Ada yang mengaku mereka
memiliki ilmu mereka tak ubah seperti gedung bersusun-susun di dada, bagi kita
pula, setiap kali perolehi ilmu baru, tersedar dari lamunan, betapa bodohnya
diri sendiri, terlampau banyak ilmu kegaharuan tidak pernah terjumpa sebelum
ini. Setiap pagi, hadap, duduk termenung dibawah pokok Aquilaria ini, menyedari
akan pokok ini tidak menjanjikan apa-apa, kecuali, kedua belah tangan ini
sahaja boleh merubah segala-segala dengan izin NYA, tetapi, bagaimana caranya,
kerana kita tidak memiliki ilmu, bermula era baru untuk terus belajar, belajar
dan belajar.
Setiap kali menaip cacatan
blog, saya lebih suka catatan yang berbentuk maklumat dari pada kajian sendiri,
gabungan maklumat kajian lampau oleh pakar-pakar saintis dan yang ada hubung
kait dengan gaharu teknologi. Walaupun,
50% dari pada kajian saintis ini kebanyakan hanya teori, maklumat untuk kajian
mereka hanya bahan ciplak dari cerita mulut ke mulut, di tambah ayat untuk
menglengkapkan kajian mereka. Jika teori yang mereka sebarkan itu telah terbukti
kejayaannya, pada hal telah berabab test dari kajian mereka tersebar dan pasti kejayaan
inokulasi pokok sudah tiada timbul permasalahan di segi penghasilan
pembentukan.
Tidak ada niat untuk saya
pertikaikan test kajian para-para sainstif terdahulu, kita harus sedar tiada
yang dahulu, tidak wujup lah sekarang. Kita terhutang budi, dengan kajian
mereka sebarkan, kita berusaha gabungkan teori, factor dan amali. Kemungkinan
mereka menerima hakikat realiti sekiranya test kajian yang mereka sebar itu, kini
telah di jadikan sebagai paduan dan ada yang telah berjaya dan ada keputusannya
gagal penghasilkan pembentukan. Ada pencanggahan pendapat terjadi di antara
pengkaji ini, di segi penggunaan bahan-bahan larut sebagai anti-kulat, yang mana setiap test
kajian di sebarkan di temui terdapat jurang perbezaan yang ketara.
Seseorang pengkaji, tanpa
mengira status mereka, mesti ada tujuan awal mereka, untuk lengkapkan tesis
kajian sebagai seorang sainstif dan mungkin untuk promosi bagi mengambarkan
kejayaan mereka. Tongkok tambah untuk sedapkan cerita sudah menjadi satu
kebiasaan.. Kikikiki.. kajian cari makan kan?. Tetapi, daripada kajian mereka
kita dapat mengetahui tentang spesis Aquilairia sp ini, daripada kajian yang
mereka sebar kita kenal serba sedikit tentang gaharu. Dari kajian mereka juga
lah, tersebar terdapat lima belas spesis berada di dalam genus Aquilairia ini
dan hanya lapan di kenali mampu menghasilkan gaharu mengikut teori di perolehi
daripada test-test kajian.
Bagaimana proses gaharu
semula jadi membentuk dan ada keserasian kah penggunaan Mikroorganisma sebagai
cecair pengalak?. Bab ini hasil daripada kajian, penilaian saya sendiri tiada
berkaitan dengan isu penggunaan mikroorganisma buatan guna pakai sebagai cecair
inokulasi pada pokok gaharu. Proses semula jadi sentiasa membentuk secara
pelahan-lahan akibat luka, luka ini di sebabkan oleh angin, kilat, yang paling
hampir sekali serangan serangga atau semut atau mikroorganisma @EM juga nama panjangnya Mikroorgarnisma berkesan
atau Bakteria baik. Dari pada asas kajian ini, terdapat ayat kajian serangan mikroorganisma maka timbul ideal penggunaan EM
sebagai cecair pengalak resin, pada hal cecair ini EM 1 ini terdiri daripada
tiga kumpulan mikrob. EM 1 mewujupkan kerja sama di kalangan mikroorganisma dan
membentuk atau berfeadah untuk pembiakkan cacing, haiwan peliharaan, ternakan
dan pembaikan sektor bumi. Produk penapaian ini berasaskan mikrob, (*note:-
Berbentuk masam bercuka dan mengeluarkan bauan busuk. Di gunakan untuk inokulan
tanah dan rawatan sisa konsentrat) di bangunkan oleh pakar saintis jepun Dr
Teruo Higa.
