Setiap kali jelajah penginokulasian,
tidak ada rasa pilih kasih, tidak mengira jumlah pokok yang diinokulasi, janji tercapai
targed pulangan modal. Setimpal dan berbaloi daripada kos dibelanjakan setiap
kali trip penjelajahan. Setiap kali trip bermula, selama tujuh hari berada
merata Negeri, disini ambil peluang pada setiap malam perbincangan, pertemuan
bersama pemilik pokok dan lawatan susulan pokok-pokok yang telah diinokulasi. Selang satu minggu, setelah pulang dari
jelajah penginokulasian berlari-lari pula ke lokasi-lokasi pokok gaharu liar
milik sendiri.
Jumlah pokok di inokulasi
lebih kurang 2000 batang pelbagai saiz dimerata-rata kawasan setiap dearah
berhampiran. Jadual kerja sentiasa dipenuhi, esok keladang gaharu, lusa ke lokasi
ini checking pokok yang telah diinokulasi, begitu seterusnya silih berganti lokasi.
Semua mesti diselesaikan dalam masa seminggu, kerana minggu akan datang jelajah
penginokulasian lagi. Bila dapat tawaran pokok-pokok gaharu liar dari pemilik, hari
yang sama pergi melawat dan dengan janji akan penginokulasian secepat yang
boleh. Masa tidak pandai menanti kita, peluang jangan diabaikan, rebut selagi
terdaya dan gunakan akal kita, jika mahu mula menanam, sempat atau tidak untuk
perolehi pokok sebesar dua pemeluk, bersyukur kerana pemilik bagi percuma.
Antara satu spesis pokok
gaharu liar yang punya keunikkan tersendiri, mudah ditemui, di sekitar
perkampungan, ladang-ladang dan hampiran banjaran bukit. Ianya adalah salah
satu spesis pokok gaharu tidak dipedulikan, walaupun namanya terkenal, tetap
terbiar membesar. Kulit nya selalu di sepat digunakan dijadikan tali, pengikat,
di pangkal nya dipenuhi anak-anak cambah dan dibiarkan hidup tumbuh disempadan
di jadikan sebagai pagar. Pokok spesis ini sebesar ukuran dua pemeluk, ditebang
bukan tujuan mendapatkan gaharu, daripada kayunya dijadikan papan keranda oleh
kaum cina dan orang islam menjadikan papan loh kubur. Disebabkan kayu nya
berkeadaan ringan, lembut dan lampong, mudah buatkan ukiran dan ringan untuk
dipindahkan, lagi pun ianya tidak dianggap berharga. Ianya bukannya dianggap satu
kemusnahan, tetapi, satu keperluan untuk dijadikan sesuatu benda kebajikan.
Kita yang tergila-gila pada
gaharu ini, tetap mengeleng-gelengkan kepala dan akan berkata-kata rugi, rugi, rugi,
sebab kita tahu nilainya serta bagaimana cara untuk dapat pulangan berganda, betul
kan?. Pokok Depu. Merupakan antara satu spesis tempatan, ada yang memanggilnya
karas, ada juga yang memanggilnya gaharu, nama sainsfiknya jika tak silap saya
lah, Aquilaria Malaccensis Lamk berada dalam keluarga Thymeleaceae, genus Aquilaria
ditemui di Malaysia, Thailand, Indonesia dan India. Salah satu pokok gaharu liar
berkeadaan lasak sukar dijangkiti kulat, hidup nya tumbuh subur di kawasan
keadaan lembab, hidup di kawasan redup dan berbatang lurus. Sekira nya terjumpa
pada pokok Aquilaria malaccensis ini telah menghasilkan gaharu semulajadi, ianya
sangat-sangat berharga.
Terasa beruntung menetap didaerah
berhampiran bukit, yang masih wujub kawasan-kawasan ladang, kebun-kebun getah, sawit
dan masih ada tanah terbiar tidak terusik daripada pembinaan projek perumahan. Pokok
yang mudah ditemui tumbuh merata-rata diseluruhan dearah-dearah berdekatan, melalui
disetiap kawasan ladang pokok terbiar diatas tanah kebun getah seluas cuma satu
ekar. Satu keistimewaan penduduk setempat, pokok-pokok depu ini, mereka biarkan
membesar, mengetahui ianya pokok berharga walaupun mereka tidak mengetahui cara
untuk bagaimana proses melakukan untuk dapatkan gaharu. Kita sebagai pengusaha harus
mendedahkan maklumat yang betul pada pemilik pokok ini, supaya mereka menerima
hakikat dan memahami bagaimana proses dan bukan perbuatan mudah seperti dibualkan
melalui suntikkan pokok mampu menghasilkan gaharu.
