyan dan Mur dari oman dan dari Hadhramaut di selatan Saudi telah di niagakan di Timur Jauh, ianya menjadi Oud satu perdagangan timbal balik. Laporan ini di tulis oleh para pedagang China dan Arab.



Bermula daripada Disnasti Han (206 BC-220 AD) Cina memainkan peranan utama perdagangan Oud, setelah adunan minyak wangi Imperial di gunakan bersama-sama dengan bunga cengkih, kasturi, minyak costus-akar dan kapur barus. Kedua kaum India dan China menamakan kayu ketumpatan ini, memanggil cb’en Hsiang “kemenyan tenggelam di dalam air”, Oud-Oud di pasarkan mengikit gred, ianya mempunyai 20 gred dengan perbezaan nilai jualan.


Sebagai memenuhi pertambahan permintaan Oud secara domestic dan permintaan antarabangsa, para peniaga Cina mula memasuki Annam Vietnam  mencari sumber pokok-pokok berkualiti yang banyak di temui di sana. Sebagai sumber bekalan baru untuk membolehkan mereka menjadi pemborong, sebagai orang tengah, sehingga ke ketika ini mereka masih mengekalkan kedudukan ini terkenal di seluruh dunia.


Seawal 350 tahun para pedagang Arab telah membina penempatan perniagaan di pinggir Canton. Catatan daripada seorang pengembara Cina bernama Fa-Hien berkata, pedagang Arab dari Hadhramaut dan dari Oman yang menetap di Ceylon memperolehi kekayaan hanya sebagai pedagang Oud. Para ahli geografi dari Yunani Cosmas Indicopleuster menulis, perdagangan dan penghantaran Oud terbesar antara China- Ceylon dan penghantaran ke Timur Jauh.


Laluan daripada Teluk Arab ke Maldives, Kepulauan Nicobar dan kamudian ke Canton melalui Selat Melaka ke Lautan China Selatan adalah laluan sama, perlayaran pergi balik memakan masa selama dua tahun. Ianya terpaksa pula menunggu angin bermusin, masalah Kastam dan kerumitan menjalankan perniagaan di Negara China. Pedagang Arab dan Parsi di Canton membuat papan permainan yang di ukir daripada kayu Oud yang berbau wangi, kadang-kadang peralatan permainan di perbuat daripada tanduk badak dan gading gajah, tetapi banyak di temui peralatan permainan ukiran daripada kayu Oud.


Dari abad 12 hingga abad ke-13 mengenai paduan perdagangan laut antara Arab-Cina di tulis oleh seorang pegawai Chau Ju-Kua di wilayah selantan China Kwangtung pada abad ke-13. Dalam teks tersebut menyebut carian mendapatkan Oud telah di pergiatkan menitik berat pada mengumpulkan dari kepulauan Hainan, bahagian Vietnam, di semenanjung Tanah Melayu, Kemboja, kepulauan Sumatera dan Jawa.

Wangian Oud telah menjadi suatu adat sebagai satu amalan sunnah bagi umat Islam umumnya bangsa Arab daripada bangun, mandi dan minyak wangian serta asap Oud, sebelum pergi masjid untuk solat serta upacara keagamaan dan majlis-majlis keraian. Ianya merupakan Produk Ekonomi di semenjung Tanah Melayu menyifatkan Oud dari segi saintifik ia merupakan resin aromatic deposit terdapat di spesis tertentu pokok Aquilaria spp terutamanya Aquilaria Malaccensis, salah satu spesis popular namanya, mengimbas kembali ketika pedagangan Oud berpusat di Melaka di era penjajahan di kuasai oleh Portugis.


Di sini amat jelas bahawa resin yang di hasilkan oleh pokok ini amat berharga, ia merebak menyebarkan penyakit. Bahagian-bahagian yang berpenyakit dari pokok ini di ambil oleh pencari gaharu di jadikan produk pedagangan termahal yang di kenali sebagai Oud. walaupun di hasilkan secara tindak balas imun daripada kulat (Phialophora Parasitica) yang menyerang pokok ini setelah pokok tercedera dan berlaku bertahun-tahun lamanya. 

Saya copy paste daripada nota kajian saya mengenal apa itu Oud atau gaharu, minyak gaharu yang di idam-idamkan di panggil Oudh, bagaimana kegilaan pencium aroma pada Oud dan sedikit sejarah bermula pedagangan gaharu di asia, semuga dengan sedikit ilmuan ini dapat di kongsi. TQ.

Sunday, 24 November 2019

Pening Dan Kejam..!!!


Tercari-cari tajuk catatan ini, last-last terjumpa ketika tergaru-garu sana sini kesan digigit kutu babi, begitu lah jika setiap masa berada dihutan digigit kutu babi dan pacat telah menjadi satu kepastian. Tetap tidak dihiraukan selagi keadaan cuaca elok sihat tubuh badan, telah menjadi rutin harian bukit tetap didaki. Musin hujan telah tiba mood kehutan dah hilang, lepak diwarong kopi lama-lama memang tidak digemari, hanya luang masa 30 minit setiap pagi jumpa kawan-kawan sambil sarapan pagi kejap.


Rasa-rasanya telah masuk catatan kelapan bulan ini diterbikkan pada blog terbaru ini, maklumlah melepaskan gian setelah selama 2 tahun berdiamkan diri dan tidak kesempatan berblogger. Kemungkinan para pengikut blog Gold-Forest.blogspot.com tertanya-tanya kemana perginya admin blog gaharu gold-forest menghilangkan diri dan menyepi atau sudah tinggalkan bidang kegaharuan. Ke sudah berkubur atau telah beralih pada usaha bidang lain, mana tahu kan beralih angin ke, buka ladang ketum ke dan ladang ganja pula ke?.. kikikiki. Mahu kumpulkan kembali semula semua 36 ribu pengikut blog, bukan benda senang tetapi tetap ada yang perhatikan perkembangan walaupun berada jauh.

Saya lebih gemar sertai ayat-ayat berbentuk senda gurau setiap kali catatan terbaru diterbikkan semejak bermula sebagai blogger gaharu, menaip sambil hadap laptop pun boring juga sekiranya ayat-ayat ditaip hanya berbentuk maklumat tanpa ada selingan gurauan. Bagi diri saya, walaupun sepahit-pahit pengelaman yang kita lalui sebelum ini, ianya merupakan ujian menguji kesabaran kita, Sedaya upaya menyembunyikan bersertai dengan wajah raut yang memaparkan keceriaan. Orang tua-tua berpesan, apabila mahu keluar rumah tinggalkan masalah didepan pintu dan bila balik pulang nanti ambil semula masalah itu, tiada berguna kita bawa masalah itu ke hulu ke hilir sampai bila ianya tidak akan dapat diselesaikan.


