Sunday, 3 November 2019

Suntikan Era Baru.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Blog gold-forest.blogspot.com tidak dapat di baikpulih, walau bagaimana sayang sekalipun, terpaksa terima hakikat tergantung tanpa bertali. Sebagai jalan pintas, saya terpaksa meneruskan sebagai seorang blogger gaharu teknologi melalui akaun blog terbaru dicipta ini. Khas untuk pengikut 36,000 orang pelbagai bangsa dari seluruh dunia telah mengikuti catatan saya di blog gold-forest.blogsport.com, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan moral dari anda semua.


Selama 2 tahun berdiam diri sebagai blogger, sambil mencari ideal-ideal baru, tambah pengelaman, mengenal erti budi kenalan, memantapkan lagi cecair pengalak resin V2.0 dicipta khas 6 tahun lampau dan dipertingkatkan campuran anti kulat yang baru ditemui. V2.0 cecair gambungan anti-kulat dicipta bagi memantapkan lagi penghasilan pembentukan gaharu berbentuk padat dan keserasian pada semua spesis Aulairia. Mengkaji pelbagai factor-factor penting bagaimana pembentukan gaharu terbentuk serta kebekesanan cecair, penyerapan, alahan dan keserasian pada spesis pokok aqularia ini. Mengkaji anti kereputan, menghasilkan gaharu, pembentukan, kepadatan gaharu terhasil, perubahan warna gaharu, mengeluarkan bau apabila dibakar dan kepadatan gaharu terhasil mengandungi resin atau tidak.

Jika kita berhujah mengikut teori, mungkin senang, mudah diterima akal, bila kita melakukan melalui amali, tentu ada perkara sedikit yang bercanggah daripada teori yang kita terima. Contohnya, Tanam 1,000 pokok, boleh jadi jutawan, saya ambil contoh ini daripada orang-orang terdahulu promosi anak benih, kikikiki, ini bukan saya berkata. Bila kita mula proses penanaman, berapa pokok yang hidup dan berapa pokok yang terus hidup?. Daripada suara-suara sumbang, kita masih terdengar sehingga ke hari ini, ada sepokok gaharu boleh di jual ribuan RM, ini semua hanya teori, entah dari mana datangnya.
Kemungkinan ada diantara kita bersifat begini, “biarkan dulu, esok boleh di siapkan”, jika sifat ini masih kekal dihati kita, antara 1,000 pokok yang kita tanam, yang hidup mungkin sejumlah 200 hingga 500 pokok sahaja. Ini realitinya, bukan seorang dua kami pernah berurusan, daripada 1,000 pokok mereka tanam, yang hidup, Cuma 200 hingga 300 batang, itupun keadaan pokok tidak terjaga, tidak berbaja, rebah serta tidak ubah hidup segan mati tak mahu dan masih ada yang berharap pokok yang ditanam ini menghasilkan gaharu secara semulajadi.


Tanya soalan ini pada diri anda, masih ada harapan kah menjadi seorang jutawan, jika kita bersifat begitu?. Jika sifat ini ada dihati kita, buat apa kita usahakan sesuatu perkara separuh jalan, ini adalah pembaziran yang tidak ada sesiapa mahu mengaku, sebagai satu pembaziran. Kalau sayangkan duit, jangan bermula dari awal, umpama hidup, wajip diteruskan. Jika sayangkan pokok, risau setelah inokulasi dijalankan menjadi reput kerana penyerapan aliran cecair pengalak serta  keluarkan duit untuk kos upah suntik dan bekalan cecair pengalak resin. Semakin lama anda biarkan, pokok yang anda tanam, akan rebah tersungkor kebumi satu demi satu akibat bencana alam serta serangan pelesit.


Suntikkan Era Baru, tajuk catatan terbaru dengan blog terbaru saya kali ini, kembali setelah 2 tahun berdiam diri sebagai blogger gaharu. Catatan saya tetap tidak berubah, tetap focus mengenai gaharu teknologi, tentang teknik inokulasi, tentang pembentukan, masalah pokok, kereputan setelah di inokulasi dan pelbagai aspek catatan melalui pengelaman serta kajian tersendiri. Suntikkan era baru, bukan ertinya ada perubahan tentang teknik ini, kami tetap amal teknik infuse serta penambahan bamboo stick dibahagian tertentu mengikut keadaan pokok.