Kos bajet penginokulasian
diperlukan agak besar setiap kali lakukan inokulasi pada pokok ini,jauh
pembezaannya daripada kos penginokulasian dikeluarkan pada pokok perladangan. Saya
memang sangat-sangat menyukai dan begitu berminat lakukan penginokulasian pada pokok
Depu, pokok yang sentiasa memberikan cabaran, disegi tahan lasak, size ketinggian
serta besar batangnya, memiliki dahan-dahan yang besar, pernah ditemui ukuran
sebesar empat pemeluk serta ketinggian melebih lima puluh kaki dan akar-akarnya
timbul dipermukaan bumi. Pada catatan kali ini, saya sertakan sedikit gambar-gambar
spesis Aquilaria Malaccensis, telah disuntik, telah menghasilkan proses
pembentukan dan masih tidak diusik berada dalam keadaan semulajadi
.
.
Aquilaria malaccensis Lamk
ini mempunyai resin berbau wangi dikenali sebagai AGAR, agar dihasilkan melalui
patologi dihasilkan oleh kulat melalui luka. Secara umumnya, proses pembentukan
gaharu adalah sama seperti keluarganya yang lain, kulat-kulat berkaitan yang
menyerang pada pokok ini terdiri dari kulat-kulat yang sama. Test 1952, kajian
pembentukan agar di perolehi daripada spesis ini, bahawa Zom agar dikaitkan
dengan acuan kulat serta kereputan kerana kulat. Antara spesis kulat yang
berbeza-beza yang ada berkaitan dengan zom agar mempamerkan pathogenesis, manakala
yang lain seolah-olah saprophytic. Ianya dianggap satu perkara biasa
gejala-gejala dalam jangkitan kulat ini akibat tidak terurus tisu kayu, yang
dibawa oleh enzim yang di rembaskan oleh pathogen yang telah mula menyerang
dinding pokok ini. Kajian tahun 1993, analisis daripada minyak pati yang
diperolehi daripada kayu Aquilaria Malaccensis yang berkualiti melalui
pengekstrakan, didedahkan bahawa, sesquiterpernes beroksigen dan chromone
derivative adalah komponen utama berada dalam minyak pati.
Tiba-tiba muncu,l Kelantan
keridor Depu yang diperkenalkan olah Kerajaan Negeri Kelantan, puncalah satu wabak
kegilaan masyarakat bermula menjadi tidak keruan. Ya lah digempak gempur satu
pokok tiga pemeluk jika inokulasi masuk ubat, hasil gaharu dapat ratusan ribu
RM. Riuh setiap pelusuk negeri Kelantan, sehinggakan Negeri-negeri lain mengikut
menjadi satu wabak, tanam 1,000 pokok akan jadi jutawan. Kikikiki.. Dengar
boleh percaya baik, jangan. Bermula era ini, masing-masing melilau mengintai-intai,
bertanya khabar, siapa ada memiliki pokok depu besar-besar, mahu disuntik.
Dihutan berbukit diserang oleh pencuri gaharu dari Negara jiran, kebanyakkan
masyarakat kemboja dan Thailand. Yang sebelum dari itu telah lama jelajah bukit
bukau kita dan jarang-jarang terserempak kaum asal yang ditaja oleh pembeli
gaharu memasuki perkampungan orang-orang melayu.
Pantang terjumpa pokok yang
berukuran besar-besar, yang mempunyai kesan luka lama terus ditebuk, dipotong
dan ditebang ditinggalkan begitu sahaja kerana tidak menjumpai gaharu. Jika
kita selalu menjelajah ladang-ladang getah, kebun-kebun dan kampong berhampiran
bukit, kita akan temui pokok-pokok berkeadaan tercedera serta tunggul-tunggul
kesan penebangan. Disebabkan ungkapan menjadi jutawan ini lah, kemusnahan pada
pokok-pokok berukuran besar, penebangan bermula dari itu, ianya menjadi salah
satu punca perbuatan pembaziran. Yang berbaki sekarang ini, masih lagi ada sejumlah
yang banyak, ada yang tidak terusik dan ada yang berlubang-lubang kerana ditebuk,
berlubang kerana pernah dimasukan ubat didalam keadaan sihat masih subur. Tetapi,
ada juga kebaikannya masyarakat mula menyedari, bahawa pokok depu ini, boleh
dibaikpulih dan masih potensi untuk menjana pendapatan sekiranya diusahakan
secara penginokulasian terkini.
Untuk melakukan penilaian setelah
penginokulasian ianya bergantung kekejaman cecair pengalak resin itu sendiri.
Factor-faktor yang terjadi kebiasaannya ditemui, perubahan warna pucat akan
berlaku, diikuti dengan warna lebih gelap, perubahan warna dari kuning ke
coklat setelah masuk tiga bulan. Ia akan membentuk coklat gelap dalam tempuh
lapan bulan hingga sepuluh bulan, akan berubah ke hitam dalam masa dua puluh
bulan akan datang, sudah mampu mengeluarkan aroma dengan cara membakar.
Penilaian ini menjadi satu kebiasaan untuk memastikan penghasilan terbentuk
gaharu dan penilaian berbentuk secara kekal atau tidak, kerana Aquilaria
Malaccensis ini tahan lasak dan sukar diserang penyakit.