Begitu juga dibidang gaharu teknologi tetap datang masalah, bukan satu masalah bertimbun-timbun masalah akan datang menguji kita mempunyai siifat sabar atau tidak. Suntik pokok kena banyak-banyak bersabar, tersilap formula cecair tidak berjaya pembentukan gaharu, terlebih dos bahan-bahan larut kelain pula jadinya, Pokok tersedia menanti kos upah pula tidak ada, suntik pokok orang, pemilik  tidak bayar kos suntik, pemilik siap bayar agen pula bawa lari duit. Kikikiki.. Pelbagai-bagai masalah akan dihadapi, tempuhi lah dengan hati terbuka. Dan ini pula satu kes, Pemborong suruh tebang pokok mahu beli gaharu, upah tebang, upah angkut dan upah bersih kita kena tanggung, pemborong pula berdiam diri.


Bila pemborong melihat photo gaharu kat whatsapp yang siap dibersih beratusan kilo, tergaru-garu, ada ke patut bila siap dibersihkan dikatanya bukan gaharu. Kan senang cakap tidak cukup duit nak memborong semuanya. Kikikiki.. Cuba anda tebang pokok-pokok yang tanpa disuntik sebesar paha ke dan simpan lama, jika ianya bertukar kepada warna hijau kelabu menandakan masuk angin serta ringan dan cuba anda toreh ianya lembut dan cuba anda bakar buat penilaian baunya. Jika Gaharu ianya bukan begitu, gaharu berbentuk keras, bauan wangi dan mempunyai lapisan warna, satu lapisan yang berwarna seakan coklat perang seakan mengandungi minyak, rasa melekit semasa dibersihkan.


Sekiranya tidak berpuashati dengan penilaian itu, cuba ketuk antara dua ini, tentu ada perbezaan bunyinya antara kayu lampung dengan gaharu yang berbunyi padat. Kita lakukan penilaian cara kita orang kampong, bukan cara sainstif, gaharu berbentuk keras, padat dan bila dibakar mengeluarkan aroma wangi tidak seperti kayu-kayu lain jika dibakar mengeluarkan bau hangit. Walaupun gaharu berbentuk keping-kepingan ianya tetap berkeadaan keras dan warnanya agak berlainan daripada kayu reput. Gaharu semulajadi antara gaharu terbentuk melalui paksaan ada perbezaannya, tetapi ianya tetap gaharu.

Ini pula antara kerenah pembeli gaharu semasa tidak ada bekalan, minta dibantu carikan 100 hingga 200 kilo, mahu sinking, double super, tiger dan cip arab gred terendah pun tidak kisah. Bila gred tiger tenggelam ada mahukan double, bila ada double mahukan cip arab, bila cip arab ada mahukan sinking pula. Yang bermain-main difikiran kita semua yang dia cakapkan dan janji-janjinya itu semuanya adalah karut, memang tidak boleh dipakai, entah betul dia mahu beli atau hanya agen-agen maut yang menyamar sebagai pembeli gaharu.


Kemungkinan perkara begini sudah menjadi lumrah makan minum pada semua pengiat gaharu, terima janji-janji kosong. Mahu tergelak pun ada.. “Tak per boss, saya bayar dulu, semua stok yang ada, nanti saya datang ambil, bayar cash boss”, berbulan-bulan dok berjanji. Hari-hari call bertanya masih ada ke dah dijual, selang seminggu kita wahatsapp pun tidak relpy. Kini dah masuk tempuh satu tahun, bayang pun tak muncul. Whatsapp dah tidak dapat, nombor whatsapp pun dah bertukar tetapi masih aktif kat facebook, pantang tengok photo gaharu orang lain update, “sila Pm”, kikikiki.. Mungkin kot salah satu penyakitnya suka kan PM.


Saya memang perangai lantang, kerana saya seperti anda juga mempunyai pokok-pokok serta ladang gaharu sendiri walaupun ada cecair pengalak resin ciptaan sendiri. Sebagai seorang pengusaha tentu ada gaharu hak milik kawan minta dijualkan campur-campur dengan bekalan hak milik sendiri. Bila ada hak milik orang kita urus jualkan, sudah pasti pemilik akan bertanya-tanya dihati mereka bertanya-tanya bila agaknya akan dapat duit, keraguannya akan timbul bila memakan masa yang begitu panjang.

Kita berbalik pada penghasilan pembentuk dahulu, suntik dulu tunggu 5 hingga 8 tahun lagi baru ditebang kan?. Sesudah muncul era baru inokulasian gaharu terhasil terbentuk panjang-panjang keras, padat serta mengekalkan bauan setanding bauan semulajadi. Timbul pula persoalan kesangsian pada penghasilan gaharu melalui paksaan, betul kan?. Sebelum ini hanya kita sering melihat gaharu berbentuk cip, keping-keping seperti kerepok, sebesar ibu jari dan tongkol-tongkol jarang-jarang ditemui. Ini merupakan era baru didalam bidang gaharu melalui paksaan, cecair pengalak resin terkini mampu menghasilkan gaharu 70% berbanding daripada pembentukkan semulajadi. Adakah yang tidak inginkan pembentukkan begini?. Ianya satu percapaian terbaik dan tidak ada pembaziran jika pokok-pokok telah matang ditebang.


Jika kita berumur panjang sabar menanti pokok ditanam berusia 50 tahun, itu belum tentu pokok ini akan menghasilkan gaharu, jika kalau lah pokok ini ditebang, adakah kita memperolehi hasil gaharu satu batang menghasilkan 70% daripada pembentukkan semulajadi?. Saya berani berhujah dalam hal ini, tidak mungkin terjadi jika kita mengharapkan pokok gaharu membentuk gaharu menghasilkan gaharu sejumlah itu.  Teknik-teknik inokulasian bertujuan menghasilkan pembentukkan gaharu dengan sejumlah kuantiti yang besar daripada setiap satu pokok. Disebab inilah teknik-teknik inokulasian sentiasa diperbarui, telah diiktiraf  sebagai salah teknik terbaik telah digunapakai oleh pengusaha di Asia Tenggara serta cecair pengalak resin sentiasa dinaikkan taraf.

Faktor utama pembentukkan gaharu berlaku ianya dicederakan secara kejam, kita fahami maksud erti kata kejam kan?. Kikikiki..Walaupun kekejaman dilakukan pada pokok-pokok ini tidak sampai membunuh pokok, ianya dilakukan mengikut teknik-teknik inokulasian atau kekejaman paksaan melalui cecair pengalak resin yang diisi dalam batang pokok ini. Jika dibandingkan antara tindakkan kekejaman alam sebagimana ianya berlaku pada penbentukkan gaharu semulajadi dan jika kita amat-amati secara teliti, bila kita cuba betul-betul memahami antara dua factor ini, inokulasian dan semulajadi tidak ada perbezaan ketara ianya sama-sama menghasilkan pembentukkan, cuma kuantiti nya agak jauh perbezaan.


Teknik penginokulasian dicipta dengan mencontohi daripada pembentukkan gaharu semulajadi sebagai paduan asasnya bagaimana gaharu terhasil. Daripada kekejaman, anti-kulat, anti-penyakit serangan serangga, anti-mikrob, perasit dan penyebaran bakteria menyebabkan permulaan pembentukan gaharu semulajadi. Bukan perbuatan main-main suntik jer, kesemua bahan-bahan cecair main ikut suka dan mengikut teori fikiran sendiri kedalam batang pokok ini. Ianya mesti mengikut factor-factor yang telah ditetapkan mengikut paduan berdasarkan kajian terdahulu dan mengetahui bagaimana kestabilan pokok setelah cecair pengalak resin diisi.

