Tuesday, 31 December 2019

Tanam Pokok Gaharu Ke..?.


Daripada tajuk blog baru malam menyambut tahun 2020 kali ini, tajuk umpama mengajak anda menanam pokok gaharu. Sudah pasti saya dapat agak, pasti ada yang berkata mengajak ke salah satu kebidang pembaziran, yang tiada asas hujung pangkalnya. Saya tidak mahu berhujah di dalam bidang pertanian ini kerana ianya minat seseorang tentu berlainan serta halatuju di bidang ini amat merumitkan dan kecuali seseorang yang mempunyai kekuatan pertahanan mentalnya, berjiwa kental berusaha dan mempunyai halatuju dan mempunyai kemampuan disegi wang ringgit.


Saya memang gemar kongsikan pengelaman, sekurang-kurang kita boleh kongsi jika ada perkara yang baik dan saya selalu menganggap setiap satu huruf atau ayat saya di beritahu ianya adalah satu ilmu. Bagi diri saya tiada pernah rasai melakukan sesuatu perkara itu sudah terlewat selagi kita di berikan peluang untuk melakukannya. Setiap sesuatu usaha yang kita lakukan kita tidak dapat menentukan ianya akan berjaya dan akan menemui kegagalan. Bila masih lagi bukan rezeki kita, ramai di kalangan yang berpelajaran, ada bertauliah, ada ijazah bergulung-gulung dan memilik PHD juga ramai yang kandas dalam usaha mereka.


Kita cuma orang kampong berusaha daripada peluh membasahi keringat, dengan kuasa usaha bertulang empat kerat dan peruntukkan modal hanya sekadar mampu. Jika melalui kegagalan tidak ada apa untuk di malukan, kegagalan kita di sebab banyak factor antaranya kita bukan terpelajar, hanya orang kampong serta kurang pengelaman. Sebab itulah kita di sarankan, sentiasa berada di dalam keadaan merendahkan diri, kerana segala ilmu yang kita miliki ianya tidak menjaminkan kejayaan sekiranya kita masih mempunyai sifat rendah diri dan pemalas berusaha.


Kerana nilai tinggi gaharu dan sifat berpontesi amat menguntungkan pengeluaran secara besar-besaran telah mengehadkan pertukaran maklumat secara bebas. Terdapat sedikit peluang terhad pada yang baru mengambil kesempatan di bidang ini dan sebaran maklumat sebagai pengajaran tidak pernah tepat. Para petani mula teragak-agak untuk melabur dalam penanaman kerana terpaksa menanti 8-12 tahun untuk mendapat pulangan modal. Pelbagai-bagai persoalan timbul di fikiran mereka, bahawa gaharu yang terhasil di ladang kemungkinan bergred lebih rendah dan oleh itu tidak menguntungkan. Dalam keadaan kebimbangan di bangkitkan tidak mesti permintaan berkurangan dan ianya lebih meningkatkan lagi penebangan pokok di hutan, di tambah kebimbangan ianya akan terjadi lambakkan pengeluaran membanjiri pasaran dan membuat harga gaharu tidak stabil.


Di antara  spesis-spesis gaharu lain yang menghasilkan resin berkualiti tinggi termasuk Aquilaria agallocha, Aquilaria Crassna, Aquilaria  Bailloni dan Aquilaria Grandifiora. Salah satu family Thymalaeaceae iaitu, Aquilaria ini, keadaan saiz pokoknya sederhana yang agak lambat berkembang. Secara perata ketinggian 15-25 meter dan ada beberapa spesis-spesis lain ketinggian sehigga 40 meter. Mempunyai batang sederhana lurus, ianya boleh ukuran diameter 250 CM. Kebanyakan Aquilaria mempunyai kulit nipis, licin, kulit warna kelabu pucat, dedaunan hijau gelap berkilat dan berdaun bujur. Kebiasaan mengeluarkan bunga pada bulan ogos.


Walaupun berada di dalam keadaan begini ianya tidak menjadikan kepupusan pada spesis tempatan, tetapi ianya boleh terjejas teruk dengan adanya perancangan pembangunan ekonomi dan penambahan produk-produk buatan. Pokok tahan naung ini, di kenali pokok malar hijau hidup subur di hutan dan ketinggiannya boleh mencapai 1,000 meter bergantung kepada spesis. Di antara spesis-spesis Aquilaria ini, tidak ada jaminan menghadirkan pembentukan gaharu semulajadi dan hanya 10% daripada pokok gaharu di hutan kemungkinan mengandungi gaharu.


Keringat merupakan asas utama sebagai modal pada orang kampong, mereka sentiasa berusaha dengan pelbagai-bagai cara untuk kepuasan hati mereka. Sekiranya mereka tidak mampu membeli benih, mereka semai biji, mencabut anak-anak cambah, melalui cantuman tunas dan pelbagai-bagai teknik laln di gunakan mengikut pengelaman mereka. Begitu juga benih-benih gaharu liar Aquilaria Malaccensis, anda akan temui anak-anak cambah ini di bawah satu pokok ibunya sejumlah yang banyak dan tumbuh terbiar akan cambah bertambah setiap tahun. Bukannya sukar untuk dapatkan benih-benih gaharu liar ini, tidak payah pergi kedalam hutan untuk mendapatnya, itupun sekiranya anda berminat tercari-cari benih gaharu untuk di tanam di tanah-tanah terbiar hak milik anda dan ianya tentu mampu menjimatkan kos daripada mengeluarkan kos pembelian benih. Tetapi untuk mendapatkan benih candan, antara pokok gaharu liar ini kebiasaannya tumbuh di hutan belantara agak sukar untuk di temui di persekitaran perkampungan.
.

