Sebelum menjadi salah
seorang antara pengiat gaharu teknologi, berpunca kegilaan saya bermula penyelidikan
awal tentang gaharu, bagaimana gaharu semulajadi terbentuk dan bagaimana
pembentukan gaharu melalui teknik paksaan, walaupun pada awalnya menganggap
perkara tidak boleh diterima akal. Belajar bagaimana melakukan teknik-teknik
cara-cara suntikan, bagaimana alahan serangan penyakit, keadaan pokok
tercedera. Bagaimana ianya dicederakan dan bagaimana pertahanan pokok sehingga
mampu menghasilkan gaharu semulajadi. Adakah betul gaharu semulajadi itu
terbentuk secara semulajadi, adakah ianya terjadi pembentukan oleh kejadian
alam atau pun mungkin yang dikatakan gaharu semula itu diperolehi daripada
orang asli?, setimpallah adat resam hidup mereka bersama alam semulajadi maka
kita mengatakan gaharu asli.
Sebilangan besar masyarakat
sekadar cuma mengetahui nama-nama gred gaharu, ada yang mengetahui ala kadar
berkenaan gred-gred gaharu, tetapi, tidak pernah melihat bagaimana bentuk asal
gaharu. Ada pembezaan yang amat ketara antara gaharu semulajadi dengan gaharu
paksaan, begitu juga penghasilannya terbentuk pelbagai-bagai gred, pada
dasarnya pembentukan melalui kecederaan. Diantaranya gred-gred kebiasaan mereka
namakan iaitu bulu kijang, bulu rusa, belang rimau dan urat nibong serta dari
fahaman mereka gaharu berwarna hitam berkilat adalah berharga tinggi. Kita
mungkin tidak merasa hairan jika gred-gred gaharu ini sering disebut-sebut oleh
masyarakat kampong, kerana mereka tidak didedahi mengenai gred gaharu dan tidak
ambil berat mempelajari secara memdalam.
Dikalangan masyarakat kita
begitu juga dikalangan kaum-kaum lain dari dahulu hingga kini, masih
tercari-cari halatuju bidang kegaharuan ini. Satu bidang mempunyai banyak perkara dirahsiakan
daripada didedahkan pada umum, yang kita dapat tahu cuma apabila dihebohkan
pokok jutawan daripada promosi jual benih, jual cecair pengalak, jual khidmat
inokulasi, jual minyak pati dan heboh setelah pokok ditebang serta pamer
hasilnya. Tetapi, kita masih tertanya-tanya serta tiada jawapan tepat kemana
hasil-hasil tuaian nanti akan dipasarkan. Adakah boleh di jual dipasar-pasar
malam atau dipasar-pasar borong serta boleh dijual dikedai-kedai runcit?.
Persoalan ini masih menjadi
isu besar, tiada sesorang pun mahu menjawab soalan ini. “Hasilnya siapa mahu beli”
ini dijawab oleh pengiat gaharu, pembeli dari Asia Barat, Indochina, Jepun
serta Eropah, pasti ada yang terasa hati. Mengapa tidak bertanya semasa bermula
proses bersih tapak ladang dan beli anak benih dulu, tidak selidik ke mahu jual
dimana?. Setelah pokok ditanam berusia 10 tahun ingatkan telah jadi jutawan
gaharu, rupa-rupanya masih lagi tergaru-garu, bertambah-tambah gatal dikepala.
Pokok masih belum menghasilkan gaharu sendiri. Barulah terjaga dari lamunan
mimpi, mengetahui berita amat parah rupa-rupanya untuk dapatkan hasil daripada
pokok yang ditanam tu. Ada lagi mesti kena lakukan iaitu suntikan, kena keluar
duit lagi, kikikiki. Bagai naik gila otak memikirkannya. kerana tidak
mengetahui maklumat tepat, semasa membeli benih gaharu dan dalam sedar tidak
sedar ladang-ladang gaharu telah dibuka setiap pelusuk di Negara, rupa-rupanya
bukan kita seorang terkena.
Salah satu kegilaan kita buat
apa benda mesti mahu melebihi daripada usaha orang lain, ini memang kerja
gila-gila sekali buka ladang, mak kau, order benih tanam 1000 pokok. Terlampau
percaya desas desus yang diwar-warkan satu pokok masa akan datang nilainya berharga
satu ribu. Lagipun, kita ada tanah kosong dibiarkan gitu penuhi semak samun
lagi membazir, baik dimajukan. Orang kata baik tanam gaharu boleh jadi kaya
raya atau pokok jutawan, senang jer tanam mudah hidup. Maka kita pun tanam 1000
pokok dengar khabar masa akan datang nilainya 1 juta, dapat status jutawan
dalam tangan. Kikikikiki.. Kita pun ikut tanam bermula daripada berita yang
didengari cerita-cerita dongengan angan-angan ala cerita Pak kadok moden. Sebetulnya
berita-berita ditambah-tambah diperbesarkan untuk menyedapkan lagi cerita oleh
promosi-promosi para-para orang-orang yang mempunyai kepentingan.