Kekejaman dilakukan bergantung pada cecair pengalak resin yang digunapakai, ada yang mengerudi sejumlah yang banyak, ada gerudi bilangan sedikit dan ada melakukan kekejaman melalui pasakkan bamboo stick. Anggaran bagaimana melakukan kekejaman kebiasaan mengikut andaian serta kepakaran seseorang penginokulasian, mereka sahaja yang mampu membuat penilaian daripada pengelaman mereka. Disini adalah perkara penting jika anda ingin lakukan sendiri teknik-teknik inokulasian, terdahulunya meminta pebdapat serta belajar serba sedikit daripada mereka.


Tanpa berlaku kekejaman terkesan daripada cecair pengalak resin kemungkinan penyembuhan akan berlaku, kebiasaanya setelah inokulasian dilakukan tempoh 3 hingga 12 bulan, kesan daripada penyerapan cecair akan kelihatan, tetapi setelah tempuh 16 bulan akan datang penyembuhan bermula. Lubang-lubang yang telah digerudi dahulunya telah diselaput kulit kayu. Disebabkan sedemikian maka timbulnya perbagai-bagai masalah seperti ini, pembekal cecair pengalak tidak dapat dihubungi dan para penginokulasian tidak aktif lagi dan tentu pokok-pokok yang diinokulasian tidak mendapatkan hasilnya.


Saya catatkan melalui pengelaman lampau, apa yang telah diri saya sendiri lalui, inokulasian bukan satu perkara yang mudah. Kerana tindakkan kekejaman ianya bergantung 100% pada bahan-bahan terkandung dalam cecair pengalak resin ini. Jika meragui apa yang telah saya catatkan, sila lakukan, reka cecair pengalak resin mengikut andaian fikiran anda dan bersabar menanti tempuh dua tahun akan datang, inokulasian yang anda lakukan daripada cecair ala kadar cipta itu berjaya atau tidak. Saya tetap berikan galakkan, selamat memcuba. TQ.

Friday, 22 November 2019

PATOLOGI?.


Apabila kita terlintas difikiran mahukan usahakan sesuatu perkara, lakukan kajian setiap segi, bermula dengan keupayaan kita, kesabaran kita, kenyakinan kita dan adakah kita layak serta mampu menempuhi setiap cabaran.  Jika kita awal-awal merasai kita akan gagal, maka janganlah kita mulai, otak tidak sakit, jiwa kita tenang dan terlepas dari memerah otak untuk menguruskan kerjaya kita. Biar kita dikatakan bodoh dari diperbodohkan daripada dianggap cerdik tetapi hakikat sebenarnya sebetul-betulnya kita bodoh dan sehebat-hebat mana pun kita tanpa ilmu dunia dan akhirat, hidup kita tidak ubah seperti mayat hidup, lagi bodoh kan?.


Tiada sesiapa yang akan membantu kita, hanya diri kita sendiri tak ubah sendiri berdiri berjalan tanpa tongkat, tetap ego mempamerkan kehebatan sekadar yang ada,  kerana kita masih mampu lakukan atas usaha sendiri. Orang lain hanya memandang tapi kita bahu yang memikul, tanggungjawab kita untuk berubah segala-galanya berasaskan daripada usaha kita sendiri. Jika mahu difikirkan tanggungjawab ianya satu tugasan yang besar, mahu atau tidak sudah menjadi satu perkara wajib terletak dibahu kita untuk dipikul, tentu sakit untuk difikir kan?. Kikikiki, Saya bukan mahu huraikan tentang tanggungjawab, kita bicarakan perkata ada berkaitan tentang bagaimana pokok gaharu menghasilkan pembentukan melalui paksaan dan terbentuk secara semulajadi.

Dalam diam-diam kita tetap merencanakan halatuju kerjaya kita, siang malam sampai termimpi-mimpikan pokok-pokok gaharu diladang. Merangka aktiviti setiap masa untuk lancarkan kerjaya arah halatuju, hari demi hari semakin hampir matlamat usaha kita. Bagaimana tujuan asal kita setelah membina kerjaya dibidang kegaharuan, dari peringkat awal perbukaan membuka ladang, cipta cecair pengalak resin, suntik pokok-pokok ladang serta liar, pembinaan kilang penyulingan dan akan bermula fasa 2 untuk menglengkapkan diri sebagai pengiat gaharu teknologi.


Berita tentang gaharu, pelbagai-bagai andaian kita dengar serta terbaca diakhbar-akhbar, laman-laman sosial, dimedia-media massa elektronik dan dilaman-laman web. Kita diangan-angankan dengan pelbagai-bagai kerenah dengan pelbagai-bagai cerita ada kebenarannya dan selebihnya ditambah dengan berita karut-karut. Sebab itulah kita dituntut untuk belajar, belajar dan terus belajar dibidang apa sekali pun, supaya kita bijak menilai parkara mana yang betul, mana yang elok baik diterima akal, kita gunakan sebagai paduan, yang tak mungkin diterima akal kita berlakon seperti badak.

Para-para sainstif memanggil kayu lampung ini, kayu patologi dan kayu berpenyakit, ianya ditemui dibahagian-bahagian tidak menentukan tempat. Dimana pokok-pokok ini tercedera serta dicederakan isyarat serangan dihantar, kulat-kulat mula membiak dan sesquiterpener mula aktif, mula berlakulah pembentukan awal gaharu. Daripada test kajian 1996 acuan kulat ditemui sebagai parasite iaitu 2 parasite iaitu Ascornycatous dan Phaeoacremoium parasitica, kulat dematiaceous pula mewujupkan sekeliling atau dinding ianya tiada berkaitan dengan pembentukan gaharu.


Pengaktifkan kulat melalui jangkitan bermula daripada tindak balas pertahanan seterus mendorong pembentukan gaharu menyebabkan biosintensis bahan-bahan pertahanan seperti sesquiterpenes dalam sel-sel parenchyma. Phytoalexins terkumpul dan dirembeskan ke dalam salur-salur bersebelahan melalui lubang pembawa parenchymal, mengakibatkan halangan pembentukan vessel occlusions. Occiusions dan sequiterpenes agen pembawa bertindak sebagai benteng fizikal dan kimia, perancatan mikrob didalam aliran, tujuannya mengelak penyebaran. Peningkatan occlusions dan sesquiterpenes bertambah dalam tempuh jangkitan sehingga terhasil pembentukan gaharu.

