Tercari-cari tajuk catatan
ini, last-last terjumpa ketika tergaru-garu sana sini kesan digigit kutu babi,
begitu lah jika setiap masa berada dihutan digigit kutu babi dan pacat telah
menjadi satu kepastian. Tetap tidak dihiraukan selagi keadaan cuaca elok sihat
tubuh badan, telah menjadi rutin harian bukit tetap didaki. Musin hujan telah
tiba mood kehutan dah hilang, lepak diwarong kopi lama-lama memang tidak
digemari, hanya luang masa 30 minit setiap pagi jumpa kawan-kawan sambil
sarapan pagi kejap.
Rasa-rasanya telah masuk
catatan kelapan bulan ini diterbikkan pada blog terbaru ini, maklumlah
melepaskan gian setelah selama 2 tahun berdiamkan diri dan tidak kesempatan
berblogger. Kemungkinan para pengikut blog Gold-Forest.blogspot.com
tertanya-tanya kemana perginya admin blog gaharu gold-forest menghilangkan diri
dan menyepi atau sudah tinggalkan bidang kegaharuan. Ke sudah berkubur atau
telah beralih pada usaha bidang lain, mana tahu kan beralih angin ke, buka
ladang ketum ke dan ladang ganja pula ke?.. kikikiki. Mahu kumpulkan kembali
semula semua 36 ribu pengikut blog, bukan benda senang tetapi tetap ada yang
perhatikan perkembangan walaupun berada jauh.
Saya lebih gemar sertai
ayat-ayat berbentuk senda gurau setiap kali catatan terbaru diterbikkan semejak
bermula sebagai blogger gaharu, menaip sambil hadap laptop pun boring juga
sekiranya ayat-ayat ditaip hanya berbentuk maklumat tanpa ada selingan gurauan.
Bagi diri saya, walaupun sepahit-pahit pengelaman yang kita lalui sebelum ini,
ianya merupakan ujian menguji kesabaran kita, Sedaya upaya menyembunyikan
bersertai dengan wajah raut yang memaparkan keceriaan. Orang tua-tua berpesan,
apabila mahu keluar rumah tinggalkan masalah didepan pintu dan bila balik
pulang nanti ambil semula masalah itu, tiada berguna kita bawa masalah itu ke
hulu ke hilir sampai bila ianya tidak akan dapat diselesaikan.
Begitu juga dibidang gaharu
teknologi tetap datang masalah, bukan satu masalah bertimbun-timbun masalah
akan datang menguji kita mempunyai siifat sabar atau tidak. Suntik pokok kena
banyak-banyak bersabar, tersilap formula cecair tidak berjaya pembentukan
gaharu, terlebih dos bahan-bahan larut kelain pula jadinya, Pokok tersedia
menanti kos upah pula tidak ada, suntik pokok orang, pemilik tidak bayar kos suntik, pemilik siap bayar
agen pula bawa lari duit. Kikikiki.. Pelbagai-bagai masalah akan dihadapi,
tempuhi lah dengan hati terbuka. Dan ini pula satu kes, Pemborong suruh tebang
pokok mahu beli gaharu, upah tebang, upah angkut dan upah bersih kita kena tanggung,
pemborong pula berdiam diri.
Bila pemborong melihat photo
gaharu kat whatsapp yang siap dibersih beratusan kilo, tergaru-garu, ada ke
patut bila siap dibersihkan dikatanya bukan gaharu. Kan senang cakap tidak
cukup duit nak memborong semuanya. Kikikiki.. Cuba anda tebang pokok-pokok yang
tanpa disuntik sebesar paha ke dan simpan lama, jika ianya bertukar kepada
warna hijau kelabu menandakan masuk angin serta ringan dan cuba anda toreh
ianya lembut dan cuba anda bakar buat penilaian baunya. Jika Gaharu ianya bukan
begitu, gaharu berbentuk keras, bauan wangi dan mempunyai lapisan warna, satu
lapisan yang berwarna seakan coklat perang seakan mengandungi minyak, rasa melekit
semasa dibersihkan.