Berita ini memang tidak
perlu disangkal, memang betul gaharu bernilai tinggi dan harganya walaupun
hanya 1 kilogram gaharu berkualiti akan dibeli dengan harga yang amat tinggi
dipasaran gaharu antarabangsa. Mari kita renungkan diri kita sendiri kejap,
adakah kita mengenali siapa pembeli, mampukah kita untuk pasarkan sendiri
hasil-hasil gaharu kita dan adakah kita telah rekodkan setiap kos yang kita
telah belanjakan tujuan mendapatkan hasil daripada pokok gaharu yang kita
tanam. Jika urusan perjualan gaharu kita melibatkan orang tengah, atau
berurusan melalui pemborong. Kita kena fahami dan sedari yang mereka adalah
peniaga dan gaharu kepunyaan kita mereka yang uruskan perjualan, tidak mungkin
dibayar dengan harga yang tinggi mereka tawarkan pada kita.
Kita berbalik pada punca
kegilaan kita, jika dikira daripada kemampuan kita, 1000 pokok yang telah kita
tanam, merupakan satu jumlah yang agak besar. Disegi mana yang kita tidak
kemampuan?. Kita terdaya keluarkan kos pembersihan tapak, terdaya pembelian
benih dan masih terdaya keluarkan apa-apa kos melibatkan pengurusan penjagaan
ladang kita. Apabila kita mengetahui pokok gaharu tidak menghasilkan gaharu,
perkara yang wajip iaitu dengan
melakukan memasukkan bakteria atau cecair pengalak resin pada batangnya tujuan
pembentukan gaharu. Kita mempunyai ilmu, ada kepakarankah dibidang patologi dan
tahukah bagaimana teknik-teknik suntikan, yang kita cuma pandai pegang hulu
cangkul, kapak, mesin rumput, pisau penoreh getah dan pisau pemotong buah
sawit.
Kita akan bertambah gila,
berpunca bila mendengar kos suntikkan dan bekalan cecair pengalak resin
sebanyak RM90.00 (contoh) hanya 1 lubang dan sila ambil mesin kira otak jepun
kita mula mengiranya. Jika 2 lubang suntikkan untuk 1 pokok ladang, kosnya
RM180.00 masih kita terdaya keluarkan hanya 1 batang, cuba daraf sejumlah 1000
pokok yang kita tanam, kikikiki.. terdaya atau tidak?. Disinilah segala
kegilaan terhadap pokok yang kita tanam menjadi lebur serta cair
segala-segalanya semangat kita. Tersilap cecair pengalak tidak terhasil gaharu,
maka bertambah-tambahlah kesangsian kita dan akan hilang keyakinan diri serta
ansur-ansur lenyap segala impian mahukan status jutawan gaharu dan bermula kaya
dengan jutaan tergaru-garu disertai pokok-pokok diladang kita turut rebah satu
persatu.
Saya catatkan ini daripada
pengelaman sebagaimana pernah dilalui semua ini tujuan untuk menyedari bukan
bertujuan mahu patahkan semangat, ianya adalah satu realiti sebagai mimpi nyeri
pernah dilalui ketika bersama-sama pengiat seangkatan saya. Berita-berita yang
tersebar waktu ini, disebarkan mengambarkan semuanya berita indah-indah tanpa
ada cacat celanya. Kita mempunyai
pokok-pokok liar yang tumbuh dikebun serta dimana-nama atas tanah hak milik
kita sebesar 3 pemeluk contohnya, bertanpa gahnya kita memiliki pokok sebesar
itu walaupun hanya 1 batang. Pelbagai-bagai kerenah tentu kita lalui, ada yang datang
buat tawaran mahu membeli, ada yang ingin suntik dan ada yang ingin kongsi kos
suntikkan.
Tunggu punya tunggu,
selepas 1 hari masuk kebulan-bulan, hingga kesaat-saat ini telah masuk
bertahun-tahun tidak muncul-muncul semuanya hanya datang tabur janji, betul
kan?. Walaupun dinamakan kongsi, kongsi berdasarkan pokok yang tumbuh sahaja,
bukan bererti kongsi kos suntikan. Pokok sebesar ini, memerlukan kos upah kerja
serta kos cecair pengalak serta sejumlah yang banyak serta lubang digerudi pada
batangnya bukan hanya pada dibahagian pangkal. Contohnya, kita memilik hanya 1
batang berukuran sebesar 3 pemeluk, lubang akan digerudikan sejumlah 20 lubang,
caj satu lubang dikenakan RM350.00 , sila daraf dengan 20 lubang. Kikikiki.. Tak
gila ke kita memikirkan nak keluarkan duit tunai sejumlah itu, walaupun
dikatakan kongsi kan?.
