Thursday, 7 November 2019

Bamboo Pasak.

Musin hujan telah bermula, Jadual aktiviti mingguan di batalkan, makan tidur bangun makan tidur bangun bukan cara kita. Atur jadual aktiviti setiap malam, esok apa nak di lakukan bagi mengisi masa daripada terbuang, baik pulih cecair pengalak resin, siapkan stock bamboo stick dan rendam besama cecair pengalak resin, supaya cecair pengalak betu-betul meresap sepenuhnya di dalam bilahan bamboo stick. Jika mahu mencari pokok buluh untuk di raut kecil-kecil, satu kerja agak lama, mahu menebang nya satu hal. Paling mudah, ringkas dan cepat untuk di rendam, beli chopstick senang cerita, yang paling penting berkesanan pada pembentukan gaharu.


Catatan ini, saya nak membebel tentang belasah mengbelasah, pasak buluh dan menyentuh serba sedikit pelbagai hal bagaimana pengiat-pengiat mengamalkan teknik menyakiti pokok Aquilaria secara andaian mereka. Tetapi, tetap ada ayat kemungkinan, kikikiki.. kerana ayat ini memang tidak boleh tidak mesti ada. Dulu-dulunya, saya tak ubah seperti ekor, ikut sahaja kemana dia orang bawa, apa mereka buat kat pokok gaharu, kita cuma hanya pandai lihat dan yang paling kerapnya tergaru-garu. Sebab tujuan utamanya mahu belajar perkara baru, mengenal pokok, bagaimana teknik akan mereka lakukan nanti, logic atau tidak itu bukan urusan saya, yang penting saya perolehi ilmu baru. Yang mana kita rasa ada kesesuaian, masuk akal dan mampu menghasil pembentukan, kita ambil sebagai paduan.


Pasak bamboo stick pada batang gaharu ke?. Biar betul-betul, itu adalah teknik lama boss, orang dah tidak pakai teknik begitu dah. Teknik lama atau teknik baru ia nya bukan menjadi satu masalah, yang jadi bermasalahnya penghasilan pembentukan, berjaya atau tidak. Jika kulat-kulat berkaitan meresap, berada di dalam bilahan bamboo setelah di rendam itu, pokok tetap menghasilkan pembentukan gaharu. Teknik pasak ini telah lama di amalkan, ada peniruan dengan teknik pasak mengunakan besi seperti paku, memaku dengan paku besi pada pokok gaharu sihat, dengan tujuan melukakan pokok serta mengaktif sesquiterpenes dalam tisu kayu. Keputusannya, pembentukan hanya terhasil di sekeliling logam itu sahaja seperti cincin.


Mana yang lebih terbaik pengunaan besi antara bamboo stick sebagai pasak?. Besi akan di makan karat bila berada di tempat yang basah, lembab dan terdedah walaupun pada hakikatnya ketahanannya agak lama. Dengan habitat kepadatan itu, ia tidak mampu meresap jika di rendam bersama cecair apa-apa sekali pun, bererti pasakkan mengunakan besi hanya berharap pembentukan melalui karat-karat yang terjadi pada sekeliling besi sahaja. Tidak terfikir oleh akal saya, adakah besi yang berkarat ini mengeluarkan kulat-kulat penyerang seperti mana spesis kulat-kulat yang ada hubung kait dengan pembentukan gaharu?.


Ada yang cara lain di lakukan membelasah batang dengan tukul, ada yang melakukan menyepat atau penyingkiran kulit, menakel, menebuk lubang pada batang membiarkan luka terbuka dan membakar, berharap pokok-pokok Aquilaria ini menghasilkan gaharu. Tentu ada yang terkejut mesti terfikir apa akan terjadi sekiranya pokok ini di bakar, tentu pokok akan mati kan?. Teknik membakar ini telah dilakukan oleh pengiat di Negara Indochina, pembakaran pokok bukan caranya, mengumpul kayu jumlah yang banyak sebagai himpunan besar untuk memarakkan  api, jika begini pasti pokok akan mati. Teknik ini di ambil daripada cara bagaimana petir memanah pokok menyebabkan pokok kepanasan dan akan mengalami kesakitan. JIka ada berminat mahu mencuba, silakan lah. Daripada khabar yang saya dengari, teknik membakar ini di lakukan pada pokok yang telah di suntik hampir matang untuk tebang enam bulan akan datang