Sekiranya tidak berpuashati
dengan penilaian itu, cuba ketuk antara dua ini, tentu ada perbezaan bunyinya
antara kayu lampung dengan gaharu yang berbunyi padat. Kita lakukan penilaian
cara kita orang kampong, bukan cara sainstif, gaharu berbentuk keras, padat dan
bila dibakar mengeluarkan aroma wangi tidak seperti kayu-kayu lain jika dibakar
mengeluarkan bau hangit. Walaupun gaharu berbentuk keping-kepingan ianya tetap
berkeadaan keras dan warnanya agak berlainan daripada kayu reput. Gaharu
semulajadi antara gaharu terbentuk melalui paksaan ada perbezaannya, tetapi
ianya tetap gaharu.
Ini pula antara kerenah
pembeli gaharu semasa tidak ada bekalan, minta dibantu carikan 100 hingga 200
kilo, mahu sinking, double super, tiger dan cip arab gred terendah pun tidak
kisah. Bila gred tiger tenggelam ada mahukan double, bila ada double mahukan
cip arab, bila cip arab ada mahukan sinking pula. Yang bermain-main difikiran
kita semua yang dia cakapkan dan janji-janjinya itu semuanya adalah karut,
memang tidak boleh dipakai, entah betul dia mahu beli atau hanya agen-agen maut
yang menyamar sebagai pembeli gaharu.
Kemungkinan perkara begini
sudah menjadi lumrah makan minum pada semua pengiat gaharu, terima janji-janji
kosong. Mahu tergelak pun ada.. “Tak per boss, saya bayar dulu, semua stok yang
ada, nanti saya datang ambil, bayar cash boss”, berbulan-bulan dok berjanji.
Hari-hari call bertanya masih ada ke dah dijual, selang seminggu kita wahatsapp
pun tidak relpy. Kini dah masuk tempuh satu tahun, bayang pun tak muncul.
Whatsapp dah tidak dapat, nombor whatsapp pun dah bertukar tetapi masih aktif
kat facebook, pantang tengok photo gaharu orang lain update, “sila Pm”,
kikikiki.. Mungkin kot salah satu penyakitnya suka kan PM.
Saya memang perangai
lantang, kerana saya seperti anda juga mempunyai pokok-pokok serta ladang
gaharu sendiri walaupun ada cecair pengalak resin ciptaan sendiri. Sebagai
seorang pengusaha tentu ada gaharu hak milik kawan minta dijualkan
campur-campur dengan bekalan hak milik sendiri. Bila ada hak milik orang kita
urus jualkan, sudah pasti pemilik akan bertanya-tanya dihati mereka bertanya-tanya
bila agaknya akan dapat duit, keraguannya akan timbul bila memakan masa yang
begitu panjang.
Kita berbalik pada
penghasilan pembentuk dahulu, suntik dulu tunggu 5 hingga 8 tahun lagi baru
ditebang kan?. Sesudah muncul era baru inokulasian gaharu terhasil terbentuk
panjang-panjang keras, padat serta mengekalkan bauan setanding bauan
semulajadi. Timbul pula persoalan kesangsian pada penghasilan gaharu melalui
paksaan, betul kan?. Sebelum ini hanya kita sering melihat gaharu berbentuk
cip, keping-keping seperti kerepok, sebesar ibu jari dan tongkol-tongkol
jarang-jarang ditemui. Ini merupakan era baru didalam bidang gaharu melalui
paksaan, cecair pengalak resin terkini mampu menghasilkan gaharu 70% berbanding
daripada pembentukkan semulajadi. Adakah yang tidak inginkan pembentukkan
begini?. Ianya satu percapaian terbaik dan tidak ada pembaziran jika
pokok-pokok telah matang ditebang.
Jika kita berumur panjang
sabar menanti pokok ditanam berusia 50 tahun, itu belum tentu pokok ini akan
menghasilkan gaharu, jika kalau lah pokok ini ditebang, adakah kita memperolehi
hasil gaharu satu batang menghasilkan 70% daripada pembentukkan semulajadi?.