Jika anda kurang berminat menanam pokok gaharu liar ingin menanam spesis gaharu lain. Terdapat jumlah besar para petani telah menanam pokok-pokok gaharu spesis import daripada Thailand dan Indochina antaranya Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria Crassna, Aquilaria Sinensis dan Aquilaria Agallocha dan kebiasaannya pokok-pokok ini akan mengeluarkan bunga setelah berusia 4 tahun keatas. Anda boleh meminta atau jangan lupa membayarnya sebagai duit kopi harga anak-anak cambah ini daripada pemilik pokok, kebiasaannya pemilik tidak peduli anak-anak cambah bertaburan di pangkal pokok-pokok ibunya.


Ada pertanyaan “Spesis gaharu manakah yang terbaik, cepat membesar, yang cepat menghasilkan gaharu berkualiti, sesuai di tanam sebagai perladangan dan tidak mudah rebah?”. Seperti pernah saya catatkan, jika soalan ini di ajukan pada saya, pilihan pertama saya mesti pada Aquilaria Malaccensis kerana keunikkan pokok ini, tahan lasak, mempunyai akar-akar yang kuat dan kesesuaian hidup tanpa mengira keadaan bentuk muka bumi. Ianya mampu tumbuh walaupun di bawah naungan pokok-pokok hutan lain, dan jarang-jarang pokok ini temui rebah jika di bandingkan antara spesis-spesis import.


Spesis tempatan kedua pilihan saya, iaitu spesis candan atau di kenali sebagai hirta, tetapi nama hirta masih di pertikaikan lagi walaupun ianya di temui di Sumatera, Kalimantan, Thailand dan Malaysia. Selain daripada Aquilaria Malaccensis antara spesis lain di temui di Negara kita iaitu Aquilaria Crassna, Aquilaria Cumingiana, Aquilaria Byachyantha, Aquilaria Rosrata dan Aquilaria Microcapa. Tetapi di kalangan spesis-spesis yang paling popular di gemari untuk perladangan adalah 3 spesis iaitu Hirta dan Malaccensis. Benih Hirta dan Byachyantha atau candan amat sukar di perolehi dan tumbesarannya agak pelahan jika di bandingkan dengan Malaccensis.


Anda boleh memdapatkan benih candan di perkampungan orang-orang asli dan jangan terkejut bila mendengar harganya agak tinggi. Antara spesis-spesis tempatan lain, kemungkinan agak mudah di perolehi dan satu kemungkinan ianya tumbuh meliar berada di hampiran perkampungan cuma kita tidak mengenali mana satu antara spesis-spesis ini. Bagi pendapat saya, untuk perladangan pokok candan rasa tidak kemampuan mengeluarkan modal yang besar, sebagai contohnya 1 pokok benih candan harga RM28.00 sehingga RM35.00 dan sekiranya untuk di jadikan ladang 1 ekar dengan muatan 500 pokok benih, kita memerlukan modal RM28.00 X 500 total RM14,000.00 perlu di keluarkan hanya untuk benih sahaja.


Sekiranya anda mahukan spesis import ianya di jual secara borong, benih-benih ini bercampur perbagai-bagai spesis dijual dipasaran RM4.50 sehingga RM5.00 satu pokok. Untuk perladangan kebiasaannya dijual dengan harga termasuk kos pengangkutan RM5.30 X 1,000 pokok totalnya RM5,300.00. Ini adalah harga contoh (bukan harga dipasaran) saya hanya berikan sebagai panduan asas, sekiranya anda berminat dan mahu berjinak-jinak bergiat sebagai petani gaharu. Satu perkara lagi harga benih gaharu di jual mengikut perbezaan kertinggian benih dan anda boleh lakukan pemilihan kertinggian benih mana yang anda minati serta kesesuaian untuk di tanam di tapak ladang anda.


Pemilihan benih kebiasaannya mengikut kegemaran, modal dan kemampuan seseorang petani. Antara spesis-spesis kebiasaan di tanam secara ladang iaitu Aquilaria Sinensis, Aquilaria Sub-Intergra, Aquilaria Agallocha, Aquilaria Crassna, Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Hirta, Aquilaria Byachyantha dan salah satu spesis dalam percubaan di tanam di Malaysia iaitu Qinan, Kinnan atau calambak. Ketika ini masih lagi tidak kedengaran spesis Gyrinops family Thymalaeaccea ini di bawa masuk ke Negara kita, tujuan perladangan dan antara salah satu spesis amat popular ini  di temui di Kalimantan dan Sulawesi tengah.


Boleh dikatakan kegemaran saya mengumpul spesis-spesis gaharu di tanam dalam satu ladang, tetapi saya hanya memperolehi sejumlah kecil spesis pilihan ini. Kemungkinan biji-biji di hantar oleh rakan-rakan gaharu dari seluruh Asia ianya tentu terlewat sampai dan pasti biji-biji gaharu itu reput atau terlalu kering. Yang tumbuh subur di ladang saya waktu ini antaranya Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub Intergra, Aquilaria Sinensis, Aquilaria Agallocha, Aquilaria Hirta dan Aquilaria Byachyantha * candan minyak dan Gunung dan Aquilaria Malaccensis. Saya masih tercari-cari beberapa spesis lain yang ada kesesuaian dengan iklim dan keadaan tanah berbukit.