Test kajian 1977, Pokok-pokok yang berada didalam berkeadaan subur tidak terjamin kehadiran resin. Dianggarkan bahawa hanya 10% daripada pokok-pokok karas dihutan mengandungi gaharu. Kebiasaanya bentuk-bentuk resin sebagai tindak balas kepada luka dan jangkitan kulat-kulat, yang ditemui dibanyak tempat berasingan iaitu dalam kulit dan akar serta pertengahan batang. Berada didalam keadaan semulajadi resin lebih kerap ditemui pada pokok-pokok berusia 20 tahun ke atas, manakala pokok berusia 50 tahun mempunyai kepekatan resin tertinggi terbaik menghasilkan gaharu, berwarna gelap, resin berat dan berbau manis.



Pembentukan resin wangi dikaitkan dengan memcederakan, melalui serangan kulat serta dibantu oleh serangga. Sebagai tindak balas daripada jangkitan kulat, pokok menghasilkan resin yang tinggi dalam menentukan organic membantu membenteras atau membantutkan pertumbuhan kulat. Tiga hipotesis wujud berkaitan pembentukan gaharu, iaitu adalah hasil daripada patologi, memcederakan / patologi dan / bukan proses-proses patologi * test kajian 1997 ini tidak memberikan keterangan sempurna bagi mana-mana hipotesis, tetapi, tetap mengatakan bahawa pengeluaran resin adalah daripada tindak balas jangkitan kulat daripada dicederakan.

Amalan inokulasian kebiasaannya mengamalkan teknik mengunakan gerudi untuk membuat lubang pada batang, pada dahan-dahan dan akar pokok yang dianggap matang kamudian disuntik dengan cecair pengalak resin. Setelah inokulasi dilakukan secara umumnya, gaharu dituai apabila pokok berumur antara lima dan sepuluh tahun. Eksoerimen terkini telah berjaya tujuan memcederakan secara paksaan, cecair yang dimasukkan tujuan mengelakkanya penyembuhan semula jadi, teknik-teknik ini berkesan, mampu menghasilkan kayu yang dijangkiti dan menghasilkan gaharu agak berkualiti, agak padat, keras dan berminyak, ya nya keputusan terbaik.


Bila berlaku serangan kulat-kulat kereputan tetap akan berlaku pada batang kayu hidup, jika tidak ada serangan kulat penyembuhan pula akan berlaku. Jika anda tidak ingin melihat pokok-pokok kereputan akibat inokulasi ini, disyorkan jangan berkali-kali lakukan apa-apa teknik-teknik inokulasi pada pokok gaharu anda. Harap memahami betul-betul factor-factor bagaimana pembentukan bermula daripada kecederaan dan pembentukan bermula daripada serangan penyakit. Gaharu tidak ditemui pada pokok-pokok usia bawah daripada 50 tahun iaitu jika tidak berlaku kecederaan kejam pokok berusia 50 tahun keatas yang hidup subur tetap tidak menghasilkan gaharu.

Gaharu dikenali oleh para-para sainstif iaitu kayu patologi dan kayu berpenyakit, kayu berpenyakit ini yang mengandungi oleoresin, kemenyan atau minyak atau damar atau Agar yang mengeluarkan ciri-ciri aroma aromatik tersendiri. Pengumpulan oleoresin adalah berkaitan dengan jangkitan dan proses penuaan awal, oleoresin wangi tertumpu di floem merebak akan membentuk warna gelap kerana jangkitan ini dipanggil agar. Keamatan warna kayu yang dijangkiti menjadi lebih menonjol sebagai oleoresin. Test kajian tahun 2004, melaporkan bahawa dalam populasi semula jadi kira-kira 25 hingga 30% daripada pokok-pokok yang dijangkiti dan menghasilkan gaharu komersial melalui inokulasian


Daripada kajian para-para sainstif, pencetus untuk pembentukan masih dianggap misteri yang tidak dapat diselesaikan. Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran gaharu di pasaran antarabangsa, beberapa kajian induksi gaharu telah dilakukan dengan menggunakan pokok-pokok liar. Sayangnya, tidak ada data statistif diterbikan dari mana-mana kajian awal menggunakan pokok-pokok liar untuk saya huraikan secara ringkas. Cuma ada sedikit laporan daripada kajian inokulasi pada Aquilaria agallocha dengan menggunakan spesis kulat Cytospheare mangiferae dilaporkan menghasilkan gaharu sejumlah yang besar. Dua kulat di temui pada Grinnops selepas di cederakan memasuki melalui rongga didalam batang spesis kulat Cytospheare mangiferae, melalui jangkitan ini mula merebak perlahan-lahan dan ansur-ansur membesar.




Sebelum mengakhiri catatan ini, saya sentuh serba sedikit bagaimana keadah serangan serangga, keadah inokulasi Strain kompleks, Glikoprotein serta bagaimana tindakbalas antibodi dan mekanisme rembasan minyak. Satu kebiasaan habitat alam semulajadi semut akan menjajahi ditempat-tempat reput membuat lubang dan akan bersarang, rembesan hormon dibawa oleh semut ada pemangkin proses menjadikan pokok mengeluarkan resin. Terkumpul jangka masa agak panjang, lebih sukar untuk menentukan hasil serta kawalan kualiti dan gaharu ditemui kebiasaan dalam bentuk kemenyan.

Inokulat strain ini menggunakan kulat tunggal, ia hanya mampu membentuk seperti cincin nipis, lemak serta berminyak. Tujuannya paling asas untuk memperolehi gaharu berbentuk kepingan, tetapi jika dibiarkan tempuh masa yang panjang ia boleh mengekstrak beberapa gred, sebagai rempah dan bahan-bahan perubatan. Di dapati kesan penggunaan bakteria-bakteria komposit adalah jauh lebih baik daripada kulat tunggal. Dalam tempuh kurang daripada satu tahun, didapati ia boleh membentuk gaharu gred tenggelam.


Pelbagai-bagai bakteria diperlukan bertujuan pokok ini menghasilkan oleoresin, daripada proses akibat parasite akan menghasilkan beberapa Giikoprotein tertentu. Kesimpulannya daripada ini merupakan komponen utama menyebabkan pokok akan menanggung wangian gaharu dan ekstrak daripada  bakteria-bakteria berkaitan yang membolehkan Glikoprotein mengekalkan pokok Aquilaria menanggung wangian. Manakala pokok Aquilaria yang masih muda, ianya tidak mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran, sebab utamanya tidak mempunyai system imun yang lengkap dan merupakan satu kebiasaan dalam alam semulajadi.TQ.

Thursday, 21 November 2019

Sasau Kerana Mu..!!!!

Sebelum menjadi salah seorang antara pengiat gaharu teknologi, berpunca kegilaan saya bermula penyelidikan awal tentang gaharu, bagaimana gaharu semulajadi terbentuk dan bagaimana pembentukan gaharu melalui teknik paksaan, walaupun pada awalnya menganggap perkara tidak boleh diterima akal. Belajar bagaimana melakukan teknik-teknik cara-cara suntikan, bagaimana alahan serangan penyakit, keadaan pokok tercedera. Bagaimana ianya dicederakan dan bagaimana pertahanan pokok sehingga mampu menghasilkan gaharu semulajadi. Adakah betul gaharu semulajadi itu terbentuk secara semulajadi, adakah ianya terjadi pembentukan oleh kejadian alam atau pun mungkin yang dikatakan gaharu semula itu diperolehi daripada orang asli?, setimpallah adat resam hidup mereka bersama alam semulajadi maka kita mengatakan gaharu asli. 