Mengapa pengusaha di Negara lain berjaya menghasilkan pembentukan gaharu melalui pasakkan bamboo stick, di Negara kita pula hasil daripada teknik ini tidak di dedahkan, berjaya atau tidak, padahal bamboo stick di order daripada pengusaha yang sama ?. Tentu ada penyebabnya, kemungkinan kesesuaian cecair pengalak yang di gunakan merendam bamboo tidak menyerap sepenuhnya, kemungkinan suasana iklim berbeza, adakah perbezaan spesiis dan kemungkinan cecair pengalak lain di gunakan untuk tempahan atau untuk di pasarkan ke Negara kita. Jika, bamboo stick yang kita rendam bersama cecair pengalak ciptaan kita, kita sendiri pun belum yakin yang cecair cipta kita itu berjaya atau tidak menghasilkan pembentukan, itu pendapat saya.


Pernah juga order 100 bilah bamboo stick untuk percubaan, kikikikiki, satu tahun kamudian, sayang nya tidak berhasil pembentukan, kesannya serta dilubang pasak sembuh se elok-elok adanya, yang kekal hanya bamboo stick masih elok. Tidak menyesal pun, sekurang-kuranngnya kita telah berani mencuba, kemungkinan ada factor lain yang menyebabkan kegagalan dan kemungkinan besar bamboo stick yang di order itu, kandungan cecair pengalak di dalam nya telah kering. Tentu menghairankan, hampir pecah kepala memikir nya.. kiikiki. Pengusaha yang membekal bamboo stick itu pokok-pokok yang di pasak bamboo stick di sana, berjaya menghasilkan pembentukan.


Ketahanan hayat bamboo stick yang di pasak ke dalam batang pokok mampu bertahan selama bertahun-tahun, itu pun, sekiranya bamboo stick di ambil daripada bamboo yang betul-betul tua. Negara kita memang mudah menemui spesis bamboo ini, spesis yang selalu saya selalu guna bamboo berduri atau buluh duri, sebab ia nya keras, liat, tahan alahan air dan tebal. Orang-orang tua-tua terdahulu, gemar bamboo spesis ini, amat popular untuk di buat pelbagai-bagai peralatan peladangan, kraftangan, alat penangkapan ikan dan mereka juga menggunakan sebagai pasakkan untuk kerja-kerja pertukangan.


Kerosakan batang gaharu melalui teknik pasakkan bamboo stick agak berkurangan, ia nya tetap menghasikan pembentukan gaharu berbentuk cip. Dari pengelaman saya, berapa pokok telah saya lakukan pasakkan bamboo stick sebagai percubaan, dengan tempuh masa 3 hingga 16 bulan. Ini cuma kajian, bagi menentukan tahaf penyerapan cecair yang berada di dalam bamboo stick dan bagaimana ia nya berfungsi serta berapa keluasan jarak penyerapan berlaku. Kebiasaannya, saya pasakkan bamboo stick di bahagian dahan-dahan, pokok-pokok kecil dan akar-akar.


Setelah tempuh satu bulan telah lakukan pasakkan, pertukaran warna akan kelihatan di sekeliling bamboo stick ini, itu menandakan telah ada keberkesanan. Proses anti-kulat telah bermula atau pengaktifan sesquiterpenes bermula di hari pertama pasakkan bamboo stick di lakukan. Jika menggunakan bamboo stick tanpa di rendam cecair pengalak resin, memang tidak ada kemungkinan, pasti tidak terhasil. Tempuh masa tiga bulan nanti, perkembangan semakin bertambah, semakin memanjang dan pertukaran warna semakin ketara. Saya memang bersifat gatal tangan dan tidak ada sedikit pun rasa sabar, kalau boleh semua benda dilakukan mahukan bukti segera untuk tenangkan fikiran dari memikir antara dua jadi atau tidak.