Saya berani berhujah dalam hal ini, tidak mungkin terjadi jika kita
mengharapkan pokok gaharu membentuk gaharu menghasilkan gaharu sejumlah
itu. Teknik-teknik inokulasian bertujuan
menghasilkan pembentukkan gaharu dengan sejumlah kuantiti yang besar daripada
setiap satu pokok. Disebab inilah teknik-teknik inokulasian sentiasa diperbarui,
telah diiktiraf sebagai salah teknik
terbaik telah digunapakai oleh pengusaha di Asia Tenggara serta cecair pengalak
resin sentiasa dinaikkan taraf.
Faktor utama pembentukkan
gaharu berlaku ianya dicederakan secara kejam, kita fahami maksud erti kata
kejam kan?. Kikikiki..Walaupun kekejaman dilakukan pada pokok-pokok ini tidak
sampai membunuh pokok, ianya dilakukan mengikut teknik-teknik inokulasian atau
kekejaman paksaan melalui cecair pengalak resin yang diisi dalam batang pokok
ini. Jika dibandingkan antara tindakkan kekejaman alam sebagimana ianya berlaku
pada penbentukkan gaharu semulajadi dan jika kita amat-amati secara teliti, bila
kita cuba betul-betul memahami antara dua factor ini, inokulasian dan
semulajadi tidak ada perbezaan ketara ianya sama-sama menghasilkan
pembentukkan, cuma kuantiti nya agak jauh perbezaan.
Teknik penginokulasian
dicipta dengan mencontohi daripada pembentukkan gaharu semulajadi sebagai
paduan asasnya bagaimana gaharu terhasil. Daripada kekejaman, anti-kulat,
anti-penyakit serangan serangga, anti-mikrob, perasit dan penyebaran bakteria
menyebabkan permulaan pembentukan gaharu semulajadi. Bukan perbuatan main-main
suntik jer, kesemua bahan-bahan cecair main ikut suka dan mengikut teori
fikiran sendiri kedalam batang pokok ini. Ianya mesti mengikut factor-factor
yang telah ditetapkan mengikut paduan berdasarkan kajian terdahulu dan
mengetahui bagaimana kestabilan pokok setelah cecair pengalak resin diisi.
Kekejaman dilakukan
bergantung pada cecair pengalak resin yang digunapakai, ada yang mengerudi
sejumlah yang banyak, ada gerudi bilangan sedikit dan ada melakukan kekejaman
melalui pasakkan bamboo stick. Anggaran bagaimana melakukan kekejaman kebiasaan
mengikut andaian serta kepakaran seseorang penginokulasian, mereka sahaja yang
mampu membuat penilaian daripada pengelaman mereka. Disini adalah perkara
penting jika anda ingin lakukan sendiri teknik-teknik inokulasian, terdahulunya
meminta pebdapat serta belajar serba sedikit daripada mereka.
Tanpa berlaku kekejaman terkesan
daripada cecair pengalak resin kemungkinan penyembuhan akan berlaku,
kebiasaanya setelah inokulasian dilakukan tempoh 3 hingga 12 bulan, kesan
daripada penyerapan cecair akan kelihatan, tetapi setelah tempuh 16 bulan akan
datang penyembuhan bermula. Lubang-lubang yang telah digerudi dahulunya telah
diselaput kulit kayu. Disebabkan sedemikian maka timbulnya perbagai-bagai
masalah seperti ini, pembekal cecair pengalak tidak dapat dihubungi dan para
penginokulasian tidak aktif lagi dan tentu pokok-pokok yang diinokulasian tidak
mendapatkan hasilnya.
Saya catatkan melalui
pengelaman lampau, apa yang telah diri saya sendiri lalui, inokulasian bukan
satu perkara yang mudah. Kerana tindakkan kekejaman ianya bergantung 100% pada
bahan-bahan terkandung dalam cecair pengalak resin ini. Jika meragui apa yang
telah saya catatkan, sila lakukan, reka cecair pengalak resin mengikut andaian
fikiran anda dan bersabar menanti tempuh dua tahun akan datang, inokulasian
yang anda lakukan daripada cecair ala kadar cipta itu berjaya atau tidak. Saya
tetap berikan galakkan, selamat memcuba. TQ.
No comments:
Post a Comment