Inokulasi pokok gaharu bukan perkara baru, sudah berabab di amal diseluruh asia tenggara, ada yang berjaya dan tidak berjaya tetap meneruskan usaha. Pelbagai-bagai teknik diamalkan mengikut keserasian cecair pengalak resin ciptaan masing-masing. Yang mudah putus asa, terus gagal, pengiat yang cekal, berani serta tidak pernah jemu berusaha mencari formula prosesan cecair pengalak resin ini, kekal berada di bidang ini. 


Bidang gaharu teknologi, bukan bidang tangkap rompak, ianya merupakan satu bidang tersedia dengan cabaran dan melibatkan aliran tunai akan mengalir keluar sepanjang masa, untuk menerima pulangan modal memakan masa, kecuali, seseorang pengiat mempunyai rancangan serta kreatifiviti tersendiri. Masih ramai lagi tidak mahu mengaku serta kenal rupa gaharu yang terhasil daripada teknik inokulasi, tetap mengaku pandai kerana sifat malu untuk mengatakan tidak pernah melihat gaharu hasil inokulasi era baru ini.

Setiap kali vaksin di perbaikkan, kajian perlu dilakukan, perlu menyediakan sejumlah pokok yang banyak, bagaimana tentang penyerapan, tempuh masa penyerapan, alahan pokok dan bagaimana pembentukan gaharu mengikut tempuh masa teknik-teknik inokulasi tertentu dilakukan. Untuk mendapat hasil yang terbaik, kita terpaksa bersabar, tidak mungkin terjadi pembentukan gaharu dalam masa yang singkat, ianya melalui pelbagai-bagai proses untuk mematangkan resin itu sendiri. Teknik infuse tidak menjanjikan kesempurnaan, sekiranya vaksin yang digunakan pakai tidak berlaku penyerapan sepatutnya, factor yang paling penting peranan vaksin serta bahan-bahan larut nya mampu menyerap sebagai virus merebak di dalam batang gaharu.


Anda bertuah sekiranya ada guru rela hati yang mahu mengajar anda cara-cara memproses, bagi ilmu mengenal pasti bahan-bahan penting untuk proses cecair pengalak resin. Sesuatu ilmu yang paling sukar untuk diperolehi, dari pengelaman saya, ilmu ini tidak mudah didedahkan oleh seseorang pada orang lain. Begitu juga sekiranya cecair pengalak ini diberi percuma, untuk anda gunapakai, kerana, ianya sesuatu ilmu paling bernilai dan terlalu berharga serta maklumat rahsia penting bagi sebagai hak cipta terpelihara.

Asas kerjaya bergantung pada usaha, sabar dengan waktu, suka mengkaji setiap segi, tiada sifat mudah mengalah dan teliti setiap masa. Tidak wujup kehebatan seseorang jika tanpa ilmu, ilmu bukan milik mukhlak seseorang, sesiapa yang berani menempuh dugaan, tidak mudah mengalah dan terus berusaha, ianya akan berjaya, Jatuh dan bangun, satu adat dalam mengejar kejayaan. Orang tua-tua berpesan, jika mahukan sagu, ruyong harus dipecahkan, tidak mengenal erti lelah selagi kita tidak mencapai dipuncak, anggap lah sindiran, teguran dan cacian adalah satu dorongan untuk bertambah kuatkan semangat.
Jangan berdabik dada serta ego dengan kejayaan yang di anugerahkan, kerana orang lain lebih berjaya dari kita, serta sudah begitu lama mendahului kita. Sehebat mana pun cecair cipta kita, penghasilan, pembentukan dan hasilnya padat, semuanya itu bukan kita jadikan, yang ada pada diri kita, hanya usaha. Keegoan begini tidak kekal lama hanya merugikan diri kita sendiri, walaupun kita anggap diri sendiri kita hebat, seolah-olah kita sedang mengali kubur, kuburkan kerjaya disebabkan egoan diri kita sendiri.