Sebilangan besar masyarakat sekadar cuma mengetahui nama-nama gred gaharu, ada yang mengetahui ala kadar berkenaan gred-gred gaharu, tetapi, tidak pernah melihat bagaimana bentuk asal gaharu. Ada pembezaan yang amat ketara antara gaharu semulajadi dengan gaharu paksaan, begitu juga penghasilannya terbentuk pelbagai-bagai gred, pada dasarnya pembentukan melalui kecederaan. Diantaranya gred-gred kebiasaan mereka namakan iaitu bulu kijang, bulu rusa, belang rimau dan urat nibong serta dari fahaman mereka gaharu berwarna hitam berkilat adalah berharga tinggi. Kita mungkin tidak merasa hairan jika gred-gred gaharu ini sering disebut-sebut oleh masyarakat kampong, kerana mereka tidak didedahi mengenai gred gaharu dan tidak ambil berat mempelajari secara memdalam.

Dikalangan masyarakat kita begitu juga dikalangan kaum-kaum lain dari dahulu hingga kini, masih tercari-cari halatuju bidang kegaharuan ini.  Satu bidang mempunyai banyak perkara dirahsiakan daripada didedahkan pada umum, yang kita dapat tahu cuma apabila dihebohkan pokok jutawan daripada promosi jual benih, jual cecair pengalak, jual khidmat inokulasi, jual minyak pati dan heboh setelah pokok ditebang serta pamer hasilnya. Tetapi, kita masih tertanya-tanya serta tiada jawapan tepat kemana hasil-hasil tuaian nanti akan dipasarkan. Adakah boleh di jual dipasar-pasar malam atau dipasar-pasar borong serta boleh dijual dikedai-kedai runcit?.


Persoalan ini masih menjadi isu besar, tiada sesorang pun mahu menjawab soalan ini. “Hasilnya siapa mahu beli” ini dijawab oleh pengiat gaharu, pembeli dari Asia Barat, Indochina, Jepun serta Eropah, pasti ada yang terasa hati. Mengapa tidak bertanya semasa bermula proses bersih tapak ladang dan beli anak benih dulu, tidak selidik ke mahu jual dimana?. Setelah pokok ditanam berusia 10 tahun ingatkan telah jadi jutawan gaharu, rupa-rupanya masih lagi tergaru-garu, bertambah-tambah gatal dikepala. Pokok masih belum menghasilkan gaharu sendiri. Barulah terjaga dari lamunan mimpi, mengetahui berita amat parah rupa-rupanya untuk dapatkan hasil daripada pokok yang ditanam tu. Ada lagi mesti kena lakukan iaitu suntikan, kena keluar duit lagi, kikikiki. Bagai naik gila otak memikirkannya. kerana tidak mengetahui maklumat tepat, semasa membeli benih gaharu dan dalam sedar tidak sedar ladang-ladang gaharu telah dibuka setiap pelusuk di Negara, rupa-rupanya bukan kita seorang terkena.

Salah satu kegilaan kita buat apa benda mesti mahu melebihi daripada usaha orang lain, ini memang kerja gila-gila sekali buka ladang, mak kau, order benih tanam 1000 pokok. Terlampau percaya desas desus yang diwar-warkan satu pokok masa akan datang nilainya berharga satu ribu. Lagipun, kita ada tanah kosong dibiarkan gitu penuhi semak samun lagi membazir, baik dimajukan. Orang kata baik tanam gaharu boleh jadi kaya raya atau pokok jutawan, senang jer tanam mudah hidup. Maka kita pun tanam 1000 pokok dengar khabar masa akan datang nilainya 1 juta, dapat status jutawan dalam tangan. Kikikikiki.. Kita pun ikut tanam bermula daripada berita yang didengari cerita-cerita dongengan angan-angan ala cerita Pak kadok moden. Sebetulnya berita-berita ditambah-tambah diperbesarkan untuk menyedapkan lagi cerita oleh promosi-promosi para-para orang-orang yang mempunyai kepentingan.


Berita ini memang tidak perlu disangkal, memang betul gaharu bernilai tinggi dan harganya walaupun hanya 1 kilogram gaharu berkualiti akan dibeli dengan harga yang amat tinggi dipasaran gaharu antarabangsa. Mari kita renungkan diri kita sendiri kejap, adakah kita mengenali siapa pembeli, mampukah kita untuk pasarkan sendiri hasil-hasil gaharu kita dan adakah kita telah rekodkan setiap kos yang kita telah belanjakan tujuan mendapatkan hasil daripada pokok gaharu yang kita tanam. Jika urusan perjualan gaharu kita melibatkan orang tengah, atau berurusan melalui pemborong. Kita kena fahami dan sedari yang mereka adalah peniaga dan gaharu kepunyaan kita mereka yang uruskan perjualan, tidak mungkin dibayar dengan harga yang tinggi mereka tawarkan pada kita.


Kita berbalik pada punca kegilaan kita, jika dikira daripada kemampuan kita, 1000 pokok yang telah kita tanam, merupakan satu jumlah yang agak besar. Disegi mana yang kita tidak kemampuan?. Kita terdaya keluarkan kos pembersihan tapak, terdaya pembelian benih dan masih terdaya keluarkan apa-apa kos melibatkan pengurusan penjagaan ladang kita. Apabila kita mengetahui pokok gaharu tidak menghasilkan gaharu, perkara yang  wajip iaitu dengan melakukan memasukkan bakteria atau cecair pengalak resin pada batangnya tujuan pembentukan gaharu. Kita mempunyai ilmu, ada kepakarankah dibidang patologi dan tahukah bagaimana teknik-teknik suntikan, yang kita cuma pandai pegang hulu cangkul, kapak, mesin rumput, pisau penoreh getah dan pisau pemotong buah sawit.

Kita akan bertambah gila, berpunca bila mendengar kos suntikkan dan bekalan cecair pengalak resin sebanyak RM90.00 (contoh) hanya 1 lubang dan sila ambil mesin kira otak jepun kita mula mengiranya. Jika 2 lubang suntikkan untuk 1 pokok ladang, kosnya RM180.00 masih kita terdaya keluarkan hanya 1 batang, cuba daraf sejumlah 1000 pokok yang kita tanam, kikikiki.. terdaya atau tidak?. Disinilah segala kegilaan terhadap pokok yang kita tanam menjadi lebur serta cair segala-segalanya semangat kita. Tersilap cecair pengalak tidak terhasil gaharu, maka bertambah-tambahlah kesangsian kita dan akan hilang keyakinan diri serta ansur-ansur lenyap segala impian mahukan status jutawan gaharu dan bermula kaya dengan jutaan tergaru-garu disertai pokok-pokok diladang kita turut rebah satu persatu.