Kita cuma pengiat cara perkampungan, bukannya ada peralatan yang lengkap untuk menilai perkembangan pembentukan gaharu, kita lakukan sekadar secara puaskan hati kita. Bila ternampak jelas perubahan warna berbentuk panjang serta merebak semakin meluas, kesan kereputan nampak kurang, itu menandakan hampir berjaya. Sehingga hari ini, saya telah lakukan pasakkan bamboo stick pada pokok Aquilaria pelbagai spesis lebih kurang tiga ratus pokok. Jika di bandingkan antara dua teknik inokulasi, teknik infuse dengan pasakkan bamboo stick kerja paling melambatkan, walau pun ukuran pokok tidak begitu besar kegunaan tangga di perlukan untuk pasakkan bamboo stick di dahan.


Penghasilan gaharu melalui pasakkan ini agak ada perbezaannya, pasakkan melalui bamboo stick menghasilkan cip padat manakala teknik infuse menghasilkan gaharu panjang serta padat. Ada perbezaan lain yang ketara yang saya temui, ia itu perubahan warna kayu terlalu cepat, bentuk gaharu agak kerat, rupa bentuk gaharu tidak sama dengan teknik infuse, mengeluarkan bau yang amat menyenangkan apabila di bakar, walaupun tempuh pasakkan berusia dua belas bulan. Pada diri saya lah, ia nya satu penemuan terbaru serta satu kejayaan, ya lah kita kebiasaannya gagal kan?, Penat lelah kita memanjat telah nampak hasil, mesti teruja. Tempuh dua tahun boleh menuai dahan-dahan, kurang-kurang boleh proses minyak pati sudah ada bekalan seperti di rancangkan.


Sebelum saya menamatkan catatan blog ini, untuk maklumat pada pengikut blog saya, di kalangan pengikut tentu ada yang bukan pengiat gaharu teknologi tegal. Kualiti gred cip gaharu tiga peringkat, dari penilaian pembakaran iaitu melalui asap. Peringkat awal :- Mengeluarkan bau jelas, meresap dan asli. Peringkat pertengahan :- bau mewah, tebal, bertahan lama. Peringkat akhir :- Dupa, tebal, manis. *note, Yang lebih arif di bidang ini hanya orang individu tertentu sahaja dan bertauliah sebagai pencium aroma gaharu.


Warna :- Ada pendapat agak berbeza-beza mengenai penggredan warna gaharu, pada umumnya gaharu berwarna hitam berkilat merupakan gred teratas. Gaharu mempunyai pelbagai warna, hijau, hijau gelap, kuning keemasan, kuning dan hitam. Secara umumnya resim gaharu berwarna hitam, tetapi, kandungan resin sebenarnya lebih tinggi, ia nya jarang berlaku dalam bentuk hitam. Tiada bauan sebelum di bakar (kecuali betul-betul berkualiti), kepekatan resin yang lebih tinggi, tidak rasa pedas dan terasa pahit asli. Gaharu berkualiti tinggi secara umum kerat (padat), tetapi, lembut di dalam dan berlilin, habuk dari nya boleh di bentuk menjadi bebola, melekit seperti gula basah dan mengandungi resin yang tinggi. Secara umumnya mengeluarkan bauan terbaik dan jarang-jarang di temui.


Setiap orang berhak bersuara, luahkan pendapat, ada yang sebarkan setiap kajian, ada yang sembunyikan benda yang mereka kaji. Mereka mengikut pendirian fikiran masing-masing dan setiap pengelaman lalui di antara kita tentu ada pembezaannya. Begitu juga yang gemar melakukan kajian, mereka tak menghirau hal pengkaji lain sebab antara kita ada tujuan tersendiri dan agak sukar untuk di ceritakan. Tidak mengira apa jua ilmu, kita di tuntut untuk belajari dan setiap ilmu itu untuk di panjang-panjangkan di amalkan dengan jalan sedekah. TQ.

No comments:

Post a Comment