Apa-apa pun, daripada tanah kita terbiar kosong lebih terbaik di isi dengan pokok, jika anda anggap tanam gaharu hanya pembaziran dan anda boleh berusaha tanam pokok buah-buahan. Saya bukan ada niat mengalakan anda atau promosi melobi anda supaya mengikut seoerti saya menanam pokok gaharu. Kerana saya berladang gaharu dan lakukan pengInokulasian setiap bulan tanpa henti. Ianya tentu ada arah halatuju bukan hanya hobi semata-mata dan ianya merupakan satu usaha dan kerjaya saya di bidang gaharu teknologi. Jangan mengikut kegilaan saya, mulakan kajian awal sebelum lakukan perkara berkaitan dibidang kegaharuan ini dan biar awal dikatakan gila daripada sepanjang hayat dikata tergila-gila. Kikikiki.. TQ.

Wednesday, 25 December 2019

Adakah Betul..?.


Mencari ideal-ideal kesesuaian sebagai penutup pengkongsian untuk diterbikan sebagai cacatan terbaru pada penghujung tahun 2019. Sebelum membebel panjang lebar saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2020 dan sama-sama kita doakan semuga tahun 2020 nanti kejayaan demi kejayaan dinikmati oleh kita semua. Pada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti kami, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tanpa sokongan moral dari anda, siapa lah kami dan pasti kami tidak mampu menglangkah sejauh ini.


Telah memasuki 21 tahun bergiat didalam bidang kegilaan ini, tetapi masih banyak hal-hal berkaitan yang tidak diketahui, dengan sendirinya terasa betapa bodohnya diri, kerana kekurangan ilmu tetap menghantui diri. Kemungkinan kerana pergaulan terhad serta dikalangan para sahabat tidak ada seorang dikalangan mereka bergiat dibidang kegaharuan dan maka terkapai-kapailah diri saya untuk mendapat walaupun satu maklumat. Walaupun pada seawal pengiatan dikelilingi pengiat-pengiat yang boleh dikatakan hebat dan dikalangan mereka ini telah dikenali ramai. Tetap bersyukur walaupun keseorangan masih mampu bertahan ketahaf ini, walaupun begitu masih tetap menganggap diri sendiri masih tidak termasuk didalam golongan yang berjaya dan masih ada perasan ketidakan kepuasan hati sendiri dengan percapaian waktu ini.


Tahun 2020 kita terus membaiki langkah sendiri, teruskan apa yang telah dirancang diwaktu awal pengiatan dan masih mengunapakai pesanan dari orang tua-tua bila menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Kita berjalan kehadapan sentiasa mengikut denai, mata memandang kedepan, tetapi jangan terlupa menoleh kebelakang sekali sekala. Ada jejak-jejak yang elok atau tidak elok telah kita tinggalkan, yang elok kita boleh digunapakai dan yang tidak elok kita jadikan paduan supaya ianya tidak berulang dihadapan hari.


Walau bagaimanapun bergiat sepenuhnya dalam bidang penghasilan gaharu teknologi, saya tidak memandang rendah pada gaharu semulajadi serta tetap meneruskan kajian bagaimana pembentukkan gaharu secara semulajadi terhasil. Kajian bukan bertujuan untuk menandingi mana-mana pakar-pakar bertauliah, kajian hanya untuk diri sendiri supaya tidak terus diperbodohkan dan memang sifat diri tidak suka menyia-yiakan sesuatu maklumat yang belum pasti betul. Setiap kali maklumat terbaru diperolehi tentunya ada perkataan kemungkinan dan perkataan kemungkinan ini lah buat fikiran saya sentiasa meragui maklumat tersebut.


Pengeluaran gaharu diantara Indochina dan di Malaysia, mengapa sebilangan besar spesis gaharu liar *Aquilaria sp hampir pupus di Indochina dan pemburu gaharu dari Indochina memasuki Negara-negara lain lakukan kegiatan mencuri gaharu?. Pasti ada mengatakan maklumat seperti ini tidak begitu penting, tetapi ianya merupakan satu sejarah dan kita tidak boleh ubah apa yang telah berlaku malahan pula ianya berlaku di Negara kita. Walaupun spesis Aquilaria sp ini hampir pupus dihutan Malaysia pada dasarnya akibat pembukaan tanah untuk perladangan kelapa sawit, pencerobohan pembukaan tanah oleh masyarakat setempat dan hasil hutan dikeluarkan oleh orang asli serta masyarakat kita tidak seberapa, dijika dibandingkan gaharu yang dicuri dibawa keluar oleh kumpulan pendatang daripada luar Negara.


Saya memang gemar membaca buku-buku tentang gaharu, melayan website serta kajian-kajian terdahulu yang ada hubung kait mengenai gaharu semulajadi dan penghasilan melalui paksaan. Sekiranya ada maklumat yang tidak saya fahami daripada pembacaan ini, saya akan emailkan pada adminnya untuk dapatkan penjelasan. Jika ada niat mahu belajar jangan ada sifat malu, kita wajip usahakan untuk puaskan hati kita dan dengan jawapan yang kita terima nanti pasti ianya sangat-sangat berharga.


Saya pernah emailkan berbentuk perbincangan dengan seorang kenalan merupakan salah seorang pengkaji gaharu terkenal. Antara satu tajuk perbincangan kami mengenai “Bagaimana factor-factor utama berlaku pembentukkan gaharu semulajadi banyak ditemui di Indochina dan antara spesis-spesis Aquilaria sp hampir pupus?”. Daripada perbincangan ini kami sama-sama sependapat, bahawa gaharu semulajadi yang ditemui di Indochina ianya melalui proses kitaran alam, iklim, kepanasan haba, kesan daripada bahan kimia diedarkan melalui udara, diakibatkan dari perperangan berlarutan dan dibantu pula oleh serangan kulat-kulat berkaitan.