Saya catatkan ini daripada pengelaman sebagaimana pernah dilalui semua ini tujuan untuk menyedari bukan bertujuan mahu patahkan semangat, ianya adalah satu realiti sebagai mimpi nyeri pernah dilalui ketika bersama-sama pengiat seangkatan saya. Berita-berita yang tersebar waktu ini, disebarkan mengambarkan semuanya berita indah-indah tanpa ada cacat celanya.  Kita mempunyai pokok-pokok liar yang tumbuh dikebun serta dimana-nama atas tanah hak milik kita sebesar 3 pemeluk contohnya, bertanpa gahnya kita memiliki pokok sebesar itu walaupun hanya 1 batang. Pelbagai-bagai kerenah tentu kita lalui, ada yang datang buat tawaran mahu membeli, ada yang ingin suntik dan ada yang ingin kongsi kos suntikkan.

Tunggu punya tunggu, selepas 1 hari masuk kebulan-bulan, hingga kesaat-saat ini telah masuk bertahun-tahun tidak muncul-muncul semuanya hanya datang tabur janji, betul kan?. Walaupun dinamakan kongsi, kongsi berdasarkan pokok yang tumbuh sahaja, bukan bererti kongsi kos suntikan. Pokok sebesar ini, memerlukan kos upah kerja serta kos cecair pengalak serta sejumlah yang banyak serta lubang digerudi pada batangnya bukan hanya pada dibahagian pangkal. Contohnya, kita memilik hanya 1 batang berukuran sebesar 3 pemeluk, lubang akan digerudikan sejumlah 20 lubang, caj satu lubang dikenakan RM350.00 , sila daraf dengan 20 lubang. Kikikiki.. Tak gila ke kita memikirkan nak keluarkan duit tunai sejumlah itu, walaupun dikatakan kongsi kan?.


Betul juga kan, bagaimana boleh jadi seorang jutawan gaharu kalau tidak ada pelaburan, tidak ada usaha hanya peluk tubuh menanti orang lain bantu, tentu tidak masuk akal dan tidak mungkin terjadi. Seboleh-bolehnya sebagai seorang pengiat tegal gaharu teknologi, memang ada sifat ingin membantu sesesiapa sahaja yang memiliki pokok gaharu liar. Bila menilai disegi kemampuan diri itulah puncanya, walaupun tahaf kegilaan kita pada pokok ini tiada hadnya dan jika membantu pun cuma bilangan kecil sahaja. Walaupun dinilai kepakaran yang kita telah dianugerahkan dari usaha, tetap ada kemampuan, tetapi, daripada penilaian secara terperinci iaitu 3 kos perlu disediakan upah gerudi, memanjat dan kos cecair pengalak resin membuatkan tidak terdaya untuk menanggungnya.

Tahaf kegilaan kita ada had, berjanji bila tersedia ada kemampuan dan akan berkata daripada kajian terlebih dulu sebelum memberikan keputusan setuju. Ada juga berlaku perkara-perkara yang tidak disangka-sangka kemungkinan akan terjadi, sebelum pokok matang pemilik menebangnya dengan alasan untuk pembersihan tanah, untuk dibina rumah dan tanam semulajadi sawit serta getah tanpa dimaklumkan. Andaikata perkara begini berlaku lagi, kikikkiki, bertambah gila fikiran kita, duit telah banyak dikeluarkan pada pokok itu, pemilik tidak keluarkan satu sen, pokok itu pun hanya tumbuh liar tidak ditanam pun, disebab itu lah pemilik tidak merasai apa-apa kerugian.


Mahu catakan sedikit pengelaman lampau bersama dua orang pengiat gaharu terkenal diseluruh Asia, seorang dari Malaysia dan seorang lain dari Negara Jiran. Mereka berdua ini pernah bersama-sama saya melakukan suntikan pokok gaharu amnya diNegeri kelantan. Ketika kedua tuan nama-nama ini gah sebagai pengiat gaharu dan peranan saya cuma sebagai pengurusan pembelian pokok-pokok liar. Kami telah membayar dengan kos yang agak besar untuk memilik lebih kurang 100 batang ukuran pelbagai-bagai size berserta kebenaran memiliki berkuatkuasa selama 15 tahun. Ini bererti pemiliknya melepaskan status penjagaannya seperti dijanjikan memberikan kebenaran melalui surat penjanjian, memberikan kebenaran keluar masuk, hal-hal kerja-kerja berhubungkait dan penjagaan seperti pembersihan adalah tanggungjawab kami.


Setelah 3 tahun berlalu daripada tempuh suntikan dilakukan, tanpa dimaklumkan pihak kami pemilik telah melakukan pembersihan tanah, tujuan penanaman semula pokok getah, padahal mengikut penjanjian tempuh masa masih berbaki 12 tahun lagi. Satu kes yang tidak dapat diselesaikan hingga sekarang, pemilik tetap tidak mahu mengaku yang dia bersalah, tetap enggan pulangkan duit kos pembelian pokok dan tidak mahu membayar kos-kos ganti rugi suntikan pokok walaupun secara terang-terang pemilik melakukan kesalahan. Kikikikiki.. Jika perjanjian bertulis mereka engkar, sudah pasti janji mengikut mulut amat mudah dilupai, naik sasau kami memikirkannya.


Daripada pengelaman begini, ketelitian segala-gala hal-hal diperlukan sebagai penilaian awal mesti dilakukan setiap kali ada tawaran suntik pokok-pokok liar. Jika tidak mahukan permasalahan timbul kena buat penilaian banyak perkara, utamanya keadaan pokok itu tumbuh, penerangan secara puashati kedua pihak, jangan ada persoalan tergantung, apa-apa masalah mesti ditanggungjawap kepada pemilik pokok. Biarkan keputusan berat sebelah sebab kita mengeluarkan segala kos dan apa benda melibatkan pokok tersebut kita yang menganggung kerugian besar. Salah satu punca menjadikan kita sasau. TQ.

Monday, 18 November 2019

Depu Gajah atau Depu Pelandok.

Sepanjang tahun 2017 hingga 2019 jadual terlalu padat, setiap satu bulan merata-rata daerah dijelajahi setiap Negeri, memenuhi undangan pemilik pokok yang berminat khidmat penginokulasian, gunapakai cecair pengalak resin V2.0 ciptaan kami hasil daripada kajian cipta cecair ini bermula 1998. Pada pertengahan tahun 2018 kami telah mempertingkatkan kepada V2.1 dengan pelbagai-bagai kulat yang ada berkaitan dengan pembentukan gaharu. Dicipta khas untuk digunapakai pada 3 teknik-teknik inokulasi, iaitu antaranya teknik infuse, bamboo stick dan sapuan pada batang dan keserasian untuk semua spesis pokok gaharu.


Setiap kali jelajah penginokulasian, tidak ada rasa pilih kasih, tidak mengira jumlah pokok yang diinokulasi, janji tercapai targed pulangan modal. Setimpal dan berbaloi daripada kos dibelanjakan setiap kali trip penjelajahan. Setiap kali trip bermula, selama tujuh hari berada merata Negeri, disini ambil peluang pada setiap malam perbincangan, pertemuan bersama pemilik pokok dan lawatan susulan pokok-pokok yang telah diinokulasi.  Selang satu minggu, setelah pulang dari jelajah penginokulasian berlari-lari pula ke lokasi-lokasi pokok gaharu liar milik sendiri.

