Monday, 4 November 2019

Kerana Mu, Kulat.


Sesuatu usaha kita lakukan, pasti ada tujuan nya, di mana asas kita bermula melalui kajian dari pada teori, mencari maklumat, lakukan kajian terperinci, mengenal sesuatu bidang berdasarkan kemampuan tersendiri. Walau bagaimana pun, setiap usaha kita lakukan tidak terjamin pulangan nya di mata orang lain, kita empunya bahu, punya kederat, punya kenyakinan ia itu di panggil usaha, berusaha merubah keazaman diri dan tiada sesorang yang mampu katakan atau bersuara mengatakan kita akan gagal meneruskan perjuangan usaha kita. Kerana, kita lebih arif, amat memahami dan ada hala tuju sendiri, yang menentukan sesuatu perkara bukan di tangan manusia.


Bagi diri saya, penjuangan dibidang kegaharuan belum ada noktah, belajar, terus belajar, mencari kesilapan diri sendiri, dari pada kesilapan inokulasi lampau. Di mana ada kesilapan di situ lah ilmu baru diperolehi, antara kesilapan dan kegagalan ini, boleh di rujuk untuk meneruskan sebagai usahawan di bidang ini. Bukan mudah bergiat sebagai seorang penginokulasian, mencipta cecair pengalak resin gaharu dan terlalu banyak cabaran serta bagaimana untuk menentukan keserasian cecair pengalak resin, menentukan penyerapan, keberkesanan dan tahaf kereputan akan di alami oleh pokok gaharu.

Hanya juahari mengenal manikam, sejajar peribahasa ini, hanya yang telah berusaha, yang telah menempuh kegagalan dan yang pernah putus asa, mereka lah lebih memahami hakikat sebenar seseorang yang bergelar usahawan gaharu inokulasi. Tiada, gah nama seseorang pengiat, sekiranya ciplak karya, hak cipta orang lain, mengada-adakan cerita serta mempamerkan contoh hasil inokulasi pengiat lain. Ada juga di kalangan pengiat baru ini, terlalu ego, cabar memcabar di antara pengiat, memperkecilkan hasil pengiat lain, tujuan memijak kepada sebagai batu lonjatan untuk mencipta nama.


Berabab sudah inokulasi di lakukan pada pokok gaharu, satu tempuh masa yang agak panjang, tetapi, hingga ke hari ini, inokulasi pokok gaharu tetap di ragui, mengapa?. Terlalu banyak persoalan di timbulkan, antaranya, kegagalan menghasilkan gaharu, batang di gerudi, dimasukan cecair, tempuh masa 16 bulan tiada kesan pembentukan terjadi melainkan meninggal kesan besar berlubang tanpa ada sedikit pun gaharu terbentuk. Setap gaharu terhasil melalui teknik-teknik inokulasi, tidak seluruh batang menghasilkan gaharu, mengikut penyerapan cecair menyerap, kita akan temui gaharu pelbagai bentuk, nipis, panjang serta ada bahagianya gaharu padat. Tidak mungkin gaharu akan membentuk penghasilannya seluruh batang, jika terjadi sedemikian, pokok ini akan mati, kerana tiada ruang bagi menyerap air, baja dan apa yang berkaitan untuk pokok bertahan hidup.


Itu pun salah satu soalan penting, “ Penting atau tidak jalankan inokulasi dan ada kah setelah di inokulasi, pokok gaharu saya menghasilkan gaharu seluruh batang?. Saya berkata “ Jika mahu pokok gaharu menghasilkan gaharu sejumlah yang banyak serta cepat menghasikan gaharu, inokulasi mesti di jalankan. Tidak mungkin terjadi pembentukan seluruhan batang, kerana, sifat gaharu itu ada lah kayu kering dan kayu di jangkit kulat”, Ada kah sepsis kulat tumbuh di batang pokok yang masih hidup, walau pun sepsis kulat tumbuh di kawasan lembab?, saya bagi soalan ini untuk ada lakukan kajian. Walau pun sifat gaharu kering, ianya akan mengumpul resin gaharu, menyimpan di dalam keadaan lembab ini meliputi 5 lapisan, iaitu kulit pokok, kayu hidup, lapisan kayu hampir di jangkiti, gaharu dan kesan aliran penyerapan cecair pengalak.