Kepupusan Aquilaria sp di Indochina bermula di Negara Vietnam, ianya tejadi akibat kerakusan pemburu haram setelah berabad-abad lamanya gaharu diburu dan gantian tanaman semula tidak dilakukan. Bila spesis gaharu di Negara Vietnam hampir pupus, para-para pemburu haram gaharu dari Vietnam ini memasuki Combodia, daripada combodia mereka memasuki Butan, Myanmar, Nepal, Thailand, India, Papua, indonesia dan memcerobohi seluruh belantara Malaysia. Hasil buruan ini diseludup dibawa pulang ke Negara mereka, kita cuma menyedari setelah khazanah kita hampir kepupusan dan yang masih terjumpa waktu ini hanya sisa-sisa terbaki setelah kerajaan menyedari mula pengkuat kuasa akta penghutanan. Tetapi, diwaktu ini masih ada berlaku pencerobohi dilakukan oleh pendatang yang mendapat kerakyatan Malaysia dan pemburu gaharu dari Negara jiran.


Kemungkinan disebab pelancaran Kelantan Keridor Depu diantara salah satu punca berlakunya kemusnahan spesis Aquilaria sp dihutan belantara di Negara kita. Projek kerajaan Negeri Kelantan ini digambar gemburkan dengan status jutawan dan ditambah pula melalui ura-ura yang tidak ada kepastian bahawa satu pokok boleh dijual ribuan RM. Ianya merupakan satu igauan disiang hari, salah satu tektik licik yang dimainkan oleh pengusaha diluar Negara untuk pasarkan benih-benih di nurseri mereka. Salah satu tektik pengusaha ini menghantar berapa-berapa group pencuri gaharu ke Negara Kita, Group ini akan memusnahkan spesis gaharu sambil mengangkut gaharu-gaharu ditemui.


Pada hakikatnya project Keridor Depu ini menemui kegagalan, bukan bererti kegagalan disegi pengalakan penanaman pokok karas, ianya telah berjaya memupukkan semangat hijaukan bumi. Sejumlah besar para petani berminat menanam pokok karas ini secara ladang, dikebun-kebun dan dihalaman perumahan. Kegagalan projek ini disebabkan menerima pakai maklumat tidak tepat, pihak-pihak yang terlibat pula tidak mempunyai kepakaran serta kurang pengelaman disegi penginokulasian dan tidak berupaya membekalkan cecair pengalak resin yang betul-betul mampu menghasilkan pembentukkan gaharu.


Ianya telah menjadi satu wabak penanaman pokok jutawan, merebak keseluruhan Negara sehingga juta-juta benih daripada Negara Jiran diseludup masuk ke Negara kita dan antara salah seorang terdiri dalam kalangan penyeludup, membawa masuk benih-benih gaharu secara haram, termasuk saya seorang.. kikikikiki. Itu kisah lama, ketika petani tergila-gila, terigau-igau, pagi petang, siang malam pasang angan-angan tanam pokok gaharu 1,000 batang, bila pokok berumur 6 ke 7 tahun, dikatakan bernilai 1 juta RM dan kita cuma mengejar peluang sebagai pembekal supaya angan-angan mat jenin mereka tercapai, tidak menjadi kesalahan kan?, kerana niat kita mahu membantu.. Kan?.kikikikiki.


Ketika wabak kegilaan igauan status jutawan dibesar-besarkan oleh orang-orang ada kepentingan diri, dijaja sana-sini, tidak ubah seperti jual goring pisang dan hari-hari mendapat tempahan mahukan anak benih. Menanti tempuh masa selama 6 ke 7 tahun bukan waktu yang singkat, ianya terlalu lama dan segala kemungkinan akan boleh berlaku. Sejumlah besar pokok-pokok tumbuh liar telah disuntik serta dimasukan cecair pengalak resin dan hingga waktu ini masih terdapat kesan-kesan inokulasi pada batang pokok ini. Pokok-pokok yang telah diinokulasi itu tetap hidup subur walaupun terdapat lubang-lubang dari pangkal hingga ke dahan-dahan dan jika anda meragui kata-kata saya, datang kunjungi kami, saya akan bawakan anda menjelajah pokok-pokok yang telah diinokulasi di era Kelantan Keridor Depu.


Daripada hal-hal sedemikian kita boleh jadikan satu iktibar serta paduan, kita wajib buang sifat meniru perkara yang melibatkan pembaziran, lakukan sesesuatu perkara mesti ada maklumat tepat dan bersedia lakukan kajian setiap aspek. Saya telah jelajahi setiap pelusuk Negeri-negeri di Negara kita, terbukti menemui sejumlah besar pokok gaharu ditanam ketika era keridor Depu dan masih hidup subur walaupun tanpa jagaan. Begitu juga ladang gaharu atau karas hak milik Kelantan Keridor Depu terbiar tanpa jagaan dan terdapat juga pokok diladang ini rebah tetapi masih mengeluarkan tunas.


Sekiranya, kami miliki eset seperti gunung ganang berlereng-lereng, sudah pasti kami akan adakan rundingan mengambil alih ladang-ladang terbiar seperti ini dan inokulasi semuanya pokok yang ada. Sayangnya, kami tidak ada kemampuan untuk membantu selesaikan permasalahan besar seperti dihadapi oleh mereka. Kami telah lakukan beberapa kali rundingan semeja mengenai kos inokulasi dengan beberapa orang pemilik ladang gaharu dan keputusan daripada pihak kami, memang kami tidak ada keupayaan untuk mengeluarkan modal daripada tabung kami untuk menanggong kos upah pekerja inokulasian dan kos bekalan cecair pengalak resin walaupun cecair itu kami cipta sendiri.