Satu anggapan salah jika
hanya mengikut teori sebagai paduan, pemburu gaharu gemar menebang pokok-pokok
Genus Aquilaria yang berada didalam keluarga Thymeleaceae berusia 50 tahun
keatas. Dengan andaian, ianya telah menghasilkan gaharu walaupun berada didalam
keadaan sihat serta subur. Anggapan mereka telah berlaku serangan anti-kulat
tanpa ada kesan kecederaan, tanpa kesan tercedera melalui alam semulajadi dan
tanpa kesan campur tangan manusia. Jika dinilai daripada lubang-lubang sarang semut
menebuk batang pokok ini, ianya tidak menjanjikan kuantiti gaharu terhasil. Tanpa
berlaku sebarang kecederaan, isyarat serangan tidak akan wujub, sesquiterpenes
tidak akan aktif dan boleh dikatakan tiada berlaku pencilan serangan
kulat-kulat berkaitan pembentukan gaharu.
Saya pantang ditawarkan
pokok-pokok liar spesis ini, amat teruja, kerana keunikkan pokok ini, membuat
saya betul-betul amat gemar melakukan penginokulasian,tetapi, bersyarat
pokok-pokok ini tumbuh ditanah hakmilik persendirian. Keunikkan ternampak jelas,
keadaan akar-akarnya yang timbul dipermukaan tanah, ketinggiannya, tetap utuh
walaupun berusia ratusan tahun, batang berwarna hijau gelap dengan warna
seakan-akan putih bertompok-tompok dan daunnya agak kecil. Panggilan nama
tambahan oleh orang-orang tempatan dengan nama pohon depu gajah ada yang
berkata pohon depu pelandok. Saya agak sukar menentukan nama spesis mengikut
sainstik, kebiasaan nya ada dua pokok-pokok ini sering saya temui, yang berdaun
agak lebar dan satu nya berdaun berbentuk tirus kecil.
Sebagai pengusaha kampong, semua
itu tidak begitu penting untuk difikirkan, ikut sahaja apa-apa spesis gaharu, depu
gajah ke, depu pelandok ke, janji dapat percuma. Yang paling penting, setiap
spesis Aquilaria yang telah kita lakukan penginokulasian, ianya akan berhasil
pembentukan. Untuk kajian secara detail tentang botani, tentang spesis, tentang
nama-nama spesis kulat-kulat, biarkan lah para-para sainstif lakukan kajian.. kikikiki..Tidak
ada masa untuk pecah kepala memikirkan itu semua, dari kita nak membuang masa
untuk semua itu, betul kan?. Mahu lakukan kaji secara detail, siang malam
bertapa dibawah pokok-pokok, alamatnya tentu tidak berasap dapur, kita bukan
ada gaji tetap pun, kais pagi makan pagi, petang hari belum tentu dapat makan.
Yang memiliki master, yang
punyai PHD dan bertaraf sainstif berlambak-lambak buat kajian tentang
penghasilan pembentukan gaharu. Tetapi, berapa orangkah dikalangan mereka ini
yang berjaya cipta ubat sendiri?. Setelah inokulasi pokok-pokok ini melalui
ubat mereka cipta, dimana lokasi pokok mereka yang telah berjaya menghasilkan pembentukan?.
Harap maaf sekiranya ada yang terasa hati (Biasa lah perangai blogger) tetapi
inilah realitinya, kerana diri saya sendiri pernah bersama-sama melibatkan diri
bersama mereka ini. Kesemua nya maklumat dari pada bahan-bahan kajian mereka di
ciplak daripada pengiat-pengiat terkenal dari luar Negara. Sekurang-kurangnya
kita tidak membuang masa berkawan dengan mereka, mendengar kehebatkan mereka, suntik
sana suntik sini, jual gaharu tiger 1kg dapat ratusan ribu RM. Kikikiki.. Walaupun
ilmu mereka bagi itu hanya teori, boleh juga dijadikan panduan, ada juga ilmu
kita ambil daripada mereka.
Terlalu ramai pengiat gaharu
seangkatan dengan saya, tetapi sayangnya semua telah terkubur kerjaya mereka
dibidang ini. Agaknya telah hilang
semangat mereka memulai kehidupan menyepi seribu bahasa, hinggakan pokok yang
mereka tanam di tepian pagar rumah, tidak terjaga dan kadang-kadang masih ada kerdengaran
seorang dua yang tercari-cari mahukan ubat sebagai pengalak resin. Kikikikiki..Tidak
seperti mulut mereka war-warkan dulu-dulu, tanam gaharu jadi jutawan, kini dah
jadi jutawan ke?. Bukan senang seperti di cakapkan bukan mudah untuk di usahakan.
Hanya yang kekal masih meneruskan kerjaya dibidang ini, hanya orang yang berjiwa
kental dan ada halatuju, yang tidak pernah mengaku kalah, rela laburkan wang
ringgit dan rela menerima apa-apa keputusan yang kita sendiri tidak akan
terduga. Tetapi, tidak mencuba kita tidak tahu apa-apa, dimana ada jalan, disitu
ada kemahuan, semuga semuanya akan mencapai kejayaan. TQ.
Salam
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga group��
ReplyDelete�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570