Cuba kita imbas, mengapa kebanyakkan pengiat inokulasi memasarkan cecair pengalak resin ini, Cuma mampu bertahan selama 2 tahun?, selepas itu, hilang entah kemana. Seawal pengiatan saya dibidang ini, ketika munculnya angkatan Kelantan Keridor Depu. Boleh dikatakan semua pengiat mengaku hebat-hebat, bergaya ala professor, gaharu ini, hanya kacang bagi mereka, semua mereka kenal pengiat gaharu di luar Negara, pantang sebut nama, itu adalah kawan mereka.

Anjur khusus, anjur saminar seluruh Negara, tapi, apa yang mereka cakap semuanya bahan ciplak daripada internet. Ini adalah realiti, dan masih ada yang mengatakan, suarakan proganda tanam gaharu akan jadi jutawan, semuanya itu adalah, teori dibesar-besarkan, tujuan utamanya, promosi semata-mata, tujuan utama mereka mahu cari duit besar serta tunai. Siapa yang jadi jutawan dulu?. Menjadi jutawan awalnya, mereka lah, kita sebagai pengusaha ladang, berhempas pulas, bersih tapak ladang, beli benih, ketika itu  tahun 1998 satu pokok benih RM25.00, order 1,000 pokok benih, mampus hangus RM25,000.00 dan upah tanam RM00.50 satu pokok, padahal mereka beli cuma RM2.50 satu pokok benih.


Penghujung tahun pertama, kerap kali lagi jumpa mereka, semakin bergaya dengan 4X4, bergaya SUV dan handphone besar-besar semua, gaya mengalah Yang Berhormat. Bercakap bagai-bagai, telah lupa diri, hebuh suntikkan pokok besar-besar,sambil  tawar pakej suntikkan sana sini, siap berserta bukti, gambar serta contoh gaharu dibeli dari Thailand, mahu inject siapkan ribu-ribu RM hanya satu batang, tentang ubat pengalak resin, usah bimbang, tentu jadi, jaminan mulut dari mereka. Ubat bukan buatan sini, Thailand mari, Vietnam mari, combodia mari, barang Malaysia tidak main. Termasuk diri sendiri pun terjebak, percaya tanpa was-was. Masuk tahun kedua, kikikikiki, seorang demi seorang mula menyepi, kalau terserempak, seboleh-bolehnya mahu mengelak dan muka semahu-mahu berpaling kearah lain.


Terjumpa tahun-tahun kamudian, Bertanya “Bagaimana pokok gaharu disuntik dulu, telah boleh hasil ke boss”. Alasannya, Saya kena tipu pada pembekal ubat dulu, semua pokok disuntik dahulunya, sembuh, tiada gaharu sedikit pun. Selepas dari hari itu, tidak terjumpa, dengar khabar berita jauh-jauh dah buat projek lain, pasar benih kurma pula, harga ratusan satu pokok. Kikikikiki, kita pun sama terkena, harap jadi jutawan setelah dua tahun, gigit jari, tapi, masih beruntung pokok masih hidup dan berhasrat untuk baikpulih suatu hari lagi, tetapi, bagaimana, duit telah licin. Nasib tak ikut serta tanam kurma pula, kalau tidak bertambah hancur.. kikikiki.

Disini lah saya bermula, bermula dengan kosong ilmu, bermula jalankan kajian sendiri,  terjebak satu kegilaan yang parah. Malu, teramat malu pada diri sendiri, habis puluhan ribu RM labur pada pokok gaharu liar, pulangan nya kosong sen. Makan sindiran pagi petang, dah jadi makan minum, kikikikiki.. Masih ada peluang betulkan semuanya, tabahkan hati, pekak badakkan telinga, usahakan seperti dirancang, akan terus berusaha hasilkan cecair pengalak resin sendiri, tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Itu pun ada desas desus mengatakan ilmu proses cecair pengalak ada sifu yang mengajar saya, ada juga yang mengatakan cecair pengalak rrsin ciptaan saya, bukan saya cipta, kikikikiki.. lantak lah kau, padahal sebelum wujup facebook dan laman social lain, saya tidak pernah ada kenalan atau rakan yang bergiat dibidang gaharu teknologi.