Terlintas difikiran saya semasa melayan angan-angan. Membantu biarlah bertempat, jika berniaga mahukan keuntungan dan upah kerja. Semasa mula menanam dulu-dulu siapa yang suruh tanam dan Kan telah tahu batu itu satu beban, mengapa berusaha mahu digalas?. Tidak ada guna kita mengambil masalah orang, letak diatas bahu kita, betul kan?. Kikikiki. . Menjelang tahun 2020 setiap perkara berkaitan telah dirangka, program perjelajahan inokulasi, penilaian pokok-pokok yang telah dinokulasi, menghapuskan system pembayaran ansur-ansur kos penginokulasian dan tidak ada lantikan agen-agen dimana-mana negeri. Harap maaf dan maklum.  TQ.

Wednesday, 18 December 2019

Masuk Air..!!!!


Setelah tiba dirumah dari sarapan pagi, sekiranya tiada aktiviti ke hutan, terus masuki pejabat tidak kisah pukul berapa masuk pukul berapa masa habis kerja. Pejabat berhampiran rumah tidak main-main punch card ikut suka hati masuk pukul berapa, pakaian bebas, mahu berbaju pun ok, tidak berbaju pun ok, berkain pelekat pun ok. Tetapi jangan pula pakaian underwear tak berseluar. Kikikiki.. jika mood ok, ada sahaja kerja-kerja kena siapkan, belum selesai yang ini tinggalkan dahulu, siap yang lain sikit esok sambung lagi, jika mood tak ok, kikikikiki.. tarik bantal bagi sejenak, tidak ada apa nak risaukan memang tidak ada gangguan.


Ada-ada jer kerja nak dilakukan, jelling sana jelling sini sentiasa berfikir apa yang dahulu patut diselesaikan. Pantang pandang susunan nota-nota kajian terdahulu, jika terbelek aja mesti ada ideal yang akan dilakukan. Untuk mencari ideal catatan blog tidak menjadi masalah sangat buku-buku rujukan lama masih tersimpan elok. Cuma, ada maklumat yang boleh didedahkan dan ada maklumat patut dirahsiakan, biasalah kan?, sesorang guru silat tidak mengajar seseorang muridnya sampai habis ilmunya dicurahkan. Bukan kita kedekut ilmu, kita kena fahami sedalam-dalamnya, bahawa kita tiada pengelaman, jika mendapatkan ilmu tanpa bersusah payah dan bermakna kita tidak dapat merasainya pahit manis serta bagaimana keadaan guru-guru kita memperolehi ilmunya.



Saya ingin kongsikan serba sedikit maklumat-maklumat daripada hasil kajian saya, kegunaan gaharu, panggilan nama-nama gaharu antarabangsa dan salah satu gred gaharu tersohor:- Penggunaan kayu berharga ini sebagai minyak wangi dan ubat-ubatan adalah satu antikuiti besar, bersama-sama dengan mur, kayu teja dan produk lain dari Timur, disebutkan dalam tulisan-tulisan suci orang-orang Yahudi di bawah nama Ahalot atau Ahalim. Ia adalah - * - orang Yunani purba, yang digambarkan oleh Dioscorides sebagai kayu api itu, dari India ke Saudi.Kemudian penulis, dari semasa AA € ° tius', memanggilnya - * - atau "kayu buaya", nama dengan mana ia masih dikenali di Eropah.


Antara 17 spesies Genus Aquilaria spp yang menghasilkan gaharu:- Aquilaria Khasiana ditemui di Bangladesh dan India. Aquilaria Apiculina di temui di Filipina. Aquilaria Acuminata ditemui di Papua New Guinea, Indonesia dan Filipina. Aqularia Baillonil ditemui di Thailand dan Kemboja. Aquilarai Baneonsis ditemui di Vietnam. Aquilaria Beccariana ditemui di Indonesia. .Aquilaria Brachyantha terdapat di Malaysia. Aquilaria Crassna didapati di Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam.  Aquilaria Cumingiana telah ditemui dia Indonesia dan Malaysia. Aquilaia Flaria ditemui di Papua New Guinea, Maluku dan Mindanao (Filipina).  Aquilaria Grandiflora ditemui Di China. Aquilaria Hirta ditemui di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Aquilaria Malaccensis Lamk ditemui di Malaysia, Thailand dan India. Aquilaria Microcapa telah ditemui di Malaysia dan Indonesia. Aquilaria Rostrata terdapat di Malaysia. Aquilaria Sinensis yang ditemui di China dan Aquilaria Sub-intergra ditemui di Thailand.


Gaharu bahan yang sama sebut Agaru oleh Masyarakat Hindu, Garu orang Melayu, dan Chin-Heang orang Cina. Dalam bahasa Sanskrit perubatan berfungsi ia mengandungi sinonim ra ja Rha "yang memerlukan putera," VisvarĹŤpa "mengambil segala bentuk," Krimi-ja "yang dihasilkan oleh cacing," Krimi-jagdha, Anarya-ja "yang dihasilkan diNegara bukan-Aryan, "Kanaka" emas, "Ka liya" hitam, "& c, dan digambarkan sebagai panas, cahaya dan cholagogue; mengeluarkan penyakit telinga, hidung dan mata.


Keluarga: Thymelaeaceae. Genus : Aquilaria /Nama Botani : Aquilaria Malaccensis Lamk. Sinonim: Aquilaria Agallocha Roxb. Malaccense Agallochum (Lamk.), Agallochum Malaicense Rumph, Agallochum menengah Coinamense Rumph. Aquilaria Agallocha Roxb, Aquilaria agallocha Roxb.ex DC, Aloexylum Agallochum Lour, Aquilaria Agallochum Roxb. Aquilaria Moluccensis, Oken Aquilaria Ovata Cav. Aquilaria Secundaria DC, Aquilariella Malaccensis (Lamk).