Mikroorganisma boleh di gunapakai,
tetapi mesti ada penambahan bahan tertentu atau kulat lain dan cara pembaik
pulih merubah cecair ini mengikuti ketepatan untuk kesesuaian penggunaannya
sebagai cecair pengalak resin. Kita semua mungkin telah fahami keadah bagaimana
pembentukan gaharu akan bermula, akibat daripada cedera, di cederakan secara
kejam, termasuk pemangkasan batang, membakar, menggunakan pahat, gerudi dan
menyuntik serta menyapu kulat inokulasi. Apabila pokok aquilaria ini tercedera,
mula mengaktifkan tindak balas pertahanan, bahan-bahan pertahanan menghasilkan
seperti sesquiterpenes dan derivative chromone phenylehyi.
Agak sukar bagi diri saya
untuk menentukan bahan-bahan mana terdahulu bertindak sebagai penyerang, hasil
daripada kajian cetek saya, walaupun bagaimana kejadian, peringkat awal pokok
ini mesti alami kecederaan terlebih dahulu, untuk mengaktifkan pertahanan
pokok. Kikikiki.. pening juga memikirkannya, mahu kata A dulu, kan pihak B yang
mula bertindak sebagai penyerang. Sebagai sebatian utama dalam gaharu
sesquiterpenes dan derivative chromone phenylehyi memahami biosintes,
menentukan mekanisma pembentukan gaharu. Gabungan daripada bahan-bahan ini
dengan tisu kayu untuk mengelakkan perkembangan kerosakan, batang gaharu.
Apabila pokok aquilaria ini
tercedera, tempoh awal pembentukan resin dalam gaharu wujud dalam 2 bentuk ia
itu Tyose dan gel dan sesquiterpenes tersedia dalam pokok gaharu mempunyai
aktiviti anti-mikrob dan anti-penyakit. Di sini kita fahami bagaimana dan
gaharu terhasil daripada tindak balas kepada jangkitan kulat, menghasilkan
resin yang tinggi dalam sebatian organic yang meruap, membantu, membenteras
atau membantutkan pertumbuhan kulat, pokok itu sendiri. Walaupun kelihatan pokok ini tidak terjejas,
warna resin mendadak meningkatkan jisin dan ketumpatan kayu terjejas, berubah
kepada warna coklat gelap atau hitam.
Pelbagai-bagai kulat yang
berkaitan ada hubung kait dengan pembentukan gaharu, tetapi, tidak ada laporan
menjelaskan dan mengatakan mana-mana kulat yang paling penting. Jika anda
pernah melakukan inokulasi, anda akan temui bagaimana serangan, jangkitan dan
cara pembentukan gaharu kelihatan merupakan satu proses agak lama. Note:-
kajian 1904:- melaporkan dengan mengatakan bahawa antara usia pokok 50 tahun
mampu menghasilkan jumlah besar oleoresin. Saya menemui test-test daripada
kajian awal tentang pembentukan gaharu melalui paksaan atau pembentukan
daripada campur tangan manusia, setiap topic mereka sebarkan, saya menemui
setiap ayat sering mengatakan Kemungkinan. Erti kata segala maklumat terdapat
kebanyakan daripada kajian-kajian mereka, meragui kita betul atau tidak.
Kita masih tercari-cari
penyerang utama membentuk gaharu, bukannya jawapan kemungkinan, jika begitu
jawapannya terus berkemungkinan, sampai bila harus kita guna pakai setiap teori
mereka sebarkan hasil daripada kajian mereka. Saya ciplak kenyataan dari satu
test kajian (1952) lagi, berikutan pengasingan Epicoccun granulatun (berbelit
lidah nak menyebutnya.. kikikiki) daripada kayu yang telah dijangkiti,
mengatakan kemungkinan bahawa pembentukan gaharu adalah di sebabkan oleh
aktiviti kulat berjangkit kulat pathogen, di sini juga ada percanggah pendapat
di antara para sainstif. Saya merasakan hujah dari test kajian adalah satu
pertunjuk, betul dan tepat, pembentuk gaharu berlaku melalui serangan kulat dan
proses jangkitan, membawa kepada jangkitan pada sel-sel yang mengandungi
sel-sel kanji.