Betul juga kan, bagaimana
boleh jadi seorang jutawan gaharu kalau tidak ada pelaburan, tidak ada usaha
hanya peluk tubuh menanti orang lain bantu, tentu tidak masuk akal dan tidak mungkin
terjadi. Seboleh-bolehnya sebagai seorang pengiat tegal gaharu teknologi,
memang ada sifat ingin membantu sesesiapa sahaja yang memiliki pokok gaharu
liar. Bila menilai disegi kemampuan diri itulah puncanya, walaupun tahaf
kegilaan kita pada pokok ini tiada hadnya dan jika membantu pun cuma bilangan
kecil sahaja. Walaupun dinilai kepakaran yang kita telah dianugerahkan dari
usaha, tetap ada kemampuan, tetapi, daripada penilaian secara terperinci iaitu
3 kos perlu disediakan upah gerudi, memanjat dan kos cecair pengalak resin
membuatkan tidak terdaya untuk menanggungnya.
Tahaf kegilaan kita ada
had, berjanji bila tersedia ada kemampuan dan akan berkata daripada kajian
terlebih dulu sebelum memberikan keputusan setuju. Ada juga berlaku
perkara-perkara yang tidak disangka-sangka kemungkinan akan terjadi, sebelum
pokok matang pemilik menebangnya dengan alasan untuk pembersihan tanah, untuk
dibina rumah dan tanam semulajadi sawit serta getah tanpa dimaklumkan.
Andaikata perkara begini berlaku lagi, kikikkiki, bertambah gila fikiran kita,
duit telah banyak dikeluarkan pada pokok itu, pemilik tidak keluarkan satu sen,
pokok itu pun hanya tumbuh liar tidak ditanam pun, disebab itu lah pemilik
tidak merasai apa-apa kerugian.
Mahu catakan sedikit pengelaman
lampau bersama dua orang pengiat gaharu terkenal diseluruh Asia, seorang dari
Malaysia dan seorang lain dari Negara Jiran. Mereka berdua ini pernah
bersama-sama saya melakukan suntikan pokok gaharu amnya diNegeri kelantan.
Ketika kedua tuan nama-nama ini gah sebagai pengiat gaharu dan peranan saya
cuma sebagai pengurusan pembelian pokok-pokok liar. Kami telah membayar dengan
kos yang agak besar untuk memilik lebih kurang 100 batang ukuran pelbagai-bagai
size berserta kebenaran memiliki berkuatkuasa selama 15 tahun. Ini bererti
pemiliknya melepaskan status penjagaannya seperti dijanjikan memberikan
kebenaran melalui surat penjanjian, memberikan kebenaran keluar masuk, hal-hal
kerja-kerja berhubungkait dan penjagaan seperti pembersihan adalah
tanggungjawab kami.
Setelah 3 tahun berlalu
daripada tempuh suntikan dilakukan, tanpa dimaklumkan pihak kami pemilik telah melakukan
pembersihan tanah, tujuan penanaman semula pokok getah, padahal mengikut penjanjian
tempuh masa masih berbaki 12 tahun lagi. Satu kes yang tidak dapat diselesaikan
hingga sekarang, pemilik tetap tidak mahu mengaku yang dia bersalah, tetap
enggan pulangkan duit kos pembelian pokok dan tidak mahu membayar kos-kos ganti
rugi suntikan pokok walaupun secara terang-terang pemilik melakukan kesalahan.
Kikikikiki.. Jika perjanjian bertulis mereka engkar, sudah pasti janji mengikut
mulut amat mudah dilupai, naik sasau kami memikirkannya.
Daripada pengelaman begini,
ketelitian segala-gala hal-hal diperlukan sebagai penilaian awal mesti
dilakukan setiap kali ada tawaran suntik pokok-pokok liar. Jika tidak mahukan
permasalahan timbul kena buat penilaian banyak perkara, utamanya keadaan pokok
itu tumbuh, penerangan secara puashati kedua pihak, jangan ada persoalan
tergantung, apa-apa masalah mesti ditanggungjawap kepada pemilik pokok. Biarkan
keputusan berat sebelah sebab kita mengeluarkan segala kos dan apa benda
melibatkan pokok tersebut kita yang menganggung kerugian besar. Salah satu
punca menjadikan kita sasau. TQ.
No comments:
Post a Comment