Nama-nama Mengikut Bangsa :- Borneo: Malangnya, KalambaK, Ching karas, Gaharu, Galoop, Garu, Gharu, Karas, Kayu gaharu, Kekaras, Kepang, Laroo, Mengkaras, Ngalas, Sigi-Sigi, Tabak, Taras gharu, Tengkaras. Bahasa Inggeris: Agar kayu, Malayan gaharu kayu, Gaharu Tanah Melayu, Aggallochum, Aloe Kayu dan Eagle Wood. Perancis: Bois d'aigle, Calambac, Calambour. Indonesia: Gaharu, Ki Karas (Sunda), Mengkaras (Sumatera). Malaysia: Gaharu, Candan, Tengkaras, Kyaras, Depu, Kekaras. Burma: (Myanmar): Agar. Bengali: Agar, Agru.



Tenggelam Gred.:- Oud, dalam Hindi “Agar”, selatan Bengal, kayu yang tenggelam gred dipanggil Gharki, kayu yang sebahagiannya tenggelam Nim Charki, atau sama leh-i-aala, dan kayu yang terapung; jenis yang terakhir adalah lebih yang dianggap biasa. Gharki adalah warna hitam, dan lain-lain kualiti gelap dan terang-coklat.


“ Orang yang masuk dalam air.' Dicipta istilah tenggelamnya gred, gred gaharu ini bergitu unik, antara satu istilah digunapakai oleh semua pengiat gaharu, tetapi masih ada yang mengatakan istilah ini tiada tepat. Anda akan ditawarkan rutin kelompok baru cip 'tenggelam', dari pemburu kepada orang tengah terus pada peruncit. Anda akan melihat minyak oud 'suling daripada gaharu tenggelam gred' atau daripada pokok-pokok yang mengandungi cip tenggelam gred'.


Nampaknya memang tenggelam, gaharu begini bukannya kerana sukar didapati, kerana beberapa peniru telah berjaya menghasilnya gaharu tenggelam gred dan mereka telah menjual satu pertiga hasil tiruan ini. Ianya merupakan satu kebenarannya, kayu-kayu mereka meniru dengan cara ditenggelamkan didalam air. Mereka akan mengatakan minyak pati yang mereka jual mungkin telah disuling daripada pokok-pokok yang mengandungi cip-cip tenggelam. Tetapi ia tidak akan mengejutkan kita untuk mencari tenggelam cip dalam air, walaupun pokok ditanam pertengahan umur.


Ianya bagaikan permainan silap mata, kedua-duanya seakan sama, anda cuba masukan kepingan gaharu kedalam air dan masukan juga gaharu masih keadaan kelembabpan. Kepingan gaharu kering ia akan menggelegak, biarkan rendaman berminggu-minggu atau rendamkan berbulan. Banyak kes-kes begini temui, ianya pasti akan tenggelam, tetapi bukan berasalnya gaharu tulen tenggelam gred. Jadi, apa yang anda melihat itu, akan terjawab persoalan sebagai kenyataan apa yang difikiran anda, tenggelam hanya perkataan yang digunakan bertujuan sebagai untuk mempromosi minyak atau oud cip dan oud baru.


Istilah 'tenggelam gred' gaharu boleh merujuk kepada mana-mana keping resinated kayu dari pokok yang baru dituai yang masih mengekalkan kepekatan, begitu besar lembapan bahawa mereka akan ditenggelamkan didalam air. Tetapi sekeping gaharu dari pokok yang baru dipetik boleh kehilangan sehingga 50% kelembabpan (atau lebih) daripada berat asal ketika dalam kelembabpan. Satu proses kekeringan akan berlaku setelah disimpan tempuh masa enam bulan keatas, pada ketika ini, ia hanya akan menjadi sekeping kayu terapung.


Penenggelaman gred gaharu: Gaharu yang masuk bawah air, walaupun sekali kering sepenuhnya. Istilah gaharu 'tenggelamnya gred' merujuk kepada sekeping gaharu begitu padat resinated bahawa ia tenggelam didalam air. Tidak dikelirukan dengan cara 'tenggelam' gaharu dimana kandungan resin dikelirukan, dengan kandungan kelembapan. Apabila sekeping tenggelam gaharu didapati, peniaga profesional akan mengumpulkan koleksi kayu tenggelam gred, mereka akan melakukan pemelembapkan sekurang-kurangnya enam bulan (bergantung kepada saiz) berada didalam air, sebelum ia berfikir untuk menjual dan dikatakan sebagai gaharu tulen tenggelam gred. Dan sekiranya dimasa hadapan anda akan terdengar pencari gaharu ingin menjual 'tenggelam gred' yang ditemui jauh didalam hutan dan anda kena berfikir bahawa dalam hutan menerima banyak hujan, menyebabkan kayu sentiasa berada didalam kelembabpan.


Saya selalu berangan-angan serta selalu berharap dapat temui gred ini, tidak berkilo-kilo pun tidak kisah, dapat setengah kilogram dah mengcukupi, kikikikiki.. Yang pasti bila dijual begitu mahal nilainya, hari yang sama tukar besi buruk ke besi berkilat. Daripada maklumat saya didengari, kita mesti berhati-hati untuk membeli gaharu tenggelam gred, tersilap anggaran kita, sejuk-sejuk mengalami kerugian. Rupa-rupanya direndam air berbulan-bulan mestilah berat dan tenggelam kan?. Harap-harap tidak ada yang terkena dengan helah-helah begini, membeli “gaharu Temggelam gred” masuk air.