Sehingga hari ini, saya telah baikpulih kesemua pokok yang disuntik dahulunya, dengan cecair pengalak resin yang telah dibaikpulih ciptaan sendiri, setelah menemui kegagalan demi kegagalan dan pokok-pokok liar hak milik pengiat terdahulu, pemilik asal pokok telah diserahkan pada saya untuk disuntik sekali lagi. Setelah lama saya menyepi sibuk dengan kajian, suatu hari terserempak mantan-mantan pengiat gaharu, yang nama-nama mereka ini begitu tersohor di alam maya “ Betul lah seperti apa yang kamu nasihatkan kami dahulu, jangan percayakan cecair pengalak ciptaan luar Negara” luahan dari mereka dengan nada kesalan. Saya catatan sebagai ingatan untuk diri saya sendiri,mana yang baik boleh dibuat rujukan.

Cecair pengalak resin ciptaan saya, bukan terbaik jika dibandingkan dengan pengiat tersohor lain, hanya boleh dikatakan sekadar boleh menghasilkan gaharu. Saya hanya pengiat solo secara kampong, bergiat kerana minat. Tiada mempunyai makmal canggih, kelengkapnya hanya sekadar dan tujuan asalnya cipta cecair untuk kegunaan pada pokok sendiri. Tetapi, bila melihat dan mendengar desas desus daripada pengusaha ladang dan orang perseorangan, caj inokulasi di kenakan terlalu tinggi. Disini tergerak hati saya, ingin membantu dengan menawarkan caj inokulasi paling murah dan tiada berniat untuk bersaingan harga diantara pengiat lain.


Setakat hari ini, rasa berpuashati, sedikit sebanyak telah mampu membantu sekadar yang termampu, itu pun bukan atas dasar melobi, tidak melalui promosi besar-besaran dan semua inokulasi di seluruh Negeri atas jemputan pemilik pokok. Cuma, saya tidak ada kemampuan untuk menerima tawaran usahasama, kerana, inokulasi pokok gaharu melibatkan kos yang agak besar. Memandai menjalirkan usahasama pokok gaharu liar, yang berlambak tumbuh disekitar daerah sendiri, daripada melabur ribuan RM di Negeri lain. Ianya akan melibat kos tinggi, termasuk kos pekerja, pengangkutan, lawatan susulan dan pengurusan berkaitan, bila diteliti setiap segi, ianya tidak berbaloi untuk penuhi tawaran usahasama.

Tiada siapa yang sempurna kan?. Tetapi, kita ada niat untuk jalan kebaikan, kita betulkan apa yang tidak betul sebelum ini, dengan azam baru, tekad, usaha dan kita sama-sama impikan kejayaan, daripada pokok yang kita tanam serta pokok tumbuh liar, semuga usaha kita berjaya menghasilkan gaharu. Masa telah berubah, para-para penginokulasian 80% inokulasi dilakukan telah berjaya menghasilkan gaharu, sedikit sebanyak penghasilan bergantung pada rezeki serta teknik inokulasi dan keserasian cecair pengalak resin digunapakai.


Pertanyaan sering kali menjadi isu, iaitu masalah kereputan batang setelah hampir 18 bulan tempuh disuntik. Perkara begitu, sememangnya tidak dapat di elak, factor utamanya, penghasilan gaharu melalui teknologi ini, berdasarkan factor asas, gaharu terhasil daripada akibat alam semulajadi dan campur tangan makhluk, serangga dan manusia. Gaharu buatan, terhasil daripada tindakbalas cecair resin pokok membenteng serangan virus atau kulat daripada cecair pengalak resin.

Antara resin dan cecair pengalak resin, adalah antara bahan-bahan cecair berlainan mengandungi bakteria, ertikata, pokok tidak akan menerima cecair pengalak resin sebagai sumber air bersih, bahan-bahan larut yang diproses sebagai cecair pengalak resin. Dengan sedemikian kereputan akan berlaku, di antara kepungan resin gaharu yang membentukan menjadikan sebagai bentang supaya cecair *kulat berlainan merebak.