Jumlah pokok di inokulasi lebih kurang 2000 batang pelbagai saiz dimerata-rata kawasan setiap dearah berhampiran. Jadual kerja sentiasa dipenuhi, esok keladang gaharu, lusa ke lokasi ini checking pokok yang telah diinokulasi, begitu seterusnya silih berganti lokasi. Semua mesti diselesaikan dalam masa seminggu, kerana minggu akan datang jelajah penginokulasian lagi. Bila dapat tawaran pokok-pokok gaharu liar dari pemilik, hari yang sama pergi melawat dan dengan janji akan penginokulasian secepat yang boleh. Masa tidak pandai menanti kita, peluang jangan diabaikan, rebut selagi terdaya dan gunakan akal kita, jika mahu mula menanam, sempat atau tidak untuk perolehi pokok sebesar dua pemeluk, bersyukur kerana pemilik bagi percuma.


Antara satu spesis pokok gaharu liar yang punya keunikkan tersendiri, mudah ditemui, di sekitar perkampungan, ladang-ladang dan hampiran banjaran bukit. Ianya adalah salah satu spesis pokok gaharu tidak dipedulikan, walaupun namanya terkenal, tetap terbiar membesar. Kulit nya selalu di sepat digunakan dijadikan tali, pengikat, di pangkal nya dipenuhi anak-anak cambah dan dibiarkan hidup tumbuh disempadan di jadikan sebagai pagar. Pokok spesis ini sebesar ukuran dua pemeluk, ditebang bukan tujuan mendapatkan gaharu, daripada kayunya dijadikan papan keranda oleh kaum cina dan orang islam menjadikan papan loh kubur. Disebabkan kayu nya berkeadaan ringan, lembut dan lampong, mudah buatkan ukiran dan ringan untuk dipindahkan, lagi pun ianya tidak dianggap berharga. Ianya bukannya dianggap satu kemusnahan, tetapi, satu keperluan untuk dijadikan sesuatu benda kebajikan.

Kita yang tergila-gila pada gaharu ini, tetap mengeleng-gelengkan kepala dan akan berkata-kata rugi, rugi, rugi, sebab kita tahu nilainya serta bagaimana cara untuk dapat pulangan berganda, betul kan?. Pokok Depu. Merupakan antara satu spesis tempatan, ada yang memanggilnya karas, ada juga yang memanggilnya gaharu, nama sainsfiknya jika tak silap saya lah, Aquilaria Malaccensis Lamk berada dalam keluarga Thymeleaceae, genus Aquilaria ditemui di Malaysia, Thailand, Indonesia dan India. Salah satu pokok gaharu liar berkeadaan lasak sukar dijangkiti kulat, hidup nya tumbuh subur di kawasan keadaan lembab, hidup di kawasan redup dan berbatang lurus. Sekira nya terjumpa pada pokok Aquilaria malaccensis ini telah menghasilkan gaharu semulajadi, ianya sangat-sangat berharga.


Terasa beruntung menetap didaerah berhampiran bukit, yang masih wujub kawasan-kawasan ladang, kebun-kebun getah, sawit dan masih ada tanah terbiar tidak terusik daripada pembinaan projek perumahan. Pokok yang mudah ditemui tumbuh merata-rata diseluruhan dearah-dearah berdekatan, melalui disetiap kawasan ladang pokok terbiar diatas tanah kebun getah seluas cuma satu ekar. Satu keistimewaan penduduk setempat, pokok-pokok depu ini, mereka biarkan membesar, mengetahui ianya pokok berharga walaupun mereka tidak mengetahui cara untuk bagaimana proses melakukan untuk dapatkan gaharu. Kita sebagai pengusaha harus mendedahkan maklumat yang betul pada pemilik pokok ini, supaya mereka menerima hakikat dan memahami bagaimana proses dan bukan perbuatan mudah seperti dibualkan melalui suntikkan pokok mampu menghasilkan gaharu.

Kos bajet penginokulasian diperlukan agak besar setiap kali lakukan inokulasi pada pokok ini,jauh pembezaannya daripada kos penginokulasian dikeluarkan pada pokok perladangan. Saya memang sangat-sangat menyukai dan begitu berminat lakukan penginokulasian pada pokok Depu, pokok yang sentiasa memberikan cabaran, disegi tahan lasak, size ketinggian serta besar batangnya, memiliki dahan-dahan yang besar, pernah ditemui ukuran sebesar empat pemeluk serta ketinggian melebih lima puluh kaki dan akar-akarnya timbul dipermukaan bumi. Pada catatan kali ini, saya sertakan sedikit gambar-gambar spesis Aquilaria Malaccensis, telah disuntik, telah menghasilkan proses pembentukan dan masih tidak diusik berada dalam keadaan semulajadi
.

Aquilaria malaccensis Lamk ini mempunyai resin berbau wangi dikenali sebagai AGAR, agar dihasilkan melalui patologi dihasilkan oleh kulat melalui luka. Secara umumnya, proses pembentukan gaharu adalah sama seperti keluarganya yang lain, kulat-kulat berkaitan yang menyerang pada pokok ini terdiri dari kulat-kulat yang sama. Test 1952, kajian pembentukan agar di perolehi daripada spesis ini, bahawa Zom agar dikaitkan dengan acuan kulat serta kereputan kerana kulat. Antara spesis kulat yang berbeza-beza yang ada berkaitan dengan zom agar mempamerkan pathogenesis, manakala yang lain seolah-olah saprophytic. Ianya dianggap satu perkara biasa gejala-gejala dalam jangkitan kulat ini akibat tidak terurus tisu kayu, yang dibawa oleh enzim yang di rembaskan oleh pathogen yang telah mula menyerang dinding pokok ini. Kajian tahun 1993, analisis daripada minyak pati yang diperolehi daripada kayu Aquilaria Malaccensis yang berkualiti melalui pengekstrakan, didedahkan bahawa, sesquiterpernes beroksigen dan  chromone  derivative adalah komponen utama berada dalam minyak pati.

Tiba-tiba muncu,l Kelantan keridor Depu yang diperkenalkan olah Kerajaan Negeri Kelantan, puncalah satu wabak kegilaan masyarakat bermula menjadi tidak keruan. Ya lah digempak gempur satu pokok tiga pemeluk jika inokulasi masuk ubat, hasil gaharu dapat ratusan ribu RM. Riuh setiap pelusuk negeri Kelantan, sehinggakan Negeri-negeri lain mengikut menjadi satu wabak, tanam 1,000 pokok akan jadi jutawan. Kikikiki.. Dengar boleh percaya baik, jangan. Bermula era ini, masing-masing melilau mengintai-intai, bertanya khabar, siapa ada memiliki pokok depu besar-besar, mahu disuntik. Dihutan berbukit diserang oleh pencuri gaharu dari Negara jiran, kebanyakkan masyarakat kemboja dan Thailand. Yang sebelum dari itu telah lama jelajah bukit bukau kita dan jarang-jarang terserempak kaum asal yang ditaja oleh pembeli gaharu memasuki perkampungan orang-orang melayu.