Jika ianya terhasil daripada teknik-teknik buatan, lagi terbaik, hari-hari dalam dakapan, ialah kan?, tenggelam gred terhasil daripada usaha kita dan tentu hebat. Mustahil atau tidak, bukan mustahil dan tidak ada kemungkinan ianya terjadi, yang utama, diatas kesabaran kita menanti dan membiarkan pokok yang diinokulasi dibiarkan berada jangka masa hayat yang panjang sebelum ditebang. Last-last hayat kita tidak mampu bertahan, mati dalam angan-angan tidak sempat merasai serta mendakap tenggelam gred.. Kikikiki. Ataupun biarkan tunggul hidup, biar bertunas dan berdoa-doa supaya kekal disitu tidak dikebas orang.


Apa-apa yang terhasil daripada usaha kita, walaupun bagaimana bentuk gaharu terhasil tetap bersyukur dan hasilnya telah terubat penyakit kegilaan kita. Penghasilan gaharu tenggelam gred daripada teknik buatan ini agak susah untuk diramalkan ianya terjadi atau tidak dan tidak ada kemungkinan, sekiranya Yang Mahu Esa tentukan daripada permintaan serta usaha kita. Dan kita sentiasa berusaha kearah itu, manatahu kan, termakbul permintaan kita dengan tidak terduga terbentuk tenggelam gred sebesar dua pemeluk riuh serata alam.. Kikikiki.. Tq.

Sunday, 15 December 2019

Legend Selama_LamaNya.

“ Emas hanya debu ketika masih didalam tanah, manakala oudh di negara asalnya, merupakan jenis emas kayu api. “


Genus Aquilaria daripada Thymelaeaceae *keluarga Daphine tumbuh berkembang pesat yang ditemui dihutan-hutan tropika ditanah rendah, tumbuh secara semulajadi di Asia Tenggara, dari kaki bukit Bhutan dan India, melalui Myanmar, Indochina (Burma, Combodia, Vietnam) Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia dan Papua New Guinea. Tumbuh subur berkeadaan redang, ditanah lembab, mampu membesar serta tinggi serta ketahanan dengan kepanasan matahari. Setengah daripada spesis ini boleh tumbuh dicerum berbatu, cerum terdedah dan tumbuh dikawasan-kawasan yang mengalami musin panas kering.


Nota:- Genera lain dalam keluarga Thymelaeceae yang dikenali menghasilkan gaharu termasuk Gonystylus, Gyrinops, Aetoxylon, Enkieia, Wikstroemie dan Phaleria. Tetapi, menurut laporan kajian ianya masih kurang jelas yang spesis dalam taska ini menghasilkan gaharu dalam bentuk apa-apa kuantitinya. Manakala Aquilaria Malaccensis atau dikenali sebagai karas merupakan pokok daripada genus yang biasa ditanam sebagai peladangan.


Antara spesis gaharu yang ditemui dinegara kita Aquilaria Brachyantha, Aquilaria crassna, Aquilaria Cumingiana, Aquilaraia Hirta, Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Microcapa dan Aquilaria Rostrata. Manakala spesis-spesis selalu yang dibawa masuk ke Malaysia untuk perladangan iaitu Aquilaria Subintergra asal daripada Thailand, Aquilaria sinensis daripada China, Aquilaria Khasiana dan Achalloga daripada Bangladesh dan India diantara spesis-spesis popular ini, telah ditanam sebagai perladangan diMalaysia. Terdapat lima belas spesis dalam genus Aquilaria dan lapan dikenali menghasilkan gaharu.


Gaharu dikenali banyak nama berada didalam budaya yang berbeza, nama Sanskrit Aguru, dalam bahasa Cina menyebut Chen xianng, Tram Houng diVietnam, diJepun dipanggil Jinko, jika ged tertinggi ianya dikenali sebagai Kyara kesemua nama-nama itu bermakna “Kemenyam Tenggelam”. Untuk maklumat, Aquilaria Thymelaeceae berasal dari India, Bangladesh, Myanmar dan tumbuh meluas Asia Tenggara  ke Filipina. Hanya tiga spesis daripada lima belas spesis daripada genus ini dikenali diThailand, Aquilaria Crassna, Aquilaria Malaccensis Roxb atau Aquilaria Agallocha Roxb dan Aquilaria Subintergra.


Setelah melalui pengestrakfan sebagai minyak dikenali sebagai Ouh dalam bahasa Arab. DiEropah ianya dirujuk sebagai Lignum Aquila bermakna Helang kayu atau Agilawood, diHong Kong Aloeswood. DiAssam dipanggil Sasi atau Sashi. DiPapua New Guinea ia dipanggil Ghara atau Eaglewood, dalam bahasa Thai Mai Ketsana dan Myanmar dikenali nama Thit Mhwae , bahasa Tamil dipanggil Akil, bahasa tamil dan Hindu dikenali sebagai Agar, diSri Lanka Wala Pata, diBangali gaharu dikenali sebagai Gaach Agar manakala minyak sebagai Attar Agar dan diMalaysia, Indonesia dipanggil Gaharu.


Spesis-spesis benih gaharu yang ditemui tumbuh diMalaysia tidak terbaik kah untuk ditanam cara perladangan dan Gaharu yang dihasilkannya adakah bermutu rendah?. Antara spesis gaharu popular dihutan Malaysia, pemburu gaharu menganggap spesis pokok candan menghasilkan gaharu terbaik pembentukkan gaharu secara semulajadi, didalam berkeadaan keras berwarna kehitaman dan mengeluarkan bauan amat aromatic. Adakah candan setaraf Kyara?. Ulasan daripada pengkaji, Gaharu secara umum adalah keras, tetapi mempunyai satu jenis lembut didalam dan berlilin, daripada habuknya boleh dibentuk menjadi bebola, melekit seperti gula-gula basah, mengandungi resin yang tinggi. Ianya dinamakan Kyara kerana gred tertinggi, mengeluarkan bauan terbaik dan berkualiti jarang-jarang berlaku.