Pokok yang telah mengalami alahan begini, masa demi masa penghasilan gaharu terbentuk, terkumpul ada yang menghasil secara nipis dan ada menghasil begitu padu, keras berwarna hitam serta berwarna coklat. Sukar untuk menentukan jumlah penghasilan serta kematangan gaharu ini, penghasilan gaharu tidak menentu dan menghasilkan gred gaharu pelbagai gred, ada yang terhasil hingga ke akar, mengikut teknik serta kemampuan cecair pengalak resin yang digunapakai. Pada tahun 2018, seorang pemilik pokok meminta bantuan khidmat kami supaya menebang, membersih dan memasarkan gaharu. Tempuh inokulasi 4 tahun, pokok telah di inokulasi oleh seorang pengiat inokulasi terkenal bersama cecair pengalak resin ciptaan nya. 
  
Penghasilan dan pembentukan gaharu, memang terbaik, mampu menghasilkan warna kehitaman, coklat serta padat isi nya. Tetapi, sayangnya, setelah di bersih, disimpan untuk penilaian warna, begitu ketara perubahan warnanya, dari hitam bertukar berwarna coklat dipermukaan atau di sekeliling gaharu serta apabila dibakar mengeluarkan bauan asap kayu terbakar. Akhirnya kayu dari pokok gaharu ini, tersadai begitu sahaja, kami tidak sanggup untuk memasarkannya, kayu tersebut hanya layak di buat sebagai gelang, tasbih, hiasan dan tidak boleh diproses penyulingan untuk mendapatkan minyak pati.


Daripada kajian kami, factor utama perubahan warna gaharu terhasil melalui buatan ini,  peranan anti kulat yang terkandung didalam cecair pengalak resin yang digunapakai itu adalah empat penyebab punca utama. Kemungkinannya, Spesis kulat tidak mengcukupi serta tidak kemampuan untuk mengekalkan warna asal seperti waktu di tuai atau tindakbalas resin gaharu agak pelahan atau cecair pengalak resin bertindak terlalu cepat atau pokok gaharu mengandungi air terlalu banyak. Kebiasaannya, pokok gaharu berada didalam kurang air, yang mampu menghasilkan gaharu berwarna hitam coklat. Kajian ini, tidak berapa penting, tetapi, mesti ada jawapan yang kita tertanya-tanya, mengapa terjadi perubahan warna coklat pudar, sekiranya, tujuan kita untuk proses minyak dan dijadikan perhiasan, kraftangan.

Sehebat-hebat cecair pengalak ciptaan kita, jangan sesekali membadik dada mengatakan, inokulasi kita lakukan ini pasti akan menghasilkan gaharu, kita bukan pencipta, kita hanya pengusaha, mampu berusaha, yang menentukan setiap kejadian adalah YANG MAHA ESA. Cuma, kita mesti ikut factor yang betul, amalkan seperti kita belajar dan dengan ilmu kita gambungkan dari teori yang kita perolehi, kebiasaannya dari pengelaman lampau mengajar kita bagaimana cara untuk capai kejayaan.


Bila telah capai kejayaan, jangan pula gemar cabar memcabar, mengaku cecair pengalak resin aku yang terbaik, Yang terbaik hanya berdiamkan diri, seperti api dalam sekam, yang berada ditengah-tengah tetap mengila untuk menlonjak naik, semuanya mesti ada penyebab. Ini ada realiti, suasana yang wujup di kalangan pengiat baru gaharu teknologi, jarang-jarang mahu menghormati pengiat gaharu lama yang berilmu, tetapi, yang berilmu buat-buat lembu kenyang. Mereka telah puluhan ribu suntik pokok serta punyai ladang berpuluh-puluh ekar, yang kita baru sejumlah 10 pokok suntik, itu pun pokok orang dan update gambar ladang kepunyaan orang, buat hebuh-hebuh bising-bising seluruh dunia. TQ

No comments:

Post a Comment