Test kajian 1977,
Philophore parasitica * organisma di kenali pasti peronggan lingkaran dinding
kayu Aquilaria, manakala kulat-kulat lain paling kerap ditemui daripada kayu
yang dijangkiti, antaranya Pencillium citrinum, Aspergillus spp, Fusarium
solani, Botryodiplodie theobromae dan lain-lain lagi. Ada tetapi, terdapat
beberapa laporan bahawa Philophore parasitica sering di kaitkan dengan
bahagian-bahagian utama kualiti gaharu. Tahun 1999 pengkaji temui mengenal
pasti empat spesis kulat yang ada hubungi kait, ia itu Aspergillus sp, Fusarium
sp, Penicillum sp & Epicoccum, sebaran test ini tidak lengkap, tamat
setakat itu sahaja, belum khatam dah tewas. Kamudian dia beralih kajian pada spesis
Aquilaria dan mengenal dua kulat daripada kayu berpenyakit ia itu Fusarium
oxysorum dan Chaetum globosum.
Saya sentuh sedikit tentang
aktiviti enzim gaharu, aktiviti selulase, pectinase dan oksidase penilaian
ketika pokok berada di dalam keadaan sihat, di bahagian pokok tumbuh semula
jadi yang telah di jangkiti dan melalui suntikan, tempuh masa, kajian berselang-selang,
tujuan kajian perubahan pathogenesis akibat aktiviti-aktiviti enzim. Penilaian mengenal
sample yang di jangkiti secara semula jadi dan adakan Suntikan mengunakan kulat
Chaetomium globosum serta Fusarium oxysporum lebih tinggi aktiviti enzim berbanding
dengan sampel yang sihat?.
Saya bukan niat mahu
menunjuk-nunjuk, tiada berniat berdabik dada mengaku bijak pandai tentang
bagaimana cara menghasilkan pembentukan gaharu melalui paksaan ini. Berasaskan kerana
minat serta sentiasa masuk hutan dan malahan pula buka ladang di hampiran hutan
simpan, sewaktu usia kanak-kanak lagi saya mengenai antara satu spesis gaharu
ia itu Aquilaria Malaccensis Lamk, atau di panggil karas dan orang kampong memanggil
pokok depu. Saya di beritahu oleh arwah atuk saya (Al”fatihah), jika terjumpa
teras depu atau gaharu, ia nya sangat-sangat berharga. Ketika itu, jika
terjumpa sudah tentu entah mahu buat apa.
20 tahun kebelakangan bermula
era baru, berjinak-jinak mengenal secara dekat spesis ini, belajar daripada
mantan-mantan pemburu gaharu dan bertanya orang kampong yang tahu sedikit
sebanyak bagaimana pokok depu ini kebiasaan menghasilkan gaharu. Tahaf kegilaan
bermula, pantang terjumpa pokok depu, memanjat, mengintai lubang semut, melihat
secara teliti dahan-dahan yang patah di sebabkan ribut. Tetapi, tidak berani
untuk memotong dan mengerat kerana pokok-pokok ini tumbuh di atas tanah
persendirian. Cuma, boleh di jadikan kajian awal, bagaimana serangan kulat
berlaku dan bagaimana pertahanan pokok ini membentuk gaharu sebagai benteng
pertahanan daripada anti-kulat.
Saya hurai melalui ayat
mudah di fahami. Asas kita, mencari pencetus gaharu atau penyerang yang begitu
kejam, yang mampu memecahkan benteng lawan seluas-luas nya, tetapi, walaupun
penyerang terlalu ganas, mereka sediakan ruang untuk mangsa melakukan benteng
pertahanan. Seboleh-boleh, kita mahu kekal habitat pembentukan gaharu se
akan-akan gaharu yang kita lakukan melalui paksaan ini setanding warna, bauan,
mampu kekalkan warna, cuma, kuantiti sahaja ada perbezaannya. Kita harus
fahami, sebatang pokok akan menghasilkan perbagai-bagai gred, sekiranya hasil
kita perolehi nanti hanya gred kayu minyak, itu pun sudah di kira berbaloi,
kerana, kita telah berjaya mendapat hasil daripada campur tangan kita di dalam
pembentukan gaharu melalui paksaan. TQ.
No comments:
Post a Comment