Saya catatkan spesis-spesis yang dikenali sahaja, kau pun bukan pernah masuk hutan, pacat pun takut, setakat telah tahu nama-nama spesis dikira ok, lah kan?. Mahu cerita dari akal umbi hingga kepucuk, pecah kepala juga mencari ayat-ayat mengambarkan bagi nampak jelas. Bila telah terlanjur cakap, kita terokailah, salah satu spesis gaharu legend iaitu KINAM, Kinam adalah jenis gaharu yang paling mahal dan berharga, sangat kaya dengan resin pulut dan aroma bau dan ia mempunyai anasthetic, pahit, panas dan pudina rasa. Aroma bau lembut dan bermaruah dengan sentuhan rasa kepahitan.


Kinam boleh ditemui diIndochina, Thailand, Combodia, Myanmar, Laos terutamanya diVietnam. Nama Kinam berasal dari bahasa tempatan Vietnam selatan, merupakan pertemuan oleh pedagang awal Kyara. Nama ini berasal dari gabungan perkataan Sanskrit bererti hitam "kala" dan dari perkataan Cina pada pokok "Bak" kedua-dua ini digabungkan menjadi Kalambak dan kamudian nama itu ditukar kepada Kinam dan Kinam dijual secara timbang. Untuk dapatkan Kinam terlalu sukar dan terlalu bernilai serta terlalu mahal dipasarkan.


Daripada pepatah kuno popular mengatakan:- "Daripada melaksanakan perbuatan yang baik dalam tiga hayat (Alam kanak-kanak, remaja dan dewasa}, hidup berganjaran dengan berbau aroma Kinam pada kehidupan didunia". Ianya terkenal sebagai "raja Gaharu", Kinam adalah yang terbaik daripada semua spesis gaharu dan dikenali mempunyai banyak sebutan mengikut Negara iaitu Qinan, Kyanam dan Kannam manakala diJepun dirujuk dengan panggilan sebagai Kyara.


Pada masa ini, Jepun merupakan pasaran terbesar bagi Kinam. Dan kelihatan mempunyai satunya negara kekelab eksklusif ini Kinam Gaharu. Jutawan Jepun meminati Kinam dan menyimpan kinam berbentuk Super gred. Pemborong kinam daripada jepun sering berurusan sebagai pemborong kinam diVietnam dan Thailand untuk mendapat gred terbaik. Kinam adalah afrodisiak, kedua-duanya dalam bentuk minyak, dan kemenyan. Ini adalah umumnya kegunaan topikal tetapi minyak ini juga dijual difarmasi Vietnam dan Jepun untuk kegunaan dalaman dengan matlamat yang sama. Perubatan China menggunakan serbuk gaharu sebagai rawatan untuk sirosis hati dan sebagai pengarah atau focuser untuk ubat-ubatan lain.


Malaccensis Spesies gred Kinam, gred ini adalah gred khas yang kita diekstrak khas untuk pelanggan yang ingin terutama memerintahkan sesuatu yang berbeza untuk beliau dan keluarganya sahaja. Kinam Legend Gred sangat psikoaktif. Ia digunakan untuk perjalanan rohani, pencerahan, kejelasan dan untuk membawa keamanan yang mendalam diperlukan untuk meditasi. Adalah disyorkan oleh pengamal berpengalaman untuk menyediakan motivasi dan ketaatan yang diperlukan untuk meditasi. Ia membawa komunikasi dengan transenden, menyegarkan minda, badan dan semangat.


Untuk Kinam Legend Gred, minyak yang datang dari Pengekstrakan oleh vakum terus dari cip dan tidak masuki air. Ia amat sukar untuk diekstrak bagi setiap gram. Selepas diekstrak minyak dari cip, kita perlu menyimpan minyak sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kita dihantar ke pelanggan khas. Jadi ini Legend Tahap Gred, kita boleh diekstrak hanya 360 gram sebulan sahaja. Jadi Kinam Legend Gred, berbau mereka akan muncul di ciri sebenar mereka.


China mempunyai kejayaan besar dalam pengkajian kemenyan, Mengkategorikan Kinam mengikut syarat-syarat pembentukkan seperti "pembentukkan Hijau" "Pembentukkan Manis" "Pembentukkan madu" Pembentukkan mentah" "Pembentukkan sutera Emas" dan "Pembentukkan kulit Harimau. Gred Kinam dinilaikan pada warna-warna semulajadi sifatnya, dengan kategori "burung penyanyi hijau" "pembentukkan Orkid" Pembentukkan manis" dan "pembentukkan Besi".


Pada zaman moden, Kinam diistilahkan dan dikategorikan sebagai "putih Kinam", "hijau Kinam" "Merah Kinam" "kuning Kinam" "ungu Kinam" dan "hitam Kinam". Selain itu, dikawasan pergunungan di utara Binh Thuan di Vietnam terkenal dengan pengeluaran Kinam, dengan hasil tempatan yang diklasifikasikan kepada empat kategori "putih" "hijau" "kuning" dan "hitam".


Laporan mengatakan (1719-1786) bahawa terdapat tiga jenis gaharu atau aloeswood, pertamanya adalah "khi-nam" (kynam) atau kalambak. kedua-dua adalah "tram Huong" (aloeswood biasa) dan ketiganya "tien huong" yang mengandung banyak kayu putih kalambak. Apabila diimport ke Jepun harga meningkat lebih daripada 40 kali ganda. Kalambak (kynam) adalah kualiti terbaik dengan perbezaan yang besar disegi rasa dan bau dan ianya merupakan nilai seperti emas dan plumbum. Terima Kasih semua diatas sokongan anda.