Saya hurai sedikit secara saintifik, kikikiiki.. tak layak pun jadi saintis. Gaharu terbentuk di sebabkan cedera, di cederakan atau mikrob menjangkiti pokok aquliaria ini, tetapi, tidak menyeluruh menjangkit supaya pokok terus berkembang untuk hidup. Bermula tahun 1938, di kalangan besar para penyelidik telah menjalankan kajian pembentukan gaharu dan segala maklumat dari kajian ini menemui bagai mana ZON AGAR berkerja sama dengan cecair pengalak resin dan bagai mana kerosakan di sebab oleh kulat berkaitan. Penemuian perbezaan eko-geografi spesis kulat berkait dengan ZON AGAR, spesis kulat bersifat approphytic. Cuma sedikit maklumat penemuan tentang penemuan kulat yang berkaitan yang membantu menghasilkan pembentukan gaharu.


Pokok-pokok yang subur boleh menghasilkan sehingga 49% n asid-hexadecanoic serta enam sesquiterpenes, yang menyumbangkan 8.47% ejen gaharu, secara teori nya boleh di bahagikan kepada fizikal, kimia dan egen biologi. Dari pada ketiga-tiga ejen ini, kita dapat maklumat penting sebagai satu keadah biologi induksi gaharu, dengan mengamalkan pengunaan kulat sebagai peranan utama pembangunan progresif gaharu. Kesan pencilan mengenai kualiti di sebabkan melalui keadah inokulasi kulat dalam pembentukan gaharu setelah di uji, ia nya meniru seakan-akan proses semula jadi. Note:- Induksi kulat-inokulasi berjaya mengeluarkan daripada 34 sesquiterpenes dan 4 sebatian aromatic dalam pembentukan gaharu.


Inokulasi adalah satu teknologi di amalkan pada tahun 1938 yang lalu, sehingga di baik pulih ketika ini, ianya merupakan perkara wajip di lakukan bertujuan mencederakan tisu pokok gaharu. Mana-mana pokok subur di temui, tidak akan berlaku pembentukan, setiap gaharu di temui, berada didalam keadaan pokok sakit, di mana kulat merebak, menyerang dan bermula dengan pembentukan. Tetapi, pembentukan melalui paksaan ini, bergantung berkesanan 100% cecair pengalak resin dan keserasiannya, banyak di temui pokok-pokok yang di cederakan melalui teknik ini, ada yang gagal menghasilkan pembentukan gaharu.



Saya sentuh sedikit proses inokulasi sebagai maklumat, ia nya melambangkan satu aspek penting dalam agribusiness, kita amat fahami, resin gaharu tidak mudah terbentuk secara semula jadi tanpa ada campur tangan manusia. Ia nya di perlukan sebagai penyebab utama mencederakan dan sebagai tambahan inokulasi proses, bahan-bahan merangsang lain seperti kulat tujuan mempercepatkan pembentukan berlaku. Proses ini di lakukan melalui suntikan bersama kulat tertentu yang menyebabkan pokok di suntik terdedah kepada penyakit.


Peranan spesis kulat tertentu di suntik, tujuan mencederakan, dan di biarkan terdedah bagi mendorong mikrob memasuki tisu pokok. Keadah inokulasi yang di amalkan berbeza-beza, ianya bergantung kepada saiz lubang untuk melakukan kecederaan luka melalui gerudi. Jarak setiap jumlah lubang di sediakan untuk di isi cecair pengalak resin tiada had, ianya bergantung di atas kemampuan setiap cecair pengalak resin itu sendiri. Secara beransur-ansur, pokok akan kehilangan sel cecair akan hilang keamatan proses metabolism bersama tisu kayu. Sel-sel tisu, yang di makan oleh mikrob ini akan membangun koleksi sel matiatartery tissues.


Secara fizikalnya, daun pokok akan menguning, kulit batang menjadi pecah di bahagian luar di sekitar aliran penyerapan cecair itu. Fenomena secara biologi menerangkan bagai mana pokok-pokok mula bertindak balas dalam menghasilkan gaharu, erti kata gaharu di bangunkan terhasil dari pada tindak balas di sebabkan oleh jangkitan pathogen, kecederaan dan tekanan. Dengan tujuan utama mendapatkan gaharu sejumlah yang banyak, sudah pasti spesis kulat tententu di guna pakai, ia nya di anggap paling berjaya mengeluarkan warna gaharu calar kecoklatan dan pokok tetap subur sehingga di tebang cukup tempoh matang.