Pantang terjumpa pokok yang berukuran besar-besar, yang mempunyai kesan luka lama terus ditebuk, dipotong dan ditebang ditinggalkan begitu sahaja kerana tidak menjumpai gaharu. Jika kita selalu menjelajah ladang-ladang getah, kebun-kebun dan kampong berhampiran bukit, kita akan temui pokok-pokok berkeadaan tercedera serta tunggul-tunggul kesan penebangan. Disebabkan ungkapan menjadi jutawan ini lah, kemusnahan pada pokok-pokok berukuran besar, penebangan bermula dari itu, ianya menjadi salah satu punca perbuatan pembaziran. Yang berbaki sekarang ini, masih lagi ada sejumlah yang banyak, ada yang tidak terusik dan ada yang berlubang-lubang kerana ditebuk, berlubang kerana pernah dimasukan ubat didalam keadaan sihat masih subur. Tetapi, ada juga kebaikannya masyarakat mula menyedari, bahawa pokok depu ini, boleh dibaikpulih dan masih potensi untuk menjana pendapatan sekiranya diusahakan secara penginokulasian terkini.

Untuk melakukan penilaian setelah penginokulasian ianya bergantung kekejaman cecair pengalak resin itu sendiri. Factor-faktor yang terjadi kebiasaannya ditemui, perubahan warna pucat akan berlaku, diikuti dengan warna lebih gelap, perubahan warna dari kuning ke coklat setelah masuk tiga bulan. Ia akan membentuk coklat gelap dalam tempuh lapan bulan hingga sepuluh bulan, akan berubah ke hitam dalam masa dua puluh bulan akan datang, sudah mampu mengeluarkan aroma dengan cara membakar. Penilaian ini menjadi satu kebiasaan untuk memastikan penghasilan terbentuk gaharu dan penilaian berbentuk secara kekal atau tidak, kerana Aquilaria Malaccensis ini tahan lasak dan sukar diserang penyakit.


Satu anggapan salah jika hanya mengikut teori sebagai paduan, pemburu gaharu gemar menebang pokok-pokok Genus Aquilaria yang berada didalam keluarga Thymeleaceae berusia 50 tahun keatas. Dengan andaian, ianya telah menghasilkan gaharu walaupun berada didalam keadaan sihat serta subur. Anggapan mereka telah berlaku serangan anti-kulat tanpa ada kesan kecederaan, tanpa kesan tercedera melalui alam semulajadi dan tanpa kesan campur tangan manusia. Jika dinilai daripada lubang-lubang sarang semut menebuk batang pokok ini, ianya tidak menjanjikan kuantiti gaharu terhasil. Tanpa berlaku sebarang kecederaan, isyarat serangan tidak akan wujub, sesquiterpenes tidak akan aktif dan boleh dikatakan tiada berlaku pencilan serangan kulat-kulat berkaitan pembentukan gaharu.

Saya pantang ditawarkan pokok-pokok liar spesis ini, amat teruja, kerana keunikkan pokok ini, membuat saya betul-betul amat gemar melakukan penginokulasian,tetapi, bersyarat pokok-pokok ini tumbuh ditanah hakmilik persendirian. Keunikkan ternampak jelas, keadaan akar-akarnya yang timbul dipermukaan tanah, ketinggiannya, tetap utuh walaupun berusia ratusan tahun, batang berwarna hijau gelap dengan warna seakan-akan putih bertompok-tompok dan daunnya agak kecil. Panggilan nama tambahan oleh orang-orang tempatan dengan nama pohon depu gajah ada yang berkata pohon depu pelandok. Saya agak sukar menentukan nama spesis mengikut sainstik, kebiasaan nya ada dua pokok-pokok ini sering saya temui, yang berdaun agak lebar dan satu nya berdaun berbentuk tirus kecil.


Sebagai pengusaha kampong, semua itu tidak begitu penting untuk difikirkan, ikut sahaja apa-apa spesis gaharu, depu gajah ke, depu pelandok ke, janji dapat percuma. Yang paling penting, setiap spesis Aquilaria yang telah kita lakukan penginokulasian, ianya akan berhasil pembentukan. Untuk kajian secara detail tentang botani, tentang spesis, tentang nama-nama spesis kulat-kulat, biarkan lah para-para sainstif lakukan kajian.. kikikiki..Tidak ada masa untuk pecah kepala memikirkan itu semua, dari kita nak membuang masa untuk semua itu, betul kan?. Mahu lakukan kaji secara detail, siang malam bertapa dibawah pokok-pokok, alamatnya tentu tidak berasap dapur, kita bukan ada gaji tetap pun, kais pagi makan pagi, petang hari belum tentu dapat makan.

Yang memiliki master, yang punyai PHD dan bertaraf sainstif berlambak-lambak buat kajian tentang penghasilan pembentukan gaharu. Tetapi, berapa orangkah dikalangan mereka ini yang berjaya cipta ubat sendiri?. Setelah inokulasi pokok-pokok ini melalui ubat mereka cipta, dimana lokasi pokok mereka yang telah berjaya menghasilkan pembentukan?. Harap maaf sekiranya ada yang terasa hati (Biasa lah perangai blogger) tetapi inilah realitinya, kerana diri saya sendiri pernah bersama-sama melibatkan diri bersama mereka ini. Kesemua nya maklumat dari pada bahan-bahan kajian mereka di ciplak daripada pengiat-pengiat terkenal dari luar Negara. Sekurang-kurangnya kita tidak membuang masa berkawan dengan mereka, mendengar kehebatkan mereka, suntik sana suntik sini, jual gaharu tiger 1kg dapat ratusan ribu RM. Kikikiki.. Walaupun ilmu mereka bagi itu hanya teori, boleh juga dijadikan panduan, ada juga ilmu kita ambil daripada mereka.


Terlalu ramai pengiat gaharu seangkatan dengan saya, tetapi sayangnya semua telah terkubur kerjaya mereka dibidang ini.  Agaknya telah hilang semangat mereka memulai kehidupan menyepi seribu bahasa, hinggakan pokok yang mereka tanam di tepian pagar rumah, tidak terjaga dan kadang-kadang masih ada kerdengaran seorang dua yang tercari-cari mahukan ubat sebagai pengalak resin. Kikikikiki..Tidak seperti mulut mereka war-warkan dulu-dulu, tanam gaharu jadi jutawan, kini dah jadi jutawan ke?. Bukan senang seperti di cakapkan bukan mudah untuk di usahakan. Hanya yang kekal masih meneruskan kerjaya dibidang ini, hanya orang yang berjiwa kental dan ada halatuju, yang tidak pernah mengaku kalah, rela laburkan wang ringgit dan rela menerima apa-apa keputusan yang kita sendiri tidak akan terduga. Tetapi, tidak mencuba kita tidak tahu apa-apa, dimana ada jalan, disitu ada kemahuan, semuga semuanya akan mencapai kejayaan. TQ.