Kikikiki.. Terasa pening bila menaip catatan menghurai secara sainstifik, agak sukar untuk memahami ungkap-ungkapnya. Sekurang-kurangnya, kita memahami hakikat, teknologi tidak boleh di pisahkan bila seseorang yang mahu bermula di bidang gila-gila ini. Jika anda bermula, anda akan rasakan bagaimana tahaf kegilaan menjadi seorang pengiat gaharu, kegilaan tanpa noktah. Mana-mana bidang pertanian di alaf ini, teknologi sudah menjadi kepastian dan tiada berkecuali apa melibatkan bussiness, teknologi seiring dalam semua bidang.


Aqulairia ini hanya di temui tumbuh di Asia tenggara dan Asia selatan mempunyai kelompok pelbagai spesis, nama nya mengikut panggil tersendiri di antara Negara. Ia nya sentiasa di buru kerana permintaan semakin banyak, tetapi, penghasilan gaharu daripada pokok ini semakin berkurangan dan ia nya merupakan bahan mentah utama yang paling mahal di dunia. Di Malaysia, sumber gaharu paling awal mengamalkan pengekstrakan gaharu hutan dan antara gaharu paling berharga di Negara ini, pokok-pokok yang begitu mudah di temui Aquilaria Malaccensis. Orang asli, kebiasaan nya mengunakan parang untuk memotong bahagian tertentu, tujuan mengambil gaharu yang terbentuk tanpa membunuh pokok-pokok dan membolehkan mereka kembali setiap dua tahun hingga tiga tahun untuk ekstrak gaharu.

Tiada nampak tanda-tanda luar jelas bahawa pokok ini menunjukan mungkin mengandungi gaharu dan jika betul tekaan serta kuantiti, hanya boleh di tentukan sepenuhnya selepas pokok ini di tebang dan di belah. Dengan sedemikian, pencarian gaharu terpaksa melakukan penebangan dan degradasi habitat, menyebabkan kita kehilangan ekologi untuk spesis ini menghasilkan gaharu dan penurunan dramatic  telah berlaku bererapa dekap yang lalu. Walau pun ia nya mengikut peraturan spesis di lindungi untuk di tebang dan penuaian gaharu, kerana nilai itu begitu tinggi, ia nya menjadi tidak terkawal.


Pembentukan gaharu jarang berlaku di pokok-pokok di bawah 25 tahun, dan jika ada pembentukan nya, kemungkinan kerana kecederaan di sebabkan angin atau kerosakan di sebabkan ribut. jangkitan kulat bermula, di bantu oleh serangan serangga dan campur tangan manusia. Jangkitan pelbagai kulat adalah satu proses berlaku secara pelahan untuk menghasilkan jumlah besar Oleresin gaharu. Begitu juga pada teknik inokulasi, teknik paksaan campur tangan manusia, memasukkan pelbagai spesis kulat pada batang dan menyapu, tujuan utama sebagai pengalak pembentukan gaharu.


Rumusannya, walau pun sebagai mana pelbagai teknik di lakukan pada pokok gaharu, kesemua teknik ini tiada tujuan lain, berharap pokok ini menghasilkan gaharu dan kulat tertentu memainkan peranan penting pada pembentukan gaharu dan pelbagai spesis kulat juga di temui berada di dalam minyak pati gaharu. Betapa hebat serangan kulat, bila berlaku serangan pada manusia, menjadi gatal-gatal, berulang alik ke hospital. Kulat ada lah pembantu, wabak nya di bawa oleh serangga, pelesit, air dan udara, bila kita gabungkan kesemua ini, tiada prasangka, terbukti dan ternyata, spesis kulat ada pencetus penghasilan gaharu.


Hilang sudah moody tumpuan memerah otak, untuk cacatan kedua blog terbaru ini, saya cuba dapat maklumat lebih lanjut yang berkaitan pembentukan gaharu melalui teknologi dan sama-sama kita kongsi ilmu Allah anugerahkan. Kita serba kekurangan di dalam semua bentuk, tidak kesempurnaan yang kita miliki, cuma ilmu yang kita perolehi dari tunjuk ajar serta dari bimbingan dan berkat dari pada kemahuan dan daya usaha kita sendiri. Jadikan sesuatu walau pun hanya satu huruf sebagai amalan sedekah, di panjang-panjangkan sebagai satu amalan setiap waktu. TQ

No comments